Oktober 2015
I-INOVA PENCETUS IDEA INOVASI ISLAM
NILAI, 25 OKT 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) raih 3 emas bagi kategori terbuka, 7 emas bagi kategori prasiswazah termasuk anugerah Khawarizmi Ibnu Sina dalam Ekspo Inovasi Islam (i-INOVA) yang berlangsung pada 24 dan 25 Oktober 2015 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Penganjuran Ekspo Inovasi Islam (i-Inova’15) Kali ke-6 ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tema i-Inova 2015 iaitu “Integration of Naqli And Aqli Knowledge Led Innovation” adalah selari dengan misi USIM yang bertekad untuk menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat. Sebanyak 79 produk inovasi yang dipertandingkan kali ini. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Prasiswazah iaitu terbuka kepada semua pelajar Universiti Awam dan Swasta manakala Kategori Terbuka adalah kepada staf akademik dan penyelidik pelbagai institusi penyelidikan dan industri dalam dan luar negara. Antaranya yang sertai i-INOVA kali ini adalah UNISEL, UnisZa, MSU, UTP, Jabatan Mufti Melaka, Agensi Nuklear Malaysia dan Egypt. Menurut Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, i-INOVA 15 kali ini bukan sahaja memenuhi matlamat USIM untuk mengembalikan tradisi keilmuan Islam melalui gabungan ilmu Naqli dan Aqli sepertimana yang terdapat di dalam Visi dan Misi USIM, malahan dapat mencungkil, mengetengahkan serta merangsang idea yang inovatif dan kreatif dalam pembangunan produk Islam di kalangan para pensyarah, penyelidik dan para pelajar IPTA/IPTS seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan dalam membudayakan inovasi dan kreativiti. “Pembudayaan ini betepatan dengan lonjakan tujuh [...]
ISCOL 2015 BINCANG ISU SYARIAH DAN PERUNDANGAN
NILAI, 27 OKT 2015 – Bertemakan Wasatiyyah Dalam Pengharmonian Undang-Undang (Exploring Wasatiyyah Approach in the Harmonisation of Syariah and Common Law), bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk menerapkan ciri-ciri wasatiyyah dalam perundangan Malaysia,Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) buat kali ke-3 telah menganjurkan 3rd International Seminar on Syariah and Common Law (ISCOL) 2015 pada 27 dan 28 Oktober 2015 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Seminar kali ini turut mendapat kerjasama dari Institut Wasatiyyah Malaysia. Seminar ini dihadiri seramai 300 peserta dengan sebanyak 84 kertas kerja dibentangkan dalam pelbagai tajuk dalam bidang undang-undang versi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab serta mengumpulkan ahli akademik, hakim-hakim mahkamah, pengamal undang-undang, penyelidik dan para pelajar dari pelbagai institusi dan negara. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad berkata seminar ini diharap dapat memberi manfaat dan faedah kepada seluruh masyarakat tentang isu-isu yang berbangkit serta menggalakkan persefahaman yang lebih kukuh mengenai isu-isu etika, prinsip undang-undang dan amalan yang wujud dalam undang-undang syariah dan common law. Ia juga menyediakan platfom yang sesuai bagi menyebarkan pemikiran kritikal di kalangan ilmuan yang berkepakaran dalam bidang syariah dan common law. “Selain itu, ia membangunkan model atau kaedah persefahaman yang relevan dengan mengambil kira pendapat dan pendekatan wasatiyyah dalam syariah dan common law. Tambahan ia membantu mempromosikan Common Law Malaysia berdasarkan agama, budaya hidup dan kesesuaian dengan tradisi tempatan [...]
3 KUMPULAN PENYELIDIK MUDA USIM RAIH KEJAYAAN DI PENTAS BIS 2015
LONDON, 24 OKT 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi melakar nama dalam pertandingan inovasi antarabangsa, British Invention Show (BIS) yang berlangsung pada 21-24 Oktober 2015 bertempat di Barbican Exhibition Centre, London. Penyertaan tiga pasukan penyelidik muda USIM tahun ini telah mengulangi kejayaan USIM pada tahun 2013 dan 2014 yang mana kali ini yang lebih membanggakan adalah apabila kesemua kumpulan pelajar USIM membawa pulang 2 emas dan 1 gangsa. Ini adalah kali ketiga USIM merangkul emas dan mendapat Special Award :Double Gold For International Invention of the Year (Consumer) bagi projek Advanced Hospital Gown oleh Kumpulan Hurma. Turut mendapat emas dan Special Award:Double Gould For Intenational Innovation fo the Year (Leisure) adalah projek Enjoyable Indigenous Sustainable Learning Module oleh kumpulan Duta Jauhar manakala projek Novel Marine Biowaste Active Ultrafiltration (Mba-Uf) Membrane For Dyes Waste Water Treatment) mendapat pingat gangsa oleh kumpulan IMTL_X. “Tahniah diucapkan kerana ketiga-tiga kumpulan yang USIM hantar setiap tahun ada peningkatan pencapaiannya. Menarik dan uniknya bagi penyertaan kali ini adalah kumpulan-kumpulan ini dari bidang yang berbeza iaitu kimia bagi projek Mba-Uf manakala perubatan bagi projek Advanced Hospital Gown. Idea yang digarap oleh pelajar dan penyelia mencipta satu produk inovasi untuk Ummah serta bercirikan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli,” ucap Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato Dr Mustafa Mohd Hanefah dalam satu kenyataan. Kumpulan Hurma memperkenalkan satu pakaian perubatan kepada pesakit di hospital yang patuh syariah serta mematuhi kehendak sebagai seorang Muslim. Ia turut boleh dijadikan telekung yang berfungsi memudahkan Muslim menjalankan kewajipan. Ciptaan [...]
PERPUSTAKAAN USIM HARGAI PENYUMBANG KOLEKSI PERSEORANGAN
NILAI, 26 OKT 2015 – Sebagai menghargai dan menzahirkan tanda terima kasih kepada penyumbang koleksi perseorangan kepada perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu Majlis Apresiasi Penyumbang Koleksi Perseorangan telah diadakan pada 26 Oktober. Koleksi Perseorangan adalah merujuk kepada koleksi yang dimiliki oleh penyumbang, sama ada daripada hasil karya penyumbang atau daripada koleksi simpanan peribadi yang merangkumi pelbagai bidang perkara, khususnya yang berkaitan dengan bidang kepakaran mereka. Ia bukan sahaja menjadi sumber maklumat penting kepada warga USIM, malah ia menjadi sumber rujukan oleh para penyelidik yang mengkaji tentang latar diri penyumbang atau bidang perkara yang berkaitan dengan kepakaran mereka. Penyumbang tidak sahaja terhad kepada perolehan bahan daripada koleksi tokoh atau individu di USIM, malah ia terbuka kepada tokoh dari luar USIM juga. Menurut Ketua Pustakawan USIM Encik Jasmin Jaimon, idea penubuhan Koleksi Perseorangan terhasil apabila Perpustakaan menerima sumbangan terawal daripada Puan Salmah Abu Bakar, iaitu balu Allahyarham Tuan Haji Mashadi Salamon, yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di mana Perpustakaan telah menerima bahan koleksi beliau sebanyak 397 naskah. “Semenjak itu, koleksi ini terus berkembang dan sehingga kini Perpustakaan USIM telah mempunyai tujuh Koleksi Perseorangan iaitu dengan jumlah judul sebanyak 3284 dan naskhah sebanyak 4225. Mereka adalah Allahyarham Tuan Haji Mashadi Haji Salamon, Allahyarham Tan Sri Dato’ Abdul Kader Talip, Allahyarham Datuk Haji Mohd Mortadza Haji Daud, Profesor Madya Dr. Che Wan Chik Che Wan Ibrahim, Allahyarham Tuan Yaacob @ Ranjit Singh Sodhy Abdullah, Profesor Dr. Adel M. Abdulaziz Algeriani, dan Profesor Madya Dr. Mohd. Rumaizuddin Ghazali. Setiap satu koleksi [...]
PENERBIT USIM LANCAR BUKU DI FRANKFURT
FRANKFURT, 18 OKT 2015 – Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kali melancarkan buku hasil kerjasama bersama Goethe University of Frankfurt di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2015 yang berlangsung pada 14 hingga 18 Oktober iaitu salah satu pesta buku terbesar di dunia. Buku yang bertajuk "Transformation of the Higher Education System in Malaysia" ini uniknya ditulis oleh seorang pelajar Rusia yang belajar di Frankfurt dan amat fasih dalam bahasa Melayu, iaitu Cik Alexandra Samokhvalova. Perasmian buku ini disempurnakan oleh Puan Adina Kamarudin, Konsul General Malaysia di Frankfurt. Beliau merakamkan ucapan tahniah atas kerjasama yang terjalin antara Penerbit USIM dan juga Goethe University Frankfurt dalam bidang penerbitan buku ilmiah kerana dapat menjulang bidang pendidikan di Malaysia. Perasmian buku ini diadakan di booth Malaysia dan turut dihadiri oleh Prof. Dr. Arndt Graf dari Department of Southeast Asian Studies, Goethe-University Frankfurt. Buku ini merupakan hasil kajian berkenaan universiti APEX dan menumpukan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) yang satu-satunya universiti APEX di Malaysia . Hasil penulisan ini turut membangkitkan persoalan-persoalan pendidikan yang harus diberikan perhatian untuk meningkatkan sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Disediakan oleh: Penerbit USIM Dikemaskini oleh: PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204
ICMH 2015 BINCANG ISU KESIHATAN WANITA DAN LELAKI
NILAI, 17 OKT 2015 – Bertemakan Women’s & Men’s Health: “Towards a Better Future”, Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia buat kali kedua menganjurkan Persidangan Antarabangsa Perubatan dan Kesihatan (ICMH) di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Oktober 2015. Seminar ini diperkenalkan sejak tahun 2006 lagi sebagai salah satu inisiatif fakulti dalam memperkenalkan FPSK khusus kepada masyarakat, terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang perubatan. Menurut Prof. Madya Dr. Ahmad Najib Azmi, objektif penganjuran adalah untuk menjadikan persidangan ini sebagai medan perkongsian ilmu perubatan diantara pengamal perubatan, jururawat, ahli farmasi, pengamal sains perubatan dan kesihatan, selain untuk menggalakkan amalan yang baik dalam pencegahan jangkitan di kalangan profesional penjagaan kesihatan. “Penganjuran pada kali ini telah menarik seramai 157 peserta dalam dan luar negara antaranya dari Australia, mauritius, south korea dan IPT seperti UniKL, USM, UPSI, UM, UKM, UCSI dan CUCMS, dengan pembentang oral seramai 36 orang dan pembentang poster seramai 39 orang”, tambah Prof. Najib selaku pengerusi seminar. Seminar ini turut menampilkan beberapa penceramah hebat yang membincangkan isu kesihatan wanita dan lelaki antara topik yang menarik adalah menopausal problems in breast cancer patients, the dangers of prostate cancer, family planning after a complicated pregnancy dan osteoporosis: prevention is better than cure. Diharap ICMH ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan topik topik yang lebih menarik terutamanya topik yang menggabungkan elemen naqli dan aqli, selari dengan kehendak universiti. Seminar yang berlangsung selama dua hari ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademi dan Antarabangsa) Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani. [...]
INSART 2015 PERHALUSI HUBUNGAN SENI DALAM PEMBANGUNAN MANUSIA
NILAI, 8 OKT 2015 – Pusat Kebudayaaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) julung kalinya telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Seni dalam Pembangunan Manusia di Era Moden (INSART) yang berlangsung pada 7 hingga 8 Oktober 2015 di Dewan Kuliah Pusat 3. Seminar yang disertai oleh seramai 200 peserta dari pelbagai bidang antaranya dari UM,UKM,UITM, Sekolah Angkat dan Kluster USIM serta agensi bukan kerajaan ini turut mendapat kerjasama dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM). Pengarah Pusat Kebudayaan Encik Ismail Ahmed berkata seminar ini mengupas peranan seni dalam pembangunan manusia menerusi aspek akal, budaya dan agama bersesuaian dengan tema yang dibawa iaitu ’Reconstruct different point of views in assessing art and its relationship to human development’. Ucaptama disampaikan oleh Ahmed Keeler, Felo Pusat Islam, Universiti Cambridge dan seramai 7 orang pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara. "Antara objektif program ialah membicarakan hakikat seni secara ilmiah dan akademik selain memperkukuhkan kefahaman peserta mengenai seni di luar konteks hiburan. Hal ini kerana masa kini hiburan dilihat sesuatu perkara yang negatif kepada bangsa, agama dan negara. Tambahan pula, matlamat seminar ini dianjurkan adalah untuk berdialog bersama peserta dan beberapa panel yang arif tentang hiburan untuk mencapai resolusi berkenaan seni dalam pembangunan manusia sejagat", tambah Encik Ismail. Dato’ Prof. Dr. Asma Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam ucapannya berkata, penganjuran program INSART merupakan medium terbaik bagi semua peserta memahami makna keilmuan dan mendapat manfaat melalui perspektif baru dalam melihat seni sebagai sumber ilmu. ”Penganjuran INSART merupakan satu langkah [...]
USIM DAN JAKIM METERAI PERJANJIAN MOA DALAM PENAWARAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH
NILAI, 15 OKT 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan jalinan kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan memeterai memorandum perjanjian (MoA) dalam penawaran program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Ia merupakan kesinambungan kepada MoA yg telah pun ditandatangani sebelum ini bagi penawaran program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah di Darul Quran. Program Ijazah Sarjana Muda ini, telah pun dimulakan sejak daripada tahun 2009 selepas diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT). Menurut Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad Naib Canselor USIM, program ini dibuat bertujuan untuk memenuhi keperluan para pelajar bidang tahfiz untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, khususnya untuk melahirkan pakar-pakar tempatan dalam bidang tahfiz Al-Quran yang profesional. “USIM berusaha semampu mungkin membuka ruang kepada para pelajar ini untuk melebarkan lagi pengetahuan mereka di samping memberi manfaat kepada masyarakat. USIM turut menyediakan peluang secukupnya untuk mereka menambah ilmu pengetahuan demi manfaat yang akan kembali kepada umat, agama dan negara”, tambah Dato’ Musa. USIM akan berusaha memastikan khidmat kepakaran yang ada disalurkan dengan sebaiknya kepada Darul Quran bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Pengalaman yang diperoleh dalam menguruskan mahasiswa akan dimanfaatkan bersama dengan pihak Darul Quran dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Pertukaran idea, maklumat dan kemahiran akan disusun dengan lebih bersistematik bagi memaksimumkan setiap ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT. Besarlah harapan USIM agar program ini dapat diteruskan dan melahirkan lebih ramai para graduan berkualiti ke arah memartabatkan al-Quran demi kepentingan ummah secara khusus. USIM diwakili oleh Naib Canselor [...]
DUTA JAUHAR USIM TABUR BAKTI TINGKAT TAHAP PENDIDIKAN ANAK ORANG ASLI
LABIS, 4 OKT 2015 – Bertemakan “Parallax Your Eyes”, kumpulan Duta Jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)yang terdiri dari 15 ahli dari pelbagai fakulti giat menjalankan khidmat komuniti bersama masyarakat Orang Asli Segamat Kecil, Labis melalui penganjuran program Development Education of Orang Asli (DE’ASLI) dan Kembara Bahasa. Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Oktober 2015 turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Pelajaran Johor. Objektif utama penganjurannya adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat orang asli terhadap pentingnya pembelajaran kepada anak-anak mereka, selain memberi motivasi dan menaikkan semangat di kalangan mereka untuk bersaing dengan mesyarakat bandar yang jauh lebih maju dari pelbagai aspek. Selain itu, kumpulan Duta Jauhar USIM juga turut membantu anak-anak orang asli dari segi pendidikan iaitu dengan membangunkan modul “Fun Learning” iaitu dengan kaedah pembelajaran pelbagai dengan lebih santai, lebih menarik serta penuh pengetahuan antaranya permainan matematik, kelas Bahasa arab, home tutor, dan mengadakan sudut pembelajaran. Menurut Pengarah Projek Muhamad Fadhil Kamaruddin, Development Education of Orang Asli (DE’ Asli) merupakan satu projek yang menaiktaraf pendidikan orang asli dengan menggunakan modul Enjoy Fun Learning (EFL). Modul ini mengajar mereka cara-cara belajar dengan lebih kreatif dan efektif. Program ini dijalankan secara berkala dari semasa ke semasa bermula daripada bulan Julai sehingga November 2015. “Bagi program kali ini, kumpulan Duta Jauhar USIM membuat jalinan kerjasama jangka panjang bersama pihak-pihak luar dan agensi-agensi kerajaan antara bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menerbitkan sebuah buku mengenai adat resam masyarakat kaum Jakun, dan buku ini dirancang untuk diedarkan ke [...]
USIM METERAI MOA DALAM ASPEK HALAL BERSAMA HANI D UNGGUL SDN BHD
NILAI, 21 OGOS 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memantapkan jalinan kerjasama bersama pihak industri dengan memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Hani D Unggul Sdn Bhd yang berlangsung di Galeri pada 21 Ogos 2015. Melalui perjanjian ini, seramai 21 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda yang terdiri dari pelbagai bidang mengikuti program Modul ‘Publishing Attitudes’ yang akan dijalankan pada 29 hingga 31 Ogos 2015 di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang. Ia adalah berkonsepkan aktiviti outdoor dan riadah bagi memantapkan rohani dan jasmani peserta setelah 3 minggu mengikuti kursus ini secara teori dan kuliah. Menurut Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, USIM kini dalam usaha untuk menggerakkan dan mengaktifkan jalinan kerjasama dalam industry halal dengan pihak industry dan organisasi luar terutamanya bagi tujuan latihan, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan serta pengkomersialan, dan pertukaran/ perkongsian kepakaran agar kepakaran yang ada pada kedua-dua organisasi ini dapat dikongsikan bersama ke tahap optimum demi kemajuan ummah. “Sejajar dengan keperluan ini, USIM berharap dapat menyediakan graduan yang terlatih dan trampil bukan sahaja dalam bidang sarjana mereka malahan melalui sijil Progam Halal Executive Professional (PHEP) di mana melalui program ini peserta bakal memperolehi kerjaya dalam bidang halal itu sendiri”. “USIM juga telah bekerjasama dengan syarikat SM International Wholesale (China Sdn Bhd) yang berpusat di Pelabuhan Klang di mana syarikat ini menawarkan peluang pekerjaan khususnya bagi pelajar lepasan PHEP khususnya dalam aspek halal”, tambah Dato’ Musa. Syarikat Hani D Unggul Sdn Bhd (HDUSB) telah ditubuhkan pada 19 Ogos 2009 dengan menyediakan perkhidmatan spa dan saloon [...]