Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2010

PERMATA INSAN USIM LAHIR TEKNOKRAT ISLAM

Bandar Baru Nilai, 12 Mac 2010 - Pepatah melayu ada mengungkapkan “Melentur Buluh biar dari rebungnya” sekaligus mengingatkan kita betapa pentingnya untuk mendidik kanak-kanak sebagai khazanah modal insan tidak ternilai. Idea bernas Datin Seri Rosmah Mansor memperkenalkan Pusat Permata Negara memberi anjakan paradigma dalam pembangunan minda kelas pertama masyarakat Malaysia di atas slogan “Setiap Anak Permata Negera”. Demi menyahut seruan kerajaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Permata Insan yang kini beroperasi di aras dua Bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Jawatankuasa Program Permata Insan ini merangkumi jawatankuasa promosi, pembangunan USIM-1 dan pembangunan Kurikulum. Ahli jawatankuasa ini melibatkan kakitangan akademik dari pelbagai fakulti. Program Permata Insan ini bermula apabila pihak USIM bersetuju menerima tawaran dari Kerajaan untuk melaksanakan program ini. Justeru itu pihak Universiti telah memberikan kepercayaan kepada pakar-pakar dalam pelbagai bidang berkaitan melibatkan kakitangan akademik, pengurusan dan professional, serta sokongan. Ianya merupakan kolaborasi menyeluruh universiti dan mendapat sokongan padu daripada pengurusan tertinggi. Program ini merupakan kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam usaha membimbing golongan pelajar pintar menguasai ilmu agama dan keduniaan serta menghasilkan bakal ilmuan dan pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Program ini melibatkan kanak-kanak yang berusia lapan tahun hingga 18 tahun. USIM bersama-sama dengan JAKIM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terlibat dalam merancang dan menggubal modul program yang menekankan pendidikan ilmu wahyu disamping membimbing golongan pelajar pintar itu memcapai cita-cita mereka. Pusat Permata Insan USIM telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah [...]

MIMBAR ILQA’ USIM BERI PELUANG MAHASISWA BERSUARA

Bandar Baru Nilai, 4 Mac 2010 -  Saranan dari Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Saifuddin Abdullah untuk menghidupkan semula sudut pidato di setiap universiti disambut positif oleh semua pihak termasuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). “Ia merupakan langkah USIM dalam usaha membina mahasiswa yang holistik dan berdaya gaji tinggi yang merupakan KRA USIM yang utama”, kata Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad bin Muda. Menurut Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, pelancaran Mimbar Ilqa’ ini bukan gimik semata-mata untuk menyahut seruan kerajaan bagi memberi ruang pelajar menyuarakan pandangan dan idea secara kritis dan membina, malahan untuk menyemarakkan dan mengembalikan kegemilangan suasana kemahasiswaan di IPT. “Dengan adanya sudut pidato di USIM, suasana di kampus akan menjadi lebih segar dan pelajar akan menjadi lebih matang dalam melontarkan idea dan buah fikiran”, tambah beliau lagi semasa melancarkan sudut pidato atau ‘Mimbar Ilqa’ di USIM baru-baru ini. Katanya, mahasiswa perlu bersikap rasional dan bukannya emosional dalam menyuarakan pandangan dan idea. Mahasiswa seharusnya berfikiran matang dan segala hujahan yang dilontarkan memberi kebaikan kepada semua pihak. “isu-isu yang dibangkitkan perlu mempunyai intipati kepada masyarakat dan bukannya retorik semata-mata. Sebagai seorang mahasiswa, isu yang disentuh harus berkaitan dengan isu-isu global pada masa kini seperti sosial, perkembangan teknologi, ekonomi dan sebagainya”. “Saya berharap agar sudut pidato ini dipenuhi dengan ucapan-ucapan pidato yang bernas dan tidak disalah guna sebagai medan untuk membuat kritikan dan tuduhan yang tidak berasas kepada mana-mana pihak”, katanya lagi. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ [...]

KURSUS PENGELOLA JEMAAH HAJI MANTAPKAN KHIDMAT PELANGGAN

Bandar Baru Nilai, 23 Februari 2010 - Seramai 39 peserta telah menyertai Kursus Sijil Pengurusan Haji Petugas Pengelola Jemaah Haji (PJH) Modul 2 anjuran bersama Lembaga Tabung Haji dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kursus ini telah diadakan selama seminggu bermula 17 hingga 23 Februari 2010. Ianya merupakan kesinambungan kursus modul 1 yang telah diadakan pada bulan ogos tahun lepas. Sebanyak 22 agensi yang mengelolakan jemaah haji menyertai kursus ini. Antaranya Alif Travel & Tours Sdn Bhd, FELDA Travel Sdn Bhd, Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd, Ash Har Travel & Tours Sdn Bhd, Rayhar Travels Sdn Bhd dan Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd. “Inisiatif Lembaga Tabung Haji berganding bahu bersama USIM dalam mengelolakan kursus ini sangat dihargai dan diharapkan usaha ini berterusan dalam memantapkan pengurusan  jemaah haji yang lebih baik pada masa akan datang”, ucap Y.Bhg. Prof. Dr. Baharom Sanugi, Dekan Penyelidikan dan Inovasi mewakili Naib Canselor USIM di Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Sijil Pengurusan Haji Petugas Pengelola Jemaah Haji di sini hari ini. Beliau turut menambah, walaupun dengan bajet yang terhad, Lembaga Tabung Haji tetap komited dalam membangunkan modal insan dengan menggunakan segala kemudahan yang disediakan tanpa perlu membazir. Objektif program ini adalah untuk menjelaskan dasar pengendalian jemaah haji secara TH-Swasta di samping meningkatkan kefahaman petugas berkenaan pengurusan haji di tanah air dan tanah suci yang berkaitan dengan Pengelola Jemaah Haji. Kursus ini juga memberi kefahaman tentang kepentingan dan peranan khidmat pelanggan dalam menyumbang ke arah kejayaan dan meningkatkan keyakinan diri petugas untuk menjalankan tugas [...]

Februari 2010

10,000 KUNJUNGI KARNIVAL ‘JOM MASUK U’

Bandar Baru Nilai, 7 Februari 2010 – 10,000 pengunjung membanjiri Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan untuk menyertai Karnival Pengajian Tinggi Negara atau lebih dikenali sebagai Karnival Jom Masuk U 2010 Zon 4 meliputi Negeri Sembilan dan Melaka. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 6 dan 7 Februari 2010 dari jam 9 pagi hingga 6 petang mendapat sambutan luar biasa daripada pelajar-pelajar sekolah termasuk calon PMR, SPM, STPM, STAM, ibu bapa, guru-guru, kaunselor dan masyarakat setempat yang turut sama memeriahkan karnival ini. Program ini dianjurkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan telah sampai di zon 4 selepas menjelajah tiga buah negeri iaitu Johor, Selangor dan Sabah. Selepas ini Karnival Jom Masuk U akan terbang ke Sarawak yang akan berlangsung di Permata Exhibition Centre pada 20 hingga 21 Februari 2010. Sebanyak 104 booth pameran mengambil bahagian yang terdiri daripada 20 IPTA, IPTS, Agensi Kerajaan seperti Perbadanan Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Instiusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan banyak lagi. Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkesempatan meluangkan masa melawat booth pameran karnival berkata “penganjuran karnival seperti ini memberi impak yang positif dalam memberi motivasi dan menambah minat pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat IPT”. “Selain mendapat maklumat terkini tentang kemasukan ke IPT, pengunjung juga dapat mendapat informasi terus mengenai kursus, program, penajaan  dan khidmat nasihat daripada urusetia IPT dan Agensi kerajaan yang terlibat”, katanya. Disamping itu juga, sebanyak 113 sekolah sekitar Negeri Sembilan dan Melaka terlibat dalam program taklimat pelajar yang disampaikan oleh [...]

PELANCARAN BUKU MELAKAR JEJAK-BIOGRAFI MOHD YUSOF NOOR

Kuala Lumpur, 5 Februari 2010 - Buat julung-julung kalinya penerbitan biografi Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor dibukukan dan dilancarkan pada 5 Februari 2010 bertempat di Dewan Perdana Felda. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Dalam ucapannya, YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim melahirkan rasa bangga terhadap Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor dan melabelkannya sebagai tokoh yang sentiasa berpandangan jauh dan mempunyai wawasan serta daya optimisme yang tinggi. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam pentas politik dan banyak pembaharuan yang telah dilakukan mewarnai wajah Malaysia kini. Antaranya adalah seperti penubuhan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan idea mewujudkan dan mencipta Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan Lagu Maal Hijrah. Peranan beliau dalam mengukuhkan identiti Islam serta penubuhan Planetarium Kuala Lumpur merupakan jasa dan sumbangan beliau yang akan terus tercatat dalam rakaman sejarah pembangunan Malaysia. Mendapat pendidikan awal dalam Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaysia dan mengambil Diploma Kepakaran Pendidikan Universiti ‘Ain Shams. Kemudian menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Al-Azhar dan seterusnya ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Falsafah, Universiti Kaherah, Mesir. Kejayaan beliau membangunkan FELDA dalam bidang korporat telah membuktikan bagaimana beliau mampu membina empayar perniagaan untuk masyarakat FELDA yang pada masa dahulu dipinggirkan dan kini bertukar menjadi hamparan sawit yang penuh dengan limpahan rahmat dan rezeki orang FELDA. Sejajar dengan dirinya yang menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sumbangan dalam bidang keagamaan diteruskan menerusi akademik bagi melahirkan [...]

PERMATA INSAN USIM DIIKTIRAF PERINGKAT ANTARABANGSA

Bandar Baru Nilai 22 Disember 2010 - Demi melahirkan ilmuwan Islam agung yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah pada masa hadapan, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri menterjemahkan hasrat murninya itu dalam Program Permata Insan yang telah memulakan sesi perkhemahannya yang pertama pada 11 dan akan berakhir pada 24 Disember 2010 di kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bermotokan ‘Menjana Cendekiawan Islam,’ beliau menganggap usaha ini sebagai satu langkah yang proaktif bagi membentuk generasi yang celik ilmu duniawi dan ukhrawi, di samping dapat mengembalikan zaman kegemilangan ulama-ulama silam. Bersempena dengan sesi perkhemahan ini, Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut mengadakan lawatan kerja ke USIM pada 22 Disember 2010 bagi memberi galakan dan sokongan kepada  anak-anak yang menyertai kem perkhemahan Permata Insan. Menurut beliau, seramai 9000 pelajar berusia 8 tahun dari seluruh Malaysia telah menduduki Ujian UKM 1 dan seramai 390 orang telah layak ke saringan UKM 2. Hasil daripada proses saringan ketiga dan keempat, hanya 50 orang pelajar yang layak terpilih menyertai perkhemahan PERMATA Insan di USIM. Tetapi di saat akhir hanya 48 pelajar sahaja yang menyertai memandangkan 2 orang pelajar terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Program PERMATA Insan ini merupakan program yang berbentuk ‘nurturing’ dan pembelajaran yang berterusan. Selain belajar Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai asas, anak-anak ini juga diajar meneroka bidang ilmu seperti sains dan teknologi, Mental Arithmetic, kemahiran berkomunikasi menulis dengan baik serta berfikiran kritis dan kreatif. Memandangkan program ini adalah secara berterusan, anak-anak ini telah dibekalkan dengan notebook dan [...]

USIM GONDOL NAIB JOHAN DEBAT IKIM TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

Kuala Lumpur, 12 Februari 2010 -  “Kalah dalam sesuatu perjuangan bukan bermakna kita gagal, tetapi kita belum menang”, ungkap Saudari Ummu Umairah Azahari, pelajar tahun 4 jurusan Syariah dan Undang-Undang selaku pendebat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Berjaya menyandang Naib Johan dalam Pertandingan Debat Kefahaman Islam antara Institusi Pengajian Tinggi kali ke-7 anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), pasukan pendebat USIM akur dengan keputusan juri dan meletakkan ia sebagai cabaran untuk maju di masa hadapan. USIM telah menyandang Naib johan selama tiga tahun berturut-turut termasuk pada kali ini. Menurut Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli, walaupun hanya berjaya mendapat naib johan, ianya tidak mematahkan semangat untuk terus berusaha dan menerima dengan hati yang terbuka. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjuarai pertandingan ini dan berjaya membawa pulang RM 15,000, Geran berjumlah RM 10,000 untuk Kelab Debat, buku-buku terbitan IKIM, Piala Pusingan dan sijil penyertaan. Manakala para pendebat USIM menerima RM 10,000, buku-buku terbitan IKIM dan sijil penyertaan. USIM membariskan empat pendebat utama iaitu Ummu Umairah Azahari, Mohd Ikhwan Mohd Rosseli, Mohammad Azri Naim Mohd Kamal dan Mohd Ridhuwan Remly. Selaku pihak pencadang, USIM berhujah diatas tajuk “ Daya Cipta Dipupuk Bukan Semulajadi”. Berlandaskan hujah-hujah, pasukan pendebat USIM membuat rumusan bahawa daya cipta perlu dipupuk, dibudayakan dan diterapkan untuk menghasilkan satu inovasi yang kreatif. Manakala selaku pihak pembangkang, UIAM tegar mencantas segala hujah-hujah pendebat USIM dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa daya cipta adalah ilmu yang dianugerahkan dan datang secara semulajadi. Pertandingan Debat Kefahaman Islam antara Institusi Pengajian Tinggi kali ke-7 bermula pada [...]

MAHASISWA MENYOKONG 1 MALAYSIA MEMERANGI DADAH

Bandar Baru Nilai, 19 Februari 2010 – Tema “1 Malaysia Memerangi Dadah” dipilih bersempena dengan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2010 sangat signifikan dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk membanteras dadah menjelang 2015. Tarikh 19 Februari adalah tarikh keramat yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memperingati akan tanggungjawab dan peranan rakyat Malaysia untuk memerangi dadah. Bagi menyahut semangat “1 Malaysia memerangi dadah”, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil langkah proaktif menganjurkan Forum Kebangsaan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah 2010 atau PREVENT 10.  Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 18 hingga 20 Februari 2010 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia telah menghimpunkan 300 orang pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Program yang sudah masuk tahun ke 3 penganjuran menggariskan beberapa objektif iaitu untuk Membincangkan strategi dan pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh mahasiswa IPT dalam menyelamatkan generasi baru dan ahli masyarakat  Malaysia dari gejala dadah. Selain itu juga program ini dapat meningkatkan kesedaran di kalangan warga IPT mengenai bahaya dadah dan kepentingan pencegahan penyalahgunaan dadah agar mereka bersama-sama mengambil tanggungjawab dan mengupayakan diri dalam pencegahan dadah. Menurut Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan), Datuk Ahmad Fuad Bin Ab. Aziz, kerjasama dan komitmen daripada semua lapisan masyarakat terutama masyarakat mahasiswa, hasrat Kerajaan untuk mewujudkan IPTA bebas dadah dadah dan negara bebas dadah menjelang tahun 2015,  akan dapat direalisasikan sekali gus secara tidak langsung menyumbang ke arah  pencapaian  Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) [...]

MPP USIM 2009/2010 JANJI BERI KHIDMAT TERBAIK

Bandar Baru Nilai, 9 Februari 2010 – Bertunjangkan frasa ‘Memacu ke Arah Mahasiswa Holistik, Dinamik dan Matang” menjadi visi utama barisan kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk sesi 2009/2010 yang terkandung dalam ucapan dasar YDP MPP dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPP USIM. Berpaksikan kepada slogan MPP “Synergic, Responsive, Concern”, MPP USIM pada sesi kali ini telah menggariskan 4 misi utama dalam menterjemahkan teras kepimpinan mereka. Misi tersebut meliputi Kecemerlangan Ilmu dan Pembangunan Sahsiah Diri, Cakna Kebajikan Mahasiswa, Kepimpinan Melalui Teladan dan budaya inovasi dan Pengantarabangsaan. Menurut Yang Dipertua MPP USIM Sesi 2009/2010, Saudara Muhammad Hilmi Juhari, bagi memastikan kecemerlangan ilmu dan pembangunan sahsiah diri dapat dihayati oleh mahasiswa USIM, MPP USIM komited menekankan budaya ilmu dalam membantu pihak universiti untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang secara holistik. “Justeru, kami berhasrat untuk membudayakan intelektual mahasiswa USIM melalui seminar, konvensyen, diskusi ilmiah dan sebagainya agar dapat membuka kerangka pemikiran mahasiswa USIM ke arah mendepani isu semasa”, kata Muhammad Hilmi sewaktu menyampaikan ucapan dasar Yang Dipertua sempena Majlis Penyampaian Watikah MPP USIM sesi 2009/2010 di sini hari ini. Dalam usaha untuk membudayakan Inovasi dan Pengantarabangsaan, barisan kepimpinan USIM tekad menyahut hasrat dan seruan kerajaan untuk memastikan peranan utama mahasiswa dalam melahirkan idea yang kreatif dan kritis dalam mencipta inovasi baru. “Cabaran pengurangan bajet bukanlah menjadi halangan dan kekangan untuk kita melaksanakan misi inovasi dan pengantarabangsaan untuk terus maju ke hadapan”, tambah beliau lagi. Muhammad Hilmi tidak meletakkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua MPP sebagai satu keistimewaan. Sebaliknya beliau [...]

Januari 2010

KEMPEN KESEDARAN KANSER PAYUDARA DAPAT SAMBUTAN

Bandar Baru Nilai, 20 Januari 2010 – Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Yayasan Pink Ribbon Deeds (PRIDE) yang diadakan di Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat sambutan yang menggalakkan. Program ini merupakan anjuran PRIDE dengan kerjasama USIM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Penasihat Yayasan PRIDE, Puan Nasirah Aris berkata kempen sehari itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bahaya kanser payu dara kepada semua golongan terutama wanita. Beliau berkata, PRIDE memberi tumpuan dan tunjuk ajar yang lebih kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) melalui pemeriksaan payudara sendiri kerana ingin memberi kesedaran bahawa kanser payudara tidak mengenal usia samada tua ataupun muda. “Justeru itu, pentingnya rawatan dan pencegahan awal melalui pemeriksaan sendiri. Diingatkan juga kepada golongan lelaki bahawa mereka juga berisiko mendapat kanser payu dara walaupun bilangannya sedikit berbanding golongan wanita”, katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut. Menurut Puan Nasirah Aris, kempen ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh PRIDE bagi tahun 2009/2010. Selain itu pelbagai program lain seperti ‘Sale with PRIDE’, ‘Climb with Pride’ dan pelbagai lagi aktiviti dirancang untuk pesakit kanser payudara. Hampir 500 pelajar IPTA dan IPTS menghadiri kempen ini. Antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Kejururawatan Murni dan Kolej Komuniti Jelebu. Antara pengisian program ini adalah Ceramah Kesedaran Kanser Payudara oleh Dr. Siti Rokiah Kamarudin, Pakar Perubatan Keluarga LPPKN, Negeri Sembilan dan ceramah pemakanan sihat oleh Puan Nor Zariah Yusof, Pegawai Dietitik, Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Turut diadakan saringan kesihatan percuma seperti pemeriksaan BMI dan tekanan darah, [...]

Go to Top