April 2016
Dr Isa tingkat usaha luaskan potensi ACREDA
Dr. Mohamad Isa Bin Amat, Pengarah Pusat Penyelidikan Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) S1Nama ACREDA bukanlah suatu yang asing bagi warga USIM,bagaimanapun, sebagai mukadimah temu bual ekslusif kali ini, boleh Dr terangkan berkaitan latar belakang dan sejarah ACREDA? Pusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asia atau dikenali sebagai ACREDA telah mula ditubuhkan pada 15 April 2009 setelah diluluskan oleh Senat Universiti dalam Mesyuarat Senat Universiti Kali ke-50 Bil 2/2009 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2010. Penubuhan ACREDA juga boleh dilihat sebagai suatu usaha untuk menjadikan Universiti Sains Islam (USIM) sebagai pusat rujukan dalam aspek-aspek berkaitan penyalahgunaan dadah melalui aktiviti penyelidikan, penerbitan, latihan dan perkhidmatan. Ditubuhkan dengan berasaskan kepada landasan penubuhan Pusat Kecemerlangan di bawah Teras Ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi, penubuhan ACREDA pada awalnya adalah bagi membantu kerajaan Malaysia membanteras musuh nombor satu negara iaitu masalah penyalahgunaan dadah.Jika dilihat pada kejayaan ACREDA hari ini, penubuhan ACREDA itu sendiri bukanlah terus menjadi satu pusat kecemerlangan universiti dalam masa yang singkat. ACREDA ditubuhkan melalui pengembangan dan pemerkasaan aktiviti Special Interest Group (SIG) dalam penyalahgunaan dadah melalui Program Fleksi Diploma Pascasiswazah dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) – SPADA yang ditawarkan di USIM semenjak tahun 2005. Program yang bermatlamat untuk menghasilkan kumpulan sumber manusia yang mempunyai pengetahuan khusus dan berkemahiran dalam bidang penyalahgunaan dadah ini merupakan hasil keputusan Jawatankuasa Kabinet yang diusulkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2004 agar terdapat sebuah program pengajian yang khusus dalam bidang penyalahgunaan dadah dan usul ini bertepatan [...]
PERANAN MEDIA DIHARGAI DI MAJLIS MAKAN MALAM MEDIA
NILAI, 8 APRIL 2016 – Media memainkan peranan penting sebagai penyalur utama maklumat kepada masyarakat, bukan sahaja berkaitan dasar-dasar kerajaan malah memberi publisiti dan hebahan membabitkan Universiti Awam (UA), tidak terkecuali Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bagi menghargai jasa dan sokongan media cetak dan elektronik kepada USIM, seramai 60 pengamal media dirai dalam Majlis Makan Malam Media 2016 anjuran Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) yang berlangsung di Palm Hotel, Seremban. Majlis penghargaan yang masuk kali ketiga penganjurannya melibatkan pengamal media dari Bernama, Berita Harian, RTM, TV3, TV9, Kosmo, Harian Metro, New Straits Times, Sinar Harian, Astro Awani, TV Alhijrah, The Star serta Negeri Sembilan Kini. Objektif utama program adalah bagi meraikan media yang selama ini telah memberikan kerjasama dalam membuat liputan program-program anjuran USIM sejak awal penubuhan. Naib Canselor berkata program ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada media yang telah banyak memberikan publisiti selain sebagai medium untuk kedua pihak saling mengenali dan beramah mesra. “Terima kasih tidak terhingga atas sokongan media dalam membuat liputan berkaitan USIM bukan sahaja membabitkan ahli akademik malah aktiviti pelajar,” ujar beliau. Pada majlis yang sama, StraComm memberi penghargaan kepada pensyarah yang menyumbang penulisan mereka di dada-dada akhbar serta penyampaian simbolik watikah pelantikan sekretariat StraComm seramai 19 orang yang akan dilatih dalam pelbagai bidang oleh StraComm. Bagi Wartawan Harian Metro, Pn Ruhaiza Rusmin penganjuran program ini sangat bermakna kerana memberi peluang kepada pihak media untuk mengenali ahli akademik dan pihak pengurusan universiti. Menurutnya, media dan universiti saling bergantung untuk mendapatkan bahan berita justeru, kerjasama antara kedua pihak [...]
VC’s talk about the Integration of Naqli & Aqli Knowledge
KOLEJ PERMATA INSAN LAHIR GENERASI BERILMU DAN BERAGAMA
NILAI, 5 APRIL 2016 – Perasmian Kompleks PERMATA Insan yang berkonsepkan ‘Sekolah Dalam Kampus’ telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kolej PERMATA Insan ini dibina di atas tanas seluas 12 ekar dengan kos sekitar RM 68 juta oleh Jabatan Perdana Menteri. Terletak bersebelahan tasik utama universiti, kompleks ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti asama, blok akademik, blok informasi digital, dewan makan, dewan serbaguna dan bangunan mercu tandanya iaitu Pusat Al-Abrar. Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, keseimbangan pendidikan duniawi dan ukhrawi adalah langkah penting dalam melahirkan generasi baru yang berilmu pengetahuan dan agama tinggi untuk membangunkan negara. “Kita mesti menyediakan generasi yang seimbang ilmu Naqli dan Aqli. Dalam Islam juga tidak membezakan kedua-dua ilmu dan sekiranya kita mengasingkan satu daripadanya, makan tempanglah,” katanya dalam ucapan perasmian. Seramai 113 penuntut diterima masuk ke Kolej PERMATA Insan sejak tahun lalu dilihat mampu melahirkan ahli ilmu dan pemikir yang hebat. Ia sangat bertepatan dengan keperluan negara dan dunia hari ini dalam melahirkan pemikir-pemikir serta Cendekiawan Islam ulung seperti Al-Khawarizmi Jr., Ibnu Sina Jr., Ibnu Rusyd Jr. yang telah memberi manfaat kepada seluruh dunia dengan ilmu dan kepakaran mereka. “Saya melihat Kolej PERMATA Insan ini jelas mendepani Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2015 kerana mengintegrasikan kurikulum kebangsaan berfokuskan aspek STEM dengan al-Quran dan Sunnah,” tambahnya. Menurut Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor, USIM kini dalam usaha merancang penawaran program fast track kepada pelajar Kolej PERMATA Insan untuk menamatkan pengajian PhD [...]
SISTEM i-COUNSELING DAN KIOSC JOBHOUSE UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR
NILAI, 1 APRIL 2016 – Majlis Pelancaran Sistem i-Counseling dan KIOSC Job House baru-baru ini merupakan satu usaha Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM ke arah pembangunan kebolehpasaran graduan. Menerusi kolaborasi antara Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya dengan Pejabat Job House Sdn Bhd, pelajar boleh mendapatkan rundingan persediaan kerjaya seperti penyediaan resume dan temuduga. KIOSC atau Karier IPT One Stop Center yang telah beroperasi sejak tahun 2013 membantu urusan penempatan kerjaya pelajar terutamanya pelajar tahun akhir melalui padanan data pelajar dengan bakal-bakal majikan. “Melalui KIOSC, pendaftaran penempatan pekerjaan bukan sahaja mudah dilakukan malah ia memberi latihan dan bimbingan dalam menggerakkan program pembangunan kerjaya seperti Jom Rancang dan Jom Kerja dalam program Jelajah Fakulti yang dijalankan secara berkala di semua fakulti di USIM,” ujar Encik Yazid @ Shamsuri Zainal Abidin, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Job House Sdn. Bhd. “Kita berharap semoga sasaran USIM untuk 2016 bagi mendapatkan 76% graduan USIM mendapat pekerjaan dalam masa 6 bulan selepas tamat pengajian akan berjaya termasuklah memenuhi 3 kriteria utama Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli iaitu Holistik, Seimbang dan Berkeusahawanan,” ucap Dato’ Musa Ahmad. Pada majlis yang sama turut dilancarkan Sistem i-Counseling yang merupakan sistem tempahan temujanji kaunseling secara atas talian. Ia dibangunkan bagi memudahkan pelajar USIM membuat tempahan secara atas talian yang lebih bersifat mesra pelanggan dan mudah akses. Hadir sama di majlis pelancaran adalah YBhg. Profesor Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Encik Sam Alias, Mantan CEO Job [...]
TAN SRI DATO’ PROF. DZULKIFLI ABDUL RAZAK DILANTIK PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH USIM
NILAI, 1 April 2016 – YB Menteri Pendidikan Tinggi bersetuju untuk melantik Tan Sri Dato’ Prof. Dzulkifli Abdul Razak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu. Pelantikan beliau menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin yang telah mengakhiri tempoh lantikannya pada 31 Mac 2016 sejak dilantik mulai 2012. Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah USIM ketiga sejak Universiti ini ditubuhkan pada tahun 2000, Tan Sri Dato’ Prof. Dzulkifli Abdul Razak Tokoh dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 April 2016 hingga 31 Mac 2019. Dikenali dan dihormati sebagai ahli akademik pengajian tinggi tersohor negara, beliau amat berpengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran pengajian tinggi dalam dan luar negara. Kepimpinan beliau terserlah semasa menerajui Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Naib Canselor selama 11 tahun dan berjaya meletakkan universiti tersebut berstatus APEX (Accelerated Programme for Excellence) dan satu-satunya universiti awam di negara ini berstatus demikian. Di peringkat antarabangsa, beliau kini merupakan Presiden International Association of Universities yang berpangkalan di Paris, Perancis, ahli World Academy of Art and Sciences (FWAAS), pernah berkhidmat sebagai ahli Panel Penasihat Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Dasar Dadah dan Pengurusan sejak 1995; dan Jawatankuasa Saintifik WHO Peraturan Produk Tembakau (2004-2006). Manakala diperingkat negara antaranya Felo Akademi Sains Malaysia (FASc), Malaysian Institute of Malaysia (FMIM) dan Majlis Inovasi Negara. Nilai keilmuan yang dimilikinya kerap beliau kongsikan dengan masyarakat melalui penulisan di media yang menyentuh pelbagai isu penting berkaitan pendidikan, sains dan peristiwa semasa antaranya merupakan kolumnis akhbar New Straits Times [...]
PERASMIAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB)
NILAI, 31 MAC 2016 – Penubuhan fakuti kesembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dato’ Prof. Dr Asma Ismail setelah diluluskan penubuhannya oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi pada 10 Disember 2015. Melalui penubuhan fakulti ini, dua program akademik sedia ada yang diletakkan di bawah Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian serta Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik) ditawarkan di bawah FKAB ini mulai 2016. “Hasrat USIM menubuhkan FKAB adalah untuk membuka peluang baharu kepada pelajar lepasan sekolah agama untuk melanjutkan pengajian dalam bidang profesional. Usaha awal kepada penubuhan fakulti ini ialah dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian pada 2012 diikuti Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik) pada 2013,” ucap YBhg. Dato’ Musa Ahmad. Selari dengan kapasitinya kini sebagai sebuah fakulti yang dinamik, ia mempunyai perancangan untuk menawarkan beberapa program akademik baharu pada masa hadapan. Diperingkat pra-siswazah adalah Sarjana Muda Ukur Bahan dengan Kepujian sementara pasca-siswazah ialah Sarjana Sains Kejuruteraan dan Doktor Falsafah Kejuruteraan. Dekan Pertama FKAB, Profesor Dr. Kamaruzzaman Seman Fakulti menyatakan sasaran awal yang ditetapkan oleh FKAB adalah mendapatkan pengiktirafan badan profesional dan akreditasi dari badan berkaitan untuk dua program sedia ada kini. FKAB akan beroperasi secara sementara dan gunasama kemudahan di bangunan Fakulti Sains dan Teknologi sehingga ia memiliki bangunan sendiri kelak. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains [...]
MOHD ZUHDI BIN ZAKARIA
PROFIL MOHD ZUHDI BIN ZAKARIA Pemilik Hanya Satu Consultancy Alma mater: Sarjana Muda Kaunseling, USIM “Pengajaran dan pembelajaran di universiti adalah sebahagian daripada kisah kehidupan yang boleh digunakan sebagai pengalaman yang boleh digunakan setelah tamat pengajian.” Kaunseling menerusi media sosial merupakan medium pemasaran kepakaran klinikal kaunseling yang dilaksanakan oleh Mohd Zuhdi bin Zakaria. Zuhdi memilih saluran Youtube, Instagram, Tweeter dan Facebook bagi mendekati pasaran beliau. Merupakan antara generasi terawal yang mengambil jurusan Kaunseling di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), kini USIM, telah menamatkan pengajian pada tahun 2008. Berasal dari Johor, Zuhdi merupakan sulung daripada enam beradik. Ibunya bekerja sebagai seorang ustazah manakala bapa beliau pernah bertugas di Johor Corporation sebagai Ketua Kerani di situ. Kini, bapanya turut melibatkan diri dalam perniagaan. Zuhdi mendirikan rumah tangga dengan rakan seuniversiti semasa masih bergelar mahasiswa di tahun tiga pengajian. Zuhdi mula berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan dengan membuka pusat penjagaan kanak-kanak dengan nama Taska Anakku Sayang di rumah beliau di Nilai. Di samping itu, beliau turut menawarkan perkhidmatan prebet sapu kepada para pelajar USIM yang memerlukan pengangkutan sekitar Nilai. Kemudian, beliau mengorak langkah lebih jauh dengan menubuhkan klinik kaunseling pada tahun 2008 yang didaftarkan dengan nama Hanya Satu Consultancy dan memiliki premis sendiri di Bandar Baru Nilai pada tahun 2009. Menurut Zuhdi, Hanya Satu bermaksud beliau percaya semua perkara yang berlaku adalah daripada Allah SWT. Klinik kaunseling Zuhdi berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau menegaskan bahawa beliau terjun ke dalam bidang perniagaan firma kaunseling bagi memperjuangkan hak-hak [...]
IBRAHIM ADHAM BIN ASMAIL @ ISMAIL
PROFIL IBRAHIM ADHAM BIN ASMAIL @ ISMAIL Pemilik FLICKERS, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur Alma mater: *Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan al-Sunnah, USIM *Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Macquarie University, Sydney, Australia Ibrahim Adham bin Asmail @ Ismail atau nama ringkas pada rakan-rakan universiti ‘Baim’, sangat terkenal sebagai seorang mahasiswa yang pendiam dan tidak banyak bicara. Namun sifat pendiam ini tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang yang ceria, mudah bertegur sapa, dan dikenali oleh rakan-rakan mahasiswa yang lain. Ibrahim merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Tinggi Arab Negeri Johor atau Maahad Johor dan menyambung pengajian beliau di Fakulti Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dalam jurusan Sarjana Muda Pengajian al- Quran dan as-Sunnah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) atau kini dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2002. Beliau berjaya menamatkan pengajian beliau di KUIM pada tahun 2005. Walaupun bergraduat sebagai salah seorang mahasiswa bidang Pengajian Islam di IPTA Malaysia, jejak kerjaya Ibrahim adalah sedikit berbeza dari kebanyakan yang lain. Sejurus menamatkan pengajian di KUIM, Ibrahim bekerja dengan salah satu agensi kerajaan Negeri Johor iaitu Yayasan Pembangunan Keluarga Johor Darul Takzim (YPKDT) selama tiga tahun iaitu dari 2005 hingga 2008 sebagai Pegawai Rundingcara. Di YPKDT, beliau telah ditemukan dengan pasangan hidup beliau dan mendirikan rumah tangga pada bulan Jun 2007. Antara projek utama di bawah seliaan beliau di YPKDT ialah projek pembangunan modul Keluarga Sakinah. Ibrahim seterusnya meletakkan jawatan di YPKDT untuk melanjutkan pengajian bersama isteri, Puan Alia, di Macquarie University, Sydney, Australia. Beliau melanjutkan pelajaran di dalam jurusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan [...]
YAHYA BIN YUSOF
PROFIL YAHYA BIN YUSOF Pengurus Badan Amal Nur Zaharah Alma mater: Sarjana Muda Kehakiman, USIM Yahya bin Yusof berasal dari Cambodia. Menyedari akan kepentingan hidup berdikari di negara orang untuk menuntut ilmu, Yahya telah mula terlibat dengan kerja-kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan semasa bergelar mahasiswa di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (sekarang USIM) di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Walaupun sibuk dengan kuliah dan kerja sampingan yang dijalankan, Yahya turut bergiat aktif dalam aktiviti mahasiswa. Beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semasa di tahun kedua pengajian, serta menjadi Presiden Jawatankuasa Asrama (JAKSA) semasa di tahun ketiga. Yahya berjaya menamatkan pengajian dengan Sarjana Muda Kehakiman pada tahun 2004. Selepas itu, beliau meneruskan pengajian dengan mengambil Diploma in Law and Administration of Islamic Judiciary (DAIJ) di Universiti Islam Antarabangsa. Walaubagaimanapun, menyedari akan bidang kehakiman yang memerlukan ketekunan yang tinggi terutama dalam aspek penulisan kehakiman, maka Yahya mengambil keputusan untuk beralih bidang. Beliau bekerja di salah sebuah syarikat di ibu kota selepas tamat DAIJ. Dari segi latihan keusahawanan yang diperolehi, menurut Yahya, beliau memulakan perniagaan selepas tamat peperiksaan akhir di KUIM. Beliau bersama rakan-rakan rumah sewanya berkongsi modal membeli sebuah mesin basuh dan menjalankan perniagaan door-todoor laundry service. Dengan harga RM2.40 bagi sekilogram pakaian untuk dicuci, Yahya bersama rakanrakannya mendapatkan pelanggan di kalangan junior mereka di KUIM. Penglibatan Yahya dalam menguruskan Badan Amal Nur Zaharah di Janda Baik, Pahang bermula pada tahun 2005 apabila majikannya yang berhasrat untuk membuka rumah kebajikan memohon beliau untuk merealisasikan niat tersebut. Tapak tanah [...]