Jun 2010
MASUM 2010 – USIM JADI TUAN RUMAH
Bandar Baru Nilai, 30 Mei 2010 - Edisi Sukan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) Fasa II 2010 telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dimana hampir 5000 peserta dikalangan atlit mahasiswa, pegawai, petugas serta sukarelawan terlibat dalam penganjuran ini. Untuk edisi Sukan MASUM Fasa II pada kali ini, USIM selaku tuan rumah berjaya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila berjaya menggondol tujuh pingat emas yang mana enam daripadanya adalah dalam acara silat ucap Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda, Naib Canselor USIM dalam ucapan aluannya semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan MASUM Fasa II 2010. “Semangat beginilah yang perlu diteruskan oleh semua atlit agar terdapat kesinambungan berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Sukan MASUM pada kali ini juga menyaksikan beberapa peningkatan dari segi kualiti permainan, pencapaian dan pengekalan rekod yang mana ianya merupakan satu pencapaian dan peningkatan yang perlu di beri perhatian agar kualiti sukan setiap atlit lebih meningkat”, tambah beliau lagi. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan MASUM Fasa II 2010 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. “Setiap mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan persaingan terutama dalam bidang sukan kerana bersukan merupakan nilai yang sangat penting dalam interaksi sosial dan menjana semangat berpasukan”, kata YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ketika ditemui pada sidang media Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan MASUM II 2010. Fasa I melibatkan penganjuran di kampus UiTM Arau, perlis dari 15 hingga 20 mei 2010 [...]
Mei 2010
PROFESOR DR MUSA BIN AHMAD TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) BARU USIM
Nilai, 19 Mei 2010 – Dekan Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr. Musa Ahmad dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru bermula 15 Mei 2010. Beliau dilantik menggantikan Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda yang telah dilantik sebagai Naib Canselor USIM pada 1 Disember 2009. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) UKM, M.A (Instrumental & Analytical Science) dan PhD (Optical Chemical Sencor) dari University of Manchester. Penguasaan beliau sebagai ahli akademik dapat dilihat melalui penyelidikan dalam bidang sains dan pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa seperti memenangi pingat emas di International Invention Geneva pada tahun 2005 dan memenangi pingat emas di Ekspo Penyelidikan dan Inovasi UKM. Selain itu, beliau telah dianugerahkan The Royal Society of London & Academy of Science Malaysia Exchange Programme pada tahun 2000 untuk program sebatikal di University of Kent, Canterbury, UK. Beliau juga aktif dalam penglibatan akademik di organisasi-organisasi swasta dan awam dalam penggubalan kurikulum untuk Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. Beliau juga banyak terlibat memberikan ceramah berkaitan penyelidikan dalam dan luar negara antaranya di University of Santa Thomas, Manila, University of Indonesia, Jakarta , Universitas Sumatera Utara, Indonesia dan banyak lagi. Disamping itu, beliau aktif dalam penulisan jurnal dan lebih dari 20 tulisan beliau diterbitkan dalam jurnal antarabangsa. Kepakaran yang dimilikinya membuatkan beliau terlibat secara langsung dalam pembangunan kepakaran penyelidikan sensor kimia dan biosensor Universiti Kebangsaan Malaysia bermula tahun 1995 hingga 2005. Kumpulan penyelidik Sensor Kimia dan biosensor [...]
USIM, ENVO GREEN REKA KIT UJIAN PRODUK HALAL
Bandar Baru Nilai, 4 Mei 2010 – Prinsip halal adalah salah satu perkara yang sangat dititik beratkan dalam pemilihan makanan mengikut syariat Islam. Prinsip halal ini secara umumnya melibatkan dua perkara iaitu bagaimana sesuatu benda itu diperolehi adakah barangan itu sendiri halal dari segi syariat Islam. Dewasa ini isu halal hebat diperkatakan dan banyak kajian telah dibuat mengenainya tetapi kebanyakan masih ragu-ragu dalam untuk digunakan terutamanya bagi kaum muslimin. Kebanyakan mereka kurang menyedari bahawa terdapat bahan haram yang tersembunyi dalam sesetengah makanan yang dimakan oleh mereka. Sejajar dengan objektif itu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan Envo Green Sdn Bhd mengenai penyelidikan produk Porcine Rapid Test Kit atau dipanggil Kit Ujian Khinzir. Melalui kerjasama ini USIM secara tidak langsung menyumbang kepada masyarakat Islam sedunia dalam membangunkan peralatan sains yang boleh memastikan makanan yang diambil adalah selamat dan bebas daripada bahan haram dengan menggunakan kepakaran dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Institut Pengurusan Fatwa Sedunia (INFAD), USIM. Kit Ujian khinzir atau Porcine Rapid Test Kit direka untuk mengesan kewujudan atau kehadiran khinzir dalam masa yang singkat. Ianya mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran tertentu untuk mengendalikannya. Hanya campurkan sedikit air dengan produk yang hendak diuji. Kemudian masukkan Kit Ujian Khinzir ke dalam campuran berkenaan dan tunggu seketika untuk mendapat keputusannya. Implikasi hasil kajian penyelidik USIM ini bukan sahaja untuk kebaikan USIM dan Envo Green, tetapi juga kepada masyarakat samada muslim atau tidak yang mementingkan kandungan makanan [...]
April 2010
USIM, NUTRAMEDICA JALIN KERJASAMA
Bandar Baru Nilai, 27 April 2010 – USIM sangat menekankan pembentukan graduan yang berkualiti dari segi akademik, sosial, spiritual yang boleh menjadi individu yang multifunctional dan produktif untuk bangsa, agama dan negara. Kecemerlangan sesebuah universiti itu bukan sahaja diukur melalui prestasi atau kualiti graduan, tetapi juga penghasilan penyelidikan pensyarah yang dikonferensi dan boleh diguna pakai oleh masyarakat dan industri. Sejajar dengan objektif itu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan Nutramedica Laboratories Sdn Bhd tentang pemindahan teknologi pengekstrakan Anthocyanin dari ubi keledek ungu (Purple Sweetpotato, PSP). Anthocyanin ialah salah satu ‘antioxidant’ yang penting untuk kesihatan dalaman dan luaran bagi memerangi serangan radical bebas (free radicals) yang mengakibatkan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovascular, kanser dan lain lain penyakit moden, juga proses penuaan. Penyelidikan yang telah dijalankan di USIM oleh Prof. Madya Dr Zaiton Hassan dan pasukannya menunjukkan bahawa anthocyanin dari keledek ungu ini memberi warna kemerahan kebiruan yang stabil apabila digunakan pada produk yang diproses menggunakan haba seperti penghasilan minuman dan makanan. Ini berbeza dengan anthocyanin dari sumber tumbuhan lain yang mudah rosak dan bertukar warna dari merah kecoklat apabila di beri perlakuan haba. Pigmen anthocyanin dari keledek ungu ini juga telah didapati mampu meningkatkan aktiviti mengikat radical bebas. Kegunaan pigmen anthocyanin sebagai pewarna asli dalam produk kosmetik telah mula diterokai oleh negara seperti Jepun. Implikasi hasil kajian penyelidik USIM ini bukan sahaja untuk kebaikan USIM dan Nutramedica, tetapi juga kepada petani yang menanam ubi keledek terutamanya ubi keledek ungu. Ubi keledek ungu bukan [...]
5 ANAK MUDA HASILKAN TEMPOYAK SEGERA
Durian merupakan salah satu tanaman buah-buahan yang penting di negara ini. Sebahagian besar pengeluaran durian adalah untuk memenuhi permintaan tempatan dan hanya 0.1% sahaja digunakan untuk pemprosesan. Durian mempunyai potensi untuk diproses, tetapi pemprosesan hanya dilakukan apabila terdapat buah yang berlebihan atau apabila sebahagian buah rosak atau mutunya menurun dan tidak sesuai untuk dijual segar. Pusat Penyelidikan Makanan, MARDI telah menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan durian seperti snek durian, sos tempoyak dan sebagainya. Namun, inovasi kepada durian dalam bentuk serbuk belum ada dipasaran. Malah, permintaan juga tinggi bagi mereka yang ingin ke luar negara namun masih mahu menikmati makanan mereka ala tradisi melayu seperti tempoyak yang ralatnya kerana masalah bau. Kini, masalah itu dapat diatasi dengan terhasilnya serbuk tempoyak yang mudah disediakan dan senang dibawa ke mana sahaja. Hasil daya kreatif dan inovatif 5 anak muda tahun 3 Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Nor Amirah Zulkifli, Siti Noorain Yusoff, Norfasihah Kaanis, Norul Aidah Zakari dan Khairul Muna Abu Bakar menghasilkan tempoyak segera atau diberi nama Tempower. Tempower merupakan serbuk tempoyak yang telah diproses hasil dari pemeraman isi buah durian. Untuk menghasilkan serbuk tempoyak, tempoyak yang telah diperam, diadunkan bersama agen pengikat iaitu Maltodextrin. Tujuannya adalah untuk mengikat air dan tempoyak agar ianya melekat dan tidak terburai. Kemudian adunan tersebut ditambahkan dengan sedikit Carboxymethlcellulose iaitu agen pemekat yang berperanan untuk memekatkan serbuk tempoyak agar kelihatan seperti tempoyak asli. Setelah adunan sebati, ratakan di dalam dulang leper dan dimasukkan ke [...]
KEPIMPINAN TRANSFORMASI BINA BUDAYA KERJA CEMERLANG
Bandar Baru Nilai, 8 April 2010 – “Kepimpinan Transformasi merupakan kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk berubah dengan mencipta wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan perubahan dengan berkesan seterusnya perubahan yang dibawa akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi dikalangan orang bawahannya”, kata Y.Berusaha En. Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pembuka bicara program Bicara Kepimpinan Pragmatis. Membawakan tajuk ‘Kepimpinan Transformasi Dalam Membina Budaya Kerja Cemerlang’ merupakan inisiatif Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM atau dikenali sebagai PRAGMATIS dalam memupuk motivasi yang tinggi dikalangan warga USIM. Menurut beliau Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah tunggak pengurusan Universiti yang berperanan memimpin subordinat, membina dasar dan polisi, keterlibatan dalam tadbir urus serta membuat keputusan. “Pemimpin cemerlang adalah pemimpin yang melebarkan kepimpinan dengan melatih pengganti yang lebih baik daripada dirinya. Usaha membimbing pegawai-pegawai baru oleh pegawai-pegawai senior perlu dijadikan budaya dan tidak menganggap mereka sebagai saingan” kata beliau lagi. Dalam usaha menjadikan USIM sebagai model pengurusan Islam, beliau menekankan bahawa hubungan antara kakitangan akademik, kakitangan Pentadbiran baik dari kumpulan Pengurusan dan Profesional mahupun Sokongan perlu ada simbiosis tanpa dikotomi (pengasingan). “Berlakunya dualisme atau dikotomi dalam sesuatu organisasi itu adalah kerana wujudnya tindakbalas dari segi persepsi, kepercayaan, nilai dan tindakan terhadap kebolehan seseorang atau sesuatu kumpulan” tambah beliau lagi. Memetik petua khas mantan Ketua Pustakawan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini merupakan Pengarah Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti di USIM, Puan Putri Saniah Megat Abd Rahman, “Kecemerlangan seorang pegawai adalah kesan daripada budaya cintakan ilmu, seminar dan bengkel serta galakan menyambung [...]
FPQS BANGUNKAN SISTEM E-MANUSKRIP
Bandar Baru Nilai, 7 April 2010 – Manuskrip merupakan khazanah hebat dan agung di dalam dunia Islam. Kebanyakkan usia dokumen bertulis seperti manuskrip ini melebihi 100 tahun lamanya. Ia menjadi sumber dan bahan rujukan utama kepada tulisan-tulisan baharu di zaman moden hari ini. Di alam melayu, manuskrip merupakan bahan tinggalan bersejarah yang mana membantu generasi hari ini memahami gaya hidup dan nilai kebudayaan yang wujud seantero dunia sebelum ini. Begitu juga manuskrip yang wujud di alam dunia Islam yang mana kebanyakkan tulisan-tulisan tokoh agung Islam menulis didalamnya. Melihat kepada hakikat keistimewaan dan kepentingan manuskrip ini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut cabaran dan saranan Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Muda, Naib Canselor USIM supaya mahasiswa Islam ‘bergerak mengikut masanya’, iaitu membuktikan kepada dunia hari ini bahawa mahasiswa Islam juga tidak ketinggalan dengan arus perkembangan dunia teknologi dan maklumat. Mahasiswa Islam mampu mengembangluaskan pengetahuan ilmu-ilmu lama ini menerusi capaian atas talian (Online) kepada warga USIM khususnya dan masyarakat umumnya. “Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah merupakan roh kepada USIM itu sendiri. Ini kerana Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pedoman kita bersama dalam mengorak langkah kejayaan demi kejayaan di universiti ini. Saya berpandangan pihak fakulti telah mengambil langkah proaktif dengan menawarkan kursus seperti ini. Manakala mahasiswa itu sendiri merupakan perintis dan pelopor kerana mempelajari ilmu ini sehingga berjaya membina laman web e-Manuskrip”, kata Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Muda semasa merasmikan Majlis Pelancaran Laman Web e-Manuskrip anjuran Fakulti Quran dan Sunnah (FPQS) USIM. [...]
PELAJAR FST HASIL 7 PRODUK MAKANAN BARU
Bandar Baru Nilai, 7 April 2010 – 39 Pelajar Tahun 3 kursus Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menunjukkan daya inovasi yang tinggi apabila berjaya menghasilkan tujuh produk makanan baru menggunakan daya kreativiti dan pengetahuan yang dipelajari. Produk makanan yang dihasilkan adalah Mushee-mushee-Kraker cendawan, Cittaya-Coklat dengan campuran buah naga, Cendawan Lekor – Campuran isi ikan dan cendawan, Mushmee – Campuran mee dan cendawan tiram, C-realicious – Cereal bar campuran dari buah-buahan dan kekacang, Tempower-serbuk tempoyak segera dan Taladish-Resepi Kuih Talam segera. “Dengan terhasilnya produk sebegini menunjukkan bahawa pelajar USIM penuh dengan daya kreativiti dan inovasi hasil didikan pensyarah USIM yang mana hasilnya hampir setanding dengan produk di pasaran masakini”, kata Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda semasa merasmikan Hari Pelancaran Produk Baru kali ke-3 anjuran Fakulti Sains dan Teknologi USIM. “Tradisi ini harus menjadi penghayatan kepada semua pelajar diharapkan usaha ini akan berterusan dan meningkatkan kualiti graduan program Bioteknologi Makanan USIM kelak”, tambah beliau lagi. Penghasilan produk baru ini bukan sahaja untuk memenuhi silibus kursus Bioteknologi Makanan, tetapi juga menyahut saranan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda yang amat menekankan budaya inovasi di USIM semasa berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan USIM baru-baru ini. Antara objektif program ini adalah untuk menyediakan platform kepada para pelajar menunjukkan bakat, kebolehan dan kreativiti dalam mencipta produk baru. Setiap produk makanan dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti keunikan, potensi pasaran, persembahan dan kandungan nutrisi. Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan Durianis yang menghasilkan serbuk [...]
Mac 2010
PELAJAR FPQS HASIL TRANSKRIPSI IQRA’ BRAILLE
Jika sebelum ini golongan cacat penglihatan hanya mempunyai bahan bacaan yang terhad, kini mereka dapat mempelbagaikan bahan bacaan mereka terutamanya dalam mempelajari buku-buku berasaskan pendidikan Islam. Atas dasar keprihatinan dan rasa tanggungjawab, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengorak langkah dengan mengambil inisiatif menawarkan subjek Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah yang dikendalikan oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Menurut Puan Noor Najihan Jaafar, Pensyarah FPQS, subjek Aplikasi Braille Dalam Pengajian Quran dan Sunnah ditawarkan kepada semua pelajar USIM yang mengambil kursus Pengajian Al-Quran dan Sunnah dan merupakan subjek wajib fakulti dengan 3 jam kredit selama satu semester. Manakala tenaga pengajar subjek Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah terdiri daripada mereka yang terlatih dan pakar dalam Al-Quran Braille serta mendapat latihan khas yang dikendalikan oleh Peratuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Mengulas cabaran mengajar subjek braille kepada pelajar-pelajar USIM, Puan Noor Najihan berkata, untuk permulaan, para pelajar diperkenalkan dengan perkara asas braille seperti sejarah braille, cara mengendali kertas dan mesin braille serta lain-lain perkara asas. Kemudian barulah mereka diperkenalkan dengan asas huruf braille dalam bahasa melayu, inggeris dan jawi. “Pada mulanya, memang agak sukar mengajar pelajar-pelajar USIM dalam subjek braille kerana mereka tiada pendedahan langsung mengenai subjek braille sebelum ini. Tetapi disebabkan tertarik dan berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru, mereka gigih dan belajar bersungguh-sungguh sehingga mampu menaip huruf braille tanpa melihat nota braille atau dikenali dengan istilah sifir”. “Penting sekali pelajar menghafal kod braille untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya mereka mampu menghafal kod braille, [...]
FSU RANGKUL JOHAN KESELURUHAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR DUA TAHUN BERTURUT-TURUT
Bandar Baru Nilai, 13 Mac 2010 - Bermotokan “Membina Pewaris Legasi Gemilang”, Kelab Debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2010 yang berlangsung pada 5 hingga 13 Mac 2010. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini telah berlangsung di bangunan Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Kejohanan pada kali ini mendapat penyertaan penuh daripada 8 fakulti termasuk Pusat Tamhidi (Matrikulasi). Fakulti Syariah dan Undang-Undang telah dinobatkan sebagai pemenang Piala Pusingan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM. Ini bermakna, FSU sekali lagi berjaya mempertahankan Piala Pusingan Naib Canselor yang dimenangi oleh mereka pada tahun lalu daripada dirampas oleh fakulti lain yang bertanding. Bagi kategori Debat Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah menewaskan Fakulti Syariah dan Undang-Undang yang sekadar berpuas hati sebagai Naib Johan. Johan berjaya membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil manakala Naib Johan membawa pulang Piala Iringan dan Sijil. Manakala Kategori Bahasa Inggeris pula Pusat Tamhidi membuktikan kebolehan mereka berbanding pasukan senior dengan menewaskan pasukan daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Bagi Kategori Bahasa Melayu pula, Fakulti Syariah dan Undang-Undang terpaksa berpuas hati bergelar Naib Johan selepas gagal menyerlah daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan selaku Johan. Saudara Izzudeen Ayub daripada FPSK telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik. Dalam mencapai objektifnya untuk mencungkil bakat dan membina barisan pelapis pendebat yang mantap, Kelab Debat telah melakukan transformasi dalam konsep pelaksanaannya. Dalam kejohanan pada kali ini, Kelab Debat telah menubuhkan Akademi Debat yang dikendalikan oleh Unit Debat Bahasa Melayu, Inggeris [...]









