Debat Inter-Tamhidi USIM tonjol kehebatan pendebat muda
NILAI, 19 Januari 2018 – Membentuk sebuah pasukan debat universiti yang mantap untuk membawa cabaran universiti dalam pertandingan debat diperingkat kebangsaan dan antarabangsa memerlukan kepada gandingan para pendebat yang berkebolehan dan berpengalaman. Pendebat yang mempunyai potensi dalam pengucapan awam ini perlu dikesan diperingkat awal pengajian mereka di universiti untuk dicungkil, digilap dan dilatih secara konsisten. [...]