Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2014

IC DAIM 2014 USIM-WADAH PENCETUS SEMANGAT WASATIYAH

NILAI, 20 Mei 2014 – Telah berlangsung Persidangan Antarabangsa International Conference on Da’wah and Islamic Management (IC DAIM) iaitu satu program yang diwacanakan bertujuan mengangkat kepimpinan Islam ke tahap yang lebih dinamik dan komprehensif disamping memartabatkan kesucian Islam selari dengan Visi dan Misi USIM. Persidangan anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bertempat di Dewan Kuliah Utama FPQS dengan tema Da’wah And Islamic Management – a Path for Wasatiyah Leadership menjadi wadah menyampaikan elemen kepimpinan Islam seperti yang telah di war-warkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bahawasanya misi Negara maju dapat dicapai dengan semangat wasatiyah bagi memastikan keseimbangan kehidupan dunia dan akhirat. Seramai lebih 150 peserta dari pelbagai latarbelakang dan negara telah turut serta dalam persidangan ini. “Pendekatan wasatiyah dalam Dakwah dan Kepimpinan memperkenalkan konsep wasatiyah yang bersifat seimbang dan sederhana yang membezakan pendekatan Islam yang lain adalah konsep tersendiri yang tidak keterlaluan dan tidak taksub dari segi cara pendekatannya yang boleh membawa padah,” ujar YB Tan Sri Abdullah Md Zin dalam ucapan perasmiannya. “Semangat Wasatiyah di dalam kepimpinan adalah selari dengan objektif USIM untuk melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan bersepadu dan mampu memimpin masyarakat majmuk serta mempunyai potensi yang tinggi dalam menerajui pembangunan negara,” ucap YBhg Naib Canselor USIM dalam ucapannya. YBhg Tan Sri Dr Abdullah Md Zin yang memperjuangkan semangat wasatiyah turut berkongsi pandangan berkenaan isu gerakan penyebaran Syiah yang kini mulai aktif dan harus di beri perhatian.  Permasalahan yang semakin meruncing di negara luar kini semakin menular di Malaysia walaupun masih dalam keadaan terkawal.  Beliau mengingatkan agar [...]

MAHASISWA USIM BERSAMA PENGHUNI PENJARA ZAHIR PATRIOTISME

KAJANG,1 Mei- Cuti hari pekerja dimanfaatkan oleh seramai lapan orang kakitangan Pusat Kebudayaan dan 35 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkolaborasi dengan penghuni penjara untuk berentap di pentas akhir Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) 2014. Program CIPTA yang dianjurkan oleh USIM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia merupakan program tahunan yang bermula sejak 2008 lagi. ’Pihak penjara telah memilih 57 orang penghuni penjara di peringkat saringan awal untuk program ini. Kemudian, setelah kami membuat pemerhatian dan penelitian yang sebaiknya, kami memilih 15 orang penghuni penjara untuk menyertai program CIPTA ini’ ujar Inspektor Aniza Mohtar, Seksyen Parol. Menurut beliau lagi, pemilihan dibuat melepasi beberapa fasa yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran dan kerjasama daripada penghuni penjara dalam menjayakan program ini. Setiap pegawai penjara telah diberi notis awal dalam mencari bakat yang terpendam dalam kalangan penghuni penjara seterusnya memberikan pendedahan tentang penulisan lirik dan lagu. Beliau juga berharap hasil karya penghuni di sini dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih utuh agar mereka terasa lebih dihargai. Shah (bukan nama sebenar)yang merupakan salah seorang penghuni penjara yang mengambil bahagian berkata, dia mendapat idea untuk menulis lirik ini berdasarkan sejarah hidupnya sendiri. Galakan daripada warden juga menyebabkan saya lebih bersemangat untuk menyertai pertandingan ini. Saya juga berharap agar mesej yang saya cuba sampaikan di dalam lirik saya terkesan dalam memupuk perpaduan masyarakat.’’ Sementara itu, Hanafi A. Hamid, pelajar USIM yang merupakan salah seorang peserta program meluahkan keterujaannya berkerjasama dengan penghuni penjara dalam menghasilkan sebuah lagu patriotik yang bersifat kekitaan dan keinsafan selari dengan tema CIPTA yang [...]

MELESTARIKAN KEUSAHAWANAN KAMPUS- PRE ICEPS10 USIM

NILAI, 24 MEI 2014 – Pelajar tahun tiga Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah menganjurkan Hari Keusahawan yang bertemakan ‘Melestarikan Keusahawan Kampus’ dengan kerjasama Pre Islamic Convention Entrepreneurs 10 (Pre- iCEPS 10) serta Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) pada 21 hingga 24 mei 2014 bertempat di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP). Sebanyak 173 buah gerai telah dibuka oleh para pelajar dari pelbagai fakulti yang mengambil kursus Keusahawanan antaranya gerai menjual pelbagai jenis makanan, minuman, barang-barang terpakai malah ada juga pelajar yang menyediakan khidmat mencuci kereta da motosikal. Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan para-para siswazah bersifat keusahawanan disamping menerapkan akhlak dan adab sebagai seorang peniaga.Tambahan pula program Pre-iCEPS ini adalah untuk menjana pendapatan bagi melaksanakan program iCEPS 10 yang bakal diadakan pada 12, 13 dan 14 November 2014 nanti. Selain daripada aktiviti berniaga, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang minggu keusahawanan berlangsung, antaranya ialah, kelas membuat pastry oleh pelajar FEM serta demo membuat sushi oleh chef yang di datangkan khas oleh OShima Restaurant. Sesiber kongsi pengalaman perniagaan turut disampaikan oleh Khrill Rasyid, Sinar FM. Beliau berkongsikan pengalaman serta pahit getir dalam menceburi bidang perinagaan. Khrill juga turut mempromosikan produk terbarunya Kurta by Khrill Rasyid serta minuman kesihatan Herbal Aqua. Dalam slot Jutawan Automotik serta Hartanah Lelong, pensyarah ekonomi FEM, Dr. Nuradli Ridzwan Shah berkongsikan cara untuk menghasilkan pendapatan dari rumah dengan mengetahui cara yang efektif untuk membuat pelaburan masa hadapan dalam bidang hartanah dan sebagainya. Selain itu, Dr. Nuradli juga berkongsikan tips-tips untuk menjadi jutawan setelah bersara. Wakil dari [...]

INOVASI USIM RANGKUL 3 EMAS 1 PERAK DI PENTAS ITEX 2014

Kuala Lumpur, 9 Mei – Sekalung tahniah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila keempat-empat penyertaannya berjaya membawa pulang 3 emas dan 1 perak di Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa, ITEX 2014 yang berlangsung selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Mei 2014 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Para penyelidik USIM adalah pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) iaitu Dr. Norita Md. Nawawi yang mendapat emas bagi produk iTAG V1.0, Dr. Madihah Mohd Saudi yang mendapat emas bagi produk tunggalnya eZCERT manakala Dr. Mohd Fadzli Marhusin mendapat perak  bagi produk iLegacy yang masing-masing menang bagi kategori Multimedia dan ICT. Turut mendapat emas adalah Dr. Abdul Rahman Hassan bagi ciptaan Novel Narrow Pore Active-Ultrafiltration (NPA-UF) Membranes bagi kategori Biotechnology, Health and Fitness. Secara ringkasnya, NPA-UF Membran adalah membran jenis baru pertama seumpamanye di dunia. ITEX 2014 secara dasarnya mempertandingkan 23 kategori dan 2 kategori untuk peserta 20 tahun ke bawah. Matlamatnya adalah bertujuan meningkatkan inisiatif dan daya saing  serta memberi peluang kepada peserta tempatan dan antarabangsa mempamerkan hasil inovasi dan teknologi dari pelbagai sektor, kumpulan pakar dari bidang penyelidikan dan pembangunan, pembuatan, pembiayaan dan undang-undang. “Penganjuran ITEX 2014 kali ini adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menggiatkan usaha membangunkan aktiviti pengkormesialan dan program-program inovasi,” ucap YB. Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan perasmiannya. Sebanyak 40 institut pengajian tinggi, agensi kerajaan dan antarabangsa  menyertai ITEX 2014 yang turut menghimpunkan pelbagai ciptaan inovasi dari dalam dan luar negara [...]

PELAJAR GENIUS PERMATA INSAN USIM KE ARAB SAUDI

PUTRAJAYA - Suatu pengalaman yang amat berharga apabila 29 anak-anak pintar PERMATA Insan berpeluang melawat ke Arab Saudi sekaligus menunaikan ibadah umrah. Sebelum berangkat mereka telah dirai oleh YBhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor merangkap Penaung PERMATA bertempat di Seri Perdana, Putrajaya. Majlis ringkas tersebut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Ismee Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pengarah PERMATA Insan, Prof. Datuk Dr Mizan Abdiliah Ahmad Ibrahim serta pelajar PERMATA Insan yang akan turut serta dalam lawatan tersebut. “Melalui progam yang pertama kali di bumi Arab, delegasi PERMATA Insan mempunyai keyakinan bahawa untuk menjadi cendekiawan Islam yang unggul, pengalaman berharga perlu dikutip dan dirasai sendiri dengan harapan anak-anak pintar ini lebih jelas dengan apa yang Islam perjuangkan seperti yang tertulis di dalam hadis dan al-Quran. Oleh sebab itu, lawatan ke Arab Saudi diadakan,” ucap YBhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Objektif utama lawatan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar pintar ini kepada asal usul peradaban Islam yang mana Islam mula-mula bertapak di Tanah Arab.Lawatan ini mendapat sambutan yang amat baik yang mana sokongan penuh diperolehi daripada Tabung Haji serta Kerajaan dan Kedutaan Arab Saudi. PERMATA Insan merupakan sebuah program yang ditubuh khas di USIM dibawah naungan YAB Perdana Menteri dan isteri dengan tujuan melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang berteraskan al-Quran dan Sunnah. Lawatan kali ini amat berharga kerana merealisasikan impian anak-anak ini untuk menjadi tetamu pilihan Allah S.W.T dan RasulNya pada usia yang masih muda. Menurut pengarah PERMATA Insan, [...]

USIM RAI MEDIA MASSA TANDA HARGAI JASA DAN KERJASAMA

NILAI, 19 MEI 2014 – Majlis Makan Malam Media bersama Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  di sambut meriah dengan kehadiran para pengamal media cetak dan elektronik yang diadakan di Dataran Bangunan Canselori bertemakan Arabian Night pada jumaat lalu. Majlis yang dihadiri oleh lebih 20 rakan media antaranya RTM, Bernama, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, TV9 dan ramai lagi. Objektif utama adalah bagi merai dan mengeratkan silaturrahim antara pihak USIM dan rakan media selain menghargai jasa dan komitmen yang sentiasa diberikan pihak media cetak dan elektronik dalam menyampaikan berita USIM ke khalayak umum. Pengarah StraComm, Dr. Faizal Kasmani berkata,  penganjuran majlis ini sebagai satu usaha simbolik sanjungan tinggi, penghargaan dan meraikan para pengamal media semua yang telah memberi kerjasama yang mantap dalam membuat liputan berita-berita kejayaan, peristiwa dan aktiviti-aktiviti semasa USIM. Tanpa penglibatan dan komitmen yang tinggi oleh pihak media mungkin khabaran semasa dari universiti ini tidak kesampaian ke khalayak umum di peringkat nasional. “Hanya dengan sebatang mata pena mampu memberi impak yang besar dan hebat sehingga boleh menggegarkan seluruh negara malahan seluruh pelusuk dunia. Itulah diibaratkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh para wartawan sekalian. Tidak terkecuali juga peranan besar yang turut disumbangkan oleh jurugambar yang terus merakamkan foto-foto terhebat untuk tatapan semua”,jelasnya. YBhg. Dato’ Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM turut melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada pihak media di atas kredibiliti, sumbangan dan komitmen yang berterusan dalam memaparkan publisiti USIM sepanjang masa dan ketika. Bagi media cetak, kewujudan akhbar sisipan [...]

PELAJAR USIM CERIAKAN ANAK-ANAK RUMAH PEYAKIN

REMBAU, 27 April – Peluang untuk bersama dengan penghuni Rumah Pertubuhan Aak-Anak Yatim dan Miskin Darul Khusus (PEYAKIN) N. Sembilan oleh para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam Program Sentuhan Kasih yang diadakan baru-baru ini memberi pengalaman baharu buat mereka. Program selama sehari ini dijalankan oleh sekumpulan 13 orang pelajar USIM yang sedang mengikuti Kursus Pengucapan Awam Debat Bahasa Melayu di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI). Program khidmat komuniti yang digerakkan oleh para pelajar ini memilih Rumah PEYAKIN N.Sembilan yang ditubuhkan sejak tahun 2007 adalah atas dasar keprihatinan mereka untuk merasai, menyelami dan mendekati 33 orang penghuni di rumah ini yang kurang bernasib baik kerana dikalangan mereka terdiri daripada  anak-anak yatim dan miskin dari umur 6 hingga 17 tahun. Selain itu juga, melalui Program Sentuhan Kasih ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka, keyakinan diri serta mewujudkan perasaan bertanggungjawab dan berbakti kepada masyarakat sekeliling dan mereka yang memerlukan. Kehadiran pelajar USIM ke rumah ini amat dialu-alukan dan disambut oleh Yang Dipertua PEYAKIN N. Sembilan, Encik Omar Hj Abu Bakar yang merupakan pengasas kepada penubuhan rumah ini serta Setiausaha Kehormat PEYAKIN N.Sembilan, Puan Syafiza Ramli. Bagi Pengarah Program, Saudara Ahmad Azimudin Baharuddin, Pelajar Tahun 1 Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para penghuni semasa di sana antaranya ceramah motivasi, sukaneka berkumpulan, pertandingan mewarna dan kuiz.  Selain itu, turut dijalankan program gotong-royong bagi keceriaan rumah ini dan sembang santai bersama para penghuni dan kakitangan rumah berkenaan. “Kesungguhan dan perasaan kasih-sayang yang ditunjukkan oleh 10 orang kakitangan [...]

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMBANGUN UMMAH MELALUI GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (KTP)

LANGKAWI, 18 Mei 2014 – Hasrat kerajaan berjaya direalisasikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Majlis Perasmian Geran Pemindahan Ilmu (KTP) apabila menjalin hubungan kerjasama dengan Hospital Langkawi melalui pendekatan libatsama komuniti. Kerjasama yang terjalin memberi peluang kepada USIM untuk memperluaskan ilmu serta kepakaran kepada masyarakat terutamanya kumpulan sasaaran iaitu pesakit yang bukan sahaja di kawasan sekitar Nilai malah di luar kawasan Nilai juga. Melalui jalinan kerjasama ini, USIM berperanan memberi bimbingan serta menyampaikan ilmu berkenaan rukhsah ibadah kepada Kakitangan Perubatan dan Kesihatan Hospital Langkawi. Ilmu tersebut seterusnya dipertanggungjawabkan kepada Kakitangan Hospital Langkawi untuk dilanjutkan kepada para pesakit untuk diamalkan bagi memudahkan pesakit melakukan ibadah dalam keadaan sakit. Di majlis ini juga, USIM melancarkan Produk ICT Rukhsah Ibadah iaitu kesinambungan daripada produk DVD Panduan Rukhsah Ibadah yang telah mendapat pingat gangsa semasa pameran PECIPTA 2013. Pelancaran Produk ICT Rukhsah Ibadah menampilkan ilmu berbentuk penerangan video serta panduan lengkap berkaitan cara menunaikan ibadah antaranya cara-cara mengambil wuduk dan menunaikan solat ketika sakit. Melalui aplikasi ini, pengguna dapat mengikut kaedah pengajaran dengan mudah difahami melalui cara penyampaian yang jelas dan teratur yang disampaikan oleh pelajar perubatan USIM. Majlis diteruskan dengan Seminar Fiqh perubatan atas jemputan dari Hospital Langkawi yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang.  Antara tajuk pembentangan adalah sakit dan hikmahnya, pendermaan organ dan autopsi dari perspektif Islam, perancang keluarga dan pengguguran janin dari perspektif Islam, aurat dalam perubatan, konsep patuh shariah dalam bidang kesihatan dan penjagaan pesakit tenat dan euthanasia dalam perspektif Islam. Turut diadakan pada hari [...]

USIM DAN UMS SALING MENEROKAI PELUANG BERSAMA

KOTA KINABALU – Hubungan akrab antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus diperkukuhkan dengan Lawatan Kerja Rasmi Pengurusan dan Pegawai Kanan USIM seramai 40 orang ke UMS pada 22 hingga 24 April lalu. Turut serta dalam delegasi ini adalah 6 orang pelajar USIM. Lawatan Rasmi ini yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM turut disertai ahli delegasi yang lain antaranya Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad ; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah ; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah ; Pendaftar, Encik Muhammad Haizuan Rozali dan Ketua-ketua Jabatan Utama di USIM. USIM yang mempunyai MoU bersama UMS melihat lawatan ini sebagai salah-satu pendekatan proaktif untuk melestarikan MoU yang ditandatangani oleh kedua-kedua pihak sebelum ini. Lawatan Kerja ini dimulakan dengan sesi kunjungan muhibah kepada Pengurusan UMS bertempat di Bangunan Canselori UMS. Ahli delegasi telah disambut dan diraikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Naib Canselor UMS bersama Pegawai-pegawai Utama Universiti sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan dua hala antara kedua belah pihak. “Kunjungan USIM ke UMS ini adalah untuk kita saling menerokai ruang kerjasama baharu yang boleh digerakkan secara bersama oleh kedua-dua buah Institusi ini. Justeru itu, tujuan kita dalam lawatan ini adalah untuk memfokuskan kepada empat bidang atau kluster untuk diperkasakan iaitu penyelidikan, akademik, hal ehwal pelajar serta governan dan keselamatan” ucap Naib Canselor USIM. Katanya lagi “Selain kluster-kluster [...]

PELAJAR SUNNAH DENGAN PENGURUSAN MAKLUMAT USIM LAKSANA KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN

NILAI, 6 Mei 2014 - Seramai 91 mahasiswa Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat (SPM) Tahun 3 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM telah mengadakan Lawatan Akademik dan Khidmat Masyarakat ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma (SKPK Alma) yang bertempat di Bukit Mertajam Pulau Pinang baru-baru ini. Kecacatan fizikal bukan halangan untuk seseorang meraih kejayaan dalam kehidupan selagi dia berusaha keras untuk mendapatkannya. Itulah kenyataan yang sesuai untuk menggambarkan seseorang yang kurang bernasib baik seperti golongan cacat penglihatan. Objektif utama adalah untuk melaksanakan misi dan tanggungjawab sebagai mahasiswa USIM yang prihatin serta menimba pengalaman di sekolah tersebut serta untuk mendekati pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik ini selari dengan pengkhususan peserta dalam bidang Sunnah dengan Pengurusan Maklumat yang mengambil matapelajaran Aplikasi Braille Dalam Pengajian Al-Quran dan Sunnah. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Reset Minda, gotong-royong, Klinik Al-Quran dan Motivasi yang disertai oleh pelajar-pelajar SKPK Alma bersama mahasiswa SPM. Pengarah program saudara Muhammad Nur Hidayat bin Musa melahirkan rasa bangga dan teruja dengan kejayaan yang telah pihak SKPK Alma peroleh kerana selain daripada anugerah sekolah kluster terbaik,  sekolah berkenaan juga telah melahirkan beberapa pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum walaupun mereka cacat penglihatan. “Antara anugerah yang pernah diraih oleh pihak sekolah adalah anugerah kualiti YAB Menteri Pelajaran (naib Johan) tahun 1999, 2005 dan 2006. Selain itu, Anugerah berdasarkan peningkatan UPSR melebihi 10% PPD Utara pada tahun 2005 serta yang terkini Anugerah 5 bintang Smart School Qualification Standard (SSQS) 2011”, jelas beliau. Guru Besar SKPK Alma, Encik Hassan Basri berkata, bukan kecemerlangan semata-mata yang [...]

Go to Top