Mac 2020
‘Semaian Kasih Siswa’ Erat Silaturahim FPBU, Orang Asli
MANTIN, 9 MAC – Program Semaian Kasih Siswa bersama Orang Asli anjuran Exco Kebajikan dan Kesukarelawanan Nadi Thaqafah berjaya mengeratkan silaturahim antara mahasiswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dengan masyarakat di Perkampungan Orang Asli Kampung Belihoi, Mantin. Menurut pengarah program, Habib Rafiqi Halim, 21, Exco Kebajikan Dan Kesukarelawanan Nadi Thaqafah menganjurkan program ini bertujuan untuk menjalinkan ukhuwah antara mahasiswa dengan orang asli Kampung Belihoi, memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa serta mendedahkan kepentingan bahasa kepada orang Asli. “Sebagai mahasiswa fakulti bahasa, program ini diadakan bagi mengaplikasi dan mendedahkan kepentingan bahasa khususnya Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris buat masyarakat di sini. “Program ini bukan hanya sekadar dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang antara mahasiswa dan orang asli malah ia juga dapat membuka minda mahasiswa dalam dunia kesukarelawanan,” ujarnya. Sementara itu, wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan, Muhammad Azhari Radi@Rahadi, 28, menyuarakan pendapatnya agar aktiviti sukarelawanan seperti ini boleh diperbanyakkan lagi untuk masa yang akan datang. “Saya juga berharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi oleh mahasiswa jika ada masa yang terluang untuk memberi didikan kepada masyarakat orang asli,” tambah beliau lagi. Tok Batin Kampung Belihoi, Minah Ujang turut berkata bahawa beliau sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar universiti untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat orang asli dan berharap silaturahim melalui program ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Program ini memberi impak positif kepada mahasiswa FPBU kerana dapat menambah pengalaman berkaitan kesukarelawanan dan menimba ilmu kemasyarakatan serta pengukuhan jati diri. Seramai 28 orang mahasiswa FPBU dan 30 orang penduduk kampung orang asli [...]
Thirteen out of 42 First Batch Students of Kolej Genius Insan Scored 11As
NILAI, March 5, 2020- - Time management and being respectful towards his parents and lecturers are key to Irfan Hafiz Qusyairi Mohd Munif's success, USIM Genius Insan (KGI), who scored 11A in the Sijil Pelajaran Malaysia examination(SPM) announced last Thursday. The eldest of five siblings is among seven who took part in the acceleration program of students who sit for SPM exam at the age of 16. Born in Shah Alam, he was accompanied by his parents Mohd Munif Yahaya, 42, and Salsiah Mohd Ali, 42, when the SPM decision was announced. Salsiah's mother expressed her joy happiness and was touched by her son's achievements. She also said Irfan was a young boy who was easy to care for and she did not promise a gift for Irfan to succeed. It is his own effort and interest to score in his SPM this time of year. The couple also regularly visits Irfan in the hostel to ensure he is given the attention and support needed, and has never put under pressure to achieve anything. Asked about his future plans, Irfan plans to continue his studies in engineering at UEM. For the siblings Abdullah Fawwaz's Khairul Nahar, and his younger brother Abdullah Muaz Khairul Nahar, both of them scored 11A, also expressing their gratitude for the success. These children of Khairul Nahar, 50, and Rosmiah Abdul Kahar, 50, from Batu Pahat, responded to his father's challenge to compete when Muaz who joined the SPM acceleration program with his elder brother Fawwaz. [...]
EYDFC 4.0 Perkasa Peranan Belia dalam Membanteras Dadah
KUALA PILAH, 5 Mac 2020 - Dadah merupakan masalah global yang masih lagi merupakan musuh utama dan boleh menggugat keamanan dan keselamatan kepada setiap negara. Cabaran yang dihadapi dunia dan manusia khususnya ancaman penyalahgunaan dan pengedaran dadah sangat membimbangkan dan memberi kesan buruk bukan hanya kepada penagih dadah, bahkan kepada seluruh ahli keluarga, masyarakat dan negara. Bertemakan “Mendayaupaya Belia Ke Arah Komuniti Bebas Dadah”, program Empowering Youth for Drug Free Community (EYDFC 4.0) anjuran Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan kali ini berlangsung di D’ Kok Eco Camp Kampung Talang, Kuala Pilah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Madya Dr. Rushdan Mohd Jailani. Pelbagai program dan aktiviti yang dirancang sepanjang 3 hari bermula 3 hingga 5 Mac 2020, antaranya taklimat dan seminar yang disampaikan oleh wakil dari AADK Negeri Sembilan, JAKIM, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sesi Bicara Santai dan aktiviti Outreach di rumah keluarga OKP. Program kali ini turut mendapat penyertaan dari pelajar SMK Tuanku Muhammad, SMK Senaling, Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan dan Pusat Giatmara Negeri Sembilan. Menurut Pengarah program Puan Nor Asniah Mohd Nor, program Mendayaupaya Belia ke arah Komuniti Bebas Dadah 2020 (Empowering Youth for Drug-Free Community 2020) (EYDFC 4.0 2020) merupakan inisiatif ACREDA USIM dalam usaha mengupayakan belia bagi meningkatkan tahap kesediaan komuniti terhadap program pencegahan dadah ke arah komuniti bebas dadah khususnya di Negeri Sembilan. ”Ia [...]
Kakitangan USIM lakar kemenangan di festival silat di Belanda
NETHERLANDS, 8 Mac 2020 – Saudara Yusri Shamsudin, kakitangan Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Fasiliti (JPPF) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menang kategori solo kreatif dalam Excellent Achievement Awards dalam satu Festival Silat Antabangsa & Simposium Warisan Melayu Dunia penganjuran pada 7 dan 8 Mac lalu. Beliau bertanding mewakili Malaysia dalam pertandingan yang berlangsung pada 7 dan 9 Mac 2020 bertempat di HET Forum, Roermond, Belanda bersama beberapa pasukan lain yang turut mewakili Malaysia bagi kategori berbeza. Saudara Yusri menyatakan rasa terharu apabila berjaya membuat persembahan di Festival Silat Antarabangsa yang merupakan julung-julung kali dan pengalaman pertama beliau menyertai festival yang bertaraf antarabangsa sebegini. “Perasaan bangga dan bersyukur saya ucapkan kerana dapat membawa pulang kejayaan baru buat Malaysia. Pengalaman ini sesuatu yang bermakna kepada saya apabila dapat beraksi di pentas antrabangsa pada masa yang sama meningkatkan skil dan keyakinan diri untuk mempamer teknik yang lebih tangkas,” ujarnya. Selain acara pertandingan silat, turut berlangsung acara senaman tua yang diasaskan oleh Mahaguru Azlan Ghanie yang pernah menjadi Karyawan Tamu USIM 2019. Pengarah Kejohanan, Mr Rob Brandt berpendapat acara kali ini agak meriah kerana pertambahan penyertaan dari pelbagai negara dan kategori yang disertai oleh pelajar-pelajar kolej dan sekolah khususnya di Belanda. Penasihat kejohanan, Profesor Mahaguru Dr Azlan Ghanie juga bersependapat kejohanan seperti ini mempunyai elemen tersendiri kerana penggabungan dari pelbagai negara dalam usaha memartabatkan seni silat Melayu di Eropah. YB Dato Sri Shahaniza (Exco Kerajaan Negeri Pahang) merasmikan festival yang mempertandingkan sebanyak tujuh sesi kategori pencak silat, silat seni, silat pulut, rebut selempang, seminar, [...]
Program komuniti pintar Alumni USIM-Kolaborasi universiti, industri dan komuniti
IPOH, 7 Mac 2020 - Pusat Alumni dan Kerjaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), dan Syarikat Al-Ikhsan Sport telah menganjurkan program Komuniti Pintar Alumni USIM-Al IKhsan@ Sekolah Agama Negeri Perak bertempat di Sekolah Izuddin Shah (SIS) dan juga di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh,Perak. Program ini merupakan salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) kepada sekolah-sekolah terutama di sekolah agama. Objektif program ini adalah membantu meningkatkan mutu pendidikan pelajar sekolah terutamanya dalam bidang sains, teknologi, matematik, perakauanan dan sebagainya. Selain itu, USR ini dapat menjalinkan kolaborasi Universiti, Industri dan Komuniti. Antara pihak industri yang terlibat dalam program ini ialah Syarikat Al Ikhsan Sports dan Firma Guaman SKM Associates. Program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 700 orang peserta dari tujuh buah sekolah agama di Negeri Perak iaitu Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Menengah Tahfiz Batang Padang, Sekolah Menengah Tahfiz Kerian, Sekolah Menengah Tahfiz Manjung, Sekolah Menengah Tahfiz Lenggong, dan Maahad Tahfiz Addin, Malim Nawar. Peserta terdiri daripada pelajar aliran sains, perakaunan, syariah dan undang-undang dari tingkatan tiga, lima dan enam. Ini merupakan program kerjasama kali kedua bersama syarikat berkenaan selepas program di Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jertih, Trengganu. “Antara aktiviti yang dijalankan dalam Program Komuniti Pintar Alumni USIM-Al Ikhsan ini ialah Program Motivasi Bersama Al Ikhsan yang disampaikan oleh En Muhammad Ariff Yaaziz. Dalam slot ini, beliau telah memberikan ceramah berkaitan dengan kepentingan aspek penjagaan diri melalui sukan di samping menerangkan prospek kerjaya dalam bidang keusahawanan dengan menjadikan tokoh Syarikat Al [...]
USIM Lancar Anugerah Biasiswa Barakah dan Serahan Baucer Buku untuk Asnaf USIM
NILAI, 17 Februari 2020 - Bagi memperluaskan lagi skop agihan zakat kepada asnaf pelajar, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mewujudkan satu inisiatif baharu bantuan zakat di bawah projek kecemerlangan asnaf iaitu Anugerah Biasiswa Barakah (ABB). Anugerah ini diberikan kepada seorang penerima bagi setiap fakulti yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam akademik iaitu PNGK 3.5 ke atas dan syarat lain yang ditetapkan. Penerima ABB akan menerima sumbangan zakat secara bulanan sebanyak RM300 sehingga tamat pengajian serta baucer buku bernilai RM200. ”USIM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang zakat dalam kalangan kakitangan USIM serta institusi korporat. USIM akan memastikan zakat ini dapat diagihkan agar membantu meringankan bebanan kewangan golongan asnaf di USIM,” ujar YBhg. Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM dalam ucapan perasmian beliau. Menurut Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ, kejayaan USIM dalam mewujudkan ABB adalah hasil sumbangan zakat secara tetap oleh para kakitangan USIM melalui potongan gaji dan juga sumbangan para korporat seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Etiqa Takaful, Tabung Haji dan lain-lain. Ternyata kesemua sumbangan ini memberikan impak yang sangat besar kepada penerima ABB dan asnaf-asnaf yang lain. ”PWZ mewujudkan ABB sebagai inisiatif baharu agihan zakat kepada asnaf di bawah projek kecemerlangan asnaf. PWZ percaya biasiswa ABB ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan pelajar bahkan dapat meningkatkan kecemerlangan akademik mereka”, tambah Dr. Mushaddad. Majlis turut menyerahkan baucer buku kepada 400 orang asnaf fakir di USIM yang berjumlah RM100 kepada setiap penerima. Pemberian ini adalah hasil sumbangan [...]
Februari 2020
Undang-undang hak cipta unik elak plagiat
Kemenangan filem Parasite baru-baru ini pada anugerah Oscar membuka mata kita semua bahawa bahasa bukan penghalang bagi menggondol anugerah karya seni filem di arena antarabangsa. Karya berkualiti ialah kriteria yang akan diambil kira dalam menentukan kejayaan sesebuah filem. Namun, terdengar desas-desus mengatakan bahawa sebelum filem Parasite ke layar perak, sudah wujud sebuah karya lain seumpama Parasite yang dikatakan mirip dengan jalan cerita itu, sekali gus bakal mengundang isu hak cipta. Tidak kurang juga isu hak cipta yang dituntut oleh individu dikatakan membuat sumbangan bagi lagu Sumpah yang dimenangi Naim Daniel dalam Anugerah Juara Lagu Ke-34 baru-baru ini. Perlu diingat bahawa pencipta karya mempunyai hak moral, iaitu hak untuk dikenali sebagai pencipta karya dan hak menghalang orang lain daripada melakukan pengubahsuaian terhadap karyanya sehingga menjejaskan reputasinya sebagai pencipta karya. Hak moral itu disebut dengan jelas dalam Akta Hakcipta 1987 melalui seksyen 25. Secara asasnya, undang-undang hak cipta tidak melindungi idea, tetapi melindungi ‘ekspresi idea’ yang dihasilkan oleh seseorang pencipta karya. Ekspresi idea itu yang akan membezakan karya seseorang pencipta dengan pencipta lain. Sebagai contoh, idea bagi sesebuah filem mungkin untuk menerangkan perbezaan darjat, si miskin dan si kaya. Cerita sebegini banyak dapat kita tonton dalam slot drama ataupun filem seperti karya seniman agung P Ramlee melalui filem Ibu Mertuaku. Namun, idea bagi sesebuah filem tidak dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Plot, jalan cerita dan watak yang dimainkan dalam sesebuah filem menjadi asas dalam menentukan sama ada sesuatu karya asli atau ciplak. Ia disebabkan plot, jalan cerita [...]
Majukan potensi bidang penyelidikan USIM – Prof. Dr. Mohammad Hamiruce, TNC Penyelidikan dan Inovasi
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Menteri Pendidikan berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun sebagai bermula 15 Disember 2019 hingga 14 Disember 2022. Q1 Bagaimana Prof. melihat pelantikan ini dalam perjalanan kerjaya Prof. apabila diberi kepercayaan menggalas portfolio ini? Alhamdulillah, sebelum ini pernah diberi kepercayaan menggalas portfolio ini. Saya mempunyai pengalaman dalam menguruskan hal ehwal penyelidikan dan inovasi selama lebih kurang 10 tahun. Selain itu, saya juga merupakan taskforce kepada penyediaan penilaian Malaysia Research Assessment (MyRA) dan Higher Institution Centre of Excellence (Hi-COE) serta menganggotai jawatankuasa lain di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melihat kepada pembangunan dan kemajuan penyelidikan negara. Dengan berbekalkan pengalaman dan pengetahuan ini InsyaAllah saya akan gunakan sebaik mungkin untuk meletakkan penyelidikan USIM ke satu tahap yang boleh kita banggakan. Q2 Pada pandangan Prof., apakah keunikan dan potensi yang ada pada bidang penyelidikan USIM? Saya percaya kepada kemampuan USIM yang sentiasa mengetengahkan idea dan potensi penyelidikan dan inovasi baharu. Ia diterjemahkan aspirasinya untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi yang berimpak besar kepada ummah. Antaranya Translational Research-penyelidikan yang berimpak dan boleh dimanfaatkan oleh komuniti dan masyarakat yang mempunyai nilai tersendiri melalui integrasi ilmu naqli dan aqli yang berpaksikan lima prinsip Maqasid Syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Melaluinya para penyelidik USIM bersama pemegang taruh mampu untuk menghasilkan aktiviti penyelidikan yang bertaraf global kerjasama para mahasiswa untuk kebaikan dan kelestarian komuniti dan ummah setempat. Selain [...]
Hari Intervensi Kesihatan USIM, Santuni Penduduk Taman Indah Tampin
TAMPIN, 22 Februari 2020- Seramai 38 pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya laksanakan Hari Intervensi Kesihatan USIM 2020 yang dijalankan kepada komuniti Taman Indah, Tampin Negeri Sembilan. Majlis Perasmian Penutup dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan S. Veerapan A/L Superamaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Repah. Program ini merupakan kajian yang diadakan selama 5 minggu kepada penduduk Taman Indah yang berumur 18 hingga 65 tahun mengenai pengetahuan, sikap dan amalan mengenai imunisasi kanak-kanak dalam kalangan orang dewasa. Dalam ucapan Prof Madya Dr Rushdan Mohd Jailani Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, besarlah juga harapan USIM dengan adanya sumbangan daripada pelbagai organisasi dan individu, maka penglibatan pelajar USIM dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang memberi nilai tambah kepada pelajar itu sendiri dapat ditingkatkan lagi. ”Kami amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Tuan S. Veerapan A/L Superamaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Repah atas sumbangan yang diberikan untuk menjayakan program pada hari ni” ujar Prof Rushdan. ”Syabas saya ucapkan kepada pelajar Tahun 4 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM dan saya berharap program seperti ini dapat merapatkan jurang antara ahli universiti dengan masyarakat, di samping menambah pengalaman bakal-bakal doktor”, tambah beliau lagi. Menurut Pengarah Program saudara Aiman Arif Arifin, kajian ini dilakukan melalui kaedah temuramah dari rumah ke rumah dengan menggunakan borang kaji selidik. Hari Intervensi ini merupakan kesinambungan daripada kajian tersebut bagi membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan selama 5 minggu itu. ”Antara objektif program ini juga adalah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kepekaan penduduk [...]
Perbincangan Meja Bulat Tawriq Wakaf 2020-Menzahirkan Kepekaaan Serius Isu Aset Wakaf yang Terbiar
NILAI, 18 Februari 2020- Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaaan serius dalam isu aset wakaf yang terbiar, belum dibangunkan dan hasil yang rendah hingga tidak dapat menampung kos penyelenggaraan di peringkat nasional dan global, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan langkah dalam merealitikan Perbincangan Meja Bulat Tawriq Wakaf 2020 bertempat di Dewan Senat aras 3, Bangunan Canselori, USIM. Tema program adalah ‘Membuka Potensi Tawriq Wakaf Melalui Inovasi Kaedah Pencairan Kearah Pengukuhan Dan Kelestarian Institusi Wakaf Di Malaysia’. Ucaptama disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Tokoh Syariah Global dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah BNM Naib Canselor USIM Prof. Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata, perbincangan ini adalah sebagai medan perbincangan ilmiah kumpulan akademik, pengendali institusi wakaf, pelajar dan masyarakat awam untuk berbincang dan memberikan pendapat mengenai solusi kepada permasalahan kekurangan sumber dan pendanaan projek-projek wakaf. Program ini juga mengukuhkan hubungan dan jalinan kerjasama Majlis Agama Negeri sebagai pemegang amanah tunggal wakaf di Malaysia. “Pelbagai isu dapat dibincangkan dan saya yakin banyak resolusi yang kita akan peroleh pada akhir program ini nanti. Walaupun kaedah ini masih belum diperluaskan dalam Malaysia, diharapkan platfom ini juga mampu mempromosikan konsep Tawriq Wakaf sebagai idea baru, prinsip asas dan teori untuk diaplikasikan dalam pelaksanaan wakaf di Malaysia”ujarnya lagi. Sebanyak dua topik yang dibincangkan iaitu : “Fiqh al-Sighah untuk kelestarian projek pembangunan wakaf masa hadapan” disampaikan oleh Ustaz Fakhruddin Abdul Rahman (Pegawai Tadbir di Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang) dan Ustaz Fauwaz Fadzil Noor (Penasihat Syariah Telaga Biru dan Penterjemah [...]









