Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2015

HARI TERBUKA USIM DISAMBUT MERIAH

NILAI, 12 SEPT 2015 – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-15 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun ini, USIM telah menganjurkan Hari Terbuka pada Sabtu 12 September bertempat di Kampus Induknya di Nilai, Negeri Sembilan. Dimulakan pada Jumaat malam 11 September telah berlangsung Konsert Malam Cinta Rasul menjadi pembuka Hari Terbuka USIM yang berlangsung di Dataran Dewan Tuanku Canselor dihadiri oleh pengurusan universiti serta para pelajar. Pada pagi Sabtu bermula seawal jam 7.30 pagi pula, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Peljar & Alumni) USIM Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan melepaskan peserta Larian Amat Fit USIM Charity Run sejauh 7km yang disertai lebih 500 peserta terdiri daripada komuniti setempat dan para pelajar. Ia turut disertai oleh Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad. Pelbagai pengisian diatur dari peringkat kanak-kanak, pelajar sekolah, penuntut Universiti dan juga komuniti. Antaranya pengunjung boleh mendapatkan maklumat langsung program akademik dari booth fakulti, meneroka alam sains dengan aktiviti science outreach, pameran sejarah dan citra USIM, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, Seminar Kerjaya Pegawai Hal Ehwal Islam bersama JAKIM, gerai jualan, sudut inovasi dan kreativiti serta Jelajah Kampus. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya berkata penganjuran Hari Terbuka USIM ini adalah satu bentuk manifestasi penghargaan Universiti kepada ibu-bapa, guru-guru, para pelajar, pihak sekolah, komuniti setempat, industri dan warga USIM yang secara tidak langsung menjadi sebahagian dari watak penting yang telah menyumbangkan serta memberi ilham kejayaan memateri kegemilangan Universiti. “Ia juga dilihat sebagai salah satu platform bagi merapatkan hubungan USIM dengan [...]

AMIRUL DAN IMRAN IKUTI SIMPOSIUM KEMPIMPINAN ANTARABANGSA DI HONG KONG

HONG KONG, OGOS -Peluang menyertai 6th University Scholars Leadership Symposium bertempat di Hong Kong baru-baru ini menjadi pengalaman bermakna kepada dua mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Muhamad Amirul Razali, 21 dan Imran Razalle, 21 merasai sendiri denyut nadi kota metropolitan ini. Kedua-duanya merupakan penuntut Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM menyertai simposium bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Humanitarian Affairs dengan kerjasama The Hong Kong Polytechnic University. Bertemakan “Enrich. Educate. Enlighten”, program ini mengumpulkan seramai 876 delegasi yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi dari 57 negara seperti Indonesia, German, Austrlia, China, Oman dan Brunei. Selain padat jadual harian mengikuti pengisian berbentuk akademik seperti menghadiri 12 slot pembentangan oleh penceramah antarabangsa sepanjang di sana, masa senggang yang ada tetap dimanfaatkan untuk menyelami jiwa kota Hong Kong. “Hong Kong mempunyai kawasan persekitaran yang bersih selain perkhidmatan pengangkutan awamnya yang sangat efisien dan diiktiraf oleh pelancong. Salah satu pengisian di sini ialah kami di bawa menyantuni orang-orang tua dan memberi bantuan ringan kepada mereka”. “Polisi kerajaan Hong Kong begitu mengambil berat tentang kebajikan warga tua. Mereka yang berumur 70 tahun tahun ke atas biasanya akan diberikan tempat tinggal secara percuma dan wang belanja dalam sekitar HKD 1000-2000 sebulan. Ini dasar yang amat saya kagumi” ujar Amirul Razali. Pengalaman menarik bagi Imran pula ialah menjalankan aktiviti bersama etnik minoriti terbesar di Hong Kong. “Empat kaum minoriti yang besar  di sini ialah Indonesia, Pakistan, Nepal dan Korea dan mereka ini diberikan taraf warganegara. Saya bersama 47 orang peserta yang lain [...]

500 PESERTA BERLARI UNTUK FIT USIM CHARITY RUN 2015

NILAI, 12 SEPT 2015  - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS) USIM buat julung kalinya telah menganjurkan Fit USIM Charity Run 2015 pada 12 September 2015 lalu. Merupakan sebahagian daripada acara sempena Hari Terbuka USIM yang turut diadakan pada hari yang sama,  lebih 500 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar Universiti dan pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di Dewan Tuanku Canselor seawal 6.30 pagi untuk menyertai larian amal ini. Antara objektif larian amal tersebut diadakan adalah bagi mengumpul dana untuk tabung kebajikan pelajar USIM selain memberikan galakan kepada komuniti setempat untuk bergiat aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan membawa tema “Run For Deeds”, para peserta dilepaskan secara rasmi oleh Profesor Dato' Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Turut bersama peserta berlari adalah Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad. “Saya amat berpuas hati dengan penganjuran acara larian kampus ini yang merupakan program kemuncak bagi Biro Sukan dan Pembangunan Belia MPP, sambutan yang diterima amat memberangsangkan daripada orang ramai dan juga warga USIM” ujar Muhammad Nor Amin Bin Jamaluddin selaku pengarah Fit USIM Charity Run ’15 dan Exco Sukan dan Pembangunan Belia MPP. “InsyaAllah jika tiada aral yang melintang acara larian kampus sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang setelah menerima maklumbalas positif daripada rata-rata peserta. Saya turut berharap budaya bersukan di USIM akan terus subur dan lebih berkembang pesat melalui gerakan Fit USIM yang dipelopori MPP USIM”, tambah Amin [...]

70 PEGAWAI KADET PALAPES USIM TERIMA TAULIAH SEBAGAI LEFTENAN MUDA

NILAI, 1 SEPTEMBER 2015 – Tempoh kursus dan latihan yang panjang selama 6 semester bersama Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akhirnya memberi kejayaan buat 70 orang pelajar PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila berjaya bergelar Leftenen Muda. Terdiri daripada 41 orang lelaki dan 29 orang perempuan, mereka ditauliahkan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-34 pada 15 Ogos lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, berkenan mencemar duli ke majlis ini dan menyampaikan watikah bertempat di Dewan Besar Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). PALAPES USIM yang bergerak secara rasmi menggunakan platform pasukan PALAPES UKM buat masa ini, telah berjaya melahirkan empat kumpulan Pegawai Muda PALAPES sejak pengambilan kumpulan pegawai kadet pertama diadakan pada 2009. Sempena kejayaan pentauliahan bersama PALAPES UKM, mereka diraikan di Majlis Santapan Malam Regimental  bersama DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang merupakan Canselor UKM  dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM baru-baru ini. Bertempat di The Royale Bintang Resort & Spa, Seremban Negeri Sembilan, kesemua Leftenan Muda PALAPES UKM USIM turut menerima Anugerah Kesatria Jaya. Selain itu, dua orang Pegawai Kadet USIM iaitu Lt M Muhammad Siddiq Bin Rohizan dan Lt M Muhammad Qusyairi Bin Muda masing-masing menerima Anugerah Pegawai Muda Terbaik dan Anugerah Khas Komandan Pegawai [...]

Go to Top