Mac 2012
Hujan Rahmat di bumi USIM Semarakkan Sambutan Maulidur Rasul
NILAI 8 Mac- Hujan renyai yang membasahi bumi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak mematahkan semangat kira-kira 3000 warga USIM untuk turut serta dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti yang bermula di Stadium Tunku Najihah menuju ke Stadium Tertutup Nilai seawal jam 8 pagi, semalam. Sebanyak 22 kontinjen yang terdiri daripada kakitangan dan mahasiswa USIM, bersatu padu dalam memeriahkan perarakan dengan membawa sepanduk masing-masing di samping mengenakan pakaian yang seragam bertepatan dengan tema Maal Hijrah 1433 iaitu “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Acara dimulakan dengan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh saudara Mohamad Husaini Mahmur, Mahasiswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) yang juga merupakan ahli kumpulan tarannum, Unit Kesenian Pelajar (UKP). Semua yang hadir dihiburkan oleh kumpulan nasyid Intraksee, kumpulan marhaban dan berzanji serta persembahan sketsa oleh kumpulan teater Akademi Teater Rupawan Asli (ATRA) dari Urusetia Kesenian Pelajar Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM. Menurut amanat yang disampaikan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr.Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor HEPA USIM, beliau menyeru supaya mahasiswa USIM menjadikan Rasulullah sebagai ikon terbaik dalam semua aspek khususnya dalam aspek kepimpinan. “Sambutan Maulidur Rasul merupakan penghormatan dan salah satu cara untuk menzahirkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah bahkan berselawat mampu mendekatkan hati kita dengan baginda Rasulullah”. “Maulidur Rasul yang kita raikan setiap tahun hendaklah dijadikan momentum untuk meningkatkan lagi gerak langkah ke arah cara hidup yang lebih sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah,” ujar beliau dalam majlis tersebut. Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini juga turut mempertandingkan beberapa kategori pertandingan. Bagi kategori pasukan terbaik [...]
DOKTOR PENGHAFAZ AL-QURAN
NILAI 5 Mac – Sebelum ini golongan penghafaz Quran dikenali di kalangan mereka yang berlatar belakang Pendidikan Islam. Tetapi kini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mencetus revolusi dengan melahirkan para penghafaz Quran dari kalangan doktor. Ini terbukti di Majlis Penyampaian Skim Insentif Huffaz Quran (i-Huffaz) kali kedua anjuran Institut Kefahaman Quran dan Sunnah (IQ) dengan kerjasama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), apabila 14 daripada 17 penerima Skim i-Huffaz terdiri daripada pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) USIM. Penyampaian Skim i-Huffaz kali kedua merupakan kesinambungan daripada penganjuran Skim i-Huffaz yang telah diadakan pada tahun 2010. Skim ini merupakan hadiah wang tunai mengikut tiga kategori iaitu juzuk ‘Amma sebanyak RM 500, 15 juzuk RM 2000 dan 30 juzuk RM 3000. Mohamad Najmi Ahmad, pelajar tahun lima FPSK dan Nurul Huda Abd Malik, pelajar tahun tiga FPg merupakan antara 17 pelajar USIM yang menerima Skim ini. Masing-masing menerima RM 3000 dan RM 500 beserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda. Menurut Pengarah IQ, Profesor Madya Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif penganjuran kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan mahasiswa/i dengan penyertaan lebih daripada 150 orang. “Memandangkan penyertaan yang begitu menggalakkan, kami mengambil keputusan untuk mengadakan majlis saringan bagi mengenal pasti calon-calon yang terbaik dan layak untuk ke majlis perujian i-Huffaz”, kata beliau lagi. Sementara itu Mohamad Najmi Ahmad berkata, beliau mula menghafaz al-Quran sejak di bangku sekolah lagi dan pengajian beliau di FPSK banyak membantu beliau [...]
LEBIH 40,000 SERBU ”JOM MASUK U” DI PORT DICKSON
NILAI 5 Mac – Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U yang berakhir semalam mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila lebih dari 40,000 pengunjung hadir ke program tersebut. Karnival anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan diurus setiakan oleh Bahagian Akademik IPTA ini berlansung selama 2 hari di Dataran Seri Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Fokus utama karnival ini adalah untuk menyebarluaskan maklumat tentang dasar dan garis panduan kemasukan ke program-program yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS serta agensi-agensi awam dan swasta yang lain. Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda berkata, penganjuran karnival bagi zon 7 ini dikelola bersama oleh KPT dan USIM, disertai lebih 20 institusi pengajian tinggi (IPT) selain politeknik dan kolej komuniti. "Terdapat lebih 120 gerai pameran dari lebih 20 IPTA, IPTS dan agensi-agensi lain mengambil bahagian” katanya ketika ditemui di karnival itu kelmarin. Sementara itu pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas (SMKA) Negeri Sembilan, Siti Atikah Khairul Anuar berkata program seperti ini membantunya mendapatkan maklumat yang jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian dan kelayakan akademik seseorang pelajar. “Saya berasa sangat teruja kerana ini pertama kali saya berkunjung ke pameran KPTN ini dan ia amat berfaedah dan memberikan manfaat kepada kami sebagai seorang pelajar terutama sekali untuk membuat pilihan ke IPT mengikut kelayakan yang sesuai” Bagi Mohd Azrin Nazri Razali, Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi Melaka, Program Jom Masuk U ini memang bagus kepada pelajar [...]
Februari 2012
150 Masyarakat Orang Asli Lawat USIM
NILAI 27 Feb. - Seramai 150 masyarakat orang asli dari Kampung Langkap Dangi, Jempol, Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat sini baru-baru ini. Menurut Naib Canselor USIM, Y. Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, lawatan masyarakat orang asli ke USIM ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka bagaimana senario kehidupan sebagai pelajar universiti agar dapat menarik minat anak-anak masyarakat orang asli untuk menuntut ilmu hingga ke menara gading. “Lawatan ilmiah ini juga penting kepada mereka sebagai medan untuk membantu golongan masyarakat orang asli dalam menempuh arus pembangunan dan pembentukan jati diri lebih-lebih lagi dalam era globalisasi,” katanya pada majlis pelancaran program lawatan tersebut yang berlangsung di Dewan Kuliah Fakulti, (DKF 1.1) di USIM. Sementara itu, Pengarah Program tersebut, Saudara Muhamad Amir Mat Ghani, pelajar tahun tiga, FKP berkata, salah satu objektif daripada program susulan ini adalah untuk mengeratkan kembali hubungan silaturrahim yang telah terjalin dengan keluarga angkat masing-masing. “Mereka sangat gembira dapat bertemu kami semula di sini dengan suasana yang cukup berbeza,” katanya ketika ditemubual. Program yang berlangsung selama satu hari ini telah diserikan dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor seperti tayangan video korporat USIM, lawatan sekitar fakulti, solat Zohor berjemaah, pertandingan mewarna, anyaman, cabutan bertuah dan persembahan daripada anak angkat. Program anjuran 82 pelajar Tahun 3 Program Da’wah dan Pengurusan Islam itu adalah merupakan program lanjutan daripada Program Khidmat Sosial Masyarakat Orang Asli yang telah diadakan sempena Program Da’wah Tatbiqi pada 8 November 2011 yang lalu di [...]
USIM Iktiraf Komitmen Sekolah Kluster, Sekolah Angkat USIM
Sebagai penghargaan dan pengiktirafan pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kepada Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM yang telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap program anjuran USIM, satu sesi penyerahan watikah telah diadakan pada 30 Januari yang lalu sebagai simbol pelantikan secara rasmi kepada sekolah-sekolah yang terlibat. Majlis penyerahan ini juga diadakan serentak bersempena dengan Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat bersama Pengetua bagi tahun 2012. Naib Canselor USIM, Y.Bhg Profesor Dato. Dr. Muhamad Muda berkata, antara tujuan utama pendekatan sebegini diwujudkan adalah untuk bekerjasama dengan lebih rapat lagi diantara USIM dan pihak sekolah bukan sahaja dari sudut aspek pembangunan pelajar itu sendiri bahkan juga untuk pembangunan bersama. Beliau menambah lagi semua pihak harus memberikan penekanan dan memastikan usaha ini dapat dijalankan dengan baik dalam memastikan ekosistem Pendidikan Islam yang baik kepada para pelajar dari peringkat sekolah menengah sehingga ke universiti. Sementara itu, Pn. Hajah Aminah Idris, Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang berkata, banyak aktiviti yang boleh melibatkan pihak sekolah di dalam memacu kearah usaha murni ini antaranya penglibatan pelajar sekolah di dalam proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) universiti itu sendiri. “Melalui penglibatan seperti ini, ianya sekaligus dapat memberikan pendedahan terus kepada mereka proses-proses pembelajaran di universiti dan ini sedikit sebanyak sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke menara gading” Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan bagi wakil sekolah kluster pada majlis tersebut. Dalam pada itu, delegasi turut dibawa melawat ke Perputakaan USIM, Kolej Kediaman 1 dan Kompleks Sukan serta meninjau kemudahan-kemudahan yang sedia ada di kampus USIM [...]
852 MENDAFTAR TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013
NILAI – Seramai 852 orang pelajar mendaftar pada Hari Pendaftaran Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Sesi Akademik 2012/2013 yang di adakan di Stadium Tertutup Nilai pada 23 Mei yang lalu. Daripada jumlah itu, seramai 635 adalah pelajar perempuan dan selebihnya 217 adalah pelajar lelaki. Kesemua yang mendaftar ditempatkan di lima program pengajian yang ditawarkan di Pusat Tamhidi USIM dengan pecahan seramai 92 pelajar bagi program Tamhidi Pergigian; 101 pelajar bagi Tamhidi Perubatan dan 193 pelajar bagi program Tamhidi Perakaunan dan Muamalat. Dalam pada itu bagi program Tamhidi Sains dan Teknologi, seramai 337 orang pelajar mendaftar bagi program tersebut manakala 129 orang pelajar lagi mendaftar bagi program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang. Sesi pendaftaran yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi itu berjalan dengan lancar dan teratur. Sepanjang proses dan sesi pendaftaran berlangsung, pihak universiti turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada para ibu-bapa pelajar secara percuma yang dikendalikan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPG). Proses pendaftaran kemudiannya selesai pada jam 3 petang dan seterusnya diteruskan dengan program Hari Taaruf Pelajar Tamhidi selama 5 hari berikutnya sehingga 27 Mei 2012 dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang telah disediakan khusus kepada para pelajar baru Tamhidi yang mendaftar. Seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia mengalu-alukan kedatangan pelajar baru Tamhidi bagi Sesi Akademik 2012/2013. Oleh: Khairul Azizi Elias Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa
IPT LAHIR PEMIMPIN, BUKAN HANYA TIMBA ILMU
NILAI 31 Jan. –Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan perlu memperluaskan fungsinya sebagai gedung melahirkan tokoh dan pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa depan, bukan sahaja sebagai tempat menimba ilmu. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, usaha tersebut penting bagi memastikan generasi muda masa kini mampu menjadi pewaris dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin bidang pentadbiran, akademik, politik, kepimpinan negara, agama mahupun korporat. “Pembangunan negara memerlukan tokoh yang bijak bukan sahaja tinggi ilmu mereka, tetapi berhemah serta berkeupayaan dalam menghadapi isu termasuk cabaran semasa diperingkat nasional mahupun global”. “Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dengan kepelbagaian dari segi adat, budaya dan kepercayaan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan dan kekuatan jika ia diuruskan dengan baik” titah baginda. Tengku Abdullah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Buku Biografi Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin yang bertajuk Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil Menongkah Arus Meneraju Menara Gading di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini hari ini. Turut Hadir, Abdul Shukor, Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Md. Noor dan pengurusan tertinggi USIM. Titah baginda, tiada negara lain di dunia ini yang boleh dijadikan model negara majmuk selain Malaysia. “Maka tidak hairanlah negara-negara Islam di rantau ini mahupun Asia Barat menjadikan Malaysia sebagai model yang boleh dicontohi dari segi pembangunan ekonomi, sains, teknologi termasuk identiti keislamannya yang mampu dipertahankan sehingga kini” titah baginda. Justeru, baginda bertitah, IPT [...]
Januari 2012
TUANKU AISHAH ROHANI LAWAT USIM
NILAI 25 Jan. – Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini, berkenan berangkat mencemar duli buat julung kalinya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk lawatan rasmi sempena Pemasyhuran Kebawah Duli Tuanku sebagai Canselor USIM pada 3 Disember 2011 yang lalu. Turut mengiringi bersama Baginda Tuanku pada lawatan tersebut Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz dan Yang Mulia Tunku Dato’ Nazihah bt Tunku Muhammad Rus. Keberangkatan tiba Baginda Tuanku disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Y. Bhg. Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Hj. Md. Noor; Naib Canselor USIM, Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda; Ahli Lembaga Pengarah Universiti; Barisan Pengurusan Tertinggi serta warga USIM. Sejurus tiba, Baginda Tuanku menerima tabik hormat daripada Pasukan PALAPES USIM dan kemudianya dibawa ke Pejabat Canselor sebelum baginda tuanku berangkat ke sesi taklimat universiti yang disampaikan oleh Naib Canselor USIM. Baginda Tuanku kemudian dibawa melawat ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bagi melihat kemudahan Studio Radio dan Studio Televisyen serta Makmal Kaunseling Kanak-kanak yang terdapat di fakulti tersebut. Sepanjang lawatan di FKP, Baginda Tuanku diberikan penerangan ringkas yang disampaikan oleh Prof.Madya Dr. Abd Halim Mohd Husin, Pengarah Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asean dan Cik Suria Hani A. Rahman, Ketua Program Komunikasi. Agenda lawatan Baginda Tuanku seterusnya diteruskan dengan lawatan ke Perpustakaan USIM. Di sana, baginda tuanku dibawa melawat ke pameran jabatan-jabatan dan sekitar perpustakaan. Baginda juga turut dipersembahkan kaedah cara meminjam buku menggunakan “Self Chelk Kiosk” . [...]
Pertandingan Video Platform Mahasiswa Perkasa Bahasa Arab
NILAI 8 Jan.-Penganjuran Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) baru-baru ini dilihat sebagai satu momentum baru dalam melahirkan mahasiswa yang kompeten, progresif dan berdaya saing. Mahasiswa tahun akhir FPBU berjaya membuktikan kredibiliti dan potensi mereka dalam menghasilkan video pelancongan kreatif Bahasa Arab dalam usaha mempromosi tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia. Program ini dilihat sebagai satu usaha murni fakulti dalam merealisasikan kebolehpasaran mahasiswa serta memantapkan keupayaan mereka dalam menerokai ilmu di luar daripada bidang pengajian. Bertemakan ‘Memartabatkan dan Memperkasa Bahasa Arab Melalui Pelancongan’, program yang dianjurkan oleh mahasiswa tahun empat FPBU melalui kerjasama erat Nadi Thaqafah FPBU ini layak diberi pujian kerana hampir seratus peratus penganjuran program ini dilaksanakan dalam Bahasa Arab. Bermatlamat untuk memantapkan kemahiran berkomunikasi melalui penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan peserta di samping menjadi platform terbaik untuk mempraktikkan ilmu pengajian di dalam kuliah untuk diaplikasi sepanjang sesi pembikinan video diadakan, program ini juga bertujuan mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di samping mencungkil bakat kepimpinan dalam setiap kumpulan dan pengendalian organisasi. Sebanyak sembilan buah kumpulan yang diwakili mahasiswa tahun akhir FPBU telah berentap mempersembahkan kepelbagaian elemen kreatif mereka melalui penghasilan video kumpulan masing-masing berdasarkan konsep dan tema yang pelbagai. Program yang turut mendapat sokongan padu daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Bhasah Abu Bakar, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Tampil berbeza berbanding kumpulan lain menjadi satu kelebihan apabila para juri bersepakat memilih kumpulan Abaqirah sebagai Johan dalam Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011. Kumpulan Abaqirah [...]
Pelajar Sekolah Sertai Program Selangkah ke USIM
SEREMBAN 3 Jan. - Seramai 30 pelajar sekolah kluster dan sekolah angkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil bahagian dalam Program Selangkah ke USIM baru-baru ini. Program yang dimulakan sejak 2009 bertujuan mendekati dan mempromosikan USIM secara terus kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program selama tiga hari dua malam itu telah diadakan di kampus utama USIM di Nilai dan kampus cawangan di Pandan Indah. Ia melibatkan program khusus seperti taklimat dan lawatan serta program bebas iaitu menjalani kehidupan seharian sebagai pelajar Pusat Tamhidi USIM bersama buddy masing-masing. Seramai 30 orang buddy dilantik di kalangan pelajar cemerlang Pusat Tamhidi bagi memberi suntikan moral kepada pelajar dan peserta. Semasa program tersebut, para peserta menginap di asrama bersama buddy masing-masing untuk membangkitkan suasana kehidupan sebenar seorang pelajar universiti. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program itu antaranya sesi tazkirah dan perkongsian pengalaman bersama buddy, ceramah motivasi dan kerjaya; lawatan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian, candle war dan aktiviti dalam kumpulan. Pengarah Pusat Tamhidi USIM, Dr. Nurlida Basir berkata, Program Selangkah ke USIM kali ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama dan penglibatan para peserta dari sekolah kluster dan sekolah angkat USIM. "Pelbagai aktiviti dan pengisian telah kita jalankan di dalam memberikan pendedahan secara terus kepada para peserta seperti merasai sendiri kehidupan sebagai pelajar Tamhidi di USIM," katanya. Menurutnya, buddy yang ditampilkan terdiri daripada pelajar cemerlang dan ia dapat menjadikan mereka sebagai idola dan inspirasi kepada para peserta. "Diharapkan Program Selangkah ke USIM ini [...]