Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2025

Tan Sri Wahid Omar Sampaikan Syarahan Umum Tuanku Canselor 2025

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan tradisi memartabatkan budaya ilmu melalui penganjuran Majlis Syarahan Umum Tuanku Canselor 2025 yang disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Pro-Canselor USIM dan tokoh terkemuka dalam sektor ekonomi, kewangan serta tadbir urus negara. DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM, diiringi YAM Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz, Pro-Canselor USIM turut berangkat ke Majlis yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM; ahli LPU, pengurusan universiti, tetamu kehormat serta warga USIM. Dalam syarahan bertemakan Kepimpinan Berasaskan Tujuan atau Leading With Purpose, Tan Sri Wahid berkongsi empat bahagian utama yang menggarap perjalanan peribadinya, kefahaman tentang kelestarian organisasi, pandangan terhadap masa depan kewangan Islam serta rangkuman prinsip-prinsip kepimpinan yang diyakininya. Beliau berkongsi perjalanan kerjayanya sejak awal, termasuk pengalaman mengemudi beberapa institusi penting negara. Melalui kisah jatuh bangun, cabaran dan kejayaan, Tan Sri Wahid menekankan bahawa kekuatan seorang pemimpin lahir daripada pegangan nilai yang kukuh seperti integriti, amanah, disiplin dan kesungguhan untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Tan Sri Wahid menegaskan bahawa sesebuah organisasi hanya mampu bertahan dan berkembang jika dipimpin oleh budaya kerja berintegriti, tadbir urus yang telus dan keberanian membuat keputusan yang sukar tetapi perlu. Beliau menyifatkan kelestarian bukan sekadar merancang masa depan, tetapi melibatkan kemampuan organisasi menyesuaikan diri, memperbaiki kelemahan dan membina daya tahan jangka panjang. [...]

“Pilihan Berani Faris: Tukar Bidang & Buktikan Kemampuan di Pentas Graduasi

NILAI — Perjalanan untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi bagi Muhammad Faris Mohd Faisal bukanlah seperti rakan seangkatannya. Pernah tersasar haluan, bergelut mengurus emosi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, graduan dari Shah Alam ini akhirnya berjaya menamatkan pengajian dengan penuh rasa syukur. Faris memulakan pengajian di Fakulti Ekonomi dan Muamalat pada era pandemik COVID-19. Namun selepas dua tahun, beliau merasakan bidang tersebut tidak lagi sesuai dengan minat dan kecenderungan dirinya. “Saya jumpa kaunselor, dan pensyarah untuk meminta nasihat. Alhamdulillah, saya diberi peluang tukar ke bidang komunikasi, dan ramai yang mendoakan saya untuk teruskan dalam bidang ini,” katanya. Pertukaran bidang itu hadir bersama cabaran besar, dengan proses adaptasi, tekanan akademik dan emosi yang tidak stabil. Namun dorongan keluarga, terutamanya ibu dan ayah, menjadi sumber kekuatan utama yang membuatkan Faris memilih untuk bertahan. “Mak ayah adalah tulang belakang saya. Kalau saya berhenti, saya rasa saya menghampakan semua orang yang percaya dan mendoakan saya,” ujarnya. Walaupun mengakui sukar menyeimbangkan komitmen akademik dengan penglibatan aktif dalam pelbagai program universiti, Faris tetap berusaha memberikan yang terbaik. “Sejujurnya, sampai habis belajar pun saya masih struggle nak balance akademik dan program. Tapi saya nak pengalaman, nak manfaat ilmu daripada orang. Pelajaran tetap saya kejar walaupun last minute,” katanya sambil tersenyum kecil. Antara detik paling menyentuh baginya ialah saat menyarung jubah konvokesyen, wajah ayahnya menjadi orang pertama yang terlintas di fikiran. “Ayah saya luar biasa pengorbanannya. Sepanjang saya belajar, semuanya cukup dengan usaha ayah mencari rezeki. Hari saya ambil jubah pun, ayah tetap di sisi,” katanya. Faris [...]

Dari Kejuruteraan ke Pendidikan: Ahmad Taufiq Buktikan Cita-Cita Menjadi Guru Tidak Pernah Terlambat

NILAI – Di usia 28 tahun, Ahmad Taufiq Mat Yaacob, anak jati Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh, Kelantan, membuktikan bahawa mengejar cita-cita sejati memerlukan lebih daripada sekadar satu ijazah. Graduan kejuruteraan elektronik ini kini kembali ke pangkuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengejar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam), sambil menguruskan ladang pertanian dan berkhidmat sebagai Guru Ganti KAFA di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal. Ahmad Taufiq, anak bongsu daripada empat adik-beradik yang kesemuanya merupakan pendidik, nekad mengikut jejak langkah keluarga. Beliau telah memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan dengan kepujian pada 2021, namun dorongan keluarga terutamanya ibunya, Puan Zabidah binti Salleh telah membulatkan tekadnya untuk menyambung pengajian dalam bidang keguruan. “Setelah menamatkan pengajian di Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB), saya menerima dua tawaran serentak, iaitu Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di UPSI dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USIM. Atas nasihat ibu dan melihat semua adik-beradik saya berkhidmat sebagai guru, saya memilih untuk melanjutkan pelajaran kembali di peringkat ijazah,” kongsi Taufiq. Mengimbas kembali strateginya, Taufiq menekankan pentingnya penetapan matlamat awal. Beliau menetapkan sasaran untuk mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester. “Strategi saya mudah iaitu menetapkan matlamat dari awal contohnya dari peringkat semester pertama untuk mencapai anugerah Dekan. Jika ada subjek yang kita lemah, lebihkan fokus terhadap subjek tersebut berbanding subjek-subjek yang lain,” ujar Taufiq yang turut berkhidmat sebagai Presiden Sarjana Muda Pendidikan USIM bagi sesi 2023-2024. Kisah Taufiq menjadi lebih inspiratif apabila beliau berjaya mengimbangi tugas akademik yang mencabar dengan minatnya dalam bidang pertanian dan penternakan. Bermula dengan penternakan itik [...]

November 2025

Akademik Terjaga, Sukan Terpacu: Keteguhan Zulfa Auni Cerminkan Jiwa Mahasiswa USIM

NILAI – Keteguhan disiplin dan didikan keluarga pendidik menjadi asas kejayaan Zulfa Auni Mansur, 23, graduan Ijazah Sarjana Muda Matematik Kewangan dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), yang berjaya menamatkan pengajian meskipun turut menggalas tanggungjawab sebagai atlet dan mahasiswa aktif ko-kurikulum. Anak kelahiran Kodiang, Kedah ini membesar dalam keluarga guru yang kini telah bersara. Nilai ketekunan, susunan masa, serta amanah dalam ilmu yang diterapkan oleh kedua ibu bapanya menjadi panduan penting sepanjang pengajiannya di USIM. Tanpa menerima sebarang tajaan sepanjang tempoh pengajian, Zulfa memilih untuk berdikari dengan mengurus masa secara sistematik, termasuk mengajar al-Quran pada waktu malam bagi menampung keperluan dan mengekalkan momentum pembelajaran. “Apabila saya mengajar mengaji, saya rasa diri saya lebih fokus. Pada masa sama, saya dapat memberi ilmu kepada kanak-kanak tentang al-Quran,” ujarnya. Mengembangkan peranan di FST, Zulfa mengakui bahawa beliau pada awalnya tidak mempunyai ramai kenalan. Namun, penglibatan aktif sebagai Exco Sukan Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFAST) membuka ruang besar untuk beliau membina jaringan, meningkatkan keyakinan diri dan memahami ekosistem kepimpinan mahasiswa. Minatnya dalam sukan petanque pula membawa kepada peluang lebih luas apabila berjaya mewakili USIM dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024 yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM). Penyertaan ini menjadi pengalaman berharga yang mendorong beliau keluar daripada zon selesa dan mengasah ketahanan mental sebagai atlet. Kini bergelar graduan FST, Zulfa menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada kedua ibu bapanya atas sokongan moral, doa dan dorongan yang tidak pernah putus. Beliau berhasrat untuk membina kerjaya dalam bidang kewangan atau analitik data, seiring dengan pengkhususan [...]

Pendidikan Inklusif Buka Jalan Kejayaan: USIM Raikan Graduan Oku Penglihatan

NILAI – Kejayaan Muhammad Izaan Sabaruddin, 23, seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dengan Multimedia (Kepujian), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), menjadi manifestasi bahawa kekangan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan akademik. Anak kelahiran Ipoh, Perak itu dilahirkan dengan masalah penglihatan pada mata kiri namun tetap memilih program berteraskan teknologi dan al-Quran sebagai pilihan pertama melalui sistem UPU. Minat mendalam terhadap al-Quran serta bidang multimedia mendorong beliau menempuh pengajian dengan penuh iltizam. “Saya percaya USIM menyediakan gabungan ilmu al-Quran, agama dan teknologi. Kekurangan penglihatan bukan alasan untuk saya tidak belajar,” katanya ketika ditemubual. Sepanjang pengajian, Izaan berdepan cabaran dalam menyiapkan tugasan yang memerlukan penggunaan komputer dalam tempoh yang agak lama. Namun, komitmen rakan-rakan sekelas, bimbingan pensyarah serta bantuan pasukan sokongan pelajar membantu beliau menyesuaikan diri dan mengatasi kekangan tersebut. Di luar bilik kuliah, Izaan aktif dalam kegiatan kokurikulum sebagai ahli Kelab Pengurusan Persembahan Seni (KPPS) dan pernah memegang jawatan Exco Multimedia Persatuan Mahasiswa FPQS, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan tidak menghalang beliau untuk menyumbang dalam kepimpinan dan organisasi mahasiswa. Kejayaannya turut disokong kuat oleh kedua ibu bapanya, Sabaruddin Alias, 57 dan Azlina Mohd Acob, 53, serta kembar sebayanya, Muhammad Izzat Sabaruddin, yang turut bergraduasi pada sidang sama melalui program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam. “Pada saat saya berada dalam keadaan paling lemah, kembar saya yang paling banyak menguatkan saya. Tanpa dia, saya mungkin tidak sampai ke tahap ini,” ujarnya. Sepanjang pengajian, kedua-dua beradik ini sering mengulang kaji bersama [...]

Graduan Bongsu FKP Tamat Pengajian: Model 3U1I & Akreditasi Penuh MQA Program Pelancongan Catat Kebolehpasaran Tinggi

NILAI - Dalam suasana negara meraikan musim graduasi, isu kebimbangan tentang masa depan kerjaya graduan kembali menjadi perhatian masyarakat. Namun, senario ini jauh berbeza bagi graduan sulung Program Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan dengan Pelancongan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), apabila majoriti daripada mereka telah bekerja sebelum hari konvokesyen. Seramai 46 graduan sulung program ini menamatkan pengajian tahun ini, dan kejayaan ini menjadi bukti kukuh bahawa pelancongan bukan lagi bidang sampingan, tetapi sebuah industri strategik dengan permintaan tenaga kerja yang stabil dan berkembang. Program ini menekankan gabungan pembelajaran akademik dan pendedahan industri melalui dua mod utama: mod kerja kursus dan mod 3U1I, di mana pelajar menjalani setahun penuh latihan industri. Pendedahan ini merangkumi operasi pelancongan, pengurusan destinasi, perhotelan, pemasaran digital dan penganjuran acara. Menurut penyelaras program, pengalaman industri selama setahun ini bukan sahaja membina kemahiran teknikal, malah membentuk sahsiah, disiplin kerja, komunikasi dan kematangan profesional dalam kalangan pelajar. “Mereka bukan hanya belajar teori, tetapi hidup dalam realiti sebenar industri. Inilah kelebihan yang menjadikan graduan kami ‘work-ready’ sejak hari pertama,” jelasnya. Kejayaan graduan sulung ini turut didorong oleh rangkaian kerjasama strategik industri melibatkan agensi pelancongan, hotel, serta institusi penting seperti Tabung Haji, yang membuka peluang latihan dan kerjaya dalam pengurusan jemaah, pelancongan Islamik dan hospitaliti. Turut menyumbang kepada kejayaan ini ialah sokongan rakan industri seperti Naurah Tour & Services Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengendali pelancongan Muslim-friendly yang aktif bekerjasama dengan USIM dalam penyediaan latihan industri dan program pembangunan pelajar. Sokongan seperti ini membuktikan tahap keyakinan industri [...]

Sinergi Badan Beruniform USIM: Program Mendaki Bukit Barokah Cipta Pengalaman Berimpak Tinggi

NILAI – Seramai 56 ahli Pandu Puteri USIM bersama 48 Pegawai Kadet PALAPES USIM telah menjayakan Program Mendaki Bukit Barokah setinggi 130 meter yang terletak berhampiran Fakulti Sains dan Teknologi. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkasa aktiviti rekreasi di bawah Kluster 1 Pandu Puteri USIM, khusus bagi memenuhi keperluan kegiatan luar yang menekankan aspek ketahanan diri, disiplin dan pembentukan karakter. Program ini diketuai oleh Jurulatih Pandu Puteri USIM, Pn. Nurul Fathihin Mohd Noor Shah bersama dua Pemimpin Muda, Nurfatehah Syafiqah Zozari dan Mizan Qistina binti Rushamazi. Bagi elemen kepimpinan dan latihan ketenteraan, program turut diperkukuhkan dengan penglibatan Jurulatih PALAPES USIM yang diketuai oleh Mej. Noor Efendy bin Hj. Samih bersama tujuh jurulatih PALAPES serta dua jurulatih jasmani. Kehadiran kumpulan jurulatih berpengalaman ini memastikan aktiviti dijalankan secara teratur, selamat dan terarah selaras dengan standard latihan fizikal serta ketenteraan yang menjadi kekuatan PALAPES USIM. Turut hadir memberikan sokongan dan pemantauan ialah Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah Ali Pitchay, Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI); Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee, Penyelaras Teras Ke-3; serta Puan Norrufilzah binti Shahari, Timbalan Pendaftar. Kehadiran pihak kepimpinan universiti ini mencerminkan komitmen USIM dalam memastikan aktiviti beruniform bukan sekadar riadah, tetapi turut menyumbang kepada pembinaan sahsiah, ketahanan mental dan kompetensi mahasiswa. Penganjuran program ini bertujuan mengukuhkan hubungan kolaboratif antara dua badan beruniform utama USIM, iaitu Pandu Puteri dan PALAPES. Melalui aktiviti mendaki ini, ahli Pandu Puteri berpeluang merasai budaya disiplin, ketelitian dan teknik asas ketahanan fizikal yang diterapkan oleh PALAPES USIM. Pendekatan latihan sebegini secara langsung meningkatkan [...]

Menjulang Etos Kepahlawanan: PALAPES USIM Raikan Kewibawaan Pemegang Perjawatan 2025

NILAI – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan bagi meraikan komitmen dan sumbangan pemegang perjawatan yang memikul amanah kepimpinan dalam organisasi latihan PALAPES sepanjang tahun 2025. Majlis berlangsung pada 26 November 2025 di Dewan Kuliah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dengan penglibatan 2 pegawai, 2 pegawai muda, 8 staf serta jurulatih, dan 93 pegawai kadet. Majlis telah disempurnakan oleh Mejar Noor Efendy Hj. Samih selaku Ketua Jurulatih PALAPES USIM, yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada lapan penerima yang memegang jawatan penting merangkumi Pegawai Rendah Kanan, Pegawai Rendah Muda dan Pegawai Kadet Sarjan bagi peringkat Senior, serta Pegawai Kadet Sarjan dan Pegawai Kadet Koperal bagi peringkat Intermediate. Pengiktirafan ini diberikan khusus kepada mereka yang diberi tanggungjawab memimpin, menyelaras serta membantu pelaksanaan arahan dan tugasan di peringkat kompeni dan pasukan sepanjang tahun latihan. Penyampaian sijil ini bertujuan mengiktiraf kewibawaan para pemegang perjawatan, menghargai kepatuhan mereka dalam melaksanakan arahan, serta menzahirkan penghargaan terhadap komitmen tinggi mereka dalam menyempurnakan amanah yang diberikan. Langkah ini juga berperanan meningkatkan motivasi pegawai kadet sekaligus memberi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus menunjukkan prestasi terbaik dalam latihan ketenteraan dan kepimpinan mahasiswa. Dalam ucapannya, Ketua Jurulatih menegaskan bahawa pengiktirafan ini bukan sekadar penghormatan, tetapi satu tradisi penting dalam PALAPES USIM bagi menyuntik semangat juang, disiplin dan daya tahan mental dalam kalangan pegawai muda serta pegawai kadet. Beliau menekankan bahawa amalan ini berperanan mendidik pegawai kadet menjadi pemimpin yang efektif, berkualiti, berintegriti dan mampu menjadi contoh kepada warga universiti. Menurut [...]

Dari Kejuruteraan ke Pendidikan: Ahmad Taufiq Buktikan Cita-Cita Menjadi Guru Tidak Pernah Terlambat

NILAI – Di usia 28 tahun, Ahmad Taufiq Mat Yaacob, anak jati Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh, Kelantan, membuktikan bahawa mengejar cita-cita sejati memerlukan lebih daripada sekadar satu ijazah. Graduan kejuruteraan elektronik ini kini kembali ke pangkuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengejar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam), sambil menguruskan ladang pertanian dan berkhidmat sebagai Guru Ganti KAFA di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal. Ahmad Taufiq, anak bongsu daripada empat adik-beradik yang kesemuanya merupakan pendidik, nekad mengikut jejak langkah keluarga. Beliau telah memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan dengan kepujian pada 2021, namun dorongan keluarga terutamanya ibunya, Puan Zabidah binti Salleh telah membulatkan tekadnya untuk menyambung pengajian dalam bidang keguruan. “Setelah menamatkan pengajian di Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB), saya menerima dua tawaran serentak, iaitu Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di UPSI dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USIM. Atas nasihat ibu dan melihat semua adik-beradik saya berkhidmat sebagai guru, saya memilih untuk melanjutkan pelajaran kembali di peringkat ijazah,” kongsi Taufiq. Mengimbas kembali strateginya, Taufiq menekankan pentingnya penetapan matlamat awal. Beliau menetapkan sasaran untuk mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester. “Strategi saya mudah iaitu menetapkan matlamat dari awal contohnya dari peringkat semester pertama untuk mencapai anugerah Dekan. Jika ada subjek yang kita lemah, lebihkan fokus terhadap subjek tersebut berbanding subjek-subjek yang lain,” ujar Taufiq yang turut berkhidmat sebagai Presiden Sarjana Muda Pendidikan USIM bagi sesi 2023-2024. Kisah Taufiq menjadi lebih inspiratif apabila beliau berjaya mengimbangi tugas akademik yang mencabar dengan minatnya dalam bidang pertanian dan penternakan. Bermula dengan penternakan itik [...]

Dari Bilik Bersalin ke Dewan Peperiksaan: Kisah Cekal Graduan FPSK USIM Genggam Ijazah Kelas Pertama

NILAI – Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini menyaksikan satu detik penuh emosi apabila sepasang suami isteri, Ahmad Sobri Iman Ahmad Fauzi dan Sharifah Amelia Syed Yazid, naik ke pentas bersama cahaya mata mereka, Ahmad Fateh (1 tahun 6 bulan), meraikan kejayaan keluarga kecil itu. Namun di sebalik senyuman bahagia, tersingkap sebuah kisah perjuangan luar biasa yang membuktikan ketabahan dan kekuatan mental seorang ibu muda. Sharifah Amelia, graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri dengan kepujian Kelas Pertama, berdepan ujian berat apabila perlu menduduki peperiksaan klinikal OSCE, peperiksaan yang terkenal dengan tekanan tinggi hanya beberapa hari selepas melahirkan anak sulungnya. Dengan perancangan teliti mengatur kelahiran pada hujung minggu, beliau kembali ke kuliah pada hari Rabu menggunakan kerusi roda, tetap bertekad menyempurnakan amanah sebagai pelajar tanpa mengabaikan peranan sebagai ibu. Kejayaan ini tidak hadir tanpa pengorbanan. Ia dibina melalui disiplin tinggi dan kerjasama erat antara pasangan ini. Ahmad Sobri Iman dan Sharifah Amelia mula mengenali sejak di Pusat Tamhidi USIM, dan sejak awal mereka mengamalkan pengurusan kewangan yang sangat berhemat, memanfaatkan sepenuhnya biasiswa JPA untuk membina simpanan sebelum mendirikan rumah tangga. Walaupun terpaksa melalui fasa hubungan jarak jauh apabila ditempatkan di kolej kediaman berlainan dan menjalani latihan klinikal di lokasi berbeza, mereka tetap belajar bersama secara dalam talian dan saling menguatkan. Ahmad Sobri Iman yang pernah tersenarai dalam Top 10 pelajar terbaik Peperiksaan Profesional Tahun Dua sentiasa menjadi mentor kepada isterinya. “Sebagai seorang suami, kita perlu sentiasa ambil tanggungjawab. Ini semua amanah, dan jangan sesekali berputus asa,”, ujarnya. [...]

Go to Top