Mac 2014
MEMPERKASA AGENDA INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI-AMANAT 2014 NAIB CANSELOR USIM
NILAI, 20 MAC 2014 – Menjajarkan Pelan Strategik USIM ke Arah Pengukuhan Agenda Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli adalah misi yang ditekankan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Profesor Dato’ Dr Asma Ismail melalui Amanat Tahun 2014 Naib Canselor yang berlansung di Dewan Besar USIM. Dalam hasrat memberi nafas baharu kepada warganya termasuklah pelajar, kakitangan pentadbiran dan kakitangan akademik, USIM bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan dalam mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli, serta menjelaskan strategi dan perancangan hala tuju dalam usaha memperkasakan kedudukan USIM supaya terus mampu bersaing di arus perdana dan di peringkat antarabangsa agar sentiasa kekal di hati masyarakat. USIM sememangnya unik kerana satu-satunya institusi yang mengangkat integrasi naqli dan aqli bukan sahaja dalam kurikulum malah sistem tadbir urusnya. Justeru itu, USIM pada awal tahun 2013 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju Konsortium Institusi Pengajian Tinggi Islam bagi Kualiti Akademik dan Penyelidikan Lanjutan atau dikenali sebagai i-IQRA’. Negara meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat konsortium ini dapat memperkasakan program akademik dan pengajian Islam yang bukan sahaja terhad kepada institusi pendidikan dalam Negara tetapi turut menjangkau manfaatnya di peringkat serantau dan rakan-rakan di dalam OIC. USIM pada usia yang disifatkan masih muda dan perlu melalui banyak proses kematangan, telah mencipta sejarah dan mendapat pengiktirafan apabila memenangi tiga anugerah daripada Europe Business Assembly (EBA) pada Majlis Anugerah Socrates (Socrates Award Ceremony) yang diadakan di London pada 16 hingga 19 Disember 2013. Kejayaan USIM dalam memenangi Best Regional University, Best Manager of the Year dan Best [...]
USIM HARGAI KERJASAMA PEGAWAI PENGURUSAN KESELAMATAN NEGERI SEMBILAN
Nilai 18 MAC 2014 – Majlis Makan Tengahari bersama Pegawai Pengurusan Keselamatan Negeri Sembilan meriah disertai oleh seramai 20 orang Delagasi daripada Agensi Pegawai Keselamatan Setempat seluruh Negeri Sembilan yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat, RELA, Jawatankuasa Penduduk sekitar Taman Perumahan Berhampiran USIM dan agensi keselamatan lain. Majlis yang diadakan di Lounge Eksekutif Canselori turut dihadiri oleh pegawai-pegawai keselamatan USIM dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail Naib Canselor USIM turut sama bagi meraikan majlis tersebut. Majlis anjuran Bahagian Keselamatan USIM ini adalah bertujuan bagi menghargai dan merealisasikan hasrat murni USIM berhubung kerjasama yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa keselamatan setempat dalam usaha untuk merapatkan hubungan serta mengenali lebih rapat agensi keselamatan setempat yang telah banyak membantu pihak Universiti menjaga keamanan dan keselamatan kampus selama ini. Sehubungan itu, USIM memulakan langkah strategik dengan membina reputasi sebagai IPTA yang sentiasa mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dalam semua agensi keselamatan yang berada di Negeri Sembilan. Jalinan kerjasama ini juga bakal membina hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang yang berpotensi di masa hadapan. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail berkata usaha untuk membendung jenayah tidak seharusnya diletakkan di atas bahu pihak Bahagian Keselamatan semata-mata, tetapi sebaliknya warga kampus dari pelbagai lapisan juga perlu turut sama mengambil peranan masing-masing dalam menjaga keamanan serta ketenteraman awam di kampus ini. “Dalam soal menjaga keselamatan ini, kita semua perlu bermuafakat serta sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku di kawasan sekeliling kita. Warga Kampus tidak kira kakitangan dan pelajar perlu berganding [...]
PROGRAM JELAJAH UMMAH FPBU DEKATI GOLONGAN GELANDANGAN
PUDURAYA, 15 Mac 2014 - Biro Kebajikan Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif bagi mendekati golongan gelandangan dengan menganjurkan Program Jelajah Ummah bersama Gelandangan di sekitar ibu kota pada sabtu lepas. Seramai 39 orang pelajar dan staf terlibat dalam program kali ini yang diketuai oleh Encik Shahrul Hafifi, penolong pendaftar pentadbiran FPBU. Sebanyak 200 bungkusan makanan telah diagihkan kepada golongan gelandangan di sekitar Puduraya dengan mendapat kerjasama dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Kindness. Menurut pengarah program, Fatin Jalilah Mohd Jalil, objektif penganjuran program kali ini adalah bagi memupuk sikap prihatin dalam diri mahasiswa USIM selain dapat merasai sendiri kesusahan yang dialami oleh golongan ini, ia selari dengan objektif USIM selain melahirkan mahasiswa yang menjadi peneraju kepada ilmu Naqli dan Aqli, malah dapat melahirkan modal insan dengan penghayatan nilai Islam yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat. “Kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata namun khidmat komuniti kepada masyarakat adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian”, katanya lagi. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat kepada para peserta oleh pihak Kindness sebelum pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu zon 1 dan 2 yang meliputi sekitar Hentian Puduraya, Menara Maybank dan Petaling Streets. Dalam pada itu, Abdullah bin Ismail, pelajar tahun dua FPBU dan merupakan Pengerusi Sekretariat yang turut serta dalam program ini berkata, program ini menampilkan sedikit kelainan kerana ia merupakan julung kali program dekati golongan gelandangan yang dijalankan oleh mereka. Atas keperihatinan terhadap golongan [...]
VIDEO KREATIF DISLEKSIA ORIGAMI PIKAT JURI
AYER KEROH, 12 Mac 2014 - Tidak memiliki latar-belakang pengajian dalam seni persembahan atau perfileman tidak menjadi penghalang kepada sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari pelbagai fakulti bergabung idea kreatif mereka untuk menghasilkan sebuah video menarik berkaitan Disleksia. Video pendek berdurasi 3.04 minit yang berjudul "Origami" terbitan kumpulan mereka yang dinamakan Light Motion Production telah dihasilkan khusus bagi menyertai Pertandingan Dyslexia Awareness : Viral Video Competition anjuran Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Persatuan Dyslexia Malaysia. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa di Malaysia dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai Disleksia. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Ternyata skrip dan olahan jalan cerita yang menarik telah menjadikan video "Origami" terpilih sebagai salah-satu daripada lima finalis untuk mara ke peringkat akhir. Penilaian dibuat berdasarkan pilihan penonton secara online di laman YouTube melalui jumlah ‘Like’ yang diperolehi bagi setiap video yang dipertandingkan. Bagi menentukan para pemenang, ke semua finalis perlu melakukan pembentangan di hadapan para juri profesional dengan menyaksikan Light Motion Production berjaya meraih tempat Ketiga. “Mendapat tempat Ketiga merupakan satu bonus bagi kami kerana "Origami" adalah satu-satunya video yang bukan dari UTeM berjaya tersenarai sebagai finalis. Syukur Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyokong kami serta para penonton yang telah sudi menonton dan ‘Like’ video ‘Origami’ [...]
WARGA USIM TUNAI SOLAT ISTISQA’ DAN DOAKAN MH370
NILAI, 13 Mac 2014 – Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menunaikan Solat Sunat Istisqa’ di Dataran Canselori USIM yang bermula pada jam 8.30 pagi. Istisqa’ yang bermaksud siraman air adalah solat sunat yang ditunaikan secara khusus sebagai salah-satu ikhtiar memohon turunnya hujan. Musim kemarau berpanjangan yang melanda negara sejak bulan lalu dan dijangka berterusan sehingga penghujung April menyebabkan suhu panas/kering yang agak tinggi berlaku dan keadaan ini turut menjejaskan kualiti udara beberapa kawasan termasuk Nilai yang dilanda jerebu. Beberapa siri kebakaran yang berlaku di sekitar Nilai turut menyumbang kepada kualiti udara tidak sihat dan menjejaskan kesihatan apabila kerap terdedah dengan aktiviti luar dalam jangka masa yang lama. Solat sunat Istisqa’ ini anjuran Pusat Islam USIM dengan kerjasama persatuan dan kelab pelajar mendapat penglibatan yang baik daripada kakitangan dan para pelajar USIM. Turut bersama menunaikan solat sunat yang diimamkan oleh Dr Salah Mohamad Zaki Mohamad Ibrahim, Pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) ini adalah Pengurusan Universiti, antaranya Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Warga USIM turut mengambil kesempatan dan berkongsi keprihatinan bersama rakyat Malaysia dan dunia dengan turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak kapal dan para penumpang pesawat MH370 milik MAS yang hilang pada Sabtu lalu dan masih belum dapat dikesan sehingga kini. Dalam doa yang dibacakan oleh Dr Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Pengarah Pusat Islam USIM, warga USIM turut mendoakan diberi ketabahan dan kesabaran kepada ahli keluarga [...]
PUSAT TAMHIDI UNGGULI DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2014
NILAI, 9 Mac 2014 – Kejohanan Debat Piala Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang memasuki edisi Ke-7 penganjurannya pada tahun ini menyaksikan Pusat Tamhidi dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor. Kejohanan Debat Piala Naib Canselor anjuran Kelab Debat USIM dengan kerjasama Unit Kepimpinan Bahagian Hal Ehwal Pelajar berlangsung pada 7 hingga 9 Mac lalu bertempat di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) diadakan dalam tiga kategori bahasa iaitu Bahasa Melayu (18 pasukan) , Bahasa Inggeris (17 pasukan) dan Bahasa Arab (17 pasukan). “Kejohanan ini merupakan salah satu platform atau medium bagi pihak universiti untuk mencari pelapis-pelapis pendebat generasi baharu yang lebih berwibawa serta melahirkan lebih ramai pendebat berbakat dan dapat menaikkan nama USIM”. “Melaluinya juga, institusi pengajian kita tidak ketandusan legasi pendebat terbilang dalam meneruskan kecemerlangannya mengharumkan nama Universiti di peringkat domestik dan antarabangsa” ucap YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor dalam ucapan perasmian Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Debat Piala Naib Canselor 2014. Majlis kemuncak Kejohanan Debat Naib Canselor ini adalah Pertandingan Akhir Debat Bahasa Melayu yang menemukan pendebat dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) selaku Kerajaan dan Pusat Tamhidi selaku Pembangkang memperdebatkan usul “Media Sosial Wajar Disekat” berlangsung meriah di Dewan Kuliah Pusat 3. Kepetahan dan hujahan bernas para pendebat muda Pusat Tamhidi menobatkan mereka sebagai Johan bagi Kategori Bahasa Melayu dan FSU sebagai Naib Johan. Bagi kategori Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) muncul Johan menewaskan pendebat dari FSU manakala Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) [...]
i-FeST GALAK MAHASISWA USIM MINAT BIDANG SAINS
NILAI, 1 Mac 2014 - Bertemakan ‘Legacy of Golden Age’, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya menganjurkan Islamic Festival of Science and Technology (i-FeST) 2014 yang berlangsung selama enam hari bermula 24 Februari sehingga 1 Mac 2014 di Dataran Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP). Pelbagai gerai, pameran dan seminar telah diadakan antaranya dari PetroSains, Pusat Sains Negara, pameran IQRA dari muzium dan galeri Tuanku Fauziah, dan demonstrasi sains dalam Karnival Sains dan Teknologi Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM). Selain itu, turut diadakan bicara mahasiswa cakna, bicara usahawan kampus, hari siswi, minggu keusahawanan dan Young Daie Award bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat. Seiring dengan tema, pengarah i-FeST saudara Ahmad Akmaluddin Mazlan berkata, ia bagi menyorot kembali zaman kegemilangan tamadun dan cendekiawan Islam dalam penguasaan ilmu dan teknologi pada masa lalu seperti dalam bidang astronomi, matematik dan perubatan agar menjadi motivasi dan inspirasi kepada generasi muda sekarang. Dimana selari dengan tema USIM sendiri iaitu ‘Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan’. “Dengan penganjuran program seperti ini yang menampilkan pendekatan yang berbeza berfokuskan sains islam sebagai agenda utama, diharap mahasiswa USIM menyedari akan kepentingan ilmu sains seterusnya bercita-cita menjadi saintis muslim yang terkehadapan dalam menyelesaikan isu ummah, sekaligus meletakkan kedudukan Islam sebagai rujukan”, ujarnya. Program kemuncaki-FeST berakhirdengan Konsert Amal Stairway to Heaven yang diadakan pada jumaat malam yang berkonsepkan tribute kepada Negara umat Islam yang dilandakesengsaraan. Antara pengisian yang menarik pada malam itu adalah persembahan nasyid anak rohingya dari Madrasah Hashimiah Selayang, saudara Fitri Haris UNIC, Sham Kamikaze, [...]
ANUGERAH TOKOH SISWA IKTIRAF DUA SISWA USIM
KUALA TERENGGANU, 1 Mac - Dua penuntut Tahun Empat Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta sejarah tersendiri buat diri mereka apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan sempena Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2013 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam di Terengganu pada 1 Mac 2014 lalu. Pada majlis tersebut, Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, penuntut Sarjana Muda Perakaunan dan Arrharatnasari Kanchong Ma’arof, penuntut Sarjana Muda Pentadbiran dan Hubungan Korporat masing-masing dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pemimpin Program Pengucapan Awam Terbaik dan Anugerah Pemimpin Kelab/Persatuan Terbaik. Melalui anugerah ini, mereka berdua membawa pulang hadiah wang tunai RM 1000, trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan sendiri oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II. Saudara Muhammad Iqmal Hisham merupakan Pengerusi Kelab Debat USIM sesi 2013,mula bergiat aktif dan berjinak dengan pengucapan awam sejak tahun 2010 lagi apabila mewakili USIM menyertai Pertandingan Debat Piala Naib Canselor, Pertandingan Debat Terbuka ASTAR Universiti Malaya dan beberapa pertandingan debat lain antara Universiti. Apabila menjadi Pengerusi Kelab Debat, beliau berpeluang menganjurkan Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat Institusi Pengajian Tinggi ASEAN Kali Keenam 2013 yang disertai oleh pendebat dari Malaysia, Indonesia dan Brunei. Selain itu, Universiti turut memberi kepercayaan kepada Kelab Debat di bawah pimpinan beliau bagi menganjurkan Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-6 dan Jemputan Nusantara pada tahun yang sama. “Saya berharap agar mahasiswa USIM terutamanya ahli Kelab Debat dapat meneruskan misi dalam mengharumkan nama USIM di persada dunia, agar USIM terus melahirkan [...]
KUMPULAN DE NOONA’S DINOBAT IKON INOVASI BH 2013
PUTRAJAYA, 27 Feb 2014 - Kumpulan De Noona’s yang mempertaruhkan produk laksa yang diperbuat daripada barli mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Inovasi pada Majlis Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian 2013. Majlis yang berlangsung dengan meriah itu telah diadakan di Hotel Everly, Putrajaya. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang pelajar yang diketuai oleh Amirah Najwa Bt Jarani,dan ahli lain Mulaikah Bt Azizan, Khadijah Bt Ab Majid, Norain Farah Bt Moktar, Noor Najwa Bt Hassan dan Aini U’naizah Bt Zalizam dan mendapat bimbingan pensyarah Professor Madya Dr Alina Abdul Rahim. Ketua kumpulan, Amirah Najwa Bt Jarani melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan yang tidak dijangka ini yang mana hasil dan usaha keras ahli kumpulan telah mendapat penghargaan dari Berita Harian. “Saya berbangga dengan akhbar Berita Harian kerana menjadi akhbar yang mengambil inisiatif dalam menghargai dan mengiktiraf inovasi dan hasil kerja anak-ank muda Malaysia”, tambah beliau lagi yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 berserta trofi. Produk yang dikenali sebagai ‘Horley Laksa Noodle’ merupakan mini projek yang dihasilkan melalui subjek Pembangunan Produk dalam kursus Bioteknologi Makanan Tahun 3 di USIM. Gabungan bijiran barli dan beras yang mempunyai kandungan mineral, serat larut dan tidak larut yang tinggi dibandingkan dengan laksa yang berada di pasaran ini mengandungi kandungan beta glucan yang tinggi dan rendah glisemik bagi membantu menyeimbangkan kadar glukosa dalam darah. Produk ini telah memenangi beberapa pertandingan sebelum ini antaranya menggondol pingat emas, Anugerah Al-Khawarizmi serta Anugerah MINDS dalam kategori Sosial Sains di Ekspo Inovasi Islam (i-Inova) 2013. Turut memenangi pingat perak [...]
Februari 2014
TIMBA ILMU DAN PENGALAMAN MELALUI GISO KE CHINA
Beijing - Seramai 17 orang mahasiswa/i mantan exco Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merasai dan menimba pengalaman berharga bersama masyarakat Islam di Beijing yang turut disertai 2 orang staf pentadbiran dan 1 orang pensyarah merangkap Pegawai Pengiring dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama dalam program Global Islamic Students Outreach (GISO) 2013 ke China. Program enam hari ini yang bermula 15 hingga 20 November 2013 lalu merupakan salah satu daripada program di bawah Global Islamic Student Outreach (GISO) yang mendapat peruntukan dana khas dari universiti. Pemilihan Beijing yang merupakan minoriti penduduknya beragama Islam menarik para peserta untuk bersama-sama merasai sedikit sebanyak cara hidup mereka dalam menempuh suasana dan tempat yang majoritinya bukan Islam selain mendapat pengalaman mempelajari bahasa, juadah makanan dan budaya masyarakat di Beijing. Sepanjang berada di sana, pelbagai pengisian aktiviti libatsama masyarakat antaranya gotong-royong, suai kenal dengan ahli jemaah dan penyampaian sumbangan-sumbangan berbentuk cenderamata dan wang kepada Masjid Nan Dou Ya, Masjid Niu Jie, pusat pengajian al-Quran Tong Zhe Mei Wai dan tempat-tempat lain. Di samping itu juga, sewaktu berada di Beijing Foreign Studies University (BFSU), peserta GISO sempat mengadakan perkongsian ilmu dan maklumat universiti masing-masing dan sesi suai kenal bersama beberapa orang pensyarah dan pelajar Pusat Pengajian Melayu di universiti tersebut. Salah seorang pensyarah Pusat Pengajian Melayu di universiti tersebut adalah rakyat Malaysia. Beliau adalah Prof Dr. Mohd Taib Hj. Dora yang merupakan Penyandang Kursi Pengajian Melayu di BFSU. “Bahasa Melayu adalah bahasa keempat digunakan dalam kalangan masyarakat Beijing dan seramai 400 orang [...]