Jun 2014
PENDEKATAN WASATIYYAH DIKEMBANGKAN KEPADA IPT
NILAI, 19 Jun – Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) mengambil pendekatan proaktif mendekatkan segenap lapisan masyarakat mengenai kefahaman wasatiyyah yang sebenarnya sejajar dengan iltizam YAB Dato’ Seri Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang mengetengahkan pendekatan ini dalam mengemudi ummah dan negara bagi menghadapi cabaran pada masa depan. Justeru itu, IWM telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan pendekatan wasatiyyah diperingkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pula dengan kumpulan fokus utama adalah kelompak mahasiswa. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut bersama dengan aspirasi IWM dan YAB Perdana Menteri apabila melancarkan Pendekatan Wastiyyah Peringkat USIM yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin, Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi IWM. Dalam ucapannya, Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin turut mempelawa kerjasama kepakaran ahli akdemik USIM untuk membantu IWM membangunkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa. Indeks ini nanti akan dijadikan kayu ukur bagi melihat perlaksanaan Maqasid Syariah oleh negara-negara Islam khususnya dalam kerangka pentadbiran mereka. Indeks ini akan dibangunkan secara bersama dengan kepakaran ahli akademik, golongan profesional, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan berkepentingan untuk memastikan Indeks terbaik dihasilkan. USIM menjadi IPT Ketiga dipilih oleh IWM untuk melancarkan Pendekatan Wasatiyyah diperingkat IPTA selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu dan Universiti Malaya (UM). “IWM yang ditubuhkan pada 3 Disember 2012 dan dilancarkan dengan rasmi oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mac 2013 menyasarkan Pendekatan Wastiyyah ini akan dilancarkan disemua 20 IPTA bagi memastikan garapan pendekatan wasatiyyah ini sebagai tonggak kepada kesatuan ummah di negera ini difahami dengan baik terutamanya dalam mendepani [...]
FST MENANG KATEGORI UTAMA I-REKA 2014
NILAI, 29 Mei 2014 – Sebanyak 88 penyertaan pelajar terserlah dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pelajar atau dikenali sebagai (i-REKA) yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai pada 28 Mei 2014. Pemenang Utama kategori pra siswazah telah dimenangi oleh kumpulan The Instinct yang terdiri dari 6 orang ahli kumpulan dengan pertaruhkan produk Skinana Krunchi dibawah bimbingan pensyarah Prof Madya Dr Alina Bt Abdul Rahim. Skinana Krunchi adalah sejenis makanan ringan (kerepek) yang diperbuat daripada kulit pisang. Daripada sesuatu yang dianggap sisa atau bahan yang tidak digunakan, kulit pisang kaya dengan serat pemakanan, protein, asid amino, asid lemak poli tak tepu dan kalium. Ia juga mengandungi sebatian antioksidan termasuk polifenol, catecholamines dan karotenoid. Manakala kategori pasca siswazah dimenangi oleh kumpulan Tenrm dengan membawa produk TenRM. TenRM, atau www.tenrm.com adalah inovasi oleh saudara Nader Yahya Alkeinay berasal dari Yemen dan dibimbing oleh pensyarah Prof Madya Dr Norita Md Norwawi. Ia merupakan laman web pasaran dalam talian Malaysia yang menawarkan tugas-tugas dan perkhidmatan bermula dengan kos sebanyak RM10. Sebaik sahaja mencapai jualan ke 10 dengan maklum balas positif 90%, secara automatik dipindahkan ke tahap 2, dimana layak untuk memilih harga untuk perkhidmatan dari RM10 - RM200. Kedua-dua pemenang ini adalah merupakan pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST). i-REKA sebelum ini dikenali sebagai Pertandingan Inovasi Pelajar (SIC). Ia adalah anjuran Urusetia Rekacipta dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (UREKA USIM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), dan Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan (FKP) dengan kerjasama Pusat Pengurusan & Penyelidikan (PPP) dan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). [...]
MPP USIM ANJUR HUMANITY CONVOY 2014
NILAI, 31 MEI 2014 - Majlis Perwakilan Pelajar USIM anjur program konvoi berbasikal, atau di beri nama humanity convoy 2014 dengan kerjasama Pusat Sukan USIM. Program julung kali dianjurkan MPP ini telah mendapat sambutan hampir 80 mahasiswa USIM dengan diiringi oleh Unit Kesihatan Pelajar. Program ini bermula seawal jam 7 pagi dengan kayuhan bermula dari USIM sejauh 17KM ke sekitar Bandar Baru Nilai. Peserta berhenti di Taman Perumahan Desa Cempaka Puri dan Surau Ar Rahman Desa Cempaka Nilai selama 3 jam untuk melakukan khidmat masyarakat iaitu membersihkan kawasan longkang, membersihkan pokok, menanam pokok, membersihkan kolah surau dan mengecat surau. Menurut pengarah program saudara Aminurrasyid Sahrom, program seumpama ini telah lama dirancang, dan diadakan sempena Minggu Kemanusiaan pada minggu yang sama. Program ini adalah bagi membudayakan menjaga kesihatan dan menyemarak budaya berbasikal di USIM selain untuk menjaga alam sekitar ia juga bagi merapatkan ukhwah antara warga MPP dan pelajar bersama masyarakat komuniti. “Walaupun minggu peperiksaan bakal menjelma, namun aktiviti mesyarakatan tetap diteruskan kerana program sebegini sememangnya mendekatkan diri kita kepadaNYA menikmati dan menghayati pemandangan alam ciptaanNYA sambil bersukan dengan berbasikal, jelas Amin lagi”. Ybhg. Prof Dato Dr Musa Ahmad Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa berkata, universiti sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti sukan seperti ini dan perlu diketengahkan melihatkan semangat anak-anak muda yang cintakan arena sukan berbasikal, beliau berucap semasa majlis perasmian sebelum pelepasan konvoi berbasikal dilakukan. Disediakan oleh: Raihan Bt Nasir Biro Sukan MPP USIM Disemak oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
KELUARGA MURNI, NEGARA HARMONI- MASEC USIM 2014
NILAI, 29 MEI 2014 –Seminar Kaunseling Keluarga Dan Seksualiti (MASEC) USIM 2014 dengan tema “Keluarga Murni, Negara Harmoni” telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) pada 28 dan 29 Mei 2014. Pelbagai program menarik yang menampilkan kaunseling hebat dari pelbagai bidang antaranya bengkel kemahiran kaunseling perkahwinan, pengenalan dan symptom-simpton LGBT, perundangan dan prosedur kes di mahkamah dan banyak lagi. Forum akan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Saedah bte A.Ghani, Prof Emeritus Dr. Mohd Ismail Bin Mohd Thambi dan Prof Madya Dr Ahmed Mahir Bin Mohamed Mokhtar Bakri,Haji Hushim bin haji salleh dan ramai lagi. Kumpulan sasaran untuk menyertai seminar ini adalah pegawai-pegawai psikologi, kaunselor, pelajar dan orang awam. Kini, masalah sosial dan emosi dikalangan masyarakat khususnya remaja semakin meruncing. Walhal perkara ini dapat dibendung sekiranya ia bermula dari awal lagi serta mendapat didikan dan sokongan awal dari rakan-rakan dan keluarga terdekat. MASEC anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM bermatlamat meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran kepada peserta tentang kepentingan pengetahuan dalam seksualiti untuk menjadi kaunselor professional dalam bidang kaunseling keluarga dan perkahwinan. Selain itu, MASEC turut membincangkan dan mengenalpasti isu-isu terkini yang berhubungkait dengan isu seksualiti ketika berhadapan dengan klien kelak. Seminar telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri YBhg. Dr Haji Hanafi bin Harun. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) YBhg. Prof Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan YBhg. Prof Madya Dr Zulkiple Abd Ghani. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Penolong Pegawai Media StraComm
USIM DAN UMY JAYAKAN MISI BANTUAN PERUBATAN DI JOGJAKARTA
JOGJAKARTA, 16 Mei 2014 – Misi Kembara Ilmiah dan Kesukarelawan USIM di Jogjakarta, Indonesia mencapai objektif Global Islamic Student Outreach (GISO) iaitu memberi khidmat masyarakat dari aspek sumbangan tenaga, ilmu serta melaksanakan aktiviti kesukarelawan kepada semua lapisan masyarakat Islam yang memerlukan. Misi bantuan ini telah disertai oleh Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar (U3P) dan pegawai pengiring serta kakitangan Unit Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 16 Mei hingga 19 Mei 2014. Kembara kali ini memberi peluang kepada pelajar menyumbang khidmat bakti kepada anak-anak Panti Asuhan, Prambanan. Turut serta adalah Pelajar Tahun 3, Fakultas Kedoktoran, Universitas Muhammadiyah (UMY), Yogjakarta yang memberi kerjasama penuh dalam menjayakan misi bantuan perubatan USIM kali ini. Program adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada anak-anak di Panti Asuhan tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam menjalani kehidupan seharian dan matlamat tersebut telah dicapai. Pemeriksaan kesihatan bagi mengenalpasti masalah kesihatan dan pemberian ubat-ubatan antara aktiviti yang dijalankan disamping memberi pandangan mengenai tips-tips mengamalkan cara hidup yang sihat dan bersih. “Memandangkan Jogjakarta adalah jauh dari bandar, kemudahan dan perkhidmatan adalah amat rendah dan sukar di perolehi, dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung dapat membantu anak-anak dan kakitangan di Panti Asuhan ini mendapat khidmat rawatan secara percuma sekiranya mengalami masalah kesihatan,” ujar Dr Nik Mohd Shafikuddin, Ketua Unit Kesihatan yang turut sama-sama menjayakan misi ini. Selain dari itu juga rombongan turut menyampaikan sumbangan berbentuk bahan mentah seperti beras, gula dan minyak masak serta 10 naskah al-quran sumbangan Iman Publication. “Perasaan amat teruja apabila pihak USIM memilih Panti Asuhan Prambanan sebagai [...]
USIM TERIMA PELAJAR BARU TAMHIDI SESI 2014/2015
NILAI, 26 Mei 2014 - Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terima sejumlah 902 pelajar sesi akademik 2014/2015 yang berlangsung sesi pendaftaran di Stadium Tertutup Nilai pada ahad lepas. USIM telah menerima sejumlah 2702 permohonan pilihan pertama daripada 25,875 jumlah permohonan untuk mengikuti pengajian dalam 5 program iaitu Tamhidi Perubatan,Pergigian, Sains dan Teknologi, Perakauanan dan Muamalat, Syariah dan Undang-Undang. Walaubagaimanapun, USIM hanya diberikan kuota untuk menawarkan kepada sejumlah 1171 pemohon sahaja. Daripada jumlah tersebut, 289 pelajar lelaki dan 613 pelajar perempuan telah mendaftar sebagai pelajar baharu Tamhidi selama tempoh satu tahun seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda USIM. Program tamhidi Sains dan Teknologi mencatatkan pendaftaran yang tertinggi iaitu sebanyak 346 pelajar, diikuti tamhidi perakauanan dan muamalat 214, tamhidi syariah dan undang-undang 133, tamhidi perubatan 127, dan tamhidi pergigian 78. Manakala pecahan pelajar mengikut negeri kelahiran pula seramai 325 pelajar adalah dari Pantai Timur, Pahang, Kelantan dan Terengganu, 252 pelajar adalah dari Selangor,Melaka dan Negeri Sembilan, manakala bahagian Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang seramai 141 pelajar. Selebihnya adalah dari wilayah persekutuan Kuala Lumpur 27 pelajar, wilayah persekutuan Putrajaya 3 pelajar, wilayah persekutuan Labuan 2 pelajar, Sabah 11 dan Sarawak seorang. Pengarah Pusat Tamhidi, Dr. Nurlida Basir berkata, paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli yang diperkenalkan oleh USIM ini bukan sahaja berupaya melahirkan insan yang berilmu dan berkemahiran bahkan satu usaha untuk mentransformasikan generasi yang berkualiti serta mempunyai jati diri dan kekuatan kerohanian yang kukuh. “Menjadi harapan saya agar pelajar semua menggunakan peluang pendidikan dan kemudahan ilmu yang ada [...]
NAIB CANSELOR USIM DILANTIK KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI BAHARU
NILAI, 30 Mei 2014 - YBhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengakhiri tugas rasmi sebagai Naib Canselor USIM pada 31 Mei 2014 (Sabtu) apabila diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk dilantik menerajui Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) sebagai Ketua Pengarah PendidikanTinggi (KPPT) yang baharu menggantikan Ketua Pengarah kini, Prof. Dato’ Dr. Morshidi Sirat yang akan bersara. Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail merupakan anak kelahiran Jitra, Kedah ini adalah lulusan dengan distinction Biologi, Universiti Nevada, Ijazah Sarjana dalam bidang Mikrobiologi, Universiti Indiana dan memperoleh PhD di Universiti Nevada dalam bidang Biologi Selular dan Molekul pada tahun 1986 telah memulakan tugas rasmi sebagai Naib Canselor USIM pada 1 Disember 2012 sebagai Naib Canselor Wanita Pertama dan Ketiga di Universiti ini. Kepimpinan dan ketokohan beliau sepanjang menjadi Naib Canselor USIM amat disegani dan dihormati. Antara penekanan penting yang diberikan oleh beliau semasa menjadi Naib Canselor adalah penjenamaan dan memposisi USIM sebagai sebuah Universiti yang unik, ulung, dikenali dan terkehadapan melalui integrasi Ilmu Naqli dan Aqli dalam program akademiknya. Sebagai sebuah Universiti yang berteraskan Pendidikan Islam, kekuatan ini dimanfaatkan untuk memperkasa Sains Islam melalui slogan beliau “USIM : Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan”. Beliau turut merangka Pelan Strategik USIM (2013-2025) untuk melihat agenda integrasi Naqli dan Aqli terus diperkukuhkan seterusnya meletakkan USIM sebagai universiti berteraskan Islam yang menjadi pakar rujuk (Referred), dihormati (Respected) dan relevan (Relevent) menjelang tahun 2025. Idea beliau dalam menubuhkan Institut Sains Islam (ISI), Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) dan Pusat Pembangunan Pembiayaan [...]
i-FESSEM 2014 PERKENALKAN KELAINAN USIM MELALUI EKSPRESI SENI SISWA
NILAI, 31 Mei 2014 - Pusat Kebudayaan dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Alumni dan Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Festival Seni USIM (i-FESSEM’14) pada 30 Mei (Malam Sireh Pinang) dan 31 Mei 2014 (Konsert Dikir Barat Karoot 1Malaysia) bertempat di Dewan Besar USIM. Majis dihadiri oleh YBhg Prof. Dato’ Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM, Pengurusan Tertinggi Universiti, Alumni Urusetia Kesenian Pelajar serta tetamu jemputan. Festival Seni USIM 2014 merupakan penganjuran yang julung kali diadakan selama dua hari dengan menggabungkan persembahan seni, wacana dan Malam Sireh Pinang selain majlis pelancaran Jendela Gemilang. Ia menghimpunkan warga kampus, kepimpinan alumni, urus setia kesenian pelajar, badan-badan korporat, media dan masyarakat. Sebahagian hasil kutipan jualan tiket akan disumbangkan ke Tabung Wakaf USIM dan Persatuan Dyslexia Malaysia. Penglibatan Persatuan Dyslexia dalam program ini bertujuan untuk libatsama masyarakat dan knowledge transfer mahasiswa USIM dan kanak-kanak Dyslexia melalui medium kesenian dengan mengadakan klinik khat dan seni lukis. Malam Sireh Pinang yang berlangsung pada 30 Mei 2014 bertemakan seni yang berbudaya menampilkan 13 kumpulan persembahan seperti nasyid, band akustik, koir, qasidah, teater, dikir barat, tarian tradisional dan pelbagai lagi. Pada 31 Mei berlangsung Konsert Dikir Barat Karoot 1 Malaysia yang menampilkan artis terkenal seperti Sabri Yunus dan Halim Yazid. Kesemua persembahan kesenian ini mempunyai unsur-unsur Islam dengan mempersembahkan bentuk seni yang berbudaya atau seni yang membawa manfaat dan memberi pendedahan secara intelektual tentang seni kepada warga kampus dan masyarakat Malaysia. Kelainan yang dipersembahkan ini menunjukkan keprihatinan Warga USIM kepada golongan yang memerlukan melalui saluran [...]
Mei 2014
IC DAIM 2014 USIM-WADAH PENCETUS SEMANGAT WASATIYAH
NILAI, 20 Mei 2014 – Telah berlangsung Persidangan Antarabangsa International Conference on Da’wah and Islamic Management (IC DAIM) iaitu satu program yang diwacanakan bertujuan mengangkat kepimpinan Islam ke tahap yang lebih dinamik dan komprehensif disamping memartabatkan kesucian Islam selari dengan Visi dan Misi USIM. Persidangan anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bertempat di Dewan Kuliah Utama FPQS dengan tema Da’wah And Islamic Management – a Path for Wasatiyah Leadership menjadi wadah menyampaikan elemen kepimpinan Islam seperti yang telah di war-warkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bahawasanya misi Negara maju dapat dicapai dengan semangat wasatiyah bagi memastikan keseimbangan kehidupan dunia dan akhirat. Seramai lebih 150 peserta dari pelbagai latarbelakang dan negara telah turut serta dalam persidangan ini. “Pendekatan wasatiyah dalam Dakwah dan Kepimpinan memperkenalkan konsep wasatiyah yang bersifat seimbang dan sederhana yang membezakan pendekatan Islam yang lain adalah konsep tersendiri yang tidak keterlaluan dan tidak taksub dari segi cara pendekatannya yang boleh membawa padah,” ujar YB Tan Sri Abdullah Md Zin dalam ucapan perasmiannya. “Semangat Wasatiyah di dalam kepimpinan adalah selari dengan objektif USIM untuk melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan bersepadu dan mampu memimpin masyarakat majmuk serta mempunyai potensi yang tinggi dalam menerajui pembangunan negara,” ucap YBhg Naib Canselor USIM dalam ucapannya. YBhg Tan Sri Dr Abdullah Md Zin yang memperjuangkan semangat wasatiyah turut berkongsi pandangan berkenaan isu gerakan penyebaran Syiah yang kini mulai aktif dan harus di beri perhatian. Permasalahan yang semakin meruncing di negara luar kini semakin menular di Malaysia walaupun masih dalam keadaan terkawal. Beliau mengingatkan agar [...]
MAHASISWA USIM BERSAMA PENGHUNI PENJARA ZAHIR PATRIOTISME
KAJANG,1 Mei- Cuti hari pekerja dimanfaatkan oleh seramai lapan orang kakitangan Pusat Kebudayaan dan 35 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkolaborasi dengan penghuni penjara untuk berentap di pentas akhir Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) 2014. Program CIPTA yang dianjurkan oleh USIM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia merupakan program tahunan yang bermula sejak 2008 lagi. ’Pihak penjara telah memilih 57 orang penghuni penjara di peringkat saringan awal untuk program ini. Kemudian, setelah kami membuat pemerhatian dan penelitian yang sebaiknya, kami memilih 15 orang penghuni penjara untuk menyertai program CIPTA ini’ ujar Inspektor Aniza Mohtar, Seksyen Parol. Menurut beliau lagi, pemilihan dibuat melepasi beberapa fasa yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran dan kerjasama daripada penghuni penjara dalam menjayakan program ini. Setiap pegawai penjara telah diberi notis awal dalam mencari bakat yang terpendam dalam kalangan penghuni penjara seterusnya memberikan pendedahan tentang penulisan lirik dan lagu. Beliau juga berharap hasil karya penghuni di sini dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih utuh agar mereka terasa lebih dihargai. Shah (bukan nama sebenar)yang merupakan salah seorang penghuni penjara yang mengambil bahagian berkata, dia mendapat idea untuk menulis lirik ini berdasarkan sejarah hidupnya sendiri. Galakan daripada warden juga menyebabkan saya lebih bersemangat untuk menyertai pertandingan ini. Saya juga berharap agar mesej yang saya cuba sampaikan di dalam lirik saya terkesan dalam memupuk perpaduan masyarakat.’’ Sementara itu, Hanafi A. Hamid, pelajar USIM yang merupakan salah seorang peserta program meluahkan keterujaannya berkerjasama dengan penghuni penjara dalam menghasilkan sebuah lagu patriotik yang bersifat kekitaan dan keinsafan selari dengan tema CIPTA yang [...]









