Transaksi guna QR code, USIM kini jadi kampus tanpa tunai

NILAI, 22 Mei 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melangkah setapak lagi dalam menjadikan kampusnya sebagai kampus digital apabila melancarkan Projek Kampus Tanpa Tunai pada Selasa (22 Mei 2018). Projek Kampus Tanpa Tunai ini adalah antara inisiatif di bawah Projek Smart Kampus Digital Kampus USIM. Inisiatif Kampus Tanpa Tunai ini dijayakan dengan kerjasama USIM [...]

USIM juara Projek Selfy 2017/2018 anjuran AKPK

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2018 - Lima orang pelajar Projek Tiffin Unni daripada Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berjaya ke peringkat akhir di pembentangan Projek Social Enterprise Literacy for Youth (SELFY) 2017/2018 menjadi juara kategori universiti mengalahkan 10 kumpulan lain bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara. Dr Hanim Misbah selaku Penasihat Enactus USIM [...]

Majlis Graduasi raikan peserta tamat Kursus Dakwah Tanpa Suara

NILAI, 14 Mei 2018 - Dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cakna tentang orang kelainan upaya (OKU) cacat pendengaran, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjalankan sebuah kursus yang dinamakan Kursus Dakwah Tanpa Suara tahap 1 dan 2. Bersempena dengan itu, Majlis Graduasi anjuran Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM) dengan kerjasama Yayasan FAQEH, Ibnu Ummi [...]

Kembara USIM di Negara Matahari Terbit

Allah SWT berfirman yang membawa maksud : Katakanlah(Muhammad). “Jelajahilah muka bumi ini, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu (sebagai pengajaran kepada kamu)” (Al-an’am 6:11). Ayat ini menjelaskan bahawa umat islam digalakkan untuk bermusafir atau mengembara dengan satu niat iaitu menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, di samping mengambil iktibar dari pengalaman pengembaraan [...]

Pusat Kebudayaan USIM lancar Produk dan Inovasi Seni Berbudaya

NILAI, 3 Mei 2018 - Selari dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti bagi memperkasakan keusahawanan pelajar dan staf melalui penghasilan produk seni. Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif lebih proaktif dengan melancarkan Produk dan Inovasi Seni Berbudaya USIM yang berlangsung di Galeri USIM baru-baru ini. Pelancaran produk seni yang terdiri daripada [...]

Suami isteri dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati di Anugerah Sukan USIM 2017

NILAI, 2 Mei 2018 – Pasangan suami isteri mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati kategori pelajar dalam satu Majlis Anugerah Sukan USIM 2017 yang berlangsung di Pusat Sukan Tunku Najihah USIM. Mohamad Ali Imran Che Yashin, 27 menyumbang pingat Emas dalam Kejohanan Pencak Silat Piala TPM peringkat  Kebangsaan 2017 [...]

Penerbit USIM menang Anugerah Buku Negara 2018

KUALA LUMPUR, 30 April 2018 – Buku terbitan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini berjaya memenangi Anugerah Buku Negara Kategori Anugerah Industri Buku 2018 iaitu Kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Pengajian Islam) yang bertajuk Pentafsiran Asnaf Zakat di Malaysia Mengikut Masa dan Tempat hasil penulisan Hasanah Abd. Khafidz. Majlis anjuran Yayasan Pembangunan Buku [...]

Siswa USIM manfaat minyak masak terpakai jana pendapatan sampingan

NILAI, 26 April 2018 – Menyedari bahawa kesedaran masyarakat terhadap pengurusan pembuangan minyak masak terpakai dan penggunaanya yang kerap untuk tempoh lama mendatangkan mudarat, ia menjadi idea keusahawanan kepada sekumpulan siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terdiri daripada lapan orang ahli, mereka menggerakkan kumpulan mereka yang dinamakan Allinol Oil di bawah aktiviti keusahawanan sosial yang [...]

Duta Jauhar 5.0 santuni Ibu tunggal untuk projek banana frozen

MUAR, JOHOR, 21 April 2018 –Seramai 15 orang mahasiswa Johor dari Universiti Sains Islam Malaysia telah menyertai Program Duta Jauhar di bawah kelolaan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Seiring dengan pembangunan Negeri Johor, Mahasiwa USIM atau digelar sebagai Duta Jauhar USIM telah memulakan langkah pertama dengan mengadakan satu program Part Of Me (POM): ”Sanjungan Kasih” di [...]

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani berangkat ke Majlis Santapan Diraja USIM bersama Industri 2018

NILAI, 22 April 2018 – Mendekatkan lagi hubungan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan pihak industri yang sentiasa bersama-sama universiti dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang, satu majlis khas iaitu Majlis Santapan Diraja USIM bersama Industri 2018 telah dianjurkan pada Sabtu malam tadi. Bertempat di Hotel Le Meridien,Putrajaya majlis ini diserikan dengan keberangkatan tetamu Diraja [...]

Go to Top