Ogos 2024
USIM Himpun Pelajar dari 3 Buah Negara Mengkaji Rumah Warisan Negeri Sembilan
SERI MENANTI – 54 pelajar dan pensyarah dari Malaysia, Uzbekistan, dan Indonesia berkumpul bagi menyertai International Architectural Field Study (IAFES) 2024 anjuran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung pada 4 hingga 9 Ogos 2024 baru-baru ini di Seri Menanti, Kuala Pilah. Program selama enam hari ini melibatkan pelajar dan pensyarah dari USIM, Tashkent University of Architecture and Civil Engineering, Uzbekistan; dan Universiti Diponegoro, Indonesia. Inisiatif ini merupakan kolaborasi erat antara Jabatan Seni Bina USIM, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), serta komuniti tempatan. Peserta program berpeluang meneroka keunikan seni bina tradisional Negeri Sembilan, sambil berinteraksi dengan penduduk kampung dan mempelajari adat perpatih yang istimewa. Aktiviti seperti sukan rakyat, mendaki Bukit Sikai, dan bermain layang-layang bersama penduduk tempatan menambah keakraban dan memperkaya pengalaman budaya mereka. Prof. Madya Dr. Nurul Syala Abdul Latip, Pengarah Program IAFES 2024 berkata peserta berpeluang mengkaji dan memelihara warisan seni bina Negeri Sembilan. “Ini adalah peluang pertama bagi pelajar kami untuk terlibat secara langsung dengan isu warisan seni bina di lapangan, dan saya amat gembira dengan semangat yang mereka tunjukkan.” Sementara itu Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM, Prof. Madya Ir. Dr. Khairi Abdul Rahim berkata program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antarabangsa, tetapi juga menanam kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan warisan tradisional. “IAFES akan diteruskan penganjurannya bagi menanam jati diri budaya yang berterusan dari kaca mata senibina kepada setiap pelajar dalam menyantuni komuniti tempatan.” Tambah beliau, IAFES 2024 telah membuktikan bahawa kerjasama akademik antara negara bukan sahaja memperkayakan [...]
Ahli Akademik USIM Diiktiraf sebagai Sarjana Pelawat Berprestij di Rusia: Memperkukuh Hubungan Antarabangsa
MOSCOW – Dua ahli akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dijemput oleh Kementerian Pertahanan Rusia sebagai pembentang ucaptama di Persidangan Keselamatan Moscow yang berlangsung pada 13 Ogos 2024 baru-baru ini. Mereka ialah Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Profesor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan). Selain menjadi pembentang jemputan, Dr. Mohd Hazmi dan Prof. Rafidah turut diiktiraf sebagai ‘Sarjana Pelawat’ di ASEAN Centre, Moscow State Institute of International Relations (MGIMO), dan ‘Sarjana Pelawat’ di Institute of China and Contemporary Asia, Russian Academy of Sciences (ICCA-RAS), kedua-duanya institusi berprestij yang terletak di pusat bandar Moscow. Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, jemputan sebagai pembentang ucaptama ini adalah peluang yang diberikan susulan kunjungan Kedutaan Rusia ke USIM Jun 2024 lepas. Ujarnya lagi, kerajaan Rusia turut menaja sebahagian daripada lawatan beliau dan Prof. Rafidah ke persidangan tersebut. Lebih menarik, hampir kesemua ahli akademik Rusia yang ditemui di MGIMO dan ICCA-RAS mampu berbahasa Melayu dengan baik.mampu berbahasa Melayu dengan baik. “Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengembangkan pengaruh USIM dan memperkukuh hubungan akademik dengan Rusia, negara terbesar di dunia. Antara perkara yang dibincangkan termasuk peluang kerjasama penyelidikan, penerbitan, dan program pertukaran pelajar yang berfokuskan kepada topik seperti undang-undang maritim antarabangsa, dasar maritim, undang-undang hak asasi manusia, serta isu-isu berkaitan ASEAN dan Rusia”, Dr. Hazmi berkata lagi. Sementara itu, Profesor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar turut berkongsi perasaan gembira dan teruja dengan jemputan ini. “Saya merasa amat gembira dengan peluang untuk berinteraksi dengan [...]
Cendekiawan Islam dilantik sebagai Pensyarah Pelawat USIM
PUTRAJAYA – Seorang sarjana Islam, pakar teologi, dan doktor perubatan berasal dari Syria dilantik sebagai Pensyarah Pelawat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Profesor Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy, seorang cendekiawan dan penulis terkenal yang berpusat di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat dilantik sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang pengajian Islam dan peranan aktifnya dalam mempromosikan keamanan dan pendidikan di peringkat global. Profesor Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy memiliki ijazah Sarjana Muda (BA) dari Western Illinois University dalam bidang Mikrobiologi, Ijazah Doktor Perubatan (MD), dan PhD dari University of Georgia dan Universiti Al Azhar dalam bidang teologi dan Hadis. Beliau adalah pengasas Madina Institute dan beberapa pusat pendidikan di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Norway, dan Afrika Selatan. Madina Institute di Afrika Selatan merupakan sebuah universiti yang diiktiraf sepenuhnya yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda, Kepujian, dan Sarjana dalam Pengajian Islam. Selain itu, beliau juga mengasaskan Madina Institute for Non-Violence and Peace Studies. Dikenali sebagai seorang cendekiawan hadis yang berwibawa, Profesor Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy disenaraikan antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. “Pelantikan beliau sebagai Pensyarah Pelawat di USIM akan memberikan sumbangan yang signifikan dalam membentuk hala tuju akademik dan penyelidikan di USIM, serta memperkukuhkan lagi peranan universiti dalam mempromosikan pendidikan Islam yang berkualiti dan bersepadu,” kata Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. “Kehadiran beliau akan membantu USIM untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli, sekaligus memperluas jaringan kerjasama akademik dan keterlihatan di [...]
Pakar Kewangan Islam terima anugerah kecemerlangan tertinggi USIM
NILAI – Pakar bidang kewangan Islam Prof. Dr. Fauzias Mat Nor menerima Anugerah Tokoh Akademik (Hasanul Mudir) dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) 2023 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Anugerah tertinggi tersebut diterima bersama 143 orang staf USIM yang diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 USIM. "Saya menghargai anugerah ini dan saya perlu lebih banyak menyumbang lagi bukan sahaja kepada USIM, malah kepada Malaysia." Itulah antara ungkapan kata syukur yang dizahirkan oleh Prof. Dr. Fauzias Mat Nor. Profesor Dr. Fauzias Mat Nor, lahir pada 24 Februari 1955 di Parit, Perak, telah membina kerjaya akademik yang cemerlang dan menjadi tokoh penting dalam bidang kewangan Islam. Beliau memulakan pendidikan dengan memperoleh Diploma Perakaunan dari Institut Teknologi Mara pada tahun 1977, sebelum melanjutkan pelajaran ke University of Miami, Florida, di mana beliau memperoleh Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) dalam Kewangan pada tahun 1984 dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) pada tahun 1985. Tidak berhenti di situ, beliau menyambung pengajian hingga ke peringkat PhD dalam Kewangan dari University College Dublin, Ireland pada tahun 1991. Beliau menyertai USIM sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) pada 2015 dan sangat aktif dalam penyelidikan, dengan pelbagai pengiktirafan termasuk anugerah dalam Malaysian Finance Association Annual Conference dan Global Business and Social Science Research Conference. “Kita perlu ada sifat amanah, komited, fokus dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan. Apabila seseorang itu komited terhadap kerjanya, dia menjalankan tugasan dengan sebaiknya,” menurut Prof Dr Fauzias. Sebagai penulis prolifik, Prof. Dr. Fauzias telah menghasilkan lebih daripada 10 buah buku dan [...]
Profesor Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh Dilantik Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
NILAI – Profesor Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu, berkuat kuasa mulai 12 Ogos 2024 hingga 11 Ogos 2026. Majlis rasmi lantikan tersebut disempurnakan melalui sesi simbolik serahan kad staf Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang diadakan di Lobi Canselori hari ini. Sebelum itu, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan surat pelantikan kepada beliau di pejabatnya pada 12 Ogos 2024. Profesor Dr. Nik Salida yang dilahirkan pada 26 Februari 1975 dan berasal dari Pasir Puteh Kelantan merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut di USIM. Profesor Dr. Nik Salida merupakan seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam bidang Syariah dan Undang-Undang. Dengan kelayakan akademik Ijazah Doktor Falsafah dalam Undang-Undang dari University of Keele, United Kingdom, beliau sebelum ini diberi tanggungjawab sebagai Dekan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM bermula 2021 hingga 2024. Selain berkhidmat di USIM, beliau turut aktif dalam pelbagai organisasi penting. Beliau merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (2024-2026), Ahli Lembaga Pengarah Al-Hijrah Media Corporation (bermula 2023), dan Ahli Lembaga Penasihat di Pusat Latihan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) (2022-2024). Penglibatan beliau dalam badan-badan ini menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap isu-isu berkaitan Syariah, undang-undang, dan pembangunan sosial di Malaysia. Profesor Dr. Nik Salida Suhaila juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, termasuk Anugerah Tokoh Akademik (Hasanul Mudir) USIM pada tahun 2020 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) USIM serta pelbagai anugerah penyelidikan dan [...]
USIM anjur Program Lawatan Khidmat Ummah Santuni Pelajar OKU Penglihatan
KUALA LUMPUR - Seramai 38 orang Mahasiswa Tahun 3, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Lawatan Khidmat Ummah Quran dan Sunnah serta Program Smart Solat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2024. Program anjuran Mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), ini telah disertai oleh 30 orang pelajar Kelas Kurang Upaya Pelbagai di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Penasihat Program, Profesor Madya Dr Noornajihan Ja’afar berkata, penganjuran program ini merupakan satu keperluan bagi mahasiswa yang mengikuti kursus QNR3013, Application of Braille In Quranic and Sunnah Studies, dalam membantu mewujudkan kesedaran tentang isu agama dalam kalangan orang berkeperluan khas serta meningkatkan kualiti pelajar dalam aspek insaniah dan nilai murni terutamanya dalam pengajaran Al-Quran dan Sunnah. “Saya berharap agar mahasiswa juga akan lebih memahami dunia OKU Penglihatan serta menjadikan program ini sebagai satu pengalaman yang berharga dalam usaha untuk menyantuni komuniti OKU” ujarnya lagi. Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung adalah Forum Kesihatan Seksual dalam kalangan Remaja dan kesedaran tentang penyakit HIV/AIDS/STI & HEPATITIS C serta Amali Solat. Forum telah disampaikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai. Program ini diharapkan mampu melahirkan mahasiswa yang holistik, berdaya saing dan bersukarelawanan serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk menghulurkan bantuan serta tenaga khidmat kepada komuniti OKU. Sumber: Khairunnisa Ismail
Julai 2024
USIM Raikan Rakan Media, Kongsi Keunikan Integrasi Ilmu
PUTRAJAYA – Lebih 150 rakan media diraikan pada Majlis Bersama Media anjuran Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya. Majlis dihadiri lebih 20 ketua organisasi media tempatan, termasuk ahli Lembaga Pengarah Universiti, ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan Dekan-dekan fakulti. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor dalam ucapannya berkata, majlis ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang selama ini telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamanya terhadap program-program, isu-isu dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh USIM terutamanya dalam misi menghasilkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat selari dengan falsafah pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli. Sementara itu, Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti menekankan integrasi unik universiti ini adalah antara sains Islam dan kontemporari, dengan penekanan pada sembilan fakulti dan inisiatif utama seperti Pusat Penyelidikan Ibnu UMMI Maktum, Klinik Pergigian Bergerak, dan KLiP Mobile. Beliau percaya bahawa majlis ini akan memperkukuhkan kerjasama antara media dan USIM dan beliau percaya bahawa dengan kerjasama media dapat membantu dalam menonjolkan model pendidikan unik USIM dan pencapaiannya, sekaligus dapat mempromosikan sumbangan universiti ini kepada komuniti tempatan dan global. Kerjasama ini penting untuk memupuk pertumbuhan dan kefahaman bersama, dan untuk memastikan kerja-kerja berimpak tinggi USIM dapat sampai kepada audiens dengan lebih meluas. Selain itu, majlis turut melancarkan Dokumentari Pendek USIM sebagai tanda penghargaan khas kepada pelajar dan staf Palestin di USIM bertajuk “The Great Sacrifice”. Dokumentari ini [...]
USIM Teroka Peluang Kolaborasi bersama Institusi di UK
UNITED KINGDOM - Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengorak langkah baharu dengan meneroka peluang kerjasama melalui lawatan kerja ke beberapa institusi di United Kingdom (UK) bermula pada 21 Julai hingga 26 Julai 2024. Bermula dengan program Knowledge Transfer yang berlangsung di Islamic Cultural Centre (ICC), delegasi dari USIM telah mengadakan program Public Lecture dan turut mempromosikan USIM dengan orang awam yang berkunjung ke London Mosque, Regent's Park dan Bond Street dengan berkongsi prinsip asas makanan halal, haram dan syubhah kepada komuniti London di samping mempromosikan USIM selaku Institusi Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia yang terkemuka dalam bidang Integrasi ilmu Naqli dan Aqli (INAQ). Selain itu, Prof Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh juga telah dijemput untuk menyampaikan Syarahan Umum di Pejabat Kedutaan Malaysia di UK sambil berpeluang untuk mempromosikan program pengajian di USIM serta kursus profesional jangka pendek yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Muslim di UK sama ada secara dalam talian ataupun fizikal. Dalam pertemuan bersama Education Malaysia London, Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri adalah sangat bermakna kerana kami turut mendapat pandangan bagaimana untuk USIM membina jenama di UK melalui kolaborasi akademik, di samping memberi pendedahan kepada masyarakat di UK berkenaan hak asasi wanita dalam Islam dan kepenggunaan halal melalui Syarahan Umum yang telah disampaikan," katanya ketika ditemubual. Sementara itu, The School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London juga telah membuat jemputan secara rasmi kepada Dekan FSU, Prof Dr Nik Salida Nik Salleh bersama Perunding Penjanaan, Dr Mustafa 'Afifi [...]
Wakaf tenaga sukarelawan USIM Living Lab, santuni lebih 200 gelandangan
KUALA LUMPUR – Seramai 120 orang Pasukan Living Lab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri daripada sukarelawan pelajar dan staf serta kerjasama 20 orang dari NGO Food for Gelandangan (FFG) telah menjayakan program Jaulah Sukarelawan USIM 2024: Semarak Siswa Madani (Chapter Kuala Lumpur) dengan menyantuni lebih 200 gelandangan di sekitar Jalan Belia, Chow Kit, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2024 baru-baru ini. Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM dan Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM turut sama turun padang menyantuni dan berkongsi rezeki serta membuat tinjauan mesra khidmat komuniti bersama golongan yang memerlukan. Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM Living Lab adalah satu pendekatan kepada pelajar menjadikan dunia luar itu sebagai makmal hidup untuk belajar, berkhidmat dan berinteraksi dengan masyarakat. “Nilai sukarelawan yang diterapkan kepada mereka ini dapat membentuk jati diri dan sifat cakna masyarakat sekeliling agar dapat mewakafkan tenaga, masa dan kepakaran mereka kelak selain melengkapi ilmu yang dipelajari di universiti,” ujarnya lagi. Sementara itu, Dr Nor Azura Ahmad Tarmidzi salah seorang doktor gigi di Fakulti Pergigian USIM turut berkongsi pengalaman beliau sejak 2016 melibatkan diri dengan program sukarelawanan untuk gelandangan di sekitar Kuala Lumpur ini. “Saya rasa terpanggil untuk membawa pelajar USIM menjalankan aktiviti ini kerana saya rasakan kami harus menyumbang kepakaran yang ada untuk membantu golongan gelandangan ini”. “Kami menyediakan pemeriksaan gigi secara berkala iaitu pada minggu ketiga setiap bulan, kami akan membuka reruai untuk pemeriksaan gigi, rawatan [...]
Pakar Bidang Kecerdasan Buatan dari USIM terima pengiktirafan Prof Indira Parikh 50 Women in Education Leaders
MUMBAI – Pakar bidang Kecerdasan Buatan dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiiti Sains Islam Malaysia (USIM), menerima anugerah Prof Indira Parikh 50 Women in Education Leaders sempena World Education Congress and Awards Edisi ke-13 yang berlangsung pada 11 dan 12 Julai 2024 di Taj Lands End, Mumbai, India. Profesor Ts. Dr. Norita Md Norwawi, FASc, menerima pengiktirafan ini atas sumbangan signifikan beliau dalam bidang pendidikan, yang telah memberi inspirasi kepada generasi masa depan serta mendorong penyelidikan dan pendidikan yang berkesan. Menurut beliau, “Penghargaan ini merupakan rezeki yang telah dihidangkan dan juga adalah bonus atau insentif untuk suntikan semangat serta menginsafi bahawa Allah SWT peduli dan ketentuan Allah SWT adalah tepat pada masa dan penuh hikmah yang tersembunyi.” “Saya amat bersyukur kerana sumbangan dari USIM khususnya dan Malaysia amnya dalam dunia pendidikan mendapat perhatian dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta mendapat tempat di hati para juri dengan izinNya jua. Rezeki yang datang tanpa kita duga sewajarnya kita syukuri dalam memberikan suntikan semangat dan inspirasi bahawa khidmat bakti kita tidak diketepikan oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Mengatur rezeki para hambanya,” tambah beliau lagi. Profesor Norita memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer pada tahun 1987 dari University of New South Wales, Australia. Beliau menerima Ijazah Sarjana dalam Sains Komputer dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994. Pada tahun 2004, beliau memperoleh PhD yang mengkhusus dalam Perlombongan Data Temporal dan Sistem Multiagen dari Universiti Utara Malaysia. Pengkhususan penyelidikan beliau termasuk kecerdasan buatan, sistem multiagen, perlombongan data temporal, perlombongan teks, perlombongan [...]