Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2014

INOVASI USIM RANGKUL 3 EMAS 1 PERAK DI PENTAS ITEX 2014

Kuala Lumpur, 9 Mei – Sekalung tahniah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila keempat-empat penyertaannya berjaya membawa pulang 3 emas dan 1 perak di Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa, ITEX 2014 yang berlangsung selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Mei 2014 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Para penyelidik USIM adalah pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) iaitu Dr. Norita Md. Nawawi yang mendapat emas bagi produk iTAG V1.0, Dr. Madihah Mohd Saudi yang mendapat emas bagi produk tunggalnya eZCERT manakala Dr. Mohd Fadzli Marhusin mendapat perak  bagi produk iLegacy yang masing-masing menang bagi kategori Multimedia dan ICT. Turut mendapat emas adalah Dr. Abdul Rahman Hassan bagi ciptaan Novel Narrow Pore Active-Ultrafiltration (NPA-UF) Membranes bagi kategori Biotechnology, Health and Fitness. Secara ringkasnya, NPA-UF Membran adalah membran jenis baru pertama seumpamanye di dunia. ITEX 2014 secara dasarnya mempertandingkan 23 kategori dan 2 kategori untuk peserta 20 tahun ke bawah. Matlamatnya adalah bertujuan meningkatkan inisiatif dan daya saing  serta memberi peluang kepada peserta tempatan dan antarabangsa mempamerkan hasil inovasi dan teknologi dari pelbagai sektor, kumpulan pakar dari bidang penyelidikan dan pembangunan, pembuatan, pembiayaan dan undang-undang. “Penganjuran ITEX 2014 kali ini adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menggiatkan usaha membangunkan aktiviti pengkormesialan dan program-program inovasi,” ucap YB. Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan perasmiannya. Sebanyak 40 institut pengajian tinggi, agensi kerajaan dan antarabangsa  menyertai ITEX 2014 yang turut menghimpunkan pelbagai ciptaan inovasi dari dalam dan luar negara [...]

PELAJAR GENIUS PERMATA INSAN USIM KE ARAB SAUDI

PUTRAJAYA - Suatu pengalaman yang amat berharga apabila 29 anak-anak pintar PERMATA Insan berpeluang melawat ke Arab Saudi sekaligus menunaikan ibadah umrah. Sebelum berangkat mereka telah dirai oleh YBhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor merangkap Penaung PERMATA bertempat di Seri Perdana, Putrajaya. Majlis ringkas tersebut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Ismee Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pengarah PERMATA Insan, Prof. Datuk Dr Mizan Abdiliah Ahmad Ibrahim serta pelajar PERMATA Insan yang akan turut serta dalam lawatan tersebut. “Melalui progam yang pertama kali di bumi Arab, delegasi PERMATA Insan mempunyai keyakinan bahawa untuk menjadi cendekiawan Islam yang unggul, pengalaman berharga perlu dikutip dan dirasai sendiri dengan harapan anak-anak pintar ini lebih jelas dengan apa yang Islam perjuangkan seperti yang tertulis di dalam hadis dan al-Quran. Oleh sebab itu, lawatan ke Arab Saudi diadakan,” ucap YBhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Objektif utama lawatan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar pintar ini kepada asal usul peradaban Islam yang mana Islam mula-mula bertapak di Tanah Arab.Lawatan ini mendapat sambutan yang amat baik yang mana sokongan penuh diperolehi daripada Tabung Haji serta Kerajaan dan Kedutaan Arab Saudi. PERMATA Insan merupakan sebuah program yang ditubuh khas di USIM dibawah naungan YAB Perdana Menteri dan isteri dengan tujuan melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang berteraskan al-Quran dan Sunnah. Lawatan kali ini amat berharga kerana merealisasikan impian anak-anak ini untuk menjadi tetamu pilihan Allah S.W.T dan RasulNya pada usia yang masih muda. Menurut pengarah PERMATA Insan, [...]

USIM RAI MEDIA MASSA TANDA HARGAI JASA DAN KERJASAMA

NILAI, 19 MEI 2014 – Majlis Makan Malam Media bersama Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  di sambut meriah dengan kehadiran para pengamal media cetak dan elektronik yang diadakan di Dataran Bangunan Canselori bertemakan Arabian Night pada jumaat lalu. Majlis yang dihadiri oleh lebih 20 rakan media antaranya RTM, Bernama, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, TV9 dan ramai lagi. Objektif utama adalah bagi merai dan mengeratkan silaturrahim antara pihak USIM dan rakan media selain menghargai jasa dan komitmen yang sentiasa diberikan pihak media cetak dan elektronik dalam menyampaikan berita USIM ke khalayak umum. Pengarah StraComm, Dr. Faizal Kasmani berkata,  penganjuran majlis ini sebagai satu usaha simbolik sanjungan tinggi, penghargaan dan meraikan para pengamal media semua yang telah memberi kerjasama yang mantap dalam membuat liputan berita-berita kejayaan, peristiwa dan aktiviti-aktiviti semasa USIM. Tanpa penglibatan dan komitmen yang tinggi oleh pihak media mungkin khabaran semasa dari universiti ini tidak kesampaian ke khalayak umum di peringkat nasional. “Hanya dengan sebatang mata pena mampu memberi impak yang besar dan hebat sehingga boleh menggegarkan seluruh negara malahan seluruh pelusuk dunia. Itulah diibaratkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh para wartawan sekalian. Tidak terkecuali juga peranan besar yang turut disumbangkan oleh jurugambar yang terus merakamkan foto-foto terhebat untuk tatapan semua”,jelasnya. YBhg. Dato’ Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM turut melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada pihak media di atas kredibiliti, sumbangan dan komitmen yang berterusan dalam memaparkan publisiti USIM sepanjang masa dan ketika. Bagi media cetak, kewujudan akhbar sisipan [...]

PELAJAR USIM CERIAKAN ANAK-ANAK RUMAH PEYAKIN

REMBAU, 27 April – Peluang untuk bersama dengan penghuni Rumah Pertubuhan Aak-Anak Yatim dan Miskin Darul Khusus (PEYAKIN) N. Sembilan oleh para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam Program Sentuhan Kasih yang diadakan baru-baru ini memberi pengalaman baharu buat mereka. Program selama sehari ini dijalankan oleh sekumpulan 13 orang pelajar USIM yang sedang mengikuti Kursus Pengucapan Awam Debat Bahasa Melayu di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI). Program khidmat komuniti yang digerakkan oleh para pelajar ini memilih Rumah PEYAKIN N.Sembilan yang ditubuhkan sejak tahun 2007 adalah atas dasar keprihatinan mereka untuk merasai, menyelami dan mendekati 33 orang penghuni di rumah ini yang kurang bernasib baik kerana dikalangan mereka terdiri daripada  anak-anak yatim dan miskin dari umur 6 hingga 17 tahun. Selain itu juga, melalui Program Sentuhan Kasih ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka, keyakinan diri serta mewujudkan perasaan bertanggungjawab dan berbakti kepada masyarakat sekeliling dan mereka yang memerlukan. Kehadiran pelajar USIM ke rumah ini amat dialu-alukan dan disambut oleh Yang Dipertua PEYAKIN N. Sembilan, Encik Omar Hj Abu Bakar yang merupakan pengasas kepada penubuhan rumah ini serta Setiausaha Kehormat PEYAKIN N.Sembilan, Puan Syafiza Ramli. Bagi Pengarah Program, Saudara Ahmad Azimudin Baharuddin, Pelajar Tahun 1 Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para penghuni semasa di sana antaranya ceramah motivasi, sukaneka berkumpulan, pertandingan mewarna dan kuiz.  Selain itu, turut dijalankan program gotong-royong bagi keceriaan rumah ini dan sembang santai bersama para penghuni dan kakitangan rumah berkenaan. “Kesungguhan dan perasaan kasih-sayang yang ditunjukkan oleh 10 orang kakitangan [...]

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMBANGUN UMMAH MELALUI GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (KTP)

LANGKAWI, 18 Mei 2014 – Hasrat kerajaan berjaya direalisasikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Majlis Perasmian Geran Pemindahan Ilmu (KTP) apabila menjalin hubungan kerjasama dengan Hospital Langkawi melalui pendekatan libatsama komuniti. Kerjasama yang terjalin memberi peluang kepada USIM untuk memperluaskan ilmu serta kepakaran kepada masyarakat terutamanya kumpulan sasaaran iaitu pesakit yang bukan sahaja di kawasan sekitar Nilai malah di luar kawasan Nilai juga. Melalui jalinan kerjasama ini, USIM berperanan memberi bimbingan serta menyampaikan ilmu berkenaan rukhsah ibadah kepada Kakitangan Perubatan dan Kesihatan Hospital Langkawi. Ilmu tersebut seterusnya dipertanggungjawabkan kepada Kakitangan Hospital Langkawi untuk dilanjutkan kepada para pesakit untuk diamalkan bagi memudahkan pesakit melakukan ibadah dalam keadaan sakit. Di majlis ini juga, USIM melancarkan Produk ICT Rukhsah Ibadah iaitu kesinambungan daripada produk DVD Panduan Rukhsah Ibadah yang telah mendapat pingat gangsa semasa pameran PECIPTA 2013. Pelancaran Produk ICT Rukhsah Ibadah menampilkan ilmu berbentuk penerangan video serta panduan lengkap berkaitan cara menunaikan ibadah antaranya cara-cara mengambil wuduk dan menunaikan solat ketika sakit. Melalui aplikasi ini, pengguna dapat mengikut kaedah pengajaran dengan mudah difahami melalui cara penyampaian yang jelas dan teratur yang disampaikan oleh pelajar perubatan USIM. Majlis diteruskan dengan Seminar Fiqh perubatan atas jemputan dari Hospital Langkawi yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang.  Antara tajuk pembentangan adalah sakit dan hikmahnya, pendermaan organ dan autopsi dari perspektif Islam, perancang keluarga dan pengguguran janin dari perspektif Islam, aurat dalam perubatan, konsep patuh shariah dalam bidang kesihatan dan penjagaan pesakit tenat dan euthanasia dalam perspektif Islam. Turut diadakan pada hari [...]

USIM DAN UMS SALING MENEROKAI PELUANG BERSAMA

KOTA KINABALU – Hubungan akrab antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus diperkukuhkan dengan Lawatan Kerja Rasmi Pengurusan dan Pegawai Kanan USIM seramai 40 orang ke UMS pada 22 hingga 24 April lalu. Turut serta dalam delegasi ini adalah 6 orang pelajar USIM. Lawatan Rasmi ini yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM turut disertai ahli delegasi yang lain antaranya Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad ; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah ; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah ; Pendaftar, Encik Muhammad Haizuan Rozali dan Ketua-ketua Jabatan Utama di USIM. USIM yang mempunyai MoU bersama UMS melihat lawatan ini sebagai salah-satu pendekatan proaktif untuk melestarikan MoU yang ditandatangani oleh kedua-kedua pihak sebelum ini. Lawatan Kerja ini dimulakan dengan sesi kunjungan muhibah kepada Pengurusan UMS bertempat di Bangunan Canselori UMS. Ahli delegasi telah disambut dan diraikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Naib Canselor UMS bersama Pegawai-pegawai Utama Universiti sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan dua hala antara kedua belah pihak. “Kunjungan USIM ke UMS ini adalah untuk kita saling menerokai ruang kerjasama baharu yang boleh digerakkan secara bersama oleh kedua-dua buah Institusi ini. Justeru itu, tujuan kita dalam lawatan ini adalah untuk memfokuskan kepada empat bidang atau kluster untuk diperkasakan iaitu penyelidikan, akademik, hal ehwal pelajar serta governan dan keselamatan” ucap Naib Canselor USIM. Katanya lagi “Selain kluster-kluster [...]

PELAJAR SUNNAH DENGAN PENGURUSAN MAKLUMAT USIM LAKSANA KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN

NILAI, 6 Mei 2014 - Seramai 91 mahasiswa Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat (SPM) Tahun 3 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM telah mengadakan Lawatan Akademik dan Khidmat Masyarakat ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma (SKPK Alma) yang bertempat di Bukit Mertajam Pulau Pinang baru-baru ini. Kecacatan fizikal bukan halangan untuk seseorang meraih kejayaan dalam kehidupan selagi dia berusaha keras untuk mendapatkannya. Itulah kenyataan yang sesuai untuk menggambarkan seseorang yang kurang bernasib baik seperti golongan cacat penglihatan. Objektif utama adalah untuk melaksanakan misi dan tanggungjawab sebagai mahasiswa USIM yang prihatin serta menimba pengalaman di sekolah tersebut serta untuk mendekati pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik ini selari dengan pengkhususan peserta dalam bidang Sunnah dengan Pengurusan Maklumat yang mengambil matapelajaran Aplikasi Braille Dalam Pengajian Al-Quran dan Sunnah. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Reset Minda, gotong-royong, Klinik Al-Quran dan Motivasi yang disertai oleh pelajar-pelajar SKPK Alma bersama mahasiswa SPM. Pengarah program saudara Muhammad Nur Hidayat bin Musa melahirkan rasa bangga dan teruja dengan kejayaan yang telah pihak SKPK Alma peroleh kerana selain daripada anugerah sekolah kluster terbaik,  sekolah berkenaan juga telah melahirkan beberapa pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum walaupun mereka cacat penglihatan. “Antara anugerah yang pernah diraih oleh pihak sekolah adalah anugerah kualiti YAB Menteri Pelajaran (naib Johan) tahun 1999, 2005 dan 2006. Selain itu, Anugerah berdasarkan peningkatan UPSR melebihi 10% PPD Utara pada tahun 2005 serta yang terkini Anugerah 5 bintang Smart School Qualification Standard (SSQS) 2011”, jelas beliau. Guru Besar SKPK Alma, Encik Hassan Basri berkata, bukan kecemerlangan semata-mata yang [...]

USIM-UMSURABAYA JALIN KERJASAMA DALAM BIDANG AKADEMIK BERTERASKAN ILMU NAQLI DAN AQLI

NILAI, 14 Mei 2014 – Dalam meneruskan bidang kerjasama dalam pendidikan berteraskan ilmu Naqli (Wahyu) dan Aqli (Rasional), satu Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universitas Muhammadiyah Surabaya (UMSurabaya) telah diadakan di Galeri USIM pagi ini. Universitas Muhammadiyah Surabaya (UMSurabaya) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan di bawah Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia yang mempunyai visi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang intelektual, moral dan keusahawanan. Memorandum Persefahaman ini mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara USIM dan UMSurabaya dalam bidang akademik. Antara program bersama yang akan dilaksanakan adalah pgrogram akademik, projek-projek penyelidikan dan pembangunan, program bengkel dan latihan dan program inbound dan outbound dikalangan staf dan pelajar. Sejurus Majlis MoU ini, satu bengkel penjajaran yang melibatkan tiga (3) fakulti adalah Fakulti Pengajian Bahasa Utama bagi program Pendidikan Islam, Fakulti Sains dan Teknologi bagi program Bioteknologi Makanan dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan bagi program Da’wah dan Pengurusan Islam akan dijalankan. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM berkata, USIM sentiasa komited dalam mengembang dan memasarkan program  pengajian yang ditawarkan kepada institusi luar yang berminat, malah USIM juga akan meneruskan usaha dalam memperkukuh dan mengangkat reputasinya sebagai pelopor kepada pengajian dan penyelidikan berasaskan Sains Islam dan menjadi tunjang kepada garapan Naqli dan Aqli. “Diharap dengan kerjasama ini kedua-dua pihak bersama-sama menerokai ruang di dalam aspek penyelidikan, modal insan dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu”, jelas beliau. Sementara YBhg Dr. Sukadiano Rektor UMSurabaya berkata, UMSurabaya merupakan pelopor pendidikan tinggi di Indonesia yang menyanjung pendidikan Islam. Justeru, harapan [...]

USIM SALUR ILMU MELALUI PROGRAM LIBATSAMA MASYARAKAT

Nilai, 19 April 2014 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan salah satunya melalui pelaksanaan Program Belia Islam Selamat dan Sejahtera (BLISS) siri kedua.  Tumpuan program kali ini adalah kepada penduduk di taman dan kawasan sekitar USIM. Program selama sehari bermula pada jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan warga penduduk Taman Desa Anngerik, Nilai.  Yang lebih menarik, penglibatan tidak terhad kepada kelompok tertentu iaitu dari umur 6 hingga 17 tahun malah ibu bapa turut serta menjayakannya.  Program seumpama ini dijalankan di Surau Taman Desa Anggerik, Nilai ini dikelolakan oleh 19 orang kakitangan dan 40 orang pelajar USIM. Secara amnya, Program BLISS diadakan bertujuan menyalurkan ilmu dan kepakaran warga USIM yang terdiri daripada kumpulan kakitangan pentadbiran, warga pendidik serta pelajar kepada penduduk setempat. Ia merupakan satu pendekatan yang berkesan untuk ahli masyarakat kawasan sekitar USIM mengenali USIM dengan lebih dekat disamping mengeratkan hubungan silaturahim sedia ada. Melalui pelbagai aktiviti praktikal yang di atur, sambutan dan penyertaan daripada ibu bapa dan kanak-kanak amat memberangsangkan. Antara aktivitinya adalah bengkel celik solat, taklimat dan praktikal cara penyembelihan halal, taklimat dan demonstrasi penjagaan gigi dan tangan, bengkel motivasi, bengkel cup cake, eksplorasi, gotong-royong memasak malah pemeriksaan kesihatan turut disediakan. Program yang dijalankan dengan kerjasama dan sokongan penuh dari Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya serta Unit Kesihatan Pelajar USIM telah mendapat maklumbalas positif. Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang kerana banyak elemen bermanfaat yang diberi perhatian, di [...]

USIM DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD JALIN KERJASAMA TERAJUI LATIHAN AUDIT SHARIAH

NILAI, 6 Mei -  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bekerjasama melalui Memorandum Perjanjian (MoA) Latihan Audit Syariah untuk jangka masa dua tahun bermula tahun 2014 hingga 2016, di mana salah satu daripada bidang kerjasama USIM adalah untuk bersama-sama menjalankan penyelidikan dan melaksanaan Program Latihan Audit Shariah khusus bagi kakitangan BMMB, dengan sebahagian dana dibiayai oleh BMMB sebagai rakan industri USIM. Program Latihan Audit Syariah ini adalah merupakan satu usaha kerjasama antara USIM dan BMMB, yang dibiayai di bawah ‘Knowledge Transfer Programme’ (KTP), iaitu geran yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini juga sebahagiannya akan turut dibiayai oleh BMMB sebagai rakan industri USIM. Perjanjian ini juga menyaksikan kedua-dua pihak mendapat faedah yang bermanfaat di mana USIM menawarkan kepakaran akademik di dalam bidang kewangan Islam dan pihak BMMB dapat memantapkan tadbir urus melalui pengalaman dalam perkongsian teori dan teknikal berkaitan Audit Shariah. Pusat Kecemerlangan USIM iaitu Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI)  akan menjadi peneraju dalam mendapatkan akreditasi daripada Agensi Akreditasi Kewangan (FAA) untuk program latihan audit shariah bagi merealisasikan aspirasi universiti untuk menawarkan Diploma Lepasan Ijazah Dalam Audit Syariah kepada industri di dalam dan di luar Malaysia pada masa akan datang.USIM juga bakal  menawarkan  Sarjana Perakaunan Islam dan Audit Shariah  (MiASA) dimana pengambilan bermula bulan September ini.  BMMB juga akan meneraju usaha untuk melengkapkan kumpulan audit shariah ini dengan pengetahuan audit terkini melalui  latihan berstruktur secara menyeluruh. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail dalam ucapannya berkata, program ini merupakan antara program latihan [...]

Go to Top