Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2019

Institut Sains Islam USIM bincang penggunaan istilah “Sains Islam”

NILAI, 26 Februari 2019 - Institut Sains Islam (ISI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk menjelaskan kekeliruan mengenai istilah “sains Islam” yang selalu diperdebatkan oleh masyarakat luar dengan mengadakan Syarahan Umum bertajuk Sains Tauhidik: Apa dan Mengapa? yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai definisi ilmu sains dan Islam di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Menurut Pengarah ISI, Dr Mohd Azman Hashim @ Ismail berkata, inisiatif untuk memberi penjelasan mengenai penggunaan istilah “sains Islam” menjadi tanggungjawab USIM selaku peneraju kepada integrasi ilmu Naqli dan Aqli di USIM. Selain itu, tujuan syarahan ini diadakan adalah untuk menjawab persoalan tipikal yang sering diajukan oleh kebanyakan individu yang membangkitkan istilah sains bukan Islam. Menurut YBhg. Dato’ Dr Mohd Yusof Hj Othman, Sains Islam menekankan bahawa perbincangan dan pembelajaran ilmu sains tidak dapat dipisahkan dari agama Islam. Dalam erti kata yang lain, ilmu sains tidak boleh dipisahkan dengan sang pencipta yang mencipta ilmu berkenaan (Allah s.w.t). “Sains Islam sebenarnya telah mengangkat martabat ilmu sains yang telah ditemukan awal oleh sarjana Islam sebelum sarjana Barat. Beliau mengambil beberapa contoh antaranya seperti penemuan ilmu peredaran darah yang telah pun dikaji oleh Ibn an-Nafs 1213-1288) sebelum William Harvey pada 1578-1657. Selain itu, penemuan ilmu pembiasan cahaya telah ditemui lebih awal oleh Ibn al-Haytham (965 – 1041) sebelum Isaac Newton (1642 – 1727) dan lain-lain,” katanya yang merupakan penceramah pada sesi syarahan kali ini. Siri syarahan umum merupakan syarahan bulanan yang dianjurkan oleh ISI dan telah berjaya menarik lebih kurang 100 peserta dari dalam [...]

Februari 2019

Tiga sekolah negara Asean berkampung di Kolej PERMATA Insan, USIM

NILAI, 28 Februari 2019 - Pada 14 hingga 21 Februari 2019, telah berlangsung ASEAN Islamic Science Camp 2019 bertempat di Kolej PERMATA Insan (KPI). Program yang menjadi acara tahunan Kolej PERMATA Insan ini pada tahun 2019 lebih meriah dengan penyertaan sekolah dari Indonesia. Jika pada tahun sebelumnya, program ini hanya melibatkan pelajar dari Islamic Studies Demonstration School (ISDS), Prince of Songkla University, Thailand sahaja namun pada tahun ini Persantren Terpadu Serambi Mekkah (PTSM) dari Sumatera Barat Indonesia turut sama memeriahkan program ini. Pelbagai program diatur bersama bagi mengeratkan lagi jalinan ukhwah di antara 3 buah sekolah ini. Antara program yang telah dirancang adalah, perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring, pertandingan memasak makanan tradisional, Halal Action for Young Scientist Programme, Lawatan Petrosains, Malam Silang Budaya dan rentas kampus. Aktiviti ini dilakukan bersama dengan pelajar-pelajar disamping mereka dapat bertukar idea dan buah fikiran berdasarkan pengalaman di sekolah masing-masing. Menurut Muhammad Zaim Shukri (15), pelajar Asas 3 Kolej PERMATA Insan, “saya sangat teruja dengan kehadiran rakan-rakan dari negara Thailand dan Indonesia, mereka mempunya orientasi pendidikan yang hamper sama dengan kami di KPI. Sepanjang minggu ini mereka mengikuti penuh aktiviti kami di KPI, bangun pagi untuk kelas hafazan, riadah dan sebagainya. Banyak yang kami kongsikan.” Bagi Faiz Nuanmee (16) pelajar dari ISDS, PSU, “Kali pertama saya ke Kolej PERMATA Insan saya sangat seronok melihat persekitaran yang sangat selesa. Program-program kami di sini juga sangat menarik. Saya dan kawan-kawan paling suka dengan penyelidikan halal, KPI beruntung mempunyai makmal halal yang lengkap dan kondusif.” ASEAN [...]

Kebakaran di pusat-pusat Tahfiz Persendirian: Takdir dan kecuaian manusia?

Sedih dan Tragis! Itulah ungkapan yang mampu diucapkan. Mengimbau kembali kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di awal pagi Khamis, 14hb September 2017 amat menusuk kalbu. Lebih 20 jiwa suci terkorban. Secara zahirnya kita boleh mengatakan bahawa itu semua adalah qadha dan qadar yang telah termaktub sejak azali dan kita sebagai se orang yang beriman, harus akur tanpa soal dan menerimanya dengan redha akan ketentuanNya. Namun tidak salah untuk meneliti sebab dan punca yang membawa kepada mala petaka ini. Artikel ini tidak bermaksud untuk menuding jari atau mencari kesalahan mana-mana pihak kerana itu semua tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Nyawa anak-anak yang terkorban juga mustahil dapat dikembalikan. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah dari aspek punca kenapa peristiwa tragis seperti ini berlaku dan bagaimana kaedah terbaik yang boleh dilakukan oleh semua pihak sebagai satu langkah berjaga-jaga agar peristiwa hitam seperti ini tidak berulang kembali. Berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Soiman Jahid, pemeriksaan awal mendapati bahawa pusat tahfiz itu belum mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ini bermaksud pusat tahfiz tersebut beroperasi secara ‘haram’. Haram di sini bukan bermaksud haram dari sudut hukum tetapi dari sudut perundangan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa adalah tidak adil untuk melabelkan sebuah pusat tahfiz seperti itu kerana di situlah tempatnya anak-anak diajar mengaji, menghafaz dan memahami ayat-ayat Allah. Namun kita harus sedar bahawa dengan menjalankan operasi pusat tahfiz secara ‘haram’ ia akan mengundang [...]

USIM 2025 ke arah “Memaknakan Gelombang Barakah”

NILAI, 27 Februari 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengambil langkah lebih proaktif dalam menjayakan agenda 'Universiti untuk Masyarakat' seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di dalam amanat Menteri Pendidikan pada awal Januari lalu. "Slogan 'Sekolah untuk Komuniti, Universiti untuk Masyarakat' dilihat sangat releven dengan USIM serta pembawakan USIM selama ini". Itulah antara penyampaian yang tersirat dalam ucapan amanat oleh Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato' Dr Musa Ahmad yang berlangsung pada 22 Februari lalu bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Bertemakan "Memaknakan Gelombang Barakah”, pendekatan amanat Naib Canselor kali ini dibentangkan lebih padat namun menyeluruh untuk mudah difahami dan dihayati oleh warga USIM secara serta rakan industri yang hadir. Kira-kira seramai lebih 1,500 tetamu hadir tanda mengambil cakna aspirasi Pengurusan Tertinggi demi kemajuan USIM. Intipati amanat yang disampaikan merangkumi tiga segmen iaitu (i) sorotan pencapaian USIM sepanjang 2018 sebagai mengimbau kejayaan-kejayaan besar warganya yang telah mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini akan diikuti dengan segmen kedua (ii) mengenai peranan USIM dalam merealisasikan hala tuju Pendidikan Tinggi seterusnya (iii) pelan tindakan USIM untuk mencapai hala tuju USIM 2025 dalam mencapai aspirasi Universiti Rujukan Global bagi Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Naib Canselor berkata, bagi tahun 2019 dalam menjayakan agenda 'Universiti untuk Masyarakat' USIM mengambil pendekatan memperkasakan jalinan dengan menyantuni komuniti OKU melalui pembangunan polisi OKU dan penubuhan Hab Integrasi Pendidikan Quran bagi OKU Ibnu Ummi Maktum. USIM sebelum ini tidak pernah mengabaikan untuk menghargai bakat OKU apabila pernah menjayakan program OKU Berdoa ”Bicara [...]

Gotong-royong Mega USIM 2019 pupuk kerjasama jaga kebersihan

NILAI, 20 Februari 2019 -Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya telah mengadakan aktiviti Gotong-royong Mega USIM 2019 yang di anjurkan oleh Pusat Kesihatan USIM, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USIM. Gotong-royong mega telah dirasmikan oleh Pendaftar USIM iaitu Dato’ Muhammad Haizuan Rozali bertempat diDataran Bangunan Canselori USIM telah disertai oleh semua kakitangan dan pelajar lanjutan aktiviti gotong-royong melibatkan seluruh kampus termasuklah fakulti-fakulti, persekitaran serta kawasan tumpuan. Program diadakan bagi menggalakkan semangat kerjasama dalam aspek menjaga kebersihan kawasan kampus USIM berikutan peningkatan demam denggi di kawasan kejiranan di taman perumahan. Bagi mengelakkan permasalahan ini berlarutan jadi semua pelajar dan kakitangan dibahagikan gerak kerja pembersihan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong mengikut kawasan fakulti masing-masing dan bangunan PTJ yang terlibat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan di sekitar bangunan yang bertanggungjawab, membersihkan longkang yang bertakung, mengutip sampah sekitar kampus, membersihkan lokasi yang boleh mengakibatkan takungan air serta membuang fasiliti yang telah rosak. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali dalam ucapannya berkata adalah program diadakan bagi menjadikan persekitaran USIM yang barakah bersih tanpa ada sebarang sampah dan juga menjadikan USIM lebih indah serta memberikan keselesaan kepada warga USIM sendiri. Menurut salah seorang kakitangan, Siti Zahirah binti Zamri dari Perpustakaan USIM, program ini wajar diadakan supaya semua kakitangan mengambil peranan dan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan bukan hanya mengharapkan tukang cuci sahaja untuk melakukan kerja-kerja tersebut. “Di jabatan sendiri perlu menjalankan aktiviti seperti ini secara berterusan kerana selain dapat mendidik kakitangan dan pelajar tentang kebersihan, ia [...]

StraComm lawat UUM lihat kemudahan galeri

SINTOK, 18 Februari 2019 – Pusat Komunikasi Strategik (Stracomm), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengembara jauh ke utara pada baru-baru ini iaitu ke Sintok, Kedah untuk melihat lebih dekat Anjung Tamu Universiti Utara Malaysia (UUM). Anjung Tamu UUM atau Welcome Centre yang beroperasi sejak 2014 yang terletak dilokasi yang agak strategik di pintu utama UUM sememangnya menarik perhatian tetamu untuk datang berkunjung ke sini. Lawatan penanda aras Stracomm ke UUM ini disertai seramai 24 kakitangan bertujuan mendapatkan informasi mengenai kemudahan yang terdapat di Anjung Tamu UUM yang dikenali sebagai gerbang maklumat utama kepada tetamu yang berkunjung ke universiti tersebut. Stracomm USIM sebagai jabatan yang memainkan peranan menjadi penyampai dan penghubung di antara USIM dengan pihak luar dan pemegang taruh sentiasa ingin menambahbaik fungsi penting ini dari semasa ke semasa. Stracomm USIM mempunyai perancangan untuk mewujudkan satu ruang khas di kampus sebagai galeri universiti yang memaparkan pelbagai informasi mengenai universiti seperti sejarah pembangunan, maklumat pengurusan, kejayaan warga universiti dan pelbagai lagi. Apabila galeri ini dapat direalisasikan kelak, ia akan menjadi tempat yang bukan sahaja akan dikunjungi oleh para pelawat luar tetapi warga universiti juga untuk mengenali USIM lebih dekat. “Kita memilih untuk melihat Anjung Tamu UUM ini kerana ia ibarat pusat sehenti yang wajib dilawati oleh tetamu universiti itu, justeru konsep dan idea menarik ingin kita terjemahkan dan realisasikan pada galeri USIM”. “Selain diberi taklimat mengenai pelbagai kemudahan yang terdapat di Anjung Tamu UUM, delegasi kami juga di bawa melawat ke Galeri UUM di Bangunan Canseleri, Muzium Pengurusan UUM dan Managers [...]

ICT Click 2019 mendapat sambutan yang menggalakkan

NILAI, 16 Februari 2019 -ICT Click 2019 program celik IT yang diadakan di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 81 orang peserta luar yang terdiri dari pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, mahasiswa/i universiti dan orang awam yang berlangsung 16 Februari lalu. Penasihat ICT Click 2019, Dr Sakinah Ali Pitchay berkata, program ICT Click ini merupakan program tahunan anjuran pelajar Tahun 2 Program Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), dari Fakulti Sains & Teknologi, USIM dan merupakan kali kelima sejak 2015 diperkenalkan dan sering mendapat sambutan saban tahun, dan berharap sambutan yang berterusan di kalangan pihak sekolah khususnya untuk menggalakkan minat peserta terhadap Sains Komputer seiring dengan revolusi industri keempat yang menekankan pelbagai komponen berasaskan teknologi kepintaran buatan. ”Bengkel Arduino mendapat sambutan dari Sekolah Menengah Kompleks KLIA, Nilai dengan seramai 19 orang peserta diiringi dua guru mereka, disamping 8 orang awam dimana para peserta diperkenalkan komponen Arduino dan dibekalkan Arduino kit bagi memudahkan latihan praktikal”. ”Selain itu, modul kedua turut mendapat sambutan awal dari peserta lepasan SPM dan mahasiswa/i universti luar adalah penyuntingan video, aplikasi perisian photoshop dan Mobilegraphy kerana ia memberi nilai tambah kepada peserta di mana mencipta poster, kain rentang, bunting kini mempunyai pasaran yang tinggi”, tambah Dr Sakinah. Selain itu turut diberi pendedahan modul Pembangunan Web, modul Microsoft Office seperti penggunaan perisian Words, Excel, Powerpoint, CloudDrive, pertandingan Speed Typing dan Reka Poster si cilik. Menurut dua ahli Jawatankuasa Pelaksana ICT Click 2019 iaitu Ainul Mardiah Bt Mohd Asri [...]

USIM IPT pertama lawat NCUT sejak 48 tahun ia ditubuhkan

TAIWAN, 28 Januari 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi universiti pertama Malaysia berkunjung ke Universiti Teknologi Kebangsaan Chin-Yi (NCUT) sejak ia ditubuhkan 48 tahun lalu pada baru-baru ini. Wakil mahasiswa Malaysia di NCUT, Anwar Ibrahim, 29, berkata, USIM merupakan satu-satunya universiti dari Malaysia yang melakukan lawatan berbentuk kolaborasi intelektual bersama NCUT. “NCUT memang sudah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 1971 dan menjadi antara lima universiti awam terkemuka Taiwan. Namun, sambutan pelajar Malaysia terhadap NCUT amat rendah sama ada berbentuk pengajian mahupun lawatan” “Ia adalah satu sejarah bagi NCUT sendiri kerana menerima kunjungan ilmiah  dari USIM dan amat hargainya kerana menjadi universiti pertama Malaysia yang memilih untuk melawat kampus kami ini,” katanya dalam sesi ramah mesra bersama 26 pelajar USIM yang menyertai lawatan tersebut. . Kunjungan deligasi USIM yang mewakili Kelab Debat ke universiti berkenaan adalah sebahagian daripada pengisian program Global Islamic Student Outreach (GISO) “Goa Ai Li Taiwanese 2019”. GISO merupakan platform program pengantabangsaan mahasiswa USIM untuk melaksanakan khidmat komuniti di luar negara. Menurut pegawai pengiring USIM, Mohd Zaini Othman, semasa lawatan di NCUT, mahasiswa USIM diberi pendedahan tentang latar belakang universiti tersebut serta kelayakan dan peluang bagi menyambung pengajian di universiti tersebut. "Selain itu, NCUT turut mempamerkan kelengkapan teknologi motor berkuasa tinggi yang berasaskan teknologi solar setanding dengan kecanggihan dalam dunia Formula Satu (F1)." "Siswa USIM turut mendapat peluang memandu uji beberapa kenderaan elektrik yang dihasilkan oleh siswa Fakulti Kejuruteraan NCUT di sekitar kampus. Ini satu pengalaman yang menarik bagi mereka" ujarnya. Dalam pada itu, mahasiswa USIM [...]

Pusat Alumni dan Kerjaya USIM kumpulkan Alumni untuk beri sumbangsaran

NILAI, 12 Februari 2019 - Pusat Alumni dan Kerjaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan program Sumbang Saran Alumni USIM bertempat di Galeri Bangunan Hal Ehwal Pelajar USIM. Program tersebut disertai kira-kira 40 alumni USIM dari pelbagai latar belakang kerjaya antaranya dari ahli akademik, pegawai kerajaan, eksekutif swasta, teknologi maklumat dan usahawan berkampung selama sehari di USIM untuk berkongsi idea dan cadangan bagi merencana halatuju alumni USIM. Julung kali diadakan, Pusat Alumni dan Kerjaya menganjurkan sesi sumbang saran ini atas objektif untuk mengumpulkan alumni-alumni yang berada diseluruh pelosok tanah air untuk bersama-sama membantu memberikan input, cadangan, idea, komen dan sebagainya bagi membantu pengurusan Pusat Alumni dan Kerjaya khususnya berkaitan alumni. Sehingga Majlis Konvokesyen USIM pada tahun lalu, USIM kini mempunyai seramai 20,056 alumni di dalam dan luar negara semenjak kumpulan pertama graduannya dilahirkan pada 2003. Menurut Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Encik Mohd Asri Husain, bengkel ini juga menjadi platform untuk Pengurusan Universiti dapat berjumpa dengan alumni universiti agar wujudnya hubungan muhibah antara kedua belah pihak. "Ia juga dapat membantu kita untuk mengemaskini rekod dan dokumentasi alumni USIM agar maklumat alumni ini akan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dalam pelbagai perkara" ujarnya. Pada bengkel ini, para alumni turut diagihkan dalam beberapa kumpulan khas perbincangan untuk memberikan input-input kepada Pusat Alumni dan Kerjaya dalam topik khusus yang telah ditentukan. Topik yang dipilih dan dibentangkan kepada pengurusan ialah Penjenamaan alumni; Pakej kesejahteraan alumni;Pengkalan data dan portal alumni; dan Keusahawanan dan industri alumni. Topik lain yang turut dibincangkan juga ialah penjanaan dan tabung [...]

Pusat Perumahan Pelajar USIM anjur bengkel mantapkan Kolej Kediaman

NILAI, 10 Februari 2019 - Pusat Perumahan Pelajar (PPP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Majlis Pengetua dan Felo Kolej Kediaman 2019 pada baru-baru ini. Penganjuran bengkel selama tiga hari dua malam di Ayer Keroh, Melaka tersebut disertai seramai 32 peserta terdiri daripada pengetua, felo kolej kediaman dan kakitangan PPP. Objektif pelaksanaan bengkel ini untuk memantapkan keurusetian dan pengurusan kolej kediaman USIM melalui peranan besar yang dimainkan oleh pengetua dan felo kolej kediaman. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Rushdan Jailani. Dalam ucapannya beliau menarik perhatian untuk setiap program di kolej kediaman menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjadi asas pendidikan negara. Katanya, FPN menekankan kepada pembangunan yang berterusan kepada pelajar berteraskan empat aspek iaitu minda, fizikal, emosi dan kerohanian untuk melahirkan pelajar yang harmoni dan seimbang. "Apabila kita mempunyai mahasiswa yang seimbang, mereka inilah yang akan kembali semula kepada masyarakat untuk berbakti dan menyumbang. Program yang dianjurkan oleh kolej kediaman untuk penghuninya saya sarankan untuk sentiasa melihat impaknya menepati pemegang taruh kita yang pelbagai" "Pemegang taruh pertama ialah pelajar selaku entiti utama di dalam universiti. Pihak kedua ialah komuniti  yang berada diluar universiti dan mereka ini merupakan kumpulan besar yang meletakkan harapan kepada mahasiswa kita untuk membantu mereka". ujarnya. Tambahnya lagi pihak ketiga ialah industri yang mahukan pelajar yang dilahirkan telah bersedia sepenuhnya untuk memenuhi jangkaan mereka dan pemegang taruh terakhir ialah Kementerian Pendidikan dan Kerajaan. "Kolej kediaman boleh bersama-sama membantu dalam menyiapkan pelajar [...]

Go to Top