Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2014

SUKOL 4 USIM DISAMBUT MERIAH

Nilai, 30 Mac 2014 - Karnival Sukan antara Kolej-kolej kediaman Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke 4 (SUKOL 4)  telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dalam majlis perasmian penutup pada 30 Mac yang lalu. Program yang berlangsung bermula 12 hingga 16 Mac ini terpaksa di tangguhkan selama seminggu atas faktor jerebu yang teruk melanda Nilai baru-baru ini. Majlis perasmian penutup SUKOL 4 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bertempat di Pusat Sukan Tunku Najihah, USIM. Program yang berlangsung selama tiga minggu yang menyaksikan Kolej kediaman Acacia Avenue sebagai tuan rumah pada tahun ini telah mendapat penyertaan yang begitu menggalakkan dari semua mahasiswa khususnya pelajar yang menginap di Kolej-Kolej Kediaman USIM. Menariknya, SUKOL 4 kali ini turut disertai oleh Out Campus Students Society (OCSS) yang menginap di luar kolej kediaman USIM. Kehebatan mereka terserlah dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Tidak ketinggalan kolej kediaman Acacia Avenue selaku tuan rumah, Kolej kediaman satu, Kolej kediaman Pandan, Kolej kediaman Desa Jati, Kolej kediaman Sutera Indah dan Kolej kediaman Nilam Court yang menampilkan aksi yang menarik bagi merebut gelaran juara. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, tarik tali, bola tampar, futsal, pingpong, catur, olahraga (lumba lari dan lompat jauh) dan takraw. Menurut YBhg. Prof Dato’ Dr Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), dengan penglibatan pelajar pada SUKOL 4 ini, Pusat Sukan akan turut mencari pelapis pelajar-pelajar yang berkaliber dalam sukan bagi menyertai kejohanan sukan peringkat IPT [...]

PELAJAR PROGRAM FLEKSI SPADA 2013/2014, USIM DIRAI

Putrajaya, 3 Mac 2014 – Telah berlangsungmeriah ‘Majlis Iringan Kasih’ yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) USIM bagi meraikan pelajar Program Fleksi SPADA sesi 2012/2013 yang menamatkan program pengajian mereka pada bulan Mac 2014. Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato’ Mohd Tajudin b Don, Pengarah Bahagian Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertempat di Hotel Palm Garden, IOI City Resort, Putrajaya turut diserikan dengan kehadiran YBhg Naib Canselor USIM, YBhg Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), dekan-dekan, para pensyarah dan pihak-pihak penaja pelajar iaitu JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penganjuran majlis ini dilihat sebagai tanda sokongan pihak Universiti atas segala usaha yang dijalankan oleh para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka disamping menghargai pihak penaja dan agensi kerajaan dan NGO seperti Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pengasih yang berkaitan dalam membantu usaha para pelajar mendalami pendidikan penyalahgunaan dadah. Menyerikan majlis adalah tayangan khas filem pendek hasil cetusan idea Prof. Madya Dr. Abd. Halim Mohd Hussin, mantan Pengarah ACREDA yang dilakonkan oleh para pelajar Program Fleksi SPADA sesi 2012/2013 yang bertajuk ‘Sinar Di hujung Kelam’. Filem pendek ini disasarkan akan ditayangkan di sekolah-sekolah sekitar Malaysia sebagai satu usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. ACREDA berterima kasih kepada para penaja Program Fleksi SPADA yang telah memberi kepercayaan kepada pihak Universiti bagi menggalakkan para penjawat awam menyambung pengajian di peringkat Sarjana hingga berjaya melahirkan graduan yang boleh menghayati bidang kaunseling penagihan yang menjadi bekalan ilmu dan teras dalam menjalankan kerja-kerja khidmat pengurusan penyalahgunaan dadah. Usaha ACREDA [...]

Mac 2014

PELAJAR SEKOLAH TIMBA PENGALAMAN DI KAMPUS USIM

NILAI, 26 Mac 2014 - Seramai lebih kurang 100 pelajar  dari 20 buah Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM sekitar Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan telah menyertai Program Menikmati Kehidupan di Kampus atau dikenali sebagai “Selangkah Ke USIM” anjuran Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia yang diadakan bermula 24 hingga 26 Mac yang lepas. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan dorongan kepada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merasai sendiri suasana kehidupan pelajar di kampus seterusnya menjadikan USIM sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran di peringkat asasi (matrikulasi) atau Ijazah. Selain itu, bagi memperkenalkan USIM secara dekat kepada pelajar-pelajar dari Sekolah kluster dan Sekolah Angkat USIM, di samping memberi maklumat tepat kepada pelajar berpotensi mengenai peluang menyambung belajar di USIM khususnya. Menurut Pengarah Pusat Tamhidi, Dr. Nurlida Basir, program ini telah bermula sejak tahun 2009 lagi dan terbuka kepada sekolah aliran agama, namun oleh kerana sambutan yang amat memberangsangkan, mulai tahun 2011 program ini hanya dibuka penyertaan kepada Sekolah kluster dan Sekolah Angkat USIM sahaja dan beberapa jemputan khas. “Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini diadakan di sekitar kampus tetap di Nilai dan kampus cawangan di Pandan Indah Kuala Lumpur”, katanya lagi. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang program ini berlangsung antaranya  Campus Tour, Ceramah Motivasi dan Kerjaya, Ceramah Kepimpinan & Motivasi, Tazkirah, Senamrobik dan program bebas iaitu menjalani kehidupan seharian sebagai pelajar Pusat Tamhidi [...]

ACREDA USIM KE ARAH PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

Melbourne, 7 Januari 2014 - Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diketuai oleh Pengarah ACREDA, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani bersama 32 orang pelajar Program Fleksi Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah dan Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SPADA sesi 2012/2013 mengadakan program pengantarabangsaan serta lawatan akademik dan teknikal ke Melbourne, Australia. Program selama enam hari tersebut telah berjaya memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar mengenai modaliti rawatan dan pemulihan penagihan dadah yang digunakan di pusat-pusat pemulihan di Melbourne. Lawatan ini merupakan satu inisiatif pihak ACREDA dalam memberi peluang kepada siswazah untuk membuat kajian dan perbandingan modaliti rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara luar. Selain itu, lawatan ini memberi pendedahan kepada siswazah tentang isu penyalahgunaan dadah serta memahami usaha negara luar bagi membantu dalam memberi rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah. Para pelajar telah membuat lawatan ke beberapa pusat yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di Melbourne seperti Western Region Health Centre, Australia Drug Foundation dan Turning Point Victoria. Sesi pertukaran idea dan percambahan ilmu turut berlangsung sepanjang lawatan bagi memastikan semua pelajar dapat memahami isu dan kaedah pencegahan dadah dan program harm reduction yang diaplikasikan oleh kerajaan Australia dalam menangani masalah penagihan dadah di kalangan masyarakat. Program pengantarabangsaan ini amat memberi manfaat kepada para pelajar daripada segi peningkatan pengetahuan dan pengalaman yang jarang dapat dikongsi. Lawatan ini juga merupakan platform untuk memperkasakan ilmu rawatan dan pemulihan dalam penyalahgunaan dadah apabila pelajar telah mula berkhidmat dalam organisasi setelah tamat pengajian kelak. Pihak ACREDA berhasrat untuk [...]

USIM PRIHATIN ANJUR KEMPEN DERMA DARAH PERDANA 2014

NILAI, 18 MAC 2014 – Bertemakan Save a Life Today, Kempen Derma Darah Perdana  berjaya dilaksanakan oleh Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar  Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama  Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Program yang berlangsung selama 2 hari itu bermula 17 dan 18 Mac bertempat di Bilik Seminar 2 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ini telah dihadiri kira-kira seramai 250 penderma yang berdaftar. Objektif penganjuran program ini adalah bagi memupuk kesedaran kepada semua peringkat kakitangan dan pelajar USIM tentang pentingnya darah kepada mereka yang sangat memerlukannya. Oleh yang demikian, atas keperihatinan yang ditunjukkan para penderma, sebanyak 165 beg darah yang berjaya diperolehi dan ini menunjukkan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Penderma bukan sahaja dari warga Malaysia malah pelajar dan pensyarah antarabangsa turut sama prihatin menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan. Melalui penganjuran program ini, diharap dapat memberi kesedaran dan memupuk semangat saling bantu membantu agar golongan yang tidak bernasib baik ini dapat meneruskan kehidupan mereka. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Penolong Pegawai Media StraComm

UNIT KEBUDAYAAN USIM LANCAR ALBUM LAGU MELAYU ASLI

NILAI, 21 MAC 2014 – Dalam usaha memelihara khazanah Melayu dan meneruskan kesinambungan seni budaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar melancarkan album bertajuk Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM. Diterbitkan bukan tujuan mengaut keuntungan, album ini dilihat sebagai usaha USIM bagi memelihara warisan budaya dan terus mempopularkan irama melayu asli.  Album ini mengandungi 15 buah lagu dan 12 lagu Melayu Asli yang sebahagiannya dipopularkan menerusi teater bangsawan seperti Embun Menitik, Seri Siantan, Seri Mersing dan Damak. Lagu-lagu dalam album ini dinyanyikan  oleh penyanyi lagu asli terkemuka iaitu R. Ismail, Aspalela Abdullah dan Raftah Bachik. Istimewanya, album Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM ini juga memuatkan  3 buah lagu yang diilhamkan  daripada irama lagu asli segar iaitu Embun Menitik, Seri Siantan dan Seri Mersing, di mana liriknya diinovasikan mengikut tema keagungan Tuhan, Rasulullah SAW dan semangat patriotik. Manakala, lirik bagi tiga lagu tersebut telah dikarang oleh pelajar dan alumi USIM iaitu Abdul Hadi Md Akhair, Ummi Hajar Muslim, Sitti Salimah Salamun, Siti Walida Parson, Mohd Helmi Jefri, Ahmad Faiz Ab Aziz dan Muhammad Shukri Sahari. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail dalam ucapannya berkata, mengangkat kesenian bangsa melayu bukan bermakna mengabaikan kesenian kaum lain tetapi ia dapat merapatkan perpaduan antara masyarakat supaya lebih mengenali budaya melayu dengan lebih erat yang penuh dengan kesopanan dam kelembutan. “Malah menurut kajian di Amerika Syarikat (Mayer Spivack, 2007) menyatakan terdapat kajian membuktikan muzik boleh merangsang dan menyeimbangkan otak manusia dan berupaya meningkatkan ilmu matematik manusia”, tambah [...]

MEMPERKASA AGENDA INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI-AMANAT 2014 NAIB CANSELOR USIM

NILAI, 20 MAC 2014 – Menjajarkan Pelan Strategik USIM ke Arah Pengukuhan Agenda Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli adalah misi yang ditekankan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Profesor Dato’ Dr Asma Ismail melalui Amanat Tahun 2014 Naib Canselor yang berlansung di Dewan Besar USIM. Dalam hasrat memberi nafas baharu kepada warganya termasuklah pelajar, kakitangan pentadbiran dan kakitangan akademik, USIM bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan dalam mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli, serta menjelaskan strategi dan perancangan hala tuju dalam usaha memperkasakan kedudukan USIM supaya terus mampu bersaing di arus perdana dan di peringkat antarabangsa agar sentiasa kekal di hati masyarakat. USIM sememangnya unik kerana satu-satunya institusi yang mengangkat integrasi naqli dan aqli bukan sahaja dalam kurikulum malah sistem tadbir urusnya. Justeru itu, USIM pada awal tahun 2013 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju Konsortium Institusi Pengajian Tinggi Islam bagi Kualiti Akademik dan Penyelidikan Lanjutan atau dikenali sebagai i-IQRA’. Negara meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat konsortium ini dapat memperkasakan program akademik dan pengajian Islam yang bukan sahaja terhad kepada institusi pendidikan dalam Negara tetapi turut menjangkau manfaatnya di peringkat serantau dan rakan-rakan di dalam OIC. USIM pada usia yang disifatkan masih muda dan perlu melalui banyak proses kematangan, telah mencipta sejarah dan mendapat pengiktirafan apabila memenangi tiga anugerah daripada Europe Business Assembly (EBA) pada Majlis Anugerah Socrates (Socrates Award Ceremony) yang diadakan di London pada 16 hingga 19 Disember 2013. Kejayaan USIM dalam memenangi Best Regional University, Best Manager of the Year dan Best [...]

USIM HARGAI KERJASAMA PEGAWAI PENGURUSAN KESELAMATAN NEGERI SEMBILAN

Nilai 18 MAC 2014 – Majlis Makan Tengahari bersama Pegawai Pengurusan Keselamatan Negeri Sembilan meriah disertai oleh seramai 20 orang Delagasi daripada Agensi Pegawai Keselamatan Setempat seluruh Negeri Sembilan yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat, RELA, Jawatankuasa Penduduk sekitar Taman Perumahan Berhampiran USIM dan agensi keselamatan lain. Majlis yang diadakan di Lounge Eksekutif Canselori turut dihadiri oleh pegawai-pegawai keselamatan USIM dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail Naib Canselor USIM turut sama bagi meraikan majlis tersebut. Majlis anjuran Bahagian Keselamatan USIM ini adalah bertujuan bagi menghargai dan merealisasikan hasrat murni USIM berhubung kerjasama yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa keselamatan setempat dalam usaha untuk merapatkan hubungan serta mengenali lebih rapat agensi keselamatan setempat yang telah banyak membantu pihak Universiti menjaga keamanan dan keselamatan kampus selama ini. Sehubungan itu, USIM memulakan langkah strategik dengan membina reputasi sebagai IPTA yang sentiasa mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dalam semua agensi keselamatan yang berada di Negeri Sembilan. Jalinan kerjasama ini juga bakal membina hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang yang berpotensi di masa hadapan. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail berkata  usaha untuk membendung jenayah tidak seharusnya diletakkan di atas bahu pihak Bahagian Keselamatan  semata-mata, tetapi sebaliknya warga kampus dari pelbagai lapisan juga perlu turut sama mengambil peranan masing-masing dalam menjaga keamanan serta ketenteraman awam di kampus ini. “Dalam soal menjaga keselamatan ini, kita semua perlu bermuafakat serta sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku di kawasan sekeliling kita. Warga Kampus tidak kira kakitangan dan pelajar perlu berganding [...]

PROGRAM JELAJAH UMMAH FPBU DEKATI GOLONGAN GELANDANGAN

PUDURAYA, 15 Mac 2014 - Biro Kebajikan Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif bagi mendekati golongan gelandangan dengan  menganjurkan Program Jelajah Ummah bersama Gelandangan di sekitar ibu kota pada sabtu lepas. Seramai 39 orang pelajar dan staf terlibat dalam program kali ini yang diketuai oleh Encik Shahrul Hafifi, penolong pendaftar pentadbiran FPBU. Sebanyak 200 bungkusan makanan telah diagihkan kepada golongan gelandangan di sekitar Puduraya dengan mendapat kerjasama dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Kindness. Menurut pengarah program, Fatin Jalilah Mohd Jalil, objektif penganjuran program kali ini adalah bagi memupuk sikap prihatin dalam diri mahasiswa USIM selain dapat merasai sendiri kesusahan yang dialami oleh golongan ini, ia selari dengan objektif USIM selain melahirkan mahasiswa yang menjadi peneraju kepada ilmu Naqli dan Aqli, malah dapat melahirkan modal insan dengan penghayatan nilai Islam yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat. “Kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata namun khidmat komuniti kepada masyarakat adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian”, katanya lagi. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat kepada para peserta oleh pihak Kindness sebelum pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu zon 1 dan 2 yang meliputi sekitar Hentian Puduraya, Menara Maybank dan Petaling Streets. Dalam pada itu, Abdullah bin Ismail, pelajar tahun dua FPBU dan merupakan Pengerusi Sekretariat yang turut serta dalam program ini berkata, program ini menampilkan sedikit kelainan kerana ia merupakan julung kali program dekati golongan gelandangan yang dijalankan oleh mereka. Atas keperihatinan terhadap golongan [...]

VIDEO KREATIF DISLEKSIA ORIGAMI PIKAT JURI

AYER KEROH, 12 Mac 2014  - Tidak memiliki latar-belakang pengajian dalam seni persembahan atau perfileman tidak menjadi penghalang kepada sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari pelbagai fakulti bergabung idea kreatif mereka untuk menghasilkan sebuah video menarik berkaitan Disleksia. Video pendek berdurasi 3.04 minit yang berjudul "Origami" terbitan kumpulan mereka yang dinamakan Light Motion Production telah dihasilkan khusus bagi menyertai Pertandingan Dyslexia Awareness : Viral Video Competition anjuran Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Persatuan Dyslexia Malaysia. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa di Malaysia dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai Disleksia. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Ternyata skrip dan olahan jalan cerita yang menarik telah menjadikan video "Origami" terpilih sebagai salah-satu daripada lima finalis untuk mara ke peringkat akhir. Penilaian dibuat berdasarkan pilihan penonton secara online di laman YouTube melalui jumlah ‘Like’ yang diperolehi bagi setiap video yang dipertandingkan. Bagi menentukan para pemenang, ke semua finalis perlu melakukan pembentangan di hadapan para juri profesional dengan menyaksikan Light Motion Production berjaya meraih tempat Ketiga. “Mendapat tempat Ketiga merupakan satu bonus bagi kami kerana "Origami" adalah satu-satunya video yang bukan dari UTeM berjaya tersenarai sebagai finalis. Syukur Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyokong kami serta para penonton yang telah sudi menonton dan ‘Like’ video ‘Origami’ [...]

Go to Top