Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Februari 2012

USIM Iktiraf Komitmen Sekolah Kluster, Sekolah Angkat USIM

Sebagai penghargaan dan pengiktirafan pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kepada Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM yang telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap program anjuran USIM, satu sesi penyerahan watikah telah diadakan pada 30 Januari yang lalu sebagai simbol pelantikan secara rasmi kepada sekolah-sekolah yang terlibat. Majlis penyerahan ini juga diadakan serentak bersempena dengan Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat bersama Pengetua bagi tahun 2012. Naib Canselor USIM, Y.Bhg Profesor Dato. Dr. Muhamad Muda berkata, antara tujuan utama pendekatan sebegini diwujudkan adalah untuk bekerjasama dengan lebih rapat lagi diantara USIM dan pihak sekolah bukan sahaja dari sudut aspek pembangunan pelajar itu sendiri bahkan juga untuk pembangunan bersama. Beliau menambah lagi semua pihak harus memberikan penekanan dan memastikan usaha ini dapat dijalankan dengan baik dalam memastikan ekosistem Pendidikan Islam yang baik kepada para pelajar dari peringkat sekolah menengah sehingga ke universiti. Sementara itu, Pn. Hajah Aminah Idris, Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang berkata, banyak aktiviti yang boleh melibatkan pihak sekolah di dalam memacu kearah usaha murni ini antaranya penglibatan pelajar sekolah di dalam proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) universiti itu sendiri. “Melalui penglibatan seperti ini, ianya sekaligus dapat memberikan pendedahan terus kepada mereka proses-proses pembelajaran di universiti dan ini sedikit sebanyak sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke menara gading” Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan bagi wakil sekolah kluster pada majlis tersebut. Dalam pada itu, delegasi turut dibawa melawat ke Perputakaan USIM, Kolej Kediaman 1 dan Kompleks Sukan serta meninjau kemudahan-kemudahan yang sedia ada di kampus USIM [...]

852 MENDAFTAR TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013

NILAI – Seramai 852 orang pelajar mendaftar pada Hari Pendaftaran Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Sesi Akademik 2012/2013 yang di adakan di Stadium Tertutup Nilai pada 23 Mei yang lalu. Daripada jumlah itu, seramai 635 adalah pelajar perempuan dan selebihnya 217  adalah pelajar lelaki. Kesemua yang mendaftar ditempatkan di lima program pengajian yang ditawarkan di Pusat Tamhidi USIM dengan pecahan seramai 92 pelajar bagi program Tamhidi Pergigian; 101 pelajar bagi Tamhidi Perubatan dan 193 pelajar bagi program Tamhidi Perakaunan dan Muamalat. Dalam pada itu bagi program Tamhidi Sains dan Teknologi, seramai 337 orang pelajar mendaftar bagi program tersebut manakala 129 orang pelajar  lagi mendaftar bagi program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang. Sesi pendaftaran yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi itu berjalan dengan lancar dan teratur. Sepanjang proses dan sesi pendaftaran berlangsung, pihak universiti turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada para ibu-bapa pelajar secara percuma yang dikendalikan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPG). Proses pendaftaran kemudiannya selesai pada jam 3 petang dan seterusnya diteruskan dengan program Hari Taaruf Pelajar Tamhidi selama 5 hari berikutnya sehingga 27 Mei 2012 dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang telah disediakan khusus kepada para pelajar baru Tamhidi yang mendaftar. Seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia mengalu-alukan kedatangan pelajar baru Tamhidi bagi Sesi Akademik 2012/2013. Oleh: Khairul Azizi Elias Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa

IPT LAHIR PEMIMPIN, BUKAN HANYA TIMBA ILMU

NILAI 31 Jan. –Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan perlu memperluaskan fungsinya sebagai gedung melahirkan tokoh dan pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa depan, bukan sahaja sebagai tempat menimba ilmu. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, usaha tersebut penting bagi memastikan generasi muda masa kini mampu menjadi pewaris dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin bidang pentadbiran, akademik, politik, kepimpinan negara, agama mahupun korporat. “Pembangunan negara memerlukan tokoh yang bijak bukan sahaja tinggi ilmu mereka, tetapi berhemah serta berkeupayaan dalam menghadapi isu termasuk cabaran semasa diperingkat nasional mahupun global”. “Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dengan kepelbagaian dari segi adat, budaya dan kepercayaan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan dan kekuatan jika ia diuruskan dengan baik” titah baginda. Tengku Abdullah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Buku Biografi Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin yang bertajuk Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil Menongkah Arus Meneraju Menara Gading di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini hari ini. Turut Hadir, Abdul Shukor, Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Md. Noor dan pengurusan tertinggi USIM. Titah baginda, tiada negara lain di dunia ini yang boleh dijadikan model negara majmuk selain Malaysia. “Maka tidak hairanlah negara-negara Islam di rantau ini mahupun Asia Barat menjadikan Malaysia sebagai model yang boleh dicontohi dari segi pembangunan ekonomi, sains, teknologi  termasuk identiti keislamannya yang mampu dipertahankan sehingga kini” titah baginda. Justeru, baginda bertitah, IPT [...]

Januari 2012

TUANKU AISHAH ROHANI LAWAT USIM

NILAI 25 Jan. – Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini, berkenan berangkat mencemar duli buat julung kalinya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk lawatan rasmi sempena Pemasyhuran Kebawah Duli Tuanku sebagai Canselor USIM pada 3 Disember 2011 yang lalu. Turut mengiringi bersama Baginda Tuanku pada lawatan tersebut Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz dan Yang Mulia Tunku Dato’ Nazihah bt Tunku Muhammad Rus. Keberangkatan tiba Baginda Tuanku disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Y. Bhg. Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Hj. Md. Noor; Naib Canselor USIM, Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda; Ahli Lembaga Pengarah Universiti; Barisan Pengurusan Tertinggi serta warga USIM. Sejurus tiba, Baginda Tuanku menerima tabik hormat daripada Pasukan PALAPES USIM dan kemudianya dibawa ke Pejabat Canselor sebelum baginda tuanku berangkat ke sesi taklimat universiti yang disampaikan oleh Naib Canselor USIM. Baginda Tuanku kemudian dibawa melawat ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bagi melihat kemudahan Studio Radio dan Studio Televisyen serta Makmal Kaunseling Kanak-kanak yang terdapat di fakulti tersebut. Sepanjang lawatan di FKP, Baginda Tuanku diberikan penerangan ringkas yang disampaikan oleh Prof.Madya Dr. Abd Halim Mohd Husin, Pengarah Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asean dan Cik Suria Hani A. Rahman, Ketua Program Komunikasi. Agenda lawatan Baginda Tuanku seterusnya diteruskan dengan lawatan ke Perpustakaan USIM. Di sana, baginda tuanku dibawa melawat ke pameran jabatan-jabatan dan sekitar perpustakaan. Baginda juga turut dipersembahkan kaedah cara meminjam buku menggunakan “Self Chelk Kiosk” . [...]

Pertandingan Video Platform Mahasiswa Perkasa Bahasa Arab

NILAI 8 Jan.-Penganjuran Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) baru-baru ini dilihat sebagai satu momentum baru dalam melahirkan mahasiswa yang kompeten, progresif dan berdaya saing. Mahasiswa tahun akhir FPBU berjaya membuktikan kredibiliti dan potensi mereka dalam menghasilkan video pelancongan kreatif Bahasa Arab dalam usaha mempromosi tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia. Program ini dilihat sebagai satu usaha murni fakulti dalam merealisasikan kebolehpasaran mahasiswa serta memantapkan keupayaan  mereka dalam menerokai ilmu di luar daripada bidang pengajian. Bertemakan ‘Memartabatkan dan Memperkasa Bahasa Arab Melalui Pelancongan’, program yang dianjurkan oleh mahasiswa tahun empat FPBU melalui kerjasama erat Nadi Thaqafah FPBU ini layak diberi pujian kerana hampir seratus peratus penganjuran program ini dilaksanakan dalam Bahasa Arab. Bermatlamat untuk memantapkan kemahiran berkomunikasi melalui penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan peserta di samping menjadi platform terbaik untuk mempraktikkan ilmu pengajian di dalam kuliah untuk diaplikasi sepanjang sesi pembikinan video diadakan, program ini juga bertujuan mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di samping mencungkil bakat kepimpinan dalam setiap kumpulan dan pengendalian organisasi. Sebanyak sembilan buah kumpulan yang diwakili mahasiswa tahun akhir FPBU telah berentap mempersembahkan kepelbagaian elemen kreatif mereka melalui penghasilan video kumpulan masing-masing berdasarkan konsep dan tema yang pelbagai. Program yang turut mendapat sokongan padu daripada Bahagian  Hal Ehwal Pelajar (BHEP) ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Bhasah Abu Bakar, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Tampil berbeza berbanding kumpulan lain menjadi satu kelebihan apabila para juri bersepakat memilih kumpulan Abaqirah sebagai Johan dalam Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011. Kumpulan Abaqirah [...]

Pelajar Sekolah Sertai Program Selangkah ke USIM

SEREMBAN 3 Jan. - Seramai 30 pelajar sekolah kluster dan sekolah angkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil bahagian dalam Program Selangkah ke USIM baru-baru ini. Program yang dimulakan sejak 2009 bertujuan mendekati dan mempromosikan USIM secara terus kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program selama tiga hari dua malam itu telah diadakan di kampus utama USIM di Nilai dan kampus cawangan di Pandan Indah. Ia melibatkan program khusus seperti taklimat dan lawatan serta program bebas iaitu menjalani kehidupan seharian sebagai pelajar Pusat Tamhidi USIM bersama buddy masing-masing. Seramai 30 orang buddy dilantik di kalangan pelajar cemerlang Pusat Tamhidi bagi memberi suntikan moral kepada pelajar dan peserta. Semasa program tersebut, para peserta menginap di asrama bersama buddy masing-masing untuk membangkitkan suasana kehidupan sebenar seorang pelajar universiti. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program itu antaranya sesi tazkirah dan perkongsian pengalaman bersama buddy, ceramah motivasi dan kerjaya; lawatan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian, candle war dan aktiviti dalam kumpulan. Pengarah Pusat Tamhidi USIM, Dr. Nurlida Basir berkata, Program Selangkah ke USIM kali ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama dan penglibatan para peserta dari sekolah kluster dan sekolah angkat USIM. "Pelbagai aktiviti dan pengisian telah kita jalankan di dalam memberikan pendedahan secara terus kepada para peserta seperti merasai sendiri kehidupan sebagai pelajar Tamhidi di USIM," katanya. Menurutnya, buddy yang ditampilkan terdiri daripada pelajar cemerlang dan ia dapat menjadikan mereka sebagai idola dan inspirasi kepada para peserta. "Diharapkan Program Selangkah ke USIM ini [...]

Disember 2011

UKP LAWAT KLINIK KESIHATAN NILAI TINGKAT PERKHIDMATAN KESIHATAN

NILAI 26 Dis. – Seramai 8 orang kakitangan dari Unit Kesihatan Pelajar (UKP) , Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik  Kesihatan Nilai, dekat sini baru-baru ini. Objektif lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kedua belah pihak di samping menambah baik perkhidmatan kesihatan kepada pelajar. Setelah bangunan induk yang beroperasi di Pekan Nilai terbakar pada April yang lalu, kini Klinik tersebut ditempatkan dan beroperasi sementara di Nilai Square. Klinik  Kesihatan Nilai mempunyai kakitangan seramai 70 orang yang terdiri daripada dua orang pakar perubatan, tiga orang penolong pegawai perubatan, empat orang penolong pegawai farmasi, tiga orang penolong  teknologi  makmal perubatan dan selebihnya terdiri daripada jawatan jururawat pelbagai gred dan pembantu perubatan kesihatan. Hasil daripada lawatan tersebut, antara maklumat yang diperolehi adalah prosedur pendaftaran, perkhidmatan pergigian, perekodan stok ubat, cara penyimpanan ubat dan perkhidmatan makmal terutama dari aspek penyelenggaraan serta operasi mengikut standard ISO. Selain itu, maklumat keperluan peralatan medikal di dalam ambulan dan di bilik  kecemasan juga turut diterangkan dalam membantu UKP memperbaiki kekurangan perkhidmatan yang diberikan mengikut standard ISO. Lawatan selama dua jam ini juga turut diisi dengan perkongsian cara kerja dan aplikasi klinikal tentang rawatan primer. Diharapkan hubungan silaturrahim di antara perkhidmatan kesihatan utama di Nilai dan USIM dapat dimanfaatkan oleh kakitangan UKP demi kebaikan pelanggan utama UKP iaitu para pelajar. Oleh: Rosmaria Autar Unit Kesihatan Pelajar (UKP) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

USIM SEDIAKAN ZON BELAJAR DENGAN WIFI UNTUK MAHASISWA

SEREMBAN 27 Dis. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif untuk menambah kemudahan bagi penuntutnya dengan mewujudkan Zon Belajar 24 Jam yang dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di kampusnya di Nilai baru-baru ini. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkata, zon terletak di Pusat Komersial USIM itu diwujudkan bagi memudahkan penuntut mengulang kaji pelajaran dengan kemudahan Internet berkelajuan tinggi. "Ruang khas atau Zon Belajar 24 Jam ini merupakan cadangan sekumpulan penuntut yang mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) USIM. "Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penuntut yang memberi cadangan bernas seperti ini dan kami amat mengalu-alukan sebarang idea baik yang mampu dimanfaatkan seluruh mahasiswa khususnya ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik," katanya pada majlis pelancaran zon tersebut baru-baru ini. Jelasnya, zon berkenaan yang mampu memuatkan 60 penuntut pada satu masa mula beroperasi pada 4 November lalu. Beliau juga memberitahu kapasiti kelajuan wifi akan ditingkatkan dari 48 megabait sesaat (Mbps) pada waktu ini kepada 100 Mbps. "Pada masa akan datang menerusi peruntukan yang ada, pihak universiti akan menambah bilangan kerusi dan meja serta mewujudkan kios makanan dan minuman ringan bagi memudahkan mahasiswa mengulangkaji pelajaran mereka di sini," ujarnya. Inisiatif tersebut berjaya dilaksanakan setelah beberapa siri perbincangan dijalankan melibatkan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Bahagian Pengajian Pra-Siswazah (BPPS) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sumber- Utusan Malaysia

Roadshow Pendermaan Organ dapat respon positif

NILAI, 15 Dis. - Senario pendermaan organ kini menunjukkan perubahan yang positif di Malaysia. Ini kerana kita dapat lihat daripada peningkatan kesedaran orang ramai terhadap pendermaan organ, serta peningkatan jumlah penderma dan pengikrar pendermaan organ tahun demi tahun, kata Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Kementerian Kesihatan Malaysia,  Tan Sri Lee Lam Thye pada  majlis perasmian pelancaran organ peringkat Negeri Sembilan pada 15 Disember. Menurutnya, dengan adanya kempen-kempen kesedaran pendermaan organ yang dijalankan terutamanya kempen menerusi media, ia telah berjaya meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi negatif masyarakat Malaysia sekaligus memberikan respon yang positif terhadap pendermaan organ. “Saya amat berpuas hati kerana statistik menunjukkan bahawa jumlah pengikrar yang mendaftar bagi tahun ini sahaja sehingga bulan November ialah seramai 25, 719 orang.” “Berdasarkan kepada statistik dari Pusat Sumber Transplan Nasional, golongan berumur 11 hingga 30 tahun merupakan bilangan pengikrar paling ramai iaitu, 103, 611. Ia suatu yang membanggakan apabila kesedaran di kalangan golongan muda yang tampil mendaftar sebagai pengikrar semakin meningkat pada tahun ini,” tambah beliau. Saya mengambil peluang di sini untuk menyeru supaya anda semua mendaftar sebagai penderma bagi mereka yang belum lagi mendaftar, ini kerana saya percaya setiap daripada kita terdiri daripada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap mereka yang amat memerlukan organ baru untuk meneruskan kehidupan, tambahnya lagi sekaligus merasmikan Roadshow Promosi Pendermaan Organ Siri 4/2011 pada tahun ini. “Kami menyediakan sebanyak 13 tempat di setiap pusat perubatan di Negeri Sembilan bagi mereka yang ingin mendaftar atau mengetahui maklumat tentang pendermaan organ,” kata Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri [...]

Tuanku Aishah Rohani Canselor Kedua USIM

PUTRAJAYA, 3 Dis. – Hari ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan lakaran sejarah tercipta pada Majlis Konvokesyen kesembilan dengan berlansungnya Istiadat Pemasyhuran Canselor yang baru sebagai Canselor kedua USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Turut berangkat ke Majlis ini, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Majlis Kovokesyen kali ini dimulai dengan Istiadat Pemasyhuran Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Perisytiharan pelantikan Canselor diumumkan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM mewakili Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Baginda bertitah di dalam ucapanya, sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam merupakan pemangkin kepada umat Islam terutamanya yang berada di rantau Asia Tengah. jaringan hubungan luar bersama negara Islam lain perlu diperkukuhkan supaya hasrat dan cita-cita tersebut terlaksana. "Setelah lebih 10 tahun universiti ini membangun, ia telah menjadi salah satu institusi Islam yang disegani di rantau ini kerana graduan USIM bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah dalam bidang kokurikulum. "Kecemerlangan dalam bidang seperti perbahasan, kesenian dan kebudayaan Islam, sukan dan juga hubungan antarabangsa adalah satu tanda ukur bahawa USIM mampu mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam merealisasikan dasar pendidikan tinggi negara. "Malahan, cendekiawan yang diasah oleh USIM juga mampu mengorak langkah ke peringkat global dan memperkenalkan pendidikan tinggi berasaskan ilmu naqli dan ilmu aqli," titahnya. Konvokesyen pada kali ini menyaksikan [...]

Go to Top