Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2026

MBOKU, USIM anjur Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana, Himpunkan 300 Belia OKU

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dengan kerjasama Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) dan Pusat Islam USIM telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana MBOKU 2026 bersempena sambutan Nuzul Al-Quran di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM pada 7 Mac 2026. Program berkenaan berjaya menghimpunkan kira-kira 300 belia Orang Kurang Upaya (OKU) dari seluruh Malaysia, sekali gus menjadi platform bermakna dalam menyemarakkan penghayatan al-Quran serta memperkukuh nilai kerohanian dalam suasana yang inklusif dan penuh kebersamaan. Penganjuran majlis ini turut diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat termasuk Sesi Halaqah Inklusif Al-Quran bersama belia OKU, tazkirah Ramadan serta penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri, yang bertujuan memberi ruang kepada komuniti belia OKU untuk mendalami al-Quran, menghayati keberkatan Ramadan serta menyemai semangat keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, YB Tuan Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid, yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penganjuran program seperti ini mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memperkasa komuniti OKU melalui pendekatan yang menitikberatkan pembangunan rohani, kebajikan serta penglibatan sosial. “Majlis ini bukan sahaja memberi ruang kepada belia OKU untuk bersama-sama menghayati keberkatan Ramadan, malah memperkukuh semangat kebersamaan dan sokongan dalam komuniti. Dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, saya yakin komuniti OKU mampu terus menyerlahkan potensi dan memainkan peranan yang signifikan dalam masyarakat,” katanya. Sementara itu, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia, Muhammad Ghazali Othman, berkata penganjuran majlis tersebut mencerminkan komitmen MBOKU dalam memperkasa pembangunan holistik belia OKU [...]

Pakar perubatan USIM kupas isu ideologi gender dari perspektif Sains dan Islam

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah menganjurkan Majlis Syarahan Perdana Profesor FPSK yang disampaikan oleh Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar bertajuk “A Critical Review of Gender Ideology from Human Physiological and Islamic Perspectives” bertempat di Auditorium FPSK, USIM. Majlis ini menjadi platform akademik penting bagi memberi ruang kepada tokoh profesor universiti berkongsi kepakaran, dapatan penyelidikan serta pandangan ilmiah terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing. Program tersebut telah dihadiri kira-kira 300 orang peserta yang terdiri daripada jemputan khas, ahli akademik, pegawai universiti, pelajar serta orang awam. Dalam ucapan Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani menyatakan bahawa majlis syarahan perdana bukan sekadar meraikan kesarjanaan seorang profesor, malah merupakan pengiktirafan terhadap perjalanan ilmu, penyelidikan, advokasi dan khidmat kemanusiaan yang panjang dalam dunia akademik. Ia juga mencerminkan aspirasi USIM untuk terus memperkukuh integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam pembangunan masyarakat dan tamadun. Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar yang telah berkhidmat di FPSK sejak April 2010 merupakan seorang sarjana dalam bidang fisiologi, dengan tumpuan khusus kepada fisiologi gender serta dimensi biopsikososial dan spiritual dalam kesihatan. Beliau memperoleh ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam Sains Kesihatan (Fisiologi) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2007, selain pernah menerima pengiktirafan sebagai Pelajar PhD Terbaik Kulliyyah Perubatan UIAM. Dalam syarahan beliau, Prof. Dr. Rafidah Hanim membentangkan analisis kritikal berkaitan ideologi gender dengan menggabungkan perspektif fisiologi manusia dan kerangka pemikiran Islam, sekali gus [...]

USIM Cipta Sejarah, Raih 5 Bintang MyMoHES Dengan Markah Penuh 100%

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar sejarah tersendiri apabila disahkan memperoleh penarafan 5 Bintang MyMoHES dengan jumlah keseluruhan 100 markah penuh buat kali pertama, sekali gus menempatkan USIM dalam kelompok universiti awam berprestasi cemerlang di Malaysia. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian penting dalam landskap perkembangan USIM, khususnya dalam memperkukuh standard kualiti pengurusan, kecemerlangan akademik serta tadbir urus institusi yang berimpak tinggi. Penarafan 5 Bintang tersebut mencerminkan prestasi menyeluruh universiti yang dinilai berdasarkan indikator utama di bawah kerangka MyMoHES yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Naib Canselor USIM berkata, pencapaian ini mencerminkan kesungguhan seluruh warga universiti dalam merealisasikan aspirasi kecemerlangan yang berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Kejayaan memperoleh markah penuh dalam kesemua komponen penilaian membuktikan komitmen berterusan USIM dalam memperkasa ekosistem akademik, memperkukuh kualiti tenaga pengajar, memacu agenda penyelidikan berimpak serta memastikan tadbir urus institusi yang mantap dan berintegriti. “Penarafan 5 Bintang ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi amanah untuk USIM terus meningkatkan standard kualiti pendidikan tinggi, memperkukuh penyelidikan berimpak tinggi dan melahirkan graduan holistik serta berdaya saing,” katanya. Menurut beliau lagi, pencapaian ini selari dengan Pelan Strategik USIM yang memberi penekanan terhadap kecemerlangan akademik, pemerkasaan bakat, inovasi penyelidikan dan jaringan strategik industri. Kejayaan ini turut membuktikan bahawa USIM bukan sahaja kompetitif dalam kalangan universiti awam, malah berupaya mencapai standard penilaian tertinggi di peringkat nasional. Dengan pengiktirafan 5 Bintang ini, USIM terus komited untuk memperkasa peranannya sebagai universiti pilihan utama yang menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ummah dan negara. MyMoHES ialah sistem penarafan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi [...]

USIM Ketengahkan Dakwah Digital Menerusi “CUAI”, Raih 15,000 Tontonan Dalam Lapan Hari

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh pendekatan dakwah digital menerusi penerbitan filem pendek Ramadan 2026 berjudul “CUAI”, yang berjaya meraih lebih 15,000 tontonan dalam tempoh lapan hari sejak disiarkan pada 19 Februari lalu. Diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM dengan idea kreatif pelajar StraComm Clique, karya ini mengangkat isu yang dekat dengan kehidupan generasi muda, khususnya kebergantungan terhadap telefon pintar dalam rutin harian. “CUAI” mengisahkan Adam Zarqony yang berdepan ujian apabila telefon bimbitnya rosak menjelang peperiksaan. Pada awalnya, situasi tersebut dianggap sebagai musibah besar. Namun, kecuaian kecil yang berlaku akhirnya membuka ruang buat dirinya menilai semula keutamaan hidup, pengurusan masa serta tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Berlatarbelakangkan suasana Ramadan, filem pendek ini menyampaikan mesej disiplin diri, kesederhanaan dan penghargaan terhadap nikmat yang sering dipandang remeh. Pembikinan filem ini melibatkan 11 orang kru dalam kalangan pelajar StraComm Clique yang dibantu oleh tiga pegawai StraComm, sekali gus mencerminkan kolaborasi erat antara pelajar dan pihak universiti dalam menghasilkan kandungan kreatif berkualiti. Pengarah filem tersebut, Luqman Hakim Norizam, pelajar Tahun 2 yang juga Ketua Unit Multimedia StraComm Clique berkata, penggambaran projek iklan Ramadan ini mengambil masa lebih 24 jam tanpa henti, bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 6 pagi keesokan harinya. Ia benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental kru produksi,” katanya. Ini jelas bahawa komitmen tinggi seluruh pasukan menjadi kunci kejayaan projek ini. Beliau turut memaklumkan bahawa keseluruhan projek mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan, merangkumi fasa perancangan skrip, sesi pra-produksi, penggambaran sehingga ke proses penyuntingan akhir. Menurut [...]

Menteri Pendidikan Tinggi Turun Padang Santuni Mahasiswa USIM, lancar Dapur Siswa Madani

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Kembara Ramadan YB Menteri Pendidikan Tinggi dan Majlis Iftar Perdana USIM 2026 yang berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM). Program ini disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Majlis ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan institusi pendidikan tinggi melalui pendekatan turun padang yang lebih dekat serta menyantuni warga kampus, khususnya mahasiswa. Penganjuran program ini turut menyemarakkan nilai ihsan, solidariti dan kebersamaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, khususnya dalam bulan Ramadan yang menuntut keprihatinan terhadap golongan memerlukan. Antara pengisian utama program ialah pelancaran Dapur Siswa Madani USIM oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, yang menyediakan juadah berbuka puasa kepada mahasiswa, terutamanya golongan asnaf dan pelajar B40. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan. Dalam majlis yang sama, Kelab Perwira Malaysia–Aman Palestin turut meraikan seramai 100 pelajar asnaf USIM melalui penyaluran bantuan tiket balik kampung sebagai persediaan menyambut Aidilfitri, sekali gus meringankan beban kewangan mereka. Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat dan dana daripada rakan strategik korporat sebanyak RM117,000.00 dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dan AmMetLife Takaful, manakala Ajinomoto Malaysia Berhad menaja 1,000 pek Turut berlangsung penyampaian Bakul Rahmah oleh Pusat Wakaf dan Zakat USIM kepada pelajar dan staf yang memerlukan serta Sumbangan Kasih Ramadan berjumlah RM5,000.00, oleh Yayasan Perkasa Siswa kepada pelajar asnaf B40 yang disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi. Naib [...]

Februari 2026

Sinergi Ramadan: MySaveFood di Bazar Ramadan Lotus Nilai Kembali Santuni Komuniti

NILAI – Inisiatif MySaveFood anjuran Persatuan Gerakan Pengguna Siswa USIM (GPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan dan Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) sekali lagi telah dilaksanakan bermula pada 23 Februari 2026 di Bazar Ramadan berhadapan Lotus Nilai. Program ini bukan sahaja bertujuan menangani pembaziran makanan dalam kalangan peniaga bazar, malah turut berperanan sebagai platform kebajikan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik di sekitar Nilai. Seramai 10 orang ahli GPS bersama tiga ahli Kelab Media dan Komunikasi Strategik USIM (StraComm Clique) berganding tenaga mengumpulkan lebihan makanan yang masih elok dan selamat untuk dimakan daripada para peniaga. Makanan yang dikumpulkan akan ditimbang dan direkod secara sistematik sebelum dibungkus dan diagihkan ke beberapa lokasi berbeza setiap hari termasuk kawasan perumahan sekitar Nilai, Pusat Islam USIM serta surau-surau terpilih yang telah diselaraskan oleh pihak GEMA. Pendekatan ini memastikan agihan dilakukan secara lebih tersusun dan menyeluruh. Menurut Presiden GPS USIM 25/26, Abdul Khaliq Abdul Kadir, inisiatif ini membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu pembaziran makanan khususnya sepanjang bulan Ramadan. “Pendekatan ini merupakan satu langkah yang bijak dan praktikal dalam usaha mengurangkan pembaziran di Malaysia khususnya di kawasan Nilai dalam masa yang sama memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan mengoptimumkan penggunaan makanan yang berlebihan dengan sebaiknya,” katanya. Sementara itu, salah seorang peniaga bazar, Encik Azmil yang telah hampir sembilan tahun berkecimpung dalam perniagaan restoran dan bazar Ramadan, meluahkan rasa syukur atas pelaksanaan program ini. Menurut beliau, selain mengurangkan pembaziran, para peniaga juga berpeluang menyumbang dan bersedekah kepada golongan memerlukan, khususnya dalam [...]

Sahabat FAQEH USIM anjur Online Tadarus Tanpa Suara Kali Ke-7

NILAI- Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui kelab sukarelawan Dakwah OKU, Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM) terus memperkukuh peranan sebagai peneraju dakwah inklusif apabila menganjurkan Program Online Tadarus Tanpa Suara (OTTS) kali ke-7 dengan penyertaan 30 peserta dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran dari seluruh Malaysia serta seorang peserta dari Singapura. Program yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan bermula 19 Februari 2026 dan dijadualkan berakhir pada 25 Ramadan bersamaan 15 Mac 2026 ini terus menjadi platform pembudayaan al-Quran secara inklusif dalam komuniti OKU Pendengaran. Penganjuran OTTS tahun ini turut mendapat sokongan padu daripada Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH), Yayasan RI (Dato’ Haji Rizalman Haji Ibrahim) serta Dari Al-Qari Resources. Berkonsepkan “1 Juzuk 1 OKU Pendengaran”, program ini dikendalikan oleh 30 orang asatizah bersama 30 fasilitator. Lebih membanggakan, seramai lapan tenaga pengajar (asatizah) dalam kalangan OKU Pendengaran turut terlibat sebagai pembimbing, berbanding tahun-tahun sebelumnya yang dikendalikan sepenuhnya oleh asatizah tipikal daripada kakitangan UMMI, alumni SaF serta guru-guru Pendidikan Khas (Pendengaran). Menurut Presiden SaF@USIM, saudara Khairul Amri Mustapakama, penganjuran OTTS bertujuan membudayakan amalan membaca al-Quran dalam kalangan komuniti OKU Pendengaran bersempena Ramadan sebagai bulan al-Quran. “Para peserta didedahkan dengan kaedah dan teknik Tilawah Quran Isyarat melalui penggunaan Buku al-Rasm al-Ishari: Pratilawah Quran Isyarat serta Aplikasi Quran Isyarat yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik UMMI, USIM. Kaedah ini dirangka khusus mengikut potensi OKU Pendengaran yang mempunyai ketidakupayaan mendengar dan bertutur,” jelas beliau. Sementara itu, Penasihat SaF@USIM, Dr. Nur Atiqah Abdul Aziz menjelaskan bahawa keunikan OTTS [...]

Ramadan: Bulan Penuh Maghfirah dan Keberkatan

Setiap kali hadirnya Ramadan, persoalan yang wajar kita renungi bukan sekadar “apakah juadah berbuka hari ini?”, tetapi sejauh mana kita benar-benar memahami makna Ramadan sebagai bulan penuh maghfirah dan keberkatan. Ramadan bukan hanya sebuah musim ibadah yang bersifat rutin tahunan, bahkan ia adalah madrasah tarbiah yang menyeluruh  meliputi Pembangunan rohani, pengukuhan akhlak dan mentransformasi kehidupan seorang Muslim. Dalam tradisi Islam, bulan Ramadan mempunyai kedudukan yang sangat istimewa. Allah SWT secara jelas menyebut tentangnya dalam al-Quran melalui firman-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 185, bahawa Ramadan ialah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia. Penegasan ini menunjukkan bahawa Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan yang sarat dengan dimensi wahyu, hidayah dan pembinaan insan. Rasulullah SAW juga menegaskan keistimewaan Ramadan dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim bahawa sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan ganjaran, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Konsep maghfirah yang terkandung dalam hadis ini membawa makna pengampunan menyeluruh, yang bukan sahaja memadamkan dosa, bahkan membuka lembaran baharu kehidupan spiritual seseorang. Ramadan juga digelar sebagai bulan rahmah dan keberkatan. Keberkatan dalam konteks Islam bukan sekadar pertambahan kuantiti, tetapi pertambahan nilai dan makna. Masa yang sama terasa lebih panjang dan produktif. Rezeki yang sedikit terasa mencukupi. Hubungan kekeluargaan menjadi lebih akrab. Inilah dimensi barakah yang sering dirasai oleh umat Islam sepanjang bulan Ramadan. Salah satu manifestasi terbesar keberkatan Ramadan ialah kewujudan malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam ini menjadi simbol kemuncak [...]

Memperkasa Sahsiah Perwira: Amanat Panglima Latihan Tentera Darat suntik Semangat Kepimpinan Kadet

PORT DICKSON – Satu sesi perjumpaan dan ramah mesra Panglima Latihan Tentera Darat Mej. Jen. Datuk Marzuki Hj Mokhtar bersama warga PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai platform memperkukuh hubungan kepimpinan, menyampaikan amanat serta meningkatkan motivasi dan kefahaman peranan Pegawai Kadet sebagai pelapis kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia telah berlangsung dengan penuh semangat pada 17 Februari 2026 di Malbatt Village Port Dickson. Kehadiran seramai 196 anggota PALAPES USIM dalam program ini mencerminkan komitmen tinggi pasukan dalam memperkasa latihan, disiplin dan pembangunan kepimpinan secara menyeluruh. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang diperdengarkan oleh PRM Alif Asyraf Ahmadi serta ucapan aluan oleh Timbalan Komandan PALAPES USIM Lt. Kol. Rozaimi Kamarudin sebelum sesi amanat dimulakan. Dalam amanatnya, Mej. Jen. Datuk Marzuki Hj Mokhtar menegaskan bahawa pembentukan seorang pemimpin tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya dibina melalui nilai dan prinsip yang kukuh. Antara elemen utama yang ditekankan ialah disiplin, fokus, keyakinan diri, penguasaan ilmu, bimbingan mentor, kemahiran komunikasi, semangat kerjasama serta kreativiti dalam mendepani cabaran semasa. Beliau turut mengingatkan bahawa kecemerlangan dalam latihan ketenteraan perlu seiring dengan pembentukan sahsiah unggul dan kepimpinan beretika. Pegawai Kadet bukan sahaja dilatih untuk mahir dari sudut taktikal, malah perlu menjadi contoh kepimpinan berintegriti dalam masyarakat. Program ini turut disertai warga PALAPES Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kekuatan seramai 145 anggota sekali gus memperkukuh jaringan sinergi antara institusi pengajian tinggi dalam pembangunan kepimpinan ketenteraan. Pelaksanaan program ini selari dengan amanat Naib Canselor USIM yang menekankan pembangunan graduan holistik berteraskan integriti, kepimpinan beretika, kecemerlangan akademik serta keseimbangan sahsiah [...]

USIM Holdings lancar USIMMasjidPro: Transformasi Pengurusan Masjid Nasional

KUALA LUMPUR - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah memperkasa institusi masjid apabila syarikat milik penuhnya, USIM Holdings Sdn Bhd, melancarkan aplikasi pintar USIMMasjidPro dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Surau Irtifa’, Menara Affin @ TRX, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2026. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah progresif dalam memperkasa pengurusan masjid secara lebih sistematik, telus dan inklusif. Dibangunkan bersama rakan teknologi tempatan, HPSC Sdn Bhd, aplikasi ini bukan sekadar platform digital, malah sebuah ekosistem pintar yang mengintegrasikan pengurusan kariah, khairat kematian, takwim aktiviti, modul infaq digital, waktu solat, Al-Quran serta siaran langsung dari Mekah dalam satu sistem bersepadu. Menurut Pengerusi USIM Holdings Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron, inisiatif ini mencerminkan aspirasi universiti yang bukan sahaja melahirkan graduan, tetapi turut memimpin solusi ummah berteraskan integrasi ilmu dan teknologi. “Setiap transaksi infaq direkodkan secara sistematik melalui sistem Akaun Maya (Virtual Account) yang diuruskan oleh Affin Bank Berhad sebagai bank penyelenggara, sekali gus memastikan ketelusan dan keselamatan kewangan masjid,” jelas beliau. Sehingga 13 Februari 2026, sebanyak 500 masjid di seluruh negara telah berdaftar menggunakan aplikasi ini, dan ini satu pencapaian signifikan yang membuka potensi penyertaan ribuan lagi masjid dan surau dalam agenda transformasi digital pengurusan rumah Allah. Lebih menarik, penggunaan aplikasi ini ditawarkan tanpa kos permulaan, menjadikannya model pendigitalan inklusif yang selari dengan aspirasi kewangan Islam sebagai instrumen amanah dan pemerkasaan komuniti. Pelancaran USIMMasjidPro membuktikan bahawa USIM terus memainkan peranan [...]

Go to Top