April 2012
TABUH PENDETA URUS SETIA KESENIAN PELAJAR LAKAR NAMA DI HARI KRAF KEBANGSAAN
KUALA LUMPUR - Tabuh Pendeta sekali lagi melakarkan sejarahnya yang tersendiri di persada kesenian tanah air apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Dikir Barat bersempena Hari Kraf Peringkat Kebangsaan 2012, yang bertempat di Panggung Sari Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pada 1 April yang lalu. Kumpulan Dikir Barat USIM dari Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia yang dianggotai 25 orang pelajar, termasuk finalis Pentas Dikir; Satu Rentak Satu Jiwa kategori Tukang Karut, Zul Afkar Al-Husna Yusof yang lebih dikenali sebagai Sunan Malaya telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3000 beserta sijil penyertaan. Tabuh Pendeta turut merangkul Anugerah Tok Jogho Terbaik menerusi Tengku Helmy Farhan Raja Za’im yang bertindak selaku Tok Jogho kumpulan tersebut. Menurut Tengku Helmy Farhan Raja Za’im, kemenangan tersebut merupakan sesuatu yang di luar jangkaannya serta berasa gembira di atas penganugerahan tersebut. “Saya hanya berusaha memberikan yang terbaik serta berdoa supaya persembahan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah,” tambahnya. Manakala bagi Zul Afkar Al-Husna Yusof, beliau memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi serta menyatakan ini merupakan satu pengiktirafan yang diterima oleh kumpulannya untuk terus bergiat aktif dalam arena kesenian dan kebudayaan. “Kami berpegang dengan moto kami iaitu ‘tarikan budaya melalui pendekatan Ta’abbudiyyah’ iaitu dengan menggunakan tarikan dikir barat sebagai budaya untuk berdakwah serta membawa kelainan dalam persembahan dengan menyelitkan unsur dakwah sama ada secara sedar atau tidak sedar,” ujarnya lagi. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan universiti khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM, tenaga pengajar yang dikasihi serta [...]
Bakal Doktor Bolot Piala Debat Naib Canselor 2012
NILAI – Dominasi baru di dalam arena perdebatan Universiti Sains Islam Malaysia telah membuktikan bahawa bakal doktor juga mampu bergelar seorang pendebat yang petah berkata-kata dengan hujah dan fakta yang boleh mematahkan pihak lawan. Kejohanan Debat Piala Naib Canselor 2012 yang berlansung pada 7 April yang lalu telah mencatatkan sejarah yang tersendiri buat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan tersebut. Kejohanan yang mempertandingkan tiga kategori bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, serta Bahasa Arab ini merupakan anjuran Kelab Debat USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Peringkat akhir bagi kategori Debat Bahasa Melayu telah menyaksikan pertembungan di antara Pusat Tamhidi selaku pihak kerajaan, dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) selaku pihak pembangkang, kemenangan berpihak kepada Pusat Tamhidi sebagai juara dengan undian juri profesional sebanyak lima berbalas dua. Manakala, Debat Bahasa Inggeris diungguli FPSK selaku pihak pembangkang yang bertemu dengan FSU selaku pihak kerajaan dengan keputusan juri berpihak kepada FPSK sebanyak lima berbalas dua. Kehebatan FPSK tidak dapat disangkal lagi apabila turut mengungguli kategori Bahasa Arab dengan menewaskan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) di peringkat akhir, seterusnya mengangkat FPSK selaku juara keseluruhan Debat Piala Naib Canselor bagi tahun ini. Pendebat terbaik kategori Bahasa Arab, Muhamad Harith Abdul Rani, Tahun 2, FPSK, menyatakan kesyukuran beliau yang tidak terhingga di atas penganugerahan tersebut. “Debat merupakan salah satu medium untuk menyampaikan mesej agama dan insya-Allah saya akan teruskan penglibatan dalam arena ini bagi mengangkat semula imej Islam,” ujar beliau. Menurut Muhammad Alif Haji Md. Salleh, [...]
Mac 2012
100 perwakilan Persatuan dan Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA Berhimpun di USIM
NILAI 23 Mac – Seramai 100 perwakilan Persatuan dan Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas dari 15 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berhimpun di Universiti Sains Islam Malaysia hari ini bersempena dengan Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA “Transformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA”. Turut hadir pada program ini Presiden CUEPACS, Y.Bhg. Dato’ Hj. Omar Osman. Program anjuran Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Institusi Pengajian Tinggi Awam (MASTI) dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ini adalah bertujuan untuk menambah baik sistem tadbir urus dan governan serta menyelaras sistem penyampaian (delivery system) IPTA. Selain itu juga, objektif penganjuran program ini adalah bagi mengukuhkan dan menyebarluaskan jaringan kerjasama (networking) di kalangan Pegawai Tadbir Sektor Pengurusan & Profesional serta Ikhtisas IPTA disamping menyeragamkan prosedur dan proses kerja dalam pengurusan dan pentadbiran. Dalam pada itu, satu memorandum mengandungi saranan penambahbaikan skim perkhidmatan Kumpulan Pegawai Tadbir & Ikhtisas Seluruh IPTA turut diserahkan kepada Y.Bhg. Dato’ Hj. Omar Osman untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan. Memorandum yang mempunyai sembilan cadangan penambahbaikan ini antara lain adalah bertujuan untuk mentransformasikan Skim Perkhidmatan Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh: Khairul Azizi Elias
PERMATA INSAN MENYERLAH DI MINI EKSPO PERMATA JOHOR BHARU 2012
JOHOR BHARU- Akademi PERMATA INSAN sekali lagi berjaya mempertemukan anak-anak genius Muslim dengan masyarakat setempat dalam Mini Ekspo PERMATA 2012 yang telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bharu, pada 9 hingga 11 Mac 2012 baru-baru ini. Mini Ekspo yang terbuka kepada orang ramai, bermula seawal jam 10.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pelbagai aktiviti menarik dipersembahkan oleh anak-anak PERMATA dari setiap booth hinggalah ke persembahan pentas.Sambutan dari para pengunjung sepanjang program berlangsung begitu memberangsangkan. Dalam pada itu, PERMATA Insan turut tidak ketinggalan mempamerkan informasi-informasi bermanfaat seperti ruang Young Scientist, Tajweed & Taranum, Mental Arithmatic, E-Learning : our Virtual School, Fun with English, Exploring Arabic, PERMATA Insan Creativity Station dan History: Successful Islamic Civilization. Lebih membanggakan, Anak-anak PERMATA Insan turut berjaya menarik perhatian pengunjung dengan persembahan pentas yang begitu hebat, seperti Forum Perdana "Menjana Cendekiawan Islam", Syarahan Umum dan “Who Are Smarter Than a Third Grader”, sebuah persembahan yang menguji kecekapan anak-anak PERMATA Insan dalam Mental Arithmatic. Oleh : Akademi Permata Insan
USIM Tubuh IQBraille
SEREMBAN 13 Mac - Institut Quran Braille (IQBraille) telah ditubuhkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan matlamat untuk muncul sebagai sebuah pusat kecemerlangan di universiti tersebut. Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda berkata, IQBraille ditubuhkan atas rasa tanggungjawab USIM dalam memartabatkan pendidikan Islam bagi orang kurang upaya (OKU) terutama kepada mereka yang mengalami masalah penglihatan. "Ini secara tidak langsung akan menggalakkan kerjasama semua pihak dalam melakukan penyelidikan dan perkhidmatan berasaskan tanggungjawab sosial masyarakat," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di sini semalam. MOU itu bertujuan memberi tumpuan kepada penyelidikan dan perkhidmatan kepada OKU Penglihatan dalam bidang pengajian Islam. Ia ditandatangani antara USIM, Persatuan Orang-Orang Cacat Islam Malaysia (PERTIS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada majlis itu juga, USIM menyerahkan naskhah Iqra' versi braille kepada tiga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Penglihatan iaitu SKPK Jalan Batu, Kuala Lumpur, SKPK Princess Elizabeth, Johor dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, SKPK Seremban. Turut hadir, Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali; Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, Profesor Dr. Roslan Abdul Rahman; Yang Dipertua PERTIS, Zakaria Yahya dan Setiausaha Dewan Negara, Parlimen Malaysia, Datuk Zamani Sulaiman yang juga Penasihat PERTIS. Dr. Muhamad berkata, PERTIS merupakan badan yang bertanggungjawab memperkenalkan penulisan al-Quran braille berkomputer, di samping melatih pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM menyampaikan kandungan pengajaran al-Quran dalam bentuk tulisan braille. Sementara itu, kumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM adalah bertanggungjawab menghasilkan Panel al-Quran Braille Elektronik (eBraille al-Quran) bagi memudahkan pembacaan dan pengajaran kitab suci itu. Beliau berkata, kebanyakan tenaga pengajar [...]
USIM, UTM dan PERTIS Bekerjasama Menghasilkan al-Quran Braille Cetak
NILAI 12 Mac — Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Islam Malaysia (PERTIS) bagi menghasilkan al-Quran dalam tulisan braille. Satu memorandum persefahaman mengenainya ditandatangani di sini hari ini yang diwakili oleh Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, Profesor Dr. Roslan Abdul Rahman dan Yang Dipertua PERTIS, Zakaria Yahya. Dr. Muhamad Muda berkata, ketiga-tiga pihak akan menjalankan penyelidikan berdasarkan kepakaran dan pengetahuan masing-masing. Beliau berkata, PERTIS bertanggungjawab memperkenalkan penulisan al-Quran braille berkomputer di Malaysia dan membimbing pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM dalam menyampaikan kandungan pengajaran al-Quran braille. Kerjasama dilakukan dengan UTM kerana melalui kumpulan penyelidiknya dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, telah berjaya menghasilkan produk pertama seumpamanya di dunia iaitu e-Braille al-Quran yang memudahkan pembacaan dan pengajaran al-Quran untuk golongan cacat penglihatan, kata Dr. Muhamad.— BERNAMA
Hujan Rahmat di bumi USIM Semarakkan Sambutan Maulidur Rasul
NILAI 8 Mac- Hujan renyai yang membasahi bumi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak mematahkan semangat kira-kira 3000 warga USIM untuk turut serta dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti yang bermula di Stadium Tunku Najihah menuju ke Stadium Tertutup Nilai seawal jam 8 pagi, semalam. Sebanyak 22 kontinjen yang terdiri daripada kakitangan dan mahasiswa USIM, bersatu padu dalam memeriahkan perarakan dengan membawa sepanduk masing-masing di samping mengenakan pakaian yang seragam bertepatan dengan tema Maal Hijrah 1433 iaitu “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Acara dimulakan dengan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh saudara Mohamad Husaini Mahmur, Mahasiswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) yang juga merupakan ahli kumpulan tarannum, Unit Kesenian Pelajar (UKP). Semua yang hadir dihiburkan oleh kumpulan nasyid Intraksee, kumpulan marhaban dan berzanji serta persembahan sketsa oleh kumpulan teater Akademi Teater Rupawan Asli (ATRA) dari Urusetia Kesenian Pelajar Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM. Menurut amanat yang disampaikan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr.Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor HEPA USIM, beliau menyeru supaya mahasiswa USIM menjadikan Rasulullah sebagai ikon terbaik dalam semua aspek khususnya dalam aspek kepimpinan. “Sambutan Maulidur Rasul merupakan penghormatan dan salah satu cara untuk menzahirkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah bahkan berselawat mampu mendekatkan hati kita dengan baginda Rasulullah”. “Maulidur Rasul yang kita raikan setiap tahun hendaklah dijadikan momentum untuk meningkatkan lagi gerak langkah ke arah cara hidup yang lebih sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah,” ujar beliau dalam majlis tersebut. Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini juga turut mempertandingkan beberapa kategori pertandingan. Bagi kategori pasukan terbaik [...]
DOKTOR PENGHAFAZ AL-QURAN
NILAI 5 Mac – Sebelum ini golongan penghafaz Quran dikenali di kalangan mereka yang berlatar belakang Pendidikan Islam. Tetapi kini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mencetus revolusi dengan melahirkan para penghafaz Quran dari kalangan doktor. Ini terbukti di Majlis Penyampaian Skim Insentif Huffaz Quran (i-Huffaz) kali kedua anjuran Institut Kefahaman Quran dan Sunnah (IQ) dengan kerjasama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), apabila 14 daripada 17 penerima Skim i-Huffaz terdiri daripada pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) USIM. Penyampaian Skim i-Huffaz kali kedua merupakan kesinambungan daripada penganjuran Skim i-Huffaz yang telah diadakan pada tahun 2010. Skim ini merupakan hadiah wang tunai mengikut tiga kategori iaitu juzuk ‘Amma sebanyak RM 500, 15 juzuk RM 2000 dan 30 juzuk RM 3000. Mohamad Najmi Ahmad, pelajar tahun lima FPSK dan Nurul Huda Abd Malik, pelajar tahun tiga FPg merupakan antara 17 pelajar USIM yang menerima Skim ini. Masing-masing menerima RM 3000 dan RM 500 beserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda. Menurut Pengarah IQ, Profesor Madya Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif penganjuran kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan mahasiswa/i dengan penyertaan lebih daripada 150 orang. “Memandangkan penyertaan yang begitu menggalakkan, kami mengambil keputusan untuk mengadakan majlis saringan bagi mengenal pasti calon-calon yang terbaik dan layak untuk ke majlis perujian i-Huffaz”, kata beliau lagi. Sementara itu Mohamad Najmi Ahmad berkata, beliau mula menghafaz al-Quran sejak di bangku sekolah lagi dan pengajian beliau di FPSK banyak membantu beliau [...]
LEBIH 40,000 SERBU ”JOM MASUK U” DI PORT DICKSON
NILAI 5 Mac – Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U yang berakhir semalam mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila lebih dari 40,000 pengunjung hadir ke program tersebut. Karnival anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan diurus setiakan oleh Bahagian Akademik IPTA ini berlansung selama 2 hari di Dataran Seri Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Fokus utama karnival ini adalah untuk menyebarluaskan maklumat tentang dasar dan garis panduan kemasukan ke program-program yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS serta agensi-agensi awam dan swasta yang lain. Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda berkata, penganjuran karnival bagi zon 7 ini dikelola bersama oleh KPT dan USIM, disertai lebih 20 institusi pengajian tinggi (IPT) selain politeknik dan kolej komuniti. "Terdapat lebih 120 gerai pameran dari lebih 20 IPTA, IPTS dan agensi-agensi lain mengambil bahagian” katanya ketika ditemui di karnival itu kelmarin. Sementara itu pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas (SMKA) Negeri Sembilan, Siti Atikah Khairul Anuar berkata program seperti ini membantunya mendapatkan maklumat yang jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian dan kelayakan akademik seseorang pelajar. “Saya berasa sangat teruja kerana ini pertama kali saya berkunjung ke pameran KPTN ini dan ia amat berfaedah dan memberikan manfaat kepada kami sebagai seorang pelajar terutama sekali untuk membuat pilihan ke IPT mengikut kelayakan yang sesuai” Bagi Mohd Azrin Nazri Razali, Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi Melaka, Program Jom Masuk U ini memang bagus kepada pelajar [...]
Februari 2012
150 Masyarakat Orang Asli Lawat USIM
NILAI 27 Feb. - Seramai 150 masyarakat orang asli dari Kampung Langkap Dangi, Jempol, Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat sini baru-baru ini. Menurut Naib Canselor USIM, Y. Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, lawatan masyarakat orang asli ke USIM ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka bagaimana senario kehidupan sebagai pelajar universiti agar dapat menarik minat anak-anak masyarakat orang asli untuk menuntut ilmu hingga ke menara gading. “Lawatan ilmiah ini juga penting kepada mereka sebagai medan untuk membantu golongan masyarakat orang asli dalam menempuh arus pembangunan dan pembentukan jati diri lebih-lebih lagi dalam era globalisasi,” katanya pada majlis pelancaran program lawatan tersebut yang berlangsung di Dewan Kuliah Fakulti, (DKF 1.1) di USIM. Sementara itu, Pengarah Program tersebut, Saudara Muhamad Amir Mat Ghani, pelajar tahun tiga, FKP berkata, salah satu objektif daripada program susulan ini adalah untuk mengeratkan kembali hubungan silaturrahim yang telah terjalin dengan keluarga angkat masing-masing. “Mereka sangat gembira dapat bertemu kami semula di sini dengan suasana yang cukup berbeza,” katanya ketika ditemubual. Program yang berlangsung selama satu hari ini telah diserikan dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor seperti tayangan video korporat USIM, lawatan sekitar fakulti, solat Zohor berjemaah, pertandingan mewarna, anyaman, cabutan bertuah dan persembahan daripada anak angkat. Program anjuran 82 pelajar Tahun 3 Program Da’wah dan Pengurusan Islam itu adalah merupakan program lanjutan daripada Program Khidmat Sosial Masyarakat Orang Asli yang telah diadakan sempena Program Da’wah Tatbiqi pada 8 November 2011 yang lalu di [...]








