Pendaftaran Tamhidi USIM sesi 2020/2021 secara pandu lalu
NILAI, 5 Ogos 2020 – Pendaftaran kemasukan pelajar baharu Tamhidi (Asasi) sesi akademik 2020/2021 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dijalankan secara pandu lalu di Kolej Kediaman Nilai Court bagi mengurangkan kesesakan sekaligus mengelakkan risiko penularan pandemik Covid19. Menurut Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) Encik Mohd Salehudin Syukor, berikutan peningkatan kes Covid19 dua negeri iaitu Kedah [...]