Februari 2020
Program celik kewangan ke arah lahir generasi bijak urus wang
NILAI, 24 Februari 2020 - Program Kesedaran Kepentingan Pengurusan kewangan julung kalinya diadakan oleh Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia bertujuan meningkatkan kecelikan mengenai pengurusan kewangan dalam kalangan warga kerja termasuk para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Mohamed Ridza Wahiddin hadir merasmikan bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Beliau berkata, program sebegini boleh memberi kesedaran mengenai kepentingan laporan kredit bagi seseorang individu. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan berkaitan jenayah kewangan atas talian yang sedang berleluasa sehingga mengakibatkan mangsa penipuan mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit. "Penganjuran program sebegini diharap memberi impak yang positif kepada warga kerja dan para pelajar USIM, justeru ambillah peluang daripada program ini untuk meningkatkan pengetahuan anda selain daripada menimba ilmu di bilik kuliah," ucap Prof. Ridza Wahiddin. Tambahnya lagi, pengurusan kewangan mungkin dianggap suatu istilah yang rumit dan konsep yang tidak mudah difahami oleh ramai orang. Namun demikian, jika bermula dengan bijak dan membahagikannya kepada langkah-langkah yang lebih kecil dan mudah, maka ia menjadi lebih mudah untuk mengawal cara anda berbelanja dan menyimpan wang. Beliau menambah sebagai warga pendidik yang terkehadapan, warga USIM sewajarnya lebih peka dengan budaya pelaburan yang tidak sihat dan mampu memberikan kesan negatif terhadap kedudukan kewangan isi rumah dan boleh merosakkan institusi keluarga dan masyarakat. Ini menyedari bahawa Malaysia masih belum mempunyai tahap celik kewangan yang memuaskan, maka ujarnya pihak kerajaan melalui Bank Negara Malaysia harus konsisten menyediakan beberapa agensi khidmat nasihat dan bantuan pengurusan kewangan kepada [...]
Majikan perlu perihatin terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja mereka
Pihak majikan perlu dengan sedaya upaya mereka memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja mereka berada dalam keadaan yang baik pada setiap masa. Pihak majikan perlu juga memastikan pekerja mereka tidak terdedah dengan sebarang jenis bahan – bahan pencemaran berbahaya serta sebarang jenis penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan tahap keselamatan dan kesihatan diri perkerja mereka dan ini termasuklah penularan penyakit berjangkit novel koronavirus (2019-nCoV) yang sedang berlaku pada masa kini dibeberapa buah negara dunia termasuklah di Malaysia. Penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan seseorang yang dijangkiti itu mengalami masalah penafasan yang serius ini mula tersebar di negara China dan kini telah menular ke banyak negara dunia termasuklah negara Korea Selatan, Jepun, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, Malaysia, dan banyak negara lagi. Beribu – ribu orang telah dilaporkan dijangkiti dengan virus berbahaya ini serta berpuluh – puluh orang juga telah dilaporkan maut akibat daripada jangkitan virus berbahaya berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak majikan untuk memastikan para pekerja mereka tidak terdedah dengan sebarang risiko yang boleh menganggu tahap keselamatan dan kesihatan diri pekerja mereka dengan sedaya upaya mereka. Pihak majikan perlu memastikan keadaan persekitaran tempat kerja berada keadaan yang selamat dan sihat untuk pekerja mereka melakukan sebarang jenis aktiviti kerja. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak majikan dalam menghadapi masalah penularan sebarang jenis penyakit berjangkit ialah dengan meminta pekerja mereka yang sakit untuk berjumpa dengan doktor serta melakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera, memberi kebenaran kepada pekerja mereka yang sakit untuk duduk dirumah dan tidak hadir ke [...]
USIM tawarkan pelbagai program menarik Pascasiswazah
NILAI- 12 Februari 2020 - Mahasiswa harini berpeluang merebut sebanyak mungkin peluang untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi demi mencipta masa depan lebih gemilang. Begitu juga bagi pekerja sektor awam dan swasta tidak asing lagi dalam kalangan mereka yang bekerja sambil belajar untuk memenuhi matlamat dan impian dalam menaikkan taraf pendidikan mereka. Bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Baru-baru ini, USIM telah menerima sebanyak 38 orang yang mendaftar masuk untuk program Sarjana dan 14 orang di peringkat PhD. Daripada jumlah tersebut, 12 darinya adalah dari negara Libya, Yaman, Indonesia dan Palestin. Bagi Wan Nuraini Wan Rosdi, 25, Sarjana Syariah, hasrat beliau adalah bercita-cita untuk sambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah untuk menjadi seorang pensyarah berjaya. Selesa dengan suasana dan pensyarah di USIM membuatkan beliau memilih USIM untuk menyambung pengajian di sini. Manakala bagi Amanee Abdul Hai, 33, berasal dari Senawang, beliau menamatkan kerjaya sebagai Guru Bahasa di UiTM Rembau untuk menyambung pengajian sepenuh masa di USIM dalam Sarjana Bahasa Arab Komunikasi. Amat tertarik dengan pembelajaran yang digunakan di USIM dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dan berharap untuk memperkasakan kemahiran Bahasa Arab beliau ke peringkat lebih tinggi. ”Mendapat galakkan dan sokongan dari pensyarah di Kolej Genius Insan, selain suasana dan fasiliti yang selesa antara yang menarik minat saya untuk sambung pengajian di USIM”, berkata Sri Vani A/P Sellathoroe. Beliau berasal dari Seremban, sambung pengajian dalam Sarjana Sains, sekarang merupakan Pembantu Penyelidik kepada salah seorang pensyarah di USIM. [...]
Memaknai Misi Kesukarelawanan: FPQS Laksana Rehlah Mahabbah di Bumi Turki
NILAI, 25 Januari 2020 - Penglibatan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam program kesukarelawanan tidak asing lagi kerana pihak universiti sangat menggalakkan aktiviti libatsama masyarakat yang dapat memberikan pengalaman berharga kepada mahasiswa di luar waktu kuliah. Baru-baru ini seramai 21 orang mahasiswa tahun 4 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah berjaya melaksanakan satu program GISO (Global Islamic Student Outreach) di negara Eurasia yang tidak asing lagi iaitu Turki yang berlangsung pada 16 hingga 25 Januari 2020. Diberi nama Rehlah Mahabbah Turki (Gaziantep dan Istanbul), program libatsama masyarakat ke bumi Uthmaniyah ini menyampaikan bantuan khusus kepada mangsa-mangsa kekejaman perang di Syria. Antara tempat yang sempat dilawati adalah iNSANi Yardim Vakfi (iHH), Pusat Rehabilitasi, Pusat Transit Anak-anak Syria, Pusat Pendidikan Anak Yatim Hayrat Yardim dan juga sekolah. Menurut pengarah program Mohd Faris Danial Bin Abdul Kader, iHH merupakan satu badan NGO yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyampaikan bentuk sumbangan kepada para pelarian Syria, perjalanan mengambil masa hampir satu jam dari kediaman penginapan mereka di Gazientep. ”Kami berpeluang untuk melawat Pusat Logistik Kilis yang amat sistematik seumpama sebuah gudang besar yang menyimpan stok-stok makanan dan keperluan yang siap sedia untuk diagihkan mengikut jumlah sumbangan yang diberikan oleh orang ramai dari serata dunia. Antara bentuk makanan dan keperluan yang disumbangkan adalah tepung, minyak masak, gula, kekacang dan beberapa lagi jenis makanan ruji mereka”. ”Peserta juga berkesempatan meluangkan waktu beraktiviti dengan anak-anak Syria di Pusat Pendidikan Anak Yatim Hayrat Yardim yang cukup bermakna buat mereka apabila melihat senyuman anak-anak yatim para syuhada ini ketika [...]
USIM tarik minat pelajar Kolej Matrikulasi di Karnival Pendidikan Kerjaya
NILAI, 20 Januari 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pasukan Promosi Program Akademik di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) dan penglibatan fakulti untuk menyertai Karnival Pendidikan Kerjaya kepada para pelajar di Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menghimpunkan lebih daripada 30 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk mengadakan pameran pendidikan dan menyampaikan taklimat kepada para pelajar Kolej Matrikulasi. Menurut Pengarah PPKP, Prof Madya Dr Zainur Rijal Abdul Razak berkata Karnival Pendidikan Kerjaya ini menjadi landasan untuk para pelajar lepasan matrikulasi mendapatkan input dan maklumat mengenai Institusi Pengajian Tinggi untuk mereka menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara terus dengan pegawai yang hadir. Bagi USIM, karnival sebegini memberi peluang kepada USIM untuk mengenalpasti calon pelajar yang bersesuaian dan menepati syarat kemasukan ke USIM. “Dengan berkunjung ke Kolej Matrikulasi tersebut sebenarnya memberi faedah kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat secara terus dan mendapatkan khidmat nasihat untuk memilih bidang pengajian yang sesuai dengan kelayakan akademik dan minat mereka. Ia sekaligus dapat meningkatkan jumlah kemasukan calon pelajar dari lepasan Kolej Matrikulasi ke USIM dengan lebih agresif untuk Sesi Akademik 2020/2021,” katanya lagi. Oleh itu, dalam usaha untuk menarik minat lebih ramai pelajar lepasan Kolej Matrikulasi menyambung pengajian di USIM, kami turut mengedarkan soal selidik ringkas kepada pengunjung yang datang dan analisis tersebut akan diusulkan kepada pihak Pengurusan Universiti untuk penambahbaikan. Karnival Pendidikan Kerjaya anjuran KPM ini adalah sambungan dari tahun 2019 yang melibatkan pameran dan taklimat di 14 buah Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. [...]
KOMPASS bukti jalinan kerjasama USIM, SMAP Labu
LABU, 1 Februari 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Pusat Alumni dan Kerjaya, Penerbit USIM dan Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) melancarkan Program Komuniti Pintar Alumni USIM, Sarana Ibu Bapa dan SMAP Labu (KOMPASS) sekaligus mengiktiraf Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu sebagai sekolah angkat USIM. Menurut Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, program KOMPASS ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang rapat antara USIM dan SMAP Labu lebih-lebih lagi sekolah ini memang berdekatan dengan USIM. “Hari ini kita datang ke SMAP Labu untuk majlis pelancaran ini dan saya harapkan pada pertemuan akan datang adik-adik dari SMAP Labu pula boleh datang dan melawat USIM untuk melihat segala kemudahan dan mengetahui lebih lanjut mengenai program akademik di USIM,” katanya lagi. Pada majlis itu juga, En Mohd Asri Hj Husain, Pengarah Pusat Kerjaya dan Alumni berkata program ini adalah untuk menghimpunkan alumni-alumni USIM sama ada dalam kalangan pensyarah, staf dan mahasiswa USIM untuk kembali berkhidmat kepada sekolah pertama mereka. “Justeru, dengan adanya program sebegini, ia dapat membantu untuk mengeratkan lagi hubungan antara SMAP Labu dan USIM menerusi siri perbincangan dan bertukar-tukar fikiran untuk menganjurkan pelbagai program seperti program motivasi, projek penerbitan buku, meningkatkan penggunaan dan kemahiran berbahasa Inggeris dan Arab serta mata pelajaran yang lain,” tambahnya lagi. Untuk menarik minat para pelajar SMAP Labu dan meneruskan bidang Sains, Dr Muhammad Zamir Othman, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi telah mengadakan beberapa eksperimen dan membawakan projek Fast Lab ke SMAP Labu untuk [...]
Januari 2020
Jangan malas, malu pakai topeng muka demi kesihatan
Setiap orang harus mengambil langkah berjaga – jaga bagi mengelakkan diri mereka dijangkiti dengan sebarang jenis penyakit berjangkit. Umum telah pun ketahui mengenai penularan penyakit berjangkit novel koronavirus (2019-nCoV) yang hangat dilaporkan pada masa kini. Penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan seseorang yang dijangkiti itu mengalami masalah penafasan yang serius ini mula tersebar di negara China dan kini telah menular ke banyak negara dunia termasuklah negara Korea Selatan, Jepun, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis serta Malaysia. Beratus–ratus orang dilaporkan telah dijangkiti dengan virus berbahaya ini serta berpuluh–puluh orang dilaporkan maut akibat daripada jangkitan virus berbahaya berkenaan. Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada jangkitan virus terbabit, pelbagai langkah perlu diambil bagi mengurangkan risiko diri daripada dijangkiti dengan virus berkenaan. Diantara langkah yang telah disarankan oleh pakar–pakar perubatan ialah dengan menjaga aspek kebersihan diri dengan lebih kerap seperti membasuh tangan, melakukan proses pemeriksaan doktor, serta tidak pergi ke tempat–tempat yang telah terjejas teruk dengan penularan penyakit berjangkit. Selain daripada mengambil langkah menjaga kebersihan diri, kita juga boleh mengunakan topeng muka bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit yang sedang berlaku pada ketika ini. Pengunaan topeng muka merupakan satu langkah yang paling mudah untuk dilakukan oleh semua pihak termasuk oleh golongan kanak – kanak. Pengunaan topeng muka dilihat menjadi satu keperluan penting bagi melindungi diri sendiri daripada terdedah dengan sebarang jenis jangkitan ataupun bagi melindungi orang lain daripada jangkitan yang mungkin datang dari diri kita sendiri. Walaupun ada yang meragui keberkesanan topeng muka dalam menghalang penyebaran sebarang [...]
USIM sasar catat rekod terbaik di Kejohanan MASUM 2020
NILAI, 30 Januari 2020 - Ke arah generasi cergas dan sihat, universiti kini bukan sahaja sebagai medium pencarian ilmu bahkan digalakkan mahasiswa menceburkan diri dalam aktiviti dan program kesukanan kerana ia dapat membentuk individu membudayakan sukan sebagai gaya hidup. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak melepaskan peluang untuk menyertai Kejohanan MASUM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Penyerahan Bendera kepada para kontinjen yang melibatkan seramai 90 atlet telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Rushdan Mohd Jailani bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM. Kejohanan MASUM acara tahunan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Sukan) ini terbahagi kepada Fasa 1 dan Fasa 2, di mana Fasa 1 akan bermula pada 1 Februari hingga 6 Februari 2020 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau dan MASUM Fasa 2 akan bermula pada 21 hingga 27 Julai 2020 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Sebanyak 7 permainan yang akan dipertandingkan iaitu badminton, bola keranjang, silat, ping pong, catur, tenis dan sepak takraw. “USIM sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada warga USIM untuk menyertai aktiviti sukan bagi melahirkan bakat baru sebagai bakal atlet yang berpotensi untuk mewakili USIM di kejohanan sukan di peringkat yang lebih tinggi serta menggalakkan peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal”. Jelas Prof Rushdan lagi, penglibatan pelajar merupakan suatu yang penting dalam membina budaya hidup sihat dan cergas yang member impak yang positif kepada Universiti dalam tempoh jangka panjang disamping memupuk budaya “USIM CERGAS DAN CERDAS” selain daripada semangat kerja berpasukan serta integrasi antara jantina dan setiakawan yang sihat. “Melalui usaha ini [...]
Koronavirus: Lindungi kesihatan rakyat Malaysia, perketat kemasukan warga asing
Pihak kerajaan perlu memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia daripada sebarang jenis penyakit berjangkit merbahaya yang tidak mempunyai rawatan pemulihan serta boleh membawa maut. Ini susulan penyebaran penyakit berjangkit koronavirus yang kini menjadi bualan hangat dan kebimbangan orang ramai diserata dunia. Penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan seseorang yang dijangkiti itu mengalami masalah penafasan yang serius ini mula tersebar di negara China dan kini telah menular ke banyak negara dunia termasuklah negara Korea Selatan, Jepun, Thailand, Amerika Syarikat, Australia, Perancis serta Malaysia. Beratus-ratus orang dilaporkan telah dijangkiti dengan virus berbahaya ini serta berpuluh orang dilaporkan maut akibat daripada jangkitan virus berbahaya berkenaan. Memandangkan penyakit berjangkit ini boleh tersebar dengan mudah dikalangan manusia, pihak kerajaan perlu mengambil langkah berani dengan menghentikan buat sementara waktu kemasukan warga negara dari negara yang terjejas teruk dengan virus penyakit berjangkit berkenaan seperti negara China. Langkah menghentikan kemasukan warga negara dari negara yang terjejas teruk dengan masalah virus jangkit berjangkit ini dilihat menjadi satu keperluan mendesak yang perlu diambil oleh pihak kerajaan supaya rakyat Malaysia dapat dilindungi dari sebarang risiko penyakit berjangkit berjangkit dari virus berkenaan. Proses pengecualian visa kepada pelancong dari negara China yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini juga perlu dihentikan buat sementara waktu sehingga masalah penyebaran virus penyakit berjangkit berkenaan dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Setiap rakyat China yang masih ingin mengunjungi Malaysia atas apa-apa alasan pun perlu melalui proses saringan yang amat ketat supaya mereka tidak membawa sebarang jenis penyakit berjangkit ke dalam negara [...]
GISO Davao dekati perkampungan komuniti Islam
Davao Oriental, Filipina, 28 Januari 2020 - 19 orang mahasiswa tahun tiga fakulti sains & teknologi bersama seorang pegawai pengiring, Dr. Mohd Hafiz bin Abu Hassan menjalankan aktiviti GISO 2020: Travelog In Davao, Amity Route di sebuah perkampungan komuniti Islam yang diberi nama Revert Islam Dakwah Center (RIDC). Para peserta GISO Davao disambut dengan meriah oleh penduduk-penduduk tempatan yang minoritinya adalah Muslim. Atas jasa baik penduduk RIDC, para peserta GISO Davao diberi kesempatan berjumpa dengan Datuk bandar City of Mati, Michelle N. Rabat. Selain itu, mereka berpeluang mengendalikan aktiviti GISO bersama penduduk tempatan iaitu Play Hard Work Hard, Clean Body Save Live, Necessity in Salah, Cultural night, Colourful Malaysia dan Remembrance of Muslim Scholar. Kesemua aktiviti yang diadakan merangkumi 4 komponen GISO seperti libatsama masyarakat, kelestarian alam, pertukaran ilmu dan pertukaran budaya. Sebelum itu, para peserta GISO Davao turut berjumpa ketua kampung Punong Barangay, Sir Nestor L. Escasinas. Kemudian, para peserta GISO Davao dibawa ke pusat komuniti Islam City of Mati untuk lebih mengetahui tentang komuniti Islam di City of Mati, Davao. City of Mati terdiri daripada 40% Muslim dan 60% Kristian yang membuatkan tempat mereka sangat mesra Muslim. “Aktiviti yang diadakan bersama masyarakat setempat dapat menjadi nilai tambah kepada pelajar-pelajar USIM itu sendiri yang seterusnya turut memenuhi objektif GISO. Pertemuan para peserta dengan beliau menjadi perbualan hangat di kalangan penduduk tempatan kerana berita kunjungan antara mereka dengan datuk bandar turut dipaparkan di laman rasmi City of Mati. Bahkan, ianya turut ditulis oleh surat khabar tempatan disini,” ujar Dr. Hafiz [...]






