Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Julai 2016

USIM TERIMA LEBIH RM 1 JUTA DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK PENYELIDIKAN

NILAI, 14 JUL 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkasakan bidang penyelidikan yang dipelopori oleh ahli akademiknya apabila menerima peruntukan terkini penyelidikan dari Kementerian Pendidikan Tinggi berjumlah RM 1,133,300.00. Peruntukan ini diluluskan oleh Kementerian di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2016 melibatkan 17 projek penyelidikan USIM. Menurut kenyataan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan USIM, 17 projek penyelidikan ini mencakupi lima bidang iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (RM 69,000), Sains Kesihatan dan Klinikal (RM 199,000), Sains Sosial (RM 367,400), Sastera dan Sastera Ikhtisas (RM 347,900) ; dan Sains Tulen dan Gunaan (RM 150,000). Antara projek penyelidikan yang menerima peruntukan geran yang besar ialah penyelidikan bertajuk Identification of the Predominant Infectious Oral Microbiome and Its Virulence Factors in Pericoronitis yang diketuai pensyarah Fakulti Pergigian, Dr. Ahmad Dzulfikar Samsudin berjumlah RM 120,000. Diikuti pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Puan Nur Kareelawati Abd Karim menerima geran berjumlah RM 99,200 untuk projek  Developing a Model of Human Management for Muslims in Creative Media Industries in Malaysia. Manakala penyelidikan Electrical Studies of Renewable BioNanocomposite Biopolymer Electrolyte For Dye Sensitized Solar Cell (DSSC) Application oleh Prof Madya Dr Azwani Sofea, pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi menerima dana sebanyak RM 81,000. Pemilihan 17 projek penyelidikan ini telah melalui saringan awal yang ketat oleh Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum diluluskan diperingkat akhir oleh Jawatakuasa Induk Skim Geran Penyelidikan Fundamental yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi. Penilaian yang dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian adalah berdasarkan kepada syarat, peraturan dan kriteria serta garis [...]

SINARI RAMADHAN DENGAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

KUALA LUMPUR, 25 JUN 2016 –  Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Urusetia Perlindungan Perubatan pelajar (U3P) dengan kerjasama Anjung Singgah  telah menganjurkan  Program Sinar Kasih Ramadhan bersama masyarakat gelandangan di Kuala Lumpur. Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bertujuan memberi juadah sahur kepada mereka yang tinggal bergelandangan di sekitar Anjung Singgah, Masjid Jamek, Pudu Raya dan  Central market. Pengarah program, Dr. Asep Budirachman berkata seramai 70 orang sukarelawan telah mengedarkan sebanyak 350 bungkusan juadah sahur dan  50 unit hygiene kit yang terdiri dari sabun mandi, ubat dan berus gigi kepada masyarakat gelandangan. Program ini turut mendapat janaan hasil sumbangan daripada  kakitangan USIM,” katanya di sini. Beliau turut menyeru masyarakat untuk terus memberi bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan berharap program itu akan berterusan bukan sahaja di bulan Ramadan, malah di masa akan datang. Sementara itu, pelajar Fakulti Syariah Undang-Undang  Mohamad Zakuan Roszali (24)  berkata program itu wajar dilakukan serta memberikan beliau pendedahan mengenai realiti penghidupan golongan gelandangan. “Sering kali pelajar tidak bersyukur dengan apa yang diperolehi sekarang, malah sebenarnya kita perolehi lebih daripada kita perlu. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri saya mengenai kepayahan hidup dan bersyukur dengan apa saya ada,” katanya. Rakannya, Mohd Saiful Amri (24), FPQS (USIM) berkata  program tersebut adalah satu cara untuk menyelami kehidupan dari seseorang peminggir kota serta mengeratkan silatulrahim antara siswa, pentadbiran Pusat Kesihatan Universiti  dan pengurusan Anjung Singgah. “Program sebegini diharapkan berterusan bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur malah di diluaskan di kawasan lain agar bantuan [...]

PELAJAR TAHUN AKHIR FPG USIM RAIH TEMPAT KEDUA DI KOREA

Penuntut tahun akhir di Fakulti Pergigian USIM, Mohd Nazrin, 24 dan Khalisah Rahim, 24 terpilih mewakili Malaysia bagi membentangkan penyelidikan mereka di 94th General Session & Exhibition of the International Academic Dental Research (IADR) yang bertempat di COEX Convention Centre di Seoul, Korea Selatan pada 22-25 Jun 2016 yang lalu. Mereka telah berjaya mendapat tempat kedua di dalam pertandingan 2016 Student Clinician Program yang dianjurkan oleh Dentsply International dan SCADA (Student Clinician American Dental Association) di bawah seliaan  Dr Norlela Yacob, Dr Faizah Abdul Fatah dan Dr Nor Azura Tarmidzi. Pertandingan tersebut telah disertai oleh beberapa buah negara dari Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Filipina, Hong Kong, Vietnam dan juga Malaysia. Peserta perlu membentangkan penyelidikan masing-masing di dalam bentuk ‘table-clinic’ dan poster. Malaysia yang mempertaruhkan kajian mereka yang bertajuk Duplo Box : Copy Denture Made Easy telah berjaya mendapat tempat kedua di belakang pendahulu dari Indonesia. Johan dan Naib Johan masing-masing membawa pulang USD500 dan trofi dan tempat ketiga mendapat USD250 dan trofi. Johan akan mewakili Asia Tenggara bagi membentangkan kajian mereka di Georgia, Amerika Syarikat pada bulan Oktober ini. Kajian tersebut berkaitan sebuah reka cipta bagi memudahkan proses pembuatan gigi palsu menggunakan teknik meniru dentur dan teknik ini amat sesuai bagi golongan yang berusia untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu yang baru. Kajian ini juga telah menempa nama dalam beberapa pertandingan yang lain seperti ITEX 2016 (gangsa), I-Inova 2015 (emas) dan Penyelidikan Terbaik di dalam  2nd Dental Student Colloqium. “Kami berharap kejayaan ini dapat memberikan inspirasi kepada mahasiswa lain [...]

SISWA USIM TEPILIH SEBAGAI FELO PERDANA KSN

NILAI, 1 JUL 2016 – Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi dan seorang yang berjiwa masyarakat memberi peluang kepada Muhammad Miqdam Mohd Rashid, 23, berasal dari Gombak, mahasiswa program Matematik Kewangan Tahun empat dari Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terpilih sebagai Felo Perdana kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) bermula hari ini. Anak kelapan dari sepuluh adik beradik ini akan menjalankan tugas  di Pejabat KSN di Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. “Secara umumnya, saya akan berpeluang membantu secara langsung segala urusan kerja Tan Sri Dr Ali Hamsa. Bukan sekadar urusan pentadbiran bersama rakan sekerja Pejabat KSN tetapi turut berpeluang memberi sebarang cadangan pembaikan terhadap pelaksanaan yang lebih baik di pejabat Ketua Setiausaha Negara dan turut terlibat merealisasikannya”. “Saya dengan prinsip peribadi dan hasrat USIM akan cuba melaksanakan tugas dan peluang yang diberi dengan jayanya. Saya yakin dengan keberadaan saya bersama Tan Sri Dr Ali Hamsa, saya mampu menunjukkan teladan yang baik dalam pelaksanaan sebarang agenda pembaikan dalam pejabat beliau. Saya juga berharap saya mampu  membawa aspirasi USIM yang ingin memanifestasikan agenda Naqli-Aqli dalam urusan profesionalisme pentadbiran kerajaan,”.jelas Miqdam. Menurut Miqdam lagi, tujuan Program Felo Perdana adalah untuk memberi peluang kepada anak muda Malaysia yang cemerlang dan berbakat pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara. Felo akan bertugas di peringkat tertinggi dalam Kerajaan Persekutuan membantu Menteri Kabinet dalam melaksanakan agenda nasional.  Malah sebagai bakal pemimpin negara, felo perdana harus mempunyai minat yang besar di dalam hal ehwal awam dan perancangan dasar kerajaan. Inilah masa yang terbaik bagi [...]

Jun 2016

PELAJAR USIM SEMAI BUDAYA MENGAJI MELALUI PROGRAM #NGAJI JAP

PUTRAJAYA, 25 JUN 2016 - Dalam usaha menyemarakkan budaya membaca ayat Al-Quran walau dimana sahaja berada menarik perhatian orang awam apabila seramai 30 orang Ahli Sekretariat StraCommClique, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program USIM Street Taddarus #Ngaji Jap di perkarangan Perbadanan Putrajaya, disini hari ini. Antara objektif utama program adalah untuk menyampaikan dakwah dan pesanan kepada masyarakat dalam bentuk yang lebih kreatif dan mudah untuk mendekati komuniti disamping memberi galakan kepada masyarakat umum untuk melakukan ibadah Tadarus dimana-mana sahaja,  merubah persepsi masyarakat berkaitan aktiviti bertadarus hanya boleh dilakukan di Masjid, Surau mahupun di rumah sahaja. Selain itu, memberi pengalaman dan pendedahan khususnya kepada peserta untuk menyampaikan mesej kebaikan secara umum dengan membina keyakinan diri berhadapan dengan masyarakat disamping membina softskill, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan baik selain memberi pendedahan dan pengalaman dalam menyebarkan dakwah yang merupakan salah satu usaha falsafah universiti bagi melahirkan generasi cemerlang dan masyarakat berilmu. Pengarah program Mohamad Aizat Mohamad Sani berkata, walaupun program ini hanya bermodalkan sesi taddarus Al-Quran sahaja, namun ia mampu memberi impak yang besar dalam dakwah kepada masyarakat. "Kita mahu melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak di samping berupaya memahami konsep membudayakan bacaan Al-Quran di mana sahaja kita berada, sebab itulah tercetusnya idea bagi menjalankan program #Ngaji Jap ini diadakan secara terbuka di perkarangan Perbadanan Putrajaya dengan tujuan memperlihatkan kepada orang awam suasana membaca Al-Quran secara terbuka”. “Selain itu, ia dapat merapatkan ukhwah sesama ahli bagi meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama”, tambah Aizat. Salah seorang peserta program, Muhd Alif Jamali ketika ditemui berkata [...]

1500 ORANG RAI MAJLIS KHATAM PERDANA DI USIM

NILAI, 22 JUN 2016 – Bergema alunan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran memenuhi ruang surau Al-Abrar Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila 1500 peserta menyertai Majlis Khatam Perdana anjuran Pusat Islam USIM di sini. Program tadarus Quran ini bermula dari 1 ramadhan sehingga penutup 17 ramadhan iaitu bersempena meraikan Nuzul Al-Quran. Para peserta terdiri daripada para pelajar dan kakitangan USIM bermula kira-kira jam 5.30 petang. Majlis khatam perdana ini dipimpin oleh saudara Nurrahimi bin Ibrahim, pelajar Tahun tiga Fakulti Syariah dan Undang-Undang yang juga merupakan sahabat YADIM USIM. "Alhamdulillah, program ini mendapat sokongan Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO) dan Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (PEKERTI). Yang Dipertuanya, YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin yang juga isteri kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan mengadakan lawatan pada 15 Jun dan menyumbangkan 1000 buah naskah Al-Quran untuk digunakan oleh para peserta dalam majlis ini". "Penyertaan dan komitmen peserta amat baik untuk majlis khatam yang dianjurkan ini. Melalui program pengisian Ramadan seperti ini, ia bukan sahaja mendekatkan umat Islam dengan kitab suci Al-Quran, malah sebagai pendekatan baik untuk mendidik jiwa menyintai dan menghayati kalam-kalam Allah SWT yang penuh hikmah ini sebagai pedoman hidup”, ujar Pengarah Pusat Islam, Dr. Khairul Anuar Mohamad. Selesai majlis khatam, ia diteruskan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama warga Universiti dan ahli keluarga diikuti solat Maghrib, solat Isyak, solat sunat Terawikh dan jamuan moreh sebagai penutup. Turut sama menyertai majlis ini adalah Pengurusan Universiti antaranya Naib Canselor, Prof Dato Dr. Musa Ahmad; Prof Dato' Dr. [...]

CHICKEN EGGS SHELL (CHES) MEMBRANES FOR PROTEIN SEPARATION

NILAI, 22 JUN 2016 - Researcher from the Faculty of Science and Technology, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Rahman Hassan, IMTL Group developed the synthesis of novel ultrafiltration membranes from chicken eggs shell waste. Dr Rahman says, the novel CHES-UF membranes from highly abundant chicken eggs shell bio-waste, a special bio-active compound was synthesized via a wet/dry chemical method. With excellent properties, a special polymeric formulation was prepared. In bridging a new concept of active materials science involving of polymer and CHES, a unique characteristic of active skin response was created on the skin of CHES membranes. The designing of smooth, even and ultrathin active skin produced via phase inversion process made the CHES membranes to be versatile in the form of wide separation spectrum and operations. He added, the novel CHES membranes having a uniform and narrow ‘on & in’ pores and able to promote high flux and selectivity. As the fabrication of CHES membranes is highly complicated and challenging, a fully controlled fabrication process (to be patented) enable the production of finer pores, pore statistics and pores types as well as defect-free structures towards a greener and economic process. “With excellent combinations of fine performance-properties-pores specifications, this project is crucial and in line with the government policies and industrial demands especially due to cost effective  and towards minimizing the utilization of bio-waste as a valuable product and advance technology applications. Significantly, the CHES membranes were found to be highly potential for high impact industries such as biotechnology, [...]

USIM TUAN RUMAH FINAL NATIONAL SCIENCE CHALLENGE PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

NILAI, 21 JUN 2016 - The National Science Challenge (NSC) merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dan ExxonMobil Subsidiaries in Malaysia. Pertandingan kuiz sains kebangsaan ini terbuka kepada pelajar tingkatan empat aliran Sains seluruh Malaysia. Bagi peringkat Negeri Sembilan ia telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi saringan peringkat final untuk dipilih bertanding ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Ogos 2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di Negeri Sembilan sebanyak 30 buah sekolah yang bertanding , namun hanya  5 sekolah yang dipilih ke peringkat saringan final iaitu MRSM Gemencheh, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, SMK King George  V, SMK  Puteri dan SMK St. Paul. Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Prof. Dr. Norita Md Norwawi berkata, kerjasama seperti ini amat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja menjalin kerjasama dengan pihak penganjur malah memberi peluang dan semangat kepada pelajar-pelajar untuk mendekati USIM dan melihat suasana kampus yang akan ditempuhi mereka kelak. Ketua juri juga didatangkan dari pensyarah USIM dari Fakulti Sains dan Teknologi sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Che Wan Zanariah Che Wan Ngah. Pertandingan ini bermula dengan peringkat saringan (Preliminary level) pada 18 April 2016 secara atas talian, dan peringkat separuh akhir (Semi Final) dan Akhir (Grand Final). Penyertaan adalah berkumpulan iaitu tiga orang peserta dan seorang guru mentor, di mana setiap kumpulan akan bermula dengan kuiz atas talian pada peringkat preliminary dan kemudian ke peringkat Semi Final dan akhirnya Grand Final akan menemukan empat pasukan terbaik. Menurut salah seorang peserta [...]

GISO SYDNEY USIM ANJUR KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

SEPANG, 11 Jun – Memberi pengetahuan kepada umat Islam setempat mengenai pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan fardhu kifayah dalam agama, seramai 23 orang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah baru-baru ini. Dianjurkan sepanjang sehari bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor berjaya menarik minat 52 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan dewasa. Kumpulan siswa USIM ini yang merupakan peserta Global Islamic Student Outreach (GISO) Rahmatan Lil ‘Alamin ke Sydney, Australia pada Ogos nanti mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Sepang dan Ustaz Mohd Zulrushdi Salleh, Pegawai Hal Ehwal Islam, Masjid Putra, Putrajaya selaku penceramah di kursus ini. Antara objektif Kursus Pengurusan Jenazah ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat Islam tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah, kaedah pengurusan yang betul, memberi kesedaran serta memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian. “Sebaik-baiknya dalam keluarga, biarlah ahli keluarga itu sendiri menguruskan jenazah ahli keluarganya yang lain, seperti anak-anak menguruskan jenazah ibu bapa mereka atau sebaliknya, dan suami menguruskan jenazah isterinya atau sebaliknya, kerana ahli keluarga sendiri dapat menjaga aib ahli keluarganya yang lain dengan baik” ujar Ustaz Mohd Zulrushdi Salleh yang turut terlibat menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 lalu. Muhammad Irfan Bin Mohd Jaleel, Naib Yang Dipertua , Majlis Perwakilan Pelajar USIM yang terlibat dalam kursus ini turut teruja mengikutinya sepanjang hari kerana pengisian secara teori dan amali seperti proses memandikan, mengkafankan sehinga pengebumian. “Mempelajari cara pengurusan jenazah merupakan antara inisiatif [...]

Ucapan dasar Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar 2016/2017

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Illahi kerana dikesempatan ini juga, kita masih dikurniakan nikmat untuk hidup sebagai Muslim yang beriman kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya, keimanan ini telah meletakkan kita dalam kalangan sebaik-baik ummah. قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". PENDAHULUAN Nabi Allah Musa merupakan ikon yang tepat bagi menggambarkan aspirasi mahasiswa. Sosok yang diangkat al-Quran sebagai watak pemimpin yang karismatik, pendakwah yang berhikmah, ilmuan yang jujur dan punya peribadi penyantun di sebalik keperkasaan baginda AS. Begitulah kehendak Qowiyyul Amin yang disifatkan ke atas Nabi Musa AS, dan sifat yang sama inilah yang menjadi landasan pergerakan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM). Kerana itu, keperibadian Qowiyyul Amin yang terpasak dengan semangat Fityah seperti mana yang digambarkan sebagai pemuda yang siap menggadaikan usia muda demi misi ummah menyambut seruan Ilahi. Ditambah dengan perletakkan matlamat membina khayra ummah yang menyuruh kepada makruf, menegah yang mungkar dan beriman kepada Allah yang Satu merupakan suatu keperibadian generasi yang diperlukan ummat. Memikirkan beban tangungjawab yang dipikul oleh Mahasiswa hari ini; tanggungjawab kita, modul tarbiyyah al-Imam asy-Syahid Hassan al-Banna sangat menginspirasikan. Kita mengenang bagaimana beliau sentiasa membangun jiwa ubudiyyah dan dakwah dalam kalangan ahli gerakan beliau dengan menekankan pembangunan berdasarkan potensi individu. Daripada didikan beliau hari ini kita bersama [...]

Go to Top