Februari 2017
Dari perundangan beralih ke bidang fotografi – Nazim Uzir
Dari seorang yang pemalu dan tidak berkeyakinan, Muhammad Nazim Bin Uzir, 29, yang merupakan anak jati Kedah menyahut cabaran dengan mendalami ilmu fotografi sebagai kerjaya. Anak keempat dari lima beradik ini yang merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang USIM pada mulanya hanya menjadikan bidang fotografi ini sebagai hobi sahaja namun, sejak 2011 beliau mula aktif dengan mengambil tempahan fotografi perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan sukan. “Saya selalu rasa gemuruh apabila berdiri untuk bercakap di khalayak ramai, namun apabila diberi kepercayaan ketika dilantik menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sukan & Rekreasi pada tahun kedua pengajian, semua itu berubah. “Dari situlah saya mula membina keyakinan diri menerusi pelbagai program kampus dan penyertaan seminar lain dalam bidang akademik serta banyak perkara yang saya belajar daripada pensyarah, kakitangan serta rakan di USIM”,tambah Nazim. Turut berkongsi pengalaman manis ketika di USIM, pada mulanya beliau tidak berminat langsung dengan pengajian undang-undang, namun beliau bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian undang-undang dalam tempoh yang ditetapkan walaupun beliau gagal satu subjek pada tahun akhir dan berjaya mengambil peperiksaan ganti semasa cuti semester akhir. “Walaupun, saya tidak pernah mendapat anugerah khas dalam akademik, tetapi pernah mendapat satu anugerah khas dalam kokurikulum, iaitu Kejohanan Bolasepak Liga Fakulti dengan dianugerahkan Penjaring Terbanyak Liga Fakulti 2007/2008 dengan tujuh gol,” katanya lagi yang kini membina kerjaya sebagai Pegawai Media Persatuan Bola sepak Kedah (KFA).
iEYDFC 2017 komited banteras dadah habis-habisan
SUNGAI PETANI, 10 Feb 2017 – Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerjasama bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan International Workshop on Empowering Youth for Drug-Free Community (iEYDFC 2017) di Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK) bermula 4 hingga 8 Februari lalu. iEYDFC 2017 menampilkan 3 bentuk modul di mana seramai 206 orang peserta berpeluang berdiskusi dengan pakar kaunseling mengenai permasalahan dadah secara menyeluruh merangkumi aspek pencegahan dadah awalan, pencegahan sekunder dan pencegahan lanjutan. Peserta turut didedahkan asas rawatan dan pemulihan ketagihan dadah menggunakan pendekatan terapi psiko-spiritual Islam, selain berpeluang memberi khidmat bakti dan sumbangan kepada penduduk setempat melalui program outreach di Paya Nahu dan Tanjung Dawai. “Adalah diharap agar iEYDFC 2017 dapat memberi pendedahan awal kepada golongan belia tentang langkah pencegahan, rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah yang kian meruncing di kalangan masyarakat. Secara tidak langsung pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial sebagai tanda sokongan pihak universiti kepada pihak AADK dalam ‘Membanteras Dadah Secara Habis-Habisan’,” ujar Dr Isa Amat, Pengarah ACREDA. iEYDFC 2017 yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, En. Abdul Rahman Hj Hamid, turut mendapat kerjasama daripada Asia Pacific Universities on Community Engagement Network (APUCEN), iM4U, Drug Free Youth Association (DFYA) dan MASAC. Disediakan oleh: Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Dikemaskini oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 [...]
GISO Syria We Come 2.0 capai sasaran kutipan sumbangan hampir RM 180 ribu
Lubnan, 9 Feb 2017 – Program Pengembaraan GISO 2017, Syrian We Come, Kem Pelarian Syria di Lubnan (GiSO SWC 2.0) merupakan misi bantuan kemanusiaan untuk pelarian Syria di Lubnan yang dijalankan oleh mahasiswa/i Fakulti Sains dan Teknologi bermula 24 Januari hingga 1 Februari lalu. Seramai 26 orang turut serta yang terdiri daripada 10 orang pelajar USIM, 5 orang alumni USIM, 4 orang pakar perubatan dari Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), seorang doktor pakar dan 2 orang sukarelawan dari Pertubuhan Kebajikan Ibnu Sina (PERKIS) serta 3 orang sukarelawan Malaysia Lifeline for Syria (MLLFS) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr.Norita binti Md Norwawi. Misi bantuan kemanusiaan adalah dengan kerjasama Awareness & Consolation Association (ACA), sebuah NGO di Lubnan, merupakan kesinambungan dari program Syrian We Come, Kem Pelarian Syria di Lubnan kali pertama diadakan awal tahun 2016. “Dalam misi kali ini, keperluan musim sejuk dan aspek kesihatan menjadi fokus utama dilaksanakan disetiap kem–kem atau rumah pelarian disekitar Lubnan. Misi ini juga mengagihkan barangan seperti pakej makanan kepada 650 buah keluarga termasuk anak-anak yatim, lebih dari 1000 helai selimut kepada 725 buah keluarga, 500 helai baju sejuk untuk kanak-kanak dan minyak tanah (kerosene) kepada 215 buah keluarga yang merupakan keperluan asas musim sejuk,” kata Prof. Dr. Norita. “Alhamdulillah, misi kali ini berjaya mengumpul sumbangan hampir RM 180,000 melebihi sasaran sumbangan sebenar RM 100,000. Ini mencerminkan keprihatinan dan sifat cakna rakyat Malaysia yang tinggi terhadap saudara seakidah kita yang sedang [...]
Usahasama USIM dan Ahli Qatar Foundation perluas peranan Bahasa Arab
QATAR, 2 Feb 2017 – Memorandum Perjanjian (MoA) dimeterai oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pertubuhan Antarabangsa Pengembangan Bahasa Arab (WORAL) yang juga ahli kepada Qatar Foundation susulan lawatan kerja oleh YB Dr Ali Ahmad Qubaisi ke USIM pada 30-31 Mei 2016 lalu memperlihatkan kecaknaan negara Qatar kepada Malaysia agar Bahasa Arab digunapakai oleh masyarakat Muslim. Kerjasama telah ditandatangani oleh Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WORAL adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Arab di negara Asia dengan penawaran program pendidikan dan budaya di seluruh dunia. “Dalam usahasama ini USIM membawa hasrat penubuhan ruknu arabi (Arab Language Corner) yang dilihat berpotensi menjadi platform untuk meningkatkan dan menyebarkan pengetahuan Bahasa Arab secara langsung menyumbang perkembangan Bahasa Arab terutama kepada negara bukan penutur asli bahasa Arab seperti Asia Tenggara,” ucap Dato’ Musa Ahmad dalam ucapannya. Menurutnya lagi, pusat ini sebagai wadah penyebaran dan perkongsian informasi mengenai rujukan, penyelidikan, siri penerbitan, jurnal dan apa-apa penerbitan Bahasa Arab bagi faedah bersama. Malah USIM menghargai penghormatan kerjasama yang diberikan serta cuba memanfaatkan peluang yang tersedia. “Ianya dilihat bakal memberi impak positif dalam perkembangan Bahasa Arab yang boleh memberi manfaat kepada dunia Islam. Secara tidak langsung, mengukuhkan lagi hubungan antara USIM dan WORAL dan hubungan Malaysia dan Qatar,” tambahnya. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204
Salam USIM – Islamic Science Camp 2017
Yahya komited urus Rumah Amal bantu golongan susah
Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan semasa menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendorong Yahya Yusof untuk membantu golongan susah seperti orang miskin, anak yatim, mangsa dera dan mangsa penceraian dengan berkhidmat di sebuah organisasi Badan Amal di Janda Baik, Pahang. Beliau yang diberi amanah dan tanggungjawab sebagai pengurus di Badan Amal Nur Zaharah (BANZ) itu turut berkongsi pengalaman apabila terpaksa mengalas perut setiap hari dengan mi segera ketika dalam pengajian dan bekerja secara sambilan membolehkan beliau menyelami perasaan penghuni rumah kebajikan yang sedang dikendalikan kini. Yahya,35 tahun, juga merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman USIM berkata, pembabitan aktif dalam kelab dan persatuan di menara gading, selain diberikan mandat membarisi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), melengkapi dirinya dengan pelbagai kemahiran insaniah cukup penting untuk menempuhi dunia kerjaya. "Menguruskan organisasi kebajikan memerlukan rangkaian kerjasama banyak pihak, justeru pengalaman dalam bidang kepemimpinan ketika menuntut di USIM amat berguna kepada saya. "Antara lain pelantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua MPP ketika berada dalam pengajian tahun pertama adalah suatu peluang dan penghormatan untuk saya menyumbang idea, tenaga serta khidmat kepada mahasiswa ketika itu,” katanya. Anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Yusof Adam dan Aishah Husein itu berkata, minat mendalam untuk membantu masyarakat serta golongan memerlukan, selain faktor diri berasal daripada keluarga susah, mendorong beliau terus menabur bakti melalui alam kerjaya. "Mereka yang menceburi bidang ini mestilah tahan lasak, mampu menempuhi cabaran dan dugaan, mempunyai sikap positif, optimis, berkarisma serta bijak mencari peluang kerana banyak hal tidak dijangka akan berlaku sepanjang berkhidmat. “Seperti di universiti, [...]