Pelancaran Pesta Konvokesyen USIM 2017 dan kitar semula USIMBIOSIS 2.0 oleh Pro-Canselor USIM

NILAI, 19 November 2017 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diurusetia oleh mantan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2016/2017 meneruskan tradisi sebagai penganjur utama Pesta Konvokesyen USIM bersempena Majlis Konvokesyen USIM ke-15 berlangsung pada 21 sehingga 23 November 2017. Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen USIM 2017 disempurnakan oleh Pro-Canselor USIM, [...]

AADK, USIM anjur Konvensyen Perangi Dadah Kebangsaan 2017

NILAI, 13 November 2017 - Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan dalam memerangi dadah dalam negara, Konvensyen Perangi Dadah Kebangsaan 2017 kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan bersama Kementerian Dalam Negeri berjaya dilaksana di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai platform kepada pelbagai agensi untuk membentang dan menyebarluas hasil kajian berkaitan dadah, terutamanya dalam kajian penyelidikan. Penganjuran konvensyen [...]

By |2017-12-06T12:02:21+08:00November 13th, 2017|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak terima Anugerah Tokoh Akademik Negara Ke-11

Nilai, 6 November 2017- Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ke-11 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) bertempat di Hotel Mariott Putrajaya pada 3 November 2017. Di majlis tersebut penganugerahan disampaikan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi [...]

USIM jalin MoA dengan UTM dan MoU bersama lapan rakan industri

NILAI, 3 November 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengukuhkan hubungan kerjasama membangunkan Projek Rumah Mizan. Pada majlis yang sama, USIM turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lapan industri yang turut menyumbang bagi menjayakan projek rumah pintar mesra tenaga tersebut. “Projek yang menelan belanja [...]

USIM jalin kerjasama dengan Institut Wasatiyyah Malaysia anjur IC-DAIM 2017

NILAI, 1 November 2017 – Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia telah menganjurkan IC-DAIM 2017 yang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 1 November 2017. Ia merupakan kesinambungan bagi siri konferens yang telah dijalankan setiap dua tahun sejak tahun 2010. Melalui tema tahun ini iaitu “Wadah Kepimpinan Wasatiyyah”, [...]

By |2017-11-01T13:54:26+08:00November 1st, 2017|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

‘Kiub Bunga Kantan’ inovasi pelajar Bioteknologi Makanan

SERDANG, 31 Oktober 2017 – Kumpulan Aroma yang dianggotai empat orang pelajar dari Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi berjaya menggondol gelaran Naib Juara di Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 bertempat di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan. Mempertandingkan produk kiub bunga kantan, kumpulan ini menggunakan sepenuhnya bunga kantan asli [...]

USIM menandatangani Ikrar Bebas Rasuah

NILAI, 31 Oktober 2017 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada baru-baru ini. Majlis melafaz dan menandatangani IBR oleh USIM disertai oleh sekitar 67 orang kakitangan terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Timbalan Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Universiti. [...]

USIM dan REITAKU bincang halatuju hadapi Revolusi Industri 4.0

NILAI, 25 Oktober 2017 – Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) USIM dan Pusat Peyelidikan Mizan bersama Unversiti Reitaku Jepun buat julung kali bekerjasama dalam menganjurkan konferen bertajuk ”Hubungan Malaysia – Japan di dalam Kebangkitan Revolusi Industri 4.0” yang berlangsung dengan jayanya bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia. Konferen anjuran wakil kedua-dua negara ini [...]

By |2017-10-30T17:47:40+08:00Oktober 25th, 2017|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM anjur Seminar Kesihatan Kebangsaan kali ke-6

NILAI, 24 Oktober 2017 – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM telah menganjurkan satu seminar kesihatan peringkat kebangsaan kali ke-enam atau dikenali sebagai 6th USIM National Health Seminar 2017 (6th USIM NHS 2017). 6th USIM NHS 2017 kali ini bertemakan “Nutrition in the 21st century: Are we on the right track?” Seminar ini telah diadakan [...]

By |2017-11-02T13:51:37+08:00Oktober 25th, 2017|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

USIM menang Gold & Diamond for International Invention of The Year di BIS 2017

LONDON, 23 Oktober 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa pulang Gold dan Diamond dalam pertandingan inovasi antarabangsa, British Invention Show (BIS) kali ke-17 yang berlangsung pada 18 hingga 21 Oktober 2017 bertempat di Barbican Exhibition Centre, London. Penyertaan USIM kali ini bagi kategori Industri mempertaruhkan produk Double Layered Roof Cooling System Controlled by [...]

By |2017-10-23T17:14:29+08:00Oktober 23rd, 2017|Al-buhuth wal ibda’, Berita Penyelidikan (Utama), Berita Utama|
Go to Top