Lafaz Ikrar Senat Universiti, Pupuk Amalan Integriti

NILAI, 12 Ogos 2020 -  Bagi memupuk dan mengamalkan integriti serta  nilai-nilai murni dalam kalangan ahli Senat Universiti, seramai 43 Ahli Senat yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Dekan Fakulti dan semua ketua kampus cawangan serta profesor sepenuh masa telah hadir ke Majlis Lafaz Ikrar bersempena Mesyuarat Senat kali ke-118 yang berlangsung di Dewan Senat [...]

Seminar pengurusan hal ehwal Islam menjana ilmu baharu menghadapi cabaran semasa

NILAI, 11 Ogos 2020 - Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pengurusan Hal Ehwal Islam Di Malaysia anjuran bersama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di rasmikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diadakan bertujuan mengumpul pelbagai maklumat dan penulisan [...]

Sukarelawan Kakitangan USIM laksanakan sanitasi di enam lokasi di Negeri Sembilan

NILAI, 7 Ogos 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melaksanakan program sanitasi di enam buah lokasi serentak pada hari ini di beberapa lokasi sebagai salah-satu inisiatif memenuhi tanggungjawab sosial universiti kepada komuniti. Lokasi yang dipilih terdiri dari pusat pendidikan, rumah anak yatim dan surau yang terletak di Senawang dan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [...]

Pendaftaran Tamhidi USIM sesi 2020/2021 secara pandu lalu

NILAI, 5 Ogos 2020 – Pendaftaran kemasukan pelajar  baharu Tamhidi (Asasi) sesi akademik 2020/2021 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dijalankan secara pandu lalu di Kolej Kediaman Nilai Court bagi mengurangkan kesesakan sekaligus mengelakkan risiko penularan pandemik Covid19. Menurut Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) Encik Mohd Salehudin Syukor, berikutan peningkatan kes Covid19  dua negeri iaitu Kedah [...]

Program Ibadah Korban 1441H USIM berjalan lancar ikut SOP

NILAI, 3 Ogos 2020 – Program Ibadah Korban 1441H peringkat USIM telah sempurna dilaksanakan di Komplesk Islam Tuanku Muhriz mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Program yang diketuai oleh Pusat Islam ini, turut mendapat kerjasama dari Jabatan Keselamatan, staf serta wakil persatuan pelajar. Turut serta dalam aktiviti pengagihan daging dan memasak, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan [...]

USIM Komited Lahir Prosumer dalam Bidang Seni Budaya

Nilai, 28 Julai 2020 - Selari dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif lebih proaktif bagi memperkasakan keusahawanan pelajar melalui penghasilan produk seni. Ini bertepatan dengan apa yang dihasratkan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM agar pelajar melibatkan diri dalam keusahawanan supaya [...]

USIM lancar Kempen Kibar Jalung Gemilang peringkat USIM 2020

NILAI, 28 Julai 2020 - Dalam beberapa minggu lagi, kita akan menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun pada 31 Ogos. Bagi meraikan kedatangan hari bersejarah Malaysia, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat USIM 2020 telah berlangsung di perkarangan Canselori yang dirasmikan oleh Naib Canselor Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. Turut hadir bersama [...]

USIM letak sasaran jadi universiti ‘glokal’ berimpak tinggi pada 2022

NILAI, 20 Julai 2020 - Perancangan strategik dalam sesebuah organisasi merupakan satu elemen yang sangat penting. Seperti contoh bagi memastikan kemajuan dan kelestarian USIM sebagai sebuah universiti yang terunggul, usaha secara kolektif oleh setiap Pusat Tanggungjawab USIM perlu digemblengkan untuk memacu kejayaan USIM. Justeru, Bengkel  Pelan Tindakan Misi USIM 2020-2022 siri 1 telah dirancang dan [...]

USIM lancar kempen #USIMJagaSemua, cakna isu pasca Covid19

NILAI, 17 Julai 2020 - Covid19 telah mengakibatkan pembelian dan penggunaan PPE (Personal Protective Equipment) seperti penutup muka meningkat secara mendadak di kalangan orang awam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Walaubagaimanapun, peningkatan pembuangan PPE terpakai oleh orang awam amat membimbangkan kerana tidak mengikut cara pembuangan yang selamat seperti yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia [...]

USIM Perkenal Borak Rakyat-Kami Peduli Secara Langsung Dalam Talian

Nilai, 16 Julai 2020 - Program bual bicara baharu Pusat Kebudayaan USIM Borak Rakyat-Kami Peduli membuka panggung dengan siri pertamanya hari ini. Borak Rakyat–Kami Peduli menampilkan Naib Canselor Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang juga pakar sains sebagai panel dalam membicarakan topik ‘Jangan Takut Pada Sains’ yang dikendalikan oleh Dr. Hayati Ismail, Pengarah Kolej Genius [...]

Go to Top