Mac 2016
Hafizudin, Pelajar Tahun 3, FSU
Hafizuddin, pelajar tahun 3 Sarjana Muda Fiqh & Fatwa, Fakulti Shariah dan Undang-undang sedang membetulkan alat cerapan gerhana matahari di hadapan bangunan Canselori USIM
FPSK KONGSI KEPENTINGAN VAKSIN HPV
NILAI, 1 MAC 2016 – Perkongsian ilmu mengenai kepentingan vaksin HPV anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan bersama Universiti Teknologi Mara berjaya menghimpunkan seramai 70 guru-guru kaunseling sekolah menengah sekitar Daerah Port Dickson, Seremban dan Tampin. Seminar dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang bertajuk Training of Trainer Program on Human Papilloma Virus and Awareness for Cervical Cancer Prevention for Secondary School Counselor berlangsung selama empat hari ini dibahagikan kepada dua zon mengikut daerah di Negeri Sembilan. Penganjuran seminar adalah bertujuan menyedarkan orang ramai terutama guru, pelajar dan ibu bapa mengenai kepentingan vaksin HPV dan penyebab utama kanser pangkal rahim. Melaluinya, peserta turut digalakkan mengambil vaksin HPV yang didapati kurang mendapat sambutan oleh ibu bapa dengan alasan meragui kesahihan vaksin yang diberikan oleh kerajaan secara percuma kepada pelajar tingkatan satu setiap tahun. “Amatlah diharapkan guru-guru kaunseling dapat menyalurkan maklumat yang diperoleh sepanjang seminar kepada anak murid untuk meningkatkan kesedaran kepentingan vaksin HPV dan sejauh mana bahaya virus HPV sebagai penyebab utama penyakit kanser serviks. Di samping itu, Program ToT ini secara tidak langsung membolehkan Program Vaksinasi HPV Kebangsaan akan sentiasa mendapat kerjasama daripada para pelajar untuk mengambil vaksin HPV ini,” ucap Naib Canselor. “Kami mencari satu individu yang mampu membantu kami dalam menyampaikan ilmu dan berkongsi ilmu ini dengan seseorang yang rapat dengan pelajar dan pelajar mampu bertanya segala persoalan yang berkenaan isu HPV ini. Di sini lah kami melihat guru kaunseling adalah individu yang paling sesuai untuk kami mendekati para pelajar dan memahami masalah mereka. Yang mana kami yakin [...]
SISWA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM GERAKKAN KEMPEN KESEDARAN KAMPUS BEBAS SKIM CEPAT KAYA
NILAI, 4 MAC 2016 – Mahasiswa Tahun Pertama program Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan melaksanakan “Kempen Bebas Multilevel Marketing (MLM) dan SkiM Cepat Kaya (SKM) : Jangan Bazirkan Wang PTPTN Anda!”. Kempen yang bermula pada Isnin lalu (29 Februari 2016) berakhir secara rasmi pada semalam (3 Mac 2016) bertujuan memberi kesedaran kepada para mahasiswa USIM yang menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), biasiswa dan lain-lain pinjaman kewangan pendidikan untuk tidak dilaburkan dalam mana-mana MLM dan SKM. Kempen dimulakan dengan pelancaran konvoi kenderaan mahasiswa oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dengan mengunjungi kawasan tumpuan di dalam kampus seperti Pusat Kemudahan Pelajar, fakulti dan perhentian bas bagi mengedarkan poster kempen. Pengisian lain sepanjang kempen ini berlangsung adalah sesi ‘Speaking Corner’ bersama Pegawai daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) dan wakil-wakil mahasiswa. Kemuncaknya adalah wawancara ‘Dilema MLM dan Skim Cepat Kaya” yang berlangsung di Dewan Kuliah Empat. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan memuji inisiatif yang diambil mahasiswa untuk melancarkan kempen ini. “Kita mahukan kempen ini memberi kesedaran awal kepada mahasiswa untuk tidak terjebak dengan MLM dan SKM, manakala yang sudah menyertai tidak meneruskannya lagi”. “Tidak salah menceburi dunia perniagaan dan pelaburan, tetapi bukannya menggunakan wang pembiayaan pendidikan yang diterima. Pelajar universiti merupakan sasaran utama dan mudah menjadi mangsa kepada skim perniagaan berbentuk penipuan (scam) ini. Mereka mengaburi para mahasiswa seolah-olah ia adalah MLM atau SKM [...]
Nurul ‘Atikah Mohamad Shafii (FKP)
FPSK KONGSI KEPENTINGAN VAKSIN HPV
NILAI, 1 MAC 2016 – Perkongsian ilmu mengenai kepentingan vaksin HPV anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan bersama Universiti Teknologi Mara berjaya menghimpunkan seramai 70 guru-guru kaunseling sekolah menengah sekitar Daerah Port Dickson, Seremban dan Tampin. Seminar dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang bertajuk Training of Trainer Program on Human Papilloma Virus and Awareness for Cervical Cancer Prevention for Secondary School Counselor berlangsung selama empat hari ini dibahagikan kepada dua zon mengikut daerah di Negeri Sembilan. Penganjuran seminar adalah bertujuan menyedarkan orang ramai terutama guru, pelajar dan ibu bapa mengenai kepentingan vaksin HPV dan penyebab utama kanser pangkal rahim. Melaluinya, peserta turut digalakkan mengambil vaksin HPV yang didapati kurang mendapat sambutan oleh ibu bapa dengan alasan meragui kesahihan vaksin yang diberikan oleh kerajaan secara percuma kepada pelajar tingkatan satu setiap tahun. “Amatlah diharapkan guru-guru kaunseling dapat menyalurkan maklumat yang diperoleh sepanjang seminar kepada anak murid untuk meningkatkan kesedaran kepentingan vaksin HPV dan sejauh mana bahaya virus HPV sebagai penyebab utama penyakit kanser serviks. Di samping itu, Program ToT ini secara tidak langsung membolehkan Program Vaksinasi HPV Kebangsaan akan sentiasa mendapat kerjasama daripada para pelajar untuk mengambil vaksin HPV ini,” ucap Naib Canselor. “Kami mencari satu individu yang mampu membantu kami dalam menyampaikan ilmu dan berkongsi ilmu ini dengan seseorang yang rapat dengan pelajar dan pelajar mampu bertanya segala persoalan yang berkenaan isu HPV ini. Di sini lah kami melihat guru kaunseling adalah individu yang paling sesuai untuk kami mendekati para pelajar dan memahami masalah mereka. Yang mana kami yakin [...]
Februari 2016
AMANAT TAHUN BAHARU 2016 OLEH NAIB CANSELOR USIM
NILAI, 23 FEBRUARI 2016 – Majlis Amanat Tahun Baharu 2016 oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad merupakan satu landasan tepat kepada Naib Canselor untuk melancarkan Pelan Strategik 2016-2025 atau singkatannya PS-USIM:16&25. Bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Dato’ Musa menyifatkan pelan strategik berkenaan memainkan peranan penting bagi menyemai sokongan dan menyatukan kekuatan sumber serta kemampuan di antara semua warga USIM dari kalangan ahli akademik, kumpulan pentadbir, kumpulan sokongan serta mahasiswa. Uniknya, Pelan Strategik USIM dijajarkan juga dengan keperluan MyRA, KPI Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta elemen Integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam setiap teras yang dibangunkan. Mendukung 10 lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), USIM menggariskan 7 teras kecemerlangan iaitu : 1.Pembelajaran & Pengajaran Berteraskan ilmu Naqli dan Aqli 2.Penyelidikan & Inovasi yang Relevan kepada Industri dan Kesejahteraan Ummah 3.Graduan yang Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang Melalui Integrasi ilmu Naqli dan Aqli 4.Governan dan Pembangunan Modal Insan yang Boleh Menarik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Bersifat Global, Multi Bahasa dan Seimbang 5.Kemudahan Fizikal dan Prasarana yang Kondusif bagi Pembelajaran dan Pendidikan 6.Kemampanan Kewangan 7.Penjenamaan dan Pemposisian yang Konsisten dan Efektif “USIM turut menyahut seruan KPT untuk menggunakan Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu atau Integrated Cummulative Grade Point Average dengan singkatan nama i-CGPA. i-CGPA akan mula diperkenalkan kepada pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda kemasukan Sesi 2016/2017 di mana sistem ini akan menggabungkan keputusan akademik pelajar dan model Graduan Integrasi ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) dengan komposisi 70% komponen akademik dan 30% komponen [...]
USIM JALIN UKHWAH DENGAN MASYARAKAT LOMBOK
NILAI, 5 FEBRUARI 2016 – Sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) daripada Urusetia perlindungan Perubatan Pelajar (U3P) telah menjayakan Program Khidmat Komuniti dan misi mempromosi USIM di Lombok, Indonesia. Seramai 14 orang pelajar dari U3P ini terlibat dalam program Global Islamic Student Outreach (GISO) USIM bermula 28 Januari lalu sehingga 3 Februari 2016. Program GISO pada kali ini membawakan tema “Program Pengembaraan Usim GISO 2016: Misi Kembara Insaniah Memantapkan Ukhwah Di Lombok, Indonesia”. Misi kali ini membawa kolaberasi antara pelajar USIM dengan pihak pengurusan Pondok Pesantren As-Ashohwah yang terletak di Lombok Barat. Antara program yang telah dijalankan program pertukaran budaya masyarakat Malaysia seperti pakaian dan permainan tradisional dan manakala masyarakat di Lombok mempersembahkan tarian kebudayaan masyarakat Lombok seperti Tari Rudat, Tari Kipas, Tari Tempurung, Permainan Raja dan sebagainya. Program yang berlangsung selama tujuh hari enam malam ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk mengadakan diskusi ilmiah dan sesi memperkenalkan USIM di Universitas Mataram, Lombok (UNRAM) yang dihadiri oleh rektor (Naib Canselor) dan dekan-dekan fakulti UNRAM. Selain itu, satu perbincangan atau diskusi tentang formula melahirkan persekitaran yang sihat di kawasan sekolah turut diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Lombok Barat. Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daerah Lombok Barat dan semua guru besar dari sekolah-sekolah seluruh Lombok Barat. Selain dari itu juga rombongan turut mengadakan promosi di pesantren Nurul Bayan dengan mengedarkan pamplet dan tayangan slide berkaitan USIM. Menurut Ustaz Taysir, mudir Pondok Pesantren As-Shohwah, dengan terbinanya network atau kolaberasi antara Pondok Pesantren dan USIM diharapkan dapat memberi galakan kepada [...]
(GS-MUAMALAT) TAWAR PROGRAM PENGAJIAN BERTERASKAN ISLAM
NILAI, 17 FEBRUARI 2016 –Graduate School of Muamalat (GS-Muamalat) yang ditubuhkan pada tahun 2010 berjaya dilancarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) sebagai memperkenalkan kewujudan program pengajian ini kepada khalayak. GS-Muamalat menawarkan program ijazah sarjana, doktor falsafah (PhD) dan program pembangunan eksekutif (kursus jangka pendek) termasuklah dua (2) program sarjana secara kerja kursus iaitu sarjana pentadbiran muamalat dan sarjana pentadbiran muamalat (produk halal). “Fokus utama GS-Muamalat, adalah untuk menawarkan pengetahuan dalam bidang transaksi-transaksi perniagaan Islam (program lepasan ijazah dan kursus eksekutif) dengan nilai-nilai islam sebagai teras asas kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia dan di peringkat global,” ucap Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad. Pusat pengajian ini mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan graduan tempatan malah graduan luar negara seperti Libya, Jordan, Yemen, Algeria dan Brunei. Ini kerana program ini memenuhi keperluan pengajian peringkat ijazah lanjutan dalam bidang muamalat, ekonomi, perbankan, perakaunan dan kewangan Islam. Pada majlis yang sama USIM menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang mana DMDI akan mewakili USIM bagi pengambilan para pelajar untuk belajar di Sri Lanka di peringkat sarjana perbankan Islam, sarjana kewangan Islam dan sarjana perakaunan dan audit syariah. “Selain DMDI penerimaan positif turut kami terima daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SMB Solutions Management Sdn Bhd (untuk pasaran China). Bagi memorandum persefahaman (MoU) antara USIM dan SMB Solutions Sdn. Bhd, ia bertujuan mewakili USIM dalam proses pengambilan peserta untuk menjalani kursus jangka pendek dalam industri halal di China,” tambah Dato’ Musa. Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin selaku Dekan [...]






