Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Januari 2017

Hilal teroka bidang hartanah, bantu pertingkat ekonomi

Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Hilal Alias yang merupakan graduan Program Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko (ASRM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) pada tahun 2009 telah menjadikan bidang hartanah sebagai kerjayanya. Kurangnya penglibatan golongan bumiputera dalam bidang ini mendorong beliau untuk menceburi bidang hartanah secara serius dan menjadikannya sebagai kerjaya. Kejayaan Alumni USIM dalam meneroka bidang hartanah ini telah membuka banyak mata agar melihat propek bidang ini secara serius. Menurut Hilal Alias, bidang hartanah merupakan satu bidang yang membuka peluang pelaburan yang kukuh pada masa hadapan. Maka, ia perlu diteroka secara optimum khususnya bagi membantu masyarakat mempunyai kesedaran mengenai pelaburan dalam hartanah untuk jangka panjang. Ini akan membantu masyarakat bukan sahaja mempunyai aset dalam jangka panjang tetapi dapat memastikan aset mereka mempunyai nilai tambah pada masa hadapan dan akan dapat membantu membiayai kehidupan mereka pada masa depan khususnya kepada pesara-pesara. Beliau yang mengikuti pengajian dalam Program Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko (ASRM), FST, USIM dari tahun 2005-2009 menyatakan bahawa program pengajian dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko ini telah banyak membantu dalam kerjaya beliau pada hari ini. Pendedahan mengenai subjek pelaburan dan pengurusan risiko yang diajar semasa pengajian di USIM membantu beliau dalam membuat keputusan yang tepat dalam bidang ini. Menurut beliau, bidang hartanah yang diceburinya itu, membantu pelanggan mendapatkan hartanah yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan mereka khususnya bagi golongan muda yang kurang mempunyai pengetahuan mengenai pelaburan hartanah. Melalui khidmat nasihat yang diberikan dalam aspek ini, pelanggan akan dapat membuat pelaburan hartanah mereka secara optimum bagi mendapatkan keuntungan [...]

Projek keusahawanan sosial oleh Enactus USIM dapat perhatian juri

KUALA LUMPUR, 26 Jan 2017 – ENACTUS Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa pulang wang tunai RM 10,000 apabila mendapat tempat ketiga bagi “Projek Positive Habit Aspire Transformation” (PHAT) kategori Best Social Entrepreneurship di Entrepreneurial Award (MEA) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2016 bertempat di Hotel Royale Chulan. PHAT merupakan projek berbentuk keusahawanan dan kesedaran sosial yang dikendalikan oleh 20 orang ahli ENACTUS di bawah penyelarasan Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) untuk membantu golongan sasaran iaitu pelajar USIM, murid sekolah rendah, komuniti Muslim dan peniaga kecil-kecilan. “Projek ini berperanan membimbing golongan sasaran mengatur semula sistem kewangan mereka dengan efektif. Disamping memperolehi kemahiran tentang pengurusan kewangan, mereka boleh memperbaiki dan meningkatkan mutu proses pengurusan perniagaan mereka,” ujar Siti Norfaza, Pegawai PPKS. “Selain memberi kesedaran, ia mampu membimbing dan mengajar dalam kaedah pembelajaran pada masa yang sama memantau kelancaran pengurusan kewangan yang cekap hasilnya ia akan memberi pendapatan yang berterusan,” tambahnya. Pada majlis itu, sebanyak 27 projek keusahawanan sosial dibentangkan melibatkan penyertaan Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik serta Kolej Komuniti seluruh negara. Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah mendapat tempat pertama manakala tempat kedua dimenangi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

10 Kakitangan USIM terima anugerah sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M YDPBNS Ke-69

NILAI, 26 Januari 2017 – 10 orang kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima anugerah bersempena Hari Keputeraan Yang Ke-69 D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertempat di Istana Besar Seri Menanti Kuala Pilah. YBhg. Prof. Dr. Zulkfile Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara yang menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) dengan gelaran Dato’ selain pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) iaitu Prof. Dr. Wan Omar Abdullah. Prof. Dr. Zulkiple, 52, telah mendapat pendidikan di Kolej Islam Klang dan kemudian menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (1990) dan seterusnya menyambung pengajian di Universiti of Edinburgh, Scotland, dan mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Dakwah dan Media Islam (1996). Di USIM, beliau diamanahkan beberapa tanggungjawab iaitu sebagai Ahli lembaga Pengarah Universiti (2012-2015), Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (2012-2015), Ketua Kluster Penyelidikan (Jawhar’Ulum Islamiyyah and Ummah Development) dan Ketua Editor Jurnal ‘Ulum Islamiyyah. Beliau juga dilantik sebagai Profesor Pelawat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau sebelum itu pernah berkhidmat selama 19 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990-2009) dan pernah menyandang Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (1997-2003) dan Felo Kanan di Institut Islam Hadhari, UKM. Selain itu, beliau pernah menghasilkan 24 buah buku, 32 artikel jurnal di peringkat antarabangsa dan kebangsaan serta menghadiri lebih dari 170 konferen di dalam dan luar negara. Beliau turut menghasilkan seramai 21 pelajar Ph.D dan 8 pelajar master. Dalam khidmat profesional, beliau turut terlibat sebagai Penilai Anugerah Akademik [...]

Pendidikan integrasi bakal merubah wajah Melayu Champa Kemboja

KEMBOJA, 19 Januari - Masyarakat Melayu Champa di Kemboja menyedari dengan memberi pendidikan yang seimbang iaitu agama dan konvensional kepada anak-anak mereka akan melahirkan generasi baharu Melayu Champa yang lebih baik untuk merubah taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka di masa hadapan. Atas kesedaran ini, beberapa sekolah persendirian yang mengintegrasikan pembelajaran dua silibus iaitu Pendidikan Islam seperti Tauhid, Feqah dan Al-Quran dan silibus Konvensional antaranya Sains, Matematik, Kimia, Bahasa Khmer, Bahasa Inggeris telah mula ditubuhkan oleh golongan muda Melayu Champa. Mereka ini kebanyakan lulusan universiti luar negara seperti dari Malaysia , Mesir, Arab Saudi mengambil inisiatif menubuhkan sekolah-sekolah integrasi ini. Salah-satunya adalah Sekolah I-SMART Center yang terletak di Kampung Chumnik di dalam wilayah Tbong Khmom. Ditubuhkan pada 2013 ia mempunyai seramai 185 pelajar dengan sesi persekolahan dua waktu iaitu pagi dan petang. "Guru-guru untuk mengajar Pendidikan Islam datangnya dari masyarakat kita tetapi untuk subjek konvensional, kita terpaksa mengambil guru dari sekolah milik kerajaan untuk mengajar secara sambilan. Kita harapkan nanti, anak-anak yang kita didik melalui sekolah integrasi ini akan ada antara mereka kelak yang menjadi pendidik yang berkebolehan mengajar subjek agama dan konvensional". "Kita ramai yang berkebolehan dalam bidang agama, tetapi dalam bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan, kewangan dan pendidikan tinggi masih kecil bilangannya. Ketidakseimbangan ini yang membuatkan masyarakat kita agak ketinggalan, justeru sekolah integrasi ini adalah usaha kita untuk melahirkan lebih ramai profesional Melayu Champa yang aktif menyumbang kepada negara, agama dan bangsa kelak" ujar Ustaz Mohamad Sulaiman, 37, Mudir Am sekolah ini. Institut Integrasi Tahfiz Cambodia (INTAC) yang terletak [...]

Permasalahan dan solusi gigi sensitif

Bahagian dari tubuh badan manusia yang paling keras adalah enamel gigi. Enamel merupakan lapisan paling luar dari struktur mahkota gigi. Namun lapisan enamel ini tipis sahaja, di bawahnya terdapat lapisan yang mempunyai kekerasan yang lebih kurang sama dengan tulang yakni lapisan dentin. Terdedahnya lapisan dentin dapat menyebabkan gigi menjadi sensitif. Rasa sensitif ini biasanya dapai dirasai dari makanan atau minuman yang sejuk, panas, manis atau masam. Penyebab Gigi Sensitif : 1. Gigi yang berlubang, retak, tampalan yang tertanggal atau bocor. 2. Hakisan gigi. Lapisan enamel gigi boleh terhakis oleh asid yang terdapat pada makanan atau minuman yang terlalu masam atau kerana terlalu kerap pengambilannya. Ia juga terjadi akibat terlalu kerap mengambil minuman berkarbonat. 3. Gusi menyusut. Gusi menyusut lazimnya berlaku pada warga emas sehingga mendedahkan bahagian akar gigi. Namun kekotoran gigi yang teruk disebabkan banyaknya karang gigi. 4. Lelasan gigi. Memberus gigi yang terlalu kuat atau menggunakan berus gigi yang mempunyai bulu berus yang keras hingga menyebabkan gigi terlelas. 5. Gigi sensitif juga disebabkan faktor seperti tabiat mengancing atau mengetam gigi sehingga permukaan gigi menjadi haus. Tips Pencegahan Gigi Sensitif : 1. Bersihkan gigi setiap hari menggunakan berus gigi yang lembut, sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi selepas sarapan dan sebelum tidur pada malam hari. Gunakan teknik yang betul untuk memberus gigi dan jangan memberus gigi terlalu kuat. 2. Kurangkan atau elakkan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu masam terutamanya minuman berkarbonat. 3. Buatlah pemeriksaan pergigian secara berkala, dapatkan rawatan yang diperlukan. Cara Mengatasi Rasa [...]

Terapi bermain dalam membantu masalah sosio-emosi kanak-kanak

Kanak-kanak mempunyai autonomi kurang berbanding orang dewasa, dan sering kurang mampu untuk meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui kata-kata. Jadi bermain boleh menjadi suatu perkara yang penting bagi mereka. Kanak-kanak yang menghadapi masa yang sukar atau menyedihkan, atau yang telah mengalami kesan akibat perpisahan atau kehilangan, boleh dibantu dengan menggunakan permainan supaya mereka dapat berkongsi akan pengalaman yang dilalui. Tidak seperti orang dewasa yang mampu menjelaskan perkara dalam fikiran mereka, kanak-kanak perlu menzahirkan apa yang difikirkan melalui bermain. Apa itu terapi bermain? Terapi bermain adalah satu bentuk kaunseling atau psikoterapi yang menggunakan permainan untuk berkomunikasi dan membantu orang, terutamanya kanak-kanak, untuk mencegah atau menyelesaikan cabaran psikososial. Ini dipercayai untuk membantu mereka ke arah integrasi sosial, pertumbuhan dan pembangunan yang lebih baik, modulasi emosi, dan resolusi trauma. Oleh demikian, bermain adalah merupakan bahasa bagi kanak-kanak. Bermain adalah satu bentuk keriangan, satu aktiviti yang menyeronokkan yang menaikkan semangat dan memberi sisi pandangan lain terhadap kehidupan. Melalui bermain juga, membantu kanak-kanak mengembangkan ekspresi diri, pengetahuan, potensi dan efikasi kendiri. Selain itu, bermain juga dapat melegakan tekanan perasaan dan kebosanan, menghubungkan kita kepada orang lain dengan cara yang positif, merangsang penerokaan dan pemikiran kreatif dan mengawal emosi. Kenapa terapi bermain penting bagi kanak-kanak? Menurut Piaget (1926) dalam teori perkembangan kognitif, perkembangan kanak-kanak melalui empat fasa. Dua fasa terawal adalah fasa sensori motor dan fasa pra-operasi yang merujuk kepada usia kanak-kanak di bawah tujuh tahun. Kanak-kanak dalam fasa ini masih kurang perbendaharaan kata. Kekurangan perkataan menyukarkan komunikasi secara lisan kerana [...]

Integrated education is transforming the Cham Malays of Cambodia

CAMBODIA, Jan 19, 2017 - The Cham Malay community in Cambodia have realized that by providing a balanced education, i.e. conventional and religious education, to children they would be delivering a new generation of better Cham Malays in order to change their socio-economic level and living status in the future. Therefore, a number of private integrated schools was first established by young Cham Malays. These schools integrate the learning of two syllabuses, namely Islamic education, such as Tauhid, Fiqh and Al-Quran, as well as conventional syllabus that includes science, mathematics, chemistry, Khmer language, and English. Those individuals who took the initiative of establishing these integrated schools are mostly graduates from universities abroad, such as Malaysia, Egypt, and Saudi Arabia. Among these schools is I-SMART Center School that is located in Chumnik village in Khmom Tbong state. It was founded in 2013, and it has a total of 185 students, with two schooling sessions, namely morning and afternoon. "Teachers of Islamic studies are from our community, but for conventional subjects, we had to take teachers from public schools to teach as part-timers. We later anticipate that the children we educate through this integrated school would become competent educators who are capable of teaching both religious and conventional subjects". "We have many of those who are competent in the field of Islamic studies, however, in professional fields such as medicine, engineering, finance, and higher education are still small in numbers. This imbalance makes our community a bit left behind, thus, this integrated [...]

Program hi-tea jaringan industri – Solar Decathlon

NILAI, 19 Januari 2017  -  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menempatkan diri dengan 19 universiti lain dari seluruh dunia sebagai 20 peserta akhir ke Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 yang telah diumumkan secara rasmi oleh penganjur utama, Dubai Electricity and Water Authority (Dewa). Projek ini bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta mendapat tajaan dari beberapa rakan industri luar. Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata jumlah tajaan itu sebagai permulaan baik untuk USIM sebagai peserta akhir pertandingan akhir yang disertai oleh 22 negara di Dubai, tahun depan. Katanya, tajaan itu bukan hanya dalam bentuk kewangan, malah kepakaran, sistem dan juga bahan yang digunakan untuk menyiapkan rumah pintar itu. “Universiti yang ingin bertanding di dalam SDME perlu mengemukakan cadangan model rumah pintar yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar dan FKAB USIM bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan model Rumah Mizan ini. Rumah ini juga perlu disesuaikan untuk menghadapi cabaran musim panas, habuk dan kelembapan yang tinggi di Dubai.” “Pasukan Rumah Mizan mempunyai masa dua tahun untuk mereka bentuk dan membina rumah yang berciri lestari dan mampan ini. Setelah selesai, pasukan akan terlibat dalam sepuluh pertandingan yang berbeza, antaranya meliputi penilaian seni bina, kejuruteraan untuk kelestarian dan inovasi. Ia memberi cabaran dan pengalaman baharu kepada kami dalam menghasilkan sebuah rumah yang menepati konsep rumah tenaga bersih atau ‘clean energy’, ujar Ar Fadli Arabi, Penyelaras Fakulti Senibina, USIM yang pernah ditemu bual sebelum ini. Pada majlis yang sama, turut dilancarkan buku bertajuk “PEMBINAAN RUMAH KEDIAMAN MENURUT PERSPEKTIF [...]

Go to Top