Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Oktober 2016

PELANTIKAN MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI MENTOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

NILAI, 3 OKT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima khabar gembira daripada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui surat rasmi daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh baru-baru ini yang memaklumkan mengenai pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan terus diberi kepercayaan sebagai Menteri Mentor USIM manakala jawatan Timbalan Menteri Mentor digalas peranannya oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan kedua-dua tokoh ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tempoh dua tahun iaitu 2016-2018 dengan pemilihan kedua-duanya sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei 2016 lalu. Di dalam surat pelantikan ini juga, YB Menteri Pendidikan Tinggi turut menyatakan bahawa hubungan yang erat di antara Menteri dan Timbalan Menteri Mentor bersama warga Universiti Awam Malaysia akan meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan tinggi di negara ini. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menjalankan tugas selaku Menteri Mentor USIM dengan cemerlang sejak tahun 2014 telah merintis pelbagai kerjasama yang strategik di antara Universiti dan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan, libatsama komuniti, sukan dan pengantarabangsaan. Antara kerjasama berimpak tingginya ialah penubuhan Klinik Pakar Kesihatan USIM di Nilai Square, Bandar Baru Nilai dan Klinik Pakar Mata Bergerak (KlipMobile) yang memberi rawatan mata khususnya kepada warga emas di seluruh daerah Negeri Sembilan. Sementara itu, pelantikan YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi [...]

254 KAKITANGAN TERIMA ANUGERAH DI AKI 2015

NILAI, 9 SEPT 2016 - Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi atau singkatannya AKI merupakan antara majlis tahunan yang ditunggu-tunggu. Majlis yang diterajui oleh Jabatan Pendaftar telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej PERMATA Insan dengan tema “Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa”. Majlis ini merupakan satu medan pengiktirafan Universiti Sains Islam Malaysia  (USIM) terhadap warganya yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada Universiti sepanjang tahun 2015 lalu. Objektif majlis ini adalah manifestasi usaha USIM untuk menghargai dan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada para kakitangan yang secara berterusan mengangkat martabat keilmuan dan pentadbiran universiti yang berlandaskan ilmu Naqli dan Aqli ini. AKI 2015 kali ini menyaksikan seramai 254 orang penerima anugerah yang terdiri daripada 122 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 96 penerima Anugerah Khas dan 3 orang kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa (APCI). Daripada 122 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 47 orang penerima terdiri daripada Kumpulan Akademik dengan peratus 38.52% dan 75 orang penerima daripada Kumpulan Pentadbiran dengan peratus 61.48%.   Bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional jumlah penerima 19 orang dengan peratus 15.57%.  Manakala bagi Kumpulan Pelaksana, jumlah penerima 56 orang dengan peratus 45.90%. “Majlis ini merupakan platform yang terbaik bagi USIM menghargai pengorbanan dan usaha kakitangannya yang sentiasa meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan. Ia juga satu langkah ke arah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, khususnya di USIM, ucap Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya. Pada masa yang sama, Mantan Naib Canselor Kedua USIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda menerima [...]

September 2016

NURZUHAIRAH LAMBANG INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI

Siapa sangka, pelajar kedoktoran turut mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran yang kebiasannya didominasi oleh pelajar aliran agama. Itulah yang berjaya dibuktikan oleh pelajar tahun lima Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Norzuhairah Rusmani berjaya membuktikan kemampuan dalam menghafaz al-Quran apabila mengungguli Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Sembilan 2014. Dengan bacaan yang lancar dan fasih mengikut hukum tajwid serta alunan suara dan persembahan yang kemas, beliau berjaya menambat hati juri dengan merangkul gelaran johan bagi kategori juzuk 1-30 (perempuan). Sebagai pelajar dibidang perubatan, Norzuhairah boleh diangkat menjadi antara lambang integrasi ilmu Naqli dan Aqli di USIM yang berupaya mengoptimumkan kedua-dua ilmu yang dipelajari malah memanfaatkan silibus dan medium pembelajaran yang disediakan di USIM sebaiknya.  Kursus pembelajaran dalam bidang perubatan yang disediakan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan seperti kelas Usul Fiqh membolehkan beliau dan rakan-rakan memahami ilmu logik/anatomi dan ilmu agama yang saling lengkap-melengkapi. Tambahnya, pembelajaran semasa kuliah  menekankan aspek menjaga adab dan akhlak semasa menguruskan pesakit yang merupakan salah satu elemen penting untuk menampilkan diri sebagai pakar perubatan Islam. Kecenderungan beliau mendalami ilmu hafazan yang dianggap berbeza dengan bidang perubatan oleh segelintir masyarakat adalah atas keinginannya untuk menjadi lebih terkehadapan. Beliau berpendapat golongan hafiz dan hafizah seperti pelajar tahfiz lebih banyak kelebihan berbandingnya yang tiada kesempatan mendampingi al-Quran sepanjang masa samada semasa kuliah mahupun di rumah.  Atas dasar itu, beliau tekad berazam untuk memanfaatkan masa terluang bagi melorongkan niat murninya dengan membaca al-Quran mengikut keupayaan beliau.  Beliau akui akan kehebatan membaca dan menghafaz al-Quran turut berpandangan adalah jauh lebih penting menterjemahkan [...]

INTERNATIONAL CONFERENCE ON KAMPUNG MIZAN KAJI MODEL KAMPUNG MIZAN

NILAI, 24 SEPT 2016 – Seramai 40 ahli akademik dari universiti tempatan dan luar negara hadir ke International Conference on Kampung Mizan yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 September 2016 bertempat di Aras dua Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ia dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail. Projek ini merupakan hasil kerjasama antara USIM dan Bank Rakyat dan persidangan ini dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Mizan atau juga dikenali sebagai MRC.  Mizan adalah perkataan Arab yang bermaksud 'balance'. Ahli akademik dari Universiti Putra Malaysia. Universiti Sains Malaysia. Universiti Malaya. Educational Consultant and Trainer, Greece, University of Duhok Kurdistan dan Universiti Padjajaran Indonesia. adalah antara yang terlibat dengan penyelidikan itu. Menurut Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Prof Datuk Dr Musa Ahmad, ahli akademik seluruh negara berkumpul berganding bahu menghasilkan model Kampung Mizan yang bertujuan memulihara cara hidup masyarakat kampung yang semakin mengalami krisis ketidakseimbangan. Satu kajian kes ringkas mengenai kampung Melayu-Muslim seperti Kampung Baru, Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum di Kuala Lumpur, Kampung Parit Gabis di Perak, Kampung Morten di Melaka dan kampung di Seri Menanti Negeri Sembilan. "Kita perlu memulihara dan mengamalkan nilai dan adat resam serta tradisi yang dijunjung tinggi orang kampung agar kita tidak kehilangan di dalam gaya hidup bandar yang serba kelam-kabut seperti yang kita alami sekarang." “Tujahan projek MRC terdiri daripada Pengajian Islam, Seni, Sains Sosial dan Sains dan Teknologi. Selain persidangan ini, MRC pada masa ini dalam usaha  menerbitkan beberapa [...]

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2016 MELABUHKAN TIRAI

NILAI, 23 SEPT 2016 – Sambutan Bulan Kebangsaan melabuhkan tirainya dengan  perarakan oleh kontinjen staf dan pelajar bermula  check point dari Pusat Sukan Kompleks Sukan Tunku Najihah ke Dewan Tuanku Canselor USIM. Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya mengingatkan kita tentang sejarah dan asal usul para pemimpin awal yang memperjuangkan tenaga, fikiran dan masa demi mencapai kebebasan dan kemakmuran Negara yang dikecapi kita pada hari ini. “Apatah lagi kemerdekaan dicapai berkat perjuangan yang suci tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan, berkat semangat yang menusuk jiwa yakni “semangat kebangsaan”. Dengan semangat kebangsaan yang menjunjung tinggi maruah dan kehormatan negeri, negara dan bangsa itu sendiri, maka amatlah bertepatan apabila kerajaan menjenamakan semula sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini sebagai Sambutan Hari Kebangsaan dan bertemakan #sehatisejiwa sebagai tanda pengiktirafan kepada semangat yang telah memerdekakan tanah air ini dan sebagai tanda peringatan kepada generasi kini tentang asal usul diri sendiri”.. Dalam majlis itu turut diadakan beberapa Lakonan dari pelajar USIM tentang makna merdeka dan bebas dari jajahan komunis, serta penyampaian hadiah kepada kontinjen terbaik dan 10 pemenang hastag Wefie Merdeka. Johan Kontinjen Terbaik dimenangi oleh Koleh Permata Insan, Tempat Kedua oleh Jabatan Pendaftar dan Tempat Ketiga oleh Jabatan Bnedahari. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1000, RM600 dan RM400. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

PROSES PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DIPERKASA

NILAI,  22 SEPT 2016 - Dalam usaha memperkasakan pentadbiran dan pengurusan harta pusaka, sebanyak 8 kertas kerja dan seramai 600 ratus peserta yang terdiri dari Pegawai Syariah, Hakim- hakim syarie, pengamal undang-undang dan para pelajar tempatan dan antarabangsa telah menghadiri Seminar Kebangsaan Transformasi Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia 2016 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM. Seminar ini turut melancarkan E-Faraid yang dirasmikan oleh YB Dato Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili YAB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Bertemakan ‘Memperkasakan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia’ seminar ini ia menyediakan kaedah perkongsian maklumat untuk memartabatkan institusi pentadbiran dan kehakiman syariah di Malaysia. Seminar ini turut memperkenalkan dan merasmikan sistem e-Faraid sebagai salah satu perbincangan dan perkongsian ilmu untuk memastikan fungsi jabatan sebagai penyelaras sistem perundangan Islam dan prosedur kehakiman Syariah untuk dapat dilaksanakan dan diterima pakai di Negeri-Negeri di seluruh Malaysia. Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr. Musa Ahmad berkata seminar ini merupakan program yang telah dirangka bersama antara kedua institusi USIM dan JKSM setelah memorandum persefahaman dimeterai pada awal bulan ini. Ternyata persefahaman yang telah termetarai ini menghasilkan satu natijah baik dan positif, dan saya mengharapkan akan ada lebih banyak lagi aktiviti berimpak tinggi yang mampu kita laksanakan pada masa akan datang. “Ini selaras dengan saranan kerajaan yang menggalakkan malah menuntut agar institusi akademik tidak bersendirian di dalam mengharungi cabaran dunia pada hari ini. Dasar kesepunyaan dan keserakanan (commonality dan collegiality) menuntut institusi pengajian tinggi mempunyai rakan strategi dari kalangan pemain [...]

INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN USIM DIIKTIRAF

NILAI, 21 SEPT 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Karnival e-Pembelajaran Universiti peringkat Antarabangsa / International University Carnival on e-Learning (IUCEL) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Johor. USIM mempertandingkan 16 penyertaan dengan 13 penyertaan di dalam kategori Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL), manakala 3 penyertaan bagi kategori Anugerah Institusi Pendidikan Tinggi. Peserta USIM terdiri daripada kakitangan Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN), serta pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). 8 daripada 13 penyertaan telah menerima anugerah iaitu 2 emas, 3 perak dan 2 gangsa dan satu anugerah khas. Amat menggembirakan apabila sistem GOALS dinobatkan sebagai Sistem e-Pembelajaran Terbaik (Diubahsuai)/ Best Learning Management System (Customized) Award di IUCEL 2016. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf potensi merevolusikan kaedah pembelajaran yang direka, dihantar, disokong, dipertingkatkan atau diurukan menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Terbuka seperti Moodle, CourseSites, Blackboard, Sakai, Latitude Learning atau Schoology. USIM menggunakan platform terbuka Moodle yang telah ditambah fungsi pengurusan pelaporan penggunaan pensyarah, serta beberapa aplikasi pihak ketiga seperti sistem sidang video dan sistem semakan plagiat. “Selain penyertaan ke pertandingan dan anugerah, USIM juga telah dipilih sebagai tuan rumah bagi program IUCEL 2017. USIM juga telah memetrai memorandum persefahaman dengan penyedia platform Massive Open Online Course (MOOC) Kebangsaaan iaitu Syarikat Open Learning Global (M) Sdn. Bhd”. “Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada semua peserta yang berani mengetengahkan novasi masing-masing.  Diharap pengalaman ini akan menjadi satu inisatif berterusan dalam menginovasikan ekosistem pembelajaran dan pengajaran [...]

USIM PENERAJU TAWAR KURSUS PENDIDIKAN ATAS TALIAN MENGGUNAKAN BAHASA ARAB

NILAI, 21 SEPT 2016 -  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini menjadi peneraju dikalangan Universiti Awam (UA) dalam menawarkan  kursus melalui platform Massive Open Online Course (MOOC) dengan menggunakan medium Bahasa Arab.  MOOC merupakan Koleksi Kursus Terbuka atas Talian yang ditawarkan oleh universiti awam dalam skala besar sama ada secara percuma atau dengan kos minima. USIM mula menawarkan tiga kursus di dalam MOOC Kebangsaan pada 2015 secara percuma berteraskan Bahasa Arab dan Pengajian Islam iaitu kursus Fiqh Ibadah dan Munakahat, Bahasa Arab dan Pengajian Halaqah secara percuma. Pada tahun ini sebanyak empat kursus baharu lagi diperkenalkan iaitu MUET Oasis; Bahasa Arab Professional dan Teknologi; Obstetrics Care; dan Introduction to Counselling. Kesungguhan USIM yang kini merupakan satu-satunya universiti awam yang menawarkan kursus MOOC Kebangsaan berkualiti menggunakan Bahasa Arab dibuktikan dengan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) bersama penyedia platform MOOC Kebangsaan iaitu syarikat Open Learning Global yang berpengkalan di Australia pada semalam (Selasa). Melalui perjanjian ini, USIM dijangka akan dapat menjadi penyedia kursus-kursus pendidikan bertaraf antarabangsa dengan bersandarkan kepada integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Pihak USIM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad manakala Open Learning Global diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr. Adam Brimo dengan disaksikan YB Datuk Haji Md. Jais bin Haji Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor. “Perjanjian ini adalah untuk tempoh lima tahun dimana Open Learning  Global (M) Sdn Bhd bertindak sebagai penyedia platform bagi kursus-kursus USIM MOOC yang boleh dicapai pada bila-bila masa  dan dimana-mana. Manakala USIM akan menyediakan kursus-kursus untuk ditawarkan kepada [...]

PELAJAR JEPUN TERUJA JALANI SUMMER PROGRAM DI USIM

NILAI, 15 SEPTEMBER –Seramai empat orang pelajar dan seorang pegawai pengiring dari Prefectural University of Hiroshima (PUH) mengikuti Summer Program di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selama seminggu yang telah pun bermula pada 3 hingga 9 September. Program ini merupakan salah satu program Mobiliti Jangka Pendek (Short Course Mobility) dikelolakan Pusat Tanggungjawab, USIM 'Alamiyyah untuk mencapai agenda Pelan Strategik USIM 2016-2025  yakni untuk menjadi sebuah institusi Pengajian Tinggi yang tersohor diperingkat serantau serta menjadi sebuah universiti yng dirujuk (referred), relevan (relevant) dan dihormati (respected). Ia pertama kali dilaksanakan dan dilihat sebagai satu usaha timbal balik pihak USIM kepada pihak PUH yang telah menerima pelajar USIM pada Februari lalu yang disertai oleh pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama. “Melalui program ini, USIM menawarkan Program Bahasa Inggeris dan Budaya Malaysia (English Language And Malaysian Culture Programme)manakala PUH menawarkan Program Bahasa Jepun dan Budaya Jepun (Japanese Language and Culture programme),” ujar Prof Roshada, Pengarah USIM ‘Alamiyyah. Menurutnya lagi, perlaksanaan aktiviti-aktiviti dalam program yang ditawarkan boleh menjadi kayu ukur kepada USIM untuk menjalankan program mobiliti pada masa akan datang sama ada mampu memberikan pulangan atau salah satu aktiviti penjanaan kewangan kepada USIM. Nao Yasuda, 22, pelajar tahun 4 dari Faculty of Human Culture and Science berkongsi  perasaan teruja menyertai program ini. Di sini, saya berpeluang merasai pengalaman berinteraksi dengan masyarakat Malaysia yang sangat unik kerana terdiri dari pelbagai bangsa serta budaya. “Saya kagum dengan kemudahan jalan raya dan kemudahan bekalan air serta elektrik yang pesat membangun. Saya suka mencuba sesuatu [...]

USIM KORBAN 5 LEMBU SEMPENA AIDILADHA

NILAI, 14 SEPT 2016 – Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini yang diadakan di perkarangan Dataran Selera Pusat Komersil USIM. Menurut Timbalan Pengarah Pusat Islam Dr Noorjihan Ja’afar, program ini adalah salah satu program utama dibawah Pusat Islam dan kerjasama dengan Jabatan Keselamatan USIM. Aktiviti melapah dijalankan secara gotong royong dan  juga melibatkan beberapa sekretariat-sekretariat dibawah Pusat Islam iaitu Sekretariat Pusat Islam (SPI),Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM) dan Sahabat YADIM USIM dan dibantu oleh Majlis Pewakilan Pelajar USIM, PALAPES USIM dan SUKSIS USIM. “Tahun ini disambut secara sederhana dan agihan daging korban disedekah kepada staff-staff USIM, pelajar-pelajar USIM, pekerja kontrak di USIM, penduduk sekitar dan juga kepada rumah anak yatim iaitu di Rumah Anak Yatim Barakoh Kampung Ginching dan pembahagian daging korban disampaikan oleh Dato’ Mohd Abd Rasid Bin Mohd Fadzil Bendahari USIM”. “Alhamdullilah, sambutan adalah seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi ianya tetap menjadikan Program Ibadah Korban dan Aqiqah USIM sebagai salah satu program yang dapat mengeratkan silaturahim diantara Staff-staff USIM dan juga para pelajar kerana ianya satu program sukarelawan yang dijalankan secara gotong-royang dari awal sehingga ke akhir program”, jelas Dr. Noorjihan lagi. Aktiviti menyediakan bahan masakan telah dilakukan pada sebelah malamnya sebelum aktiviti memasak 2 periuk sup “gearbox” dan sekawah gulai dilakukan setelah selesai proses melapah dan dihidangkan kepada Staf dan pelajar USIM. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 [...]

Go to Top