Mac 2025
Ramadan di Negara Matahari Terbit: Perjalanan Lima Pelajar USIM dalam Misi Dakwah
JEPUN – Lima pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberikan peluang istimewa untuk menjalani latihan industri (LI) di Jepun sambil menggalas amanah sebagai imam solat tarawih sepanjang bulan Ramadan. Pengalaman berharga ini bukan sahaja membolehkan mereka mengasah ilmu dan kemahiran, tetapi juga memperkukuhkan dakwah Islam di negara yang semakin berkembang komuniti Muslimnya. Kelima-lima pelajar ini merupakan pelajar dalam bidang Pengajian Qiraat di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM. Mereka tiba di Jepun pada 27 Februari 2025 dan akan menjalani LI sehingga pertengahan April 2025. Sepanjang tempoh tersebut, mereka ditugaskan sebagai imam di beberapa masjid utama sekitar Osaka serta menyertai pelbagai program komuniti anjuran masyarakat Islam tempatan. Bagi Muhammad Aidel Mohd Yassin, 24, peluang ini adalah pengalaman yang amat berharga dalam usaha menimba ilmu dan menyebarkan syiar Islam. "Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang ini. Selain menjadi imam solat tarawih, saya turut menyampaikan tazkirah dan membantu mengimarahkan masjid. Ini adalah tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan penuh amanah," katanya. Sementara itu, Afif Syahmi Azman mengakui berasa teruja dan gementar apabila dipilih untuk memimpin solat tarawih di Jepun. "Ini kali pertama saya menyambut Ramadan di luar negara. Saya perlu bersedia dari segi fizikal, mental, dan spiritual. Lebih penting, saya mahu memastikan masyarakat Islam di sini merasai kehangatan suasana Ramadan seperti di negara-negara Islam," jelasnya. Afif dan Aidel menjalani LI di Masjid Shiga, Higashiyagura, Kusatsu, manakala Anas Azmi dan Wan Muhammad Amiruddin Wan Othman pula ditempatkan di Jepun Da’wah Centre, Osaka. Mereka mengakui bahawa bertugas sebagai imam di luar negara adalah cabaran [...]
Dari Kota Bharu Ke Auckland: Pelajar Usim Jadi Imam Terawih Di New Zealand
AUCKLAND, NEW ZEALAND – Dalam menjejak usia 24 tahun, Muhammad Hanif Zakaria, pelajar Fakulti Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah mencipta sejarah tersendiri apabila diberi kepercayaan menjadi imam solat Terawih di sebuah masjid "Manukau Islamic Youth Centre" di Auckland, New Zealand. Beliau berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke bumi New Zealand pada 26 Februari baru-baru ini. Pemuda kelahiran Kelantan ini, yang mengikuti pengajian dalam program Qiraat, menyifatkan pemilihannya sebagai satu kejutan kerana persaingan yang sengit dalam sesi temuduga. “Saya terkejut tetapi sangat bersyukur. Ini peluang keemasan, sekali seumur hidup,” katanya ketika dihubungi. Berbekalkan keazaman dan semangat tinggi, Hanif memulakan tugasnya sebagai imam Terawih bermula 2 hingga 26 Mac. Selain memimpin solat, beliau turut mengajar Al-Quran kepada jemaah setempat, menjadikan pengalamannya di bumi Auckland lebih bermakna. Bertugas di negara asing bukan sesuatu yang mudah. Hanif perlu memastikan hafazannya lancar bagi memimpin solat dengan sempurna. Selain itu, beliau turut menguruskan keperluan dokumentasi seperti visa dan pasport, memandangkan kemasukan ke New Zealand mempunyai syarat ketat. “Saya juga mempraktikkan bertutur dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan komunikasi di sana,” katanya. Menariknya, ini merupakan pengalaman pertamanya di pentas antarabangsa, menjadikan tanggungjawab ini lebih mencabar namun penuh dengan pelajaran berharga. Sebagai wakil pertama USIM yang berkhidmat di New Zealand, Hanif berharap penglibatannya menjadi pembuka jalan kepada pelajar lain pada masa akan datang. “Saya mahu menjadi perintis. Semoga selepas ini lebih ramai pelajar USIM dapat berkhidmat di sini dan kerjasama antara USIM dan masjid di New Zealand dapat diteruskan,” ujarnya lagi. Dalam pada [...]
Februari 2025
USIM perkukuh jaringan antarabangsa, tandatangani lima MoU dengan Universiti Uzbekistan
TANJUNG MALIM – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh jaringan akademiknya di peringkat antarabangsa dengan menandatangani lima Memorandum Persefahaman (MoU) dengan universiti terkemuka di Uzbekistan. Majlis pertukaran MoU ini berlangsung sempena 1st Malaysia-Uzbekistan Higher Education Forum and Showcase yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 4 Februari 2025 baru-baru ini. Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani menyatakan bahawa kolaborasi ini membuka lebih banyak peluang dalam bidang akademik, penyelidikan serta pertukaran pelajar dan pensyarah. "MoU ini adalah satu langkah strategik dalam memperkasakan kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan, khususnya dalam bidang pendidikan tinggi. Ia juga sejajar dengan aspirasi USIM untuk menjadi universiti global yang berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli," katanya. Antara institusi Uzbekistan yang terlibat dalam perjanjian dengan USIM ialah Tashkent University of Architecture and Civil Engineering (TUACE), Urgench State University (USU), Silk Road International Research Institute, Tashkent State University of Law (TSUL), dan International Islamic Academy of Uzbekistan (IIAU) yang mewujudkan kerjasama pertukaran pelajar dan staf, penyelidikan bersama, pembangunan akademik, serta seminar dan penerbitan ilmiah. Selain menandatangani MoU, USIM turut memainkan peranan utama dalam forum tersebut dengan pembentangan oleh Naib Canselor, Professor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, bertajuk Islamic Banking in the Era of Fintech. Forum ini juga menyaksikan penglibatan lebih 25 Rektor universiti dari Uzbekistan serta wakil institusi pendidikan tinggi Malaysia. Menurut beliau, kerjasama ini bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan akademik tetapi juga membuka peluang lebih luas kepada penyelidik, pensyarah dan pelajar untuk meneroka [...]
Simuniaga: Pendekatan Inovatif dalam Pembelajaran Perakaunan dan Implikasinya terhadap Masyarakat
Pengenalan Perubahan pesat dalam teknologi, globalisasi, dan transformasi digital menuntut sistem pendidikan yang lebih dinamik dan responsif terhadap perkembangan industri. Oleh itu, pendekatan pembelajaran yang lebih praktikal dan inovatif amat diperlukan bagi memastikan pelajar bukan sahaja menguasai teori tetapi juga mampu mengaplikasikannya dalam situasi sebenar, di mana ianya perlu bergerak seiring dengan keperluan industri serta kemahiran praktikal. Sebagai salah satu usaha ke arah pendidikan yang lebih berorientasikan amali, tenaga pengajar Program Tamhidi Perakaunan dan Muamalat telah memperkenalkan Projek Simuniaga. Melalui simulasi ini, pelajar bukan sahaja berpeluang memahami konsep asas perakaunan dengan lebih mendalam tetapi juga memperoleh kemahiran insaniah seperti penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, dan pengurusan risiko. Pendekatan Inovatif: Simulasi Perniagaan melalui Simuniaga Kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan boleh menjadi cabaran besar kepada pelajar IPTA yang ingin membuka perniagaan tetapi tiada asas perakaunan. Tanpa pemahaman yang kukuh tentang perakaunan dan aliran tunai, perniagaan mereka berisiko mengalami masalah kewangan dan kegagalan awal. Oleh itu, diperlukan pendekatan pembelajaran yang lebih praktikal dan holistik bagi membekalkan pelajar dengan kemahiran sebenar dalam bidang ini. Seterusnya dapat menyediakan pelajar yang mampu memahami konsep transaksi kewangan, penyediaan laporan kewangan, dan analisis prestasi syarikat. Menyedari cabaran ini, Simuniaga diperkenalkan sebagai sebuah projek inovatif yang membolehkan pelajar mengalami sendiri proses pengurusan kewangan dalam perniagaan melalui simulasi syarikat. Kaedah ini membolehkan mereka: Menubuhkan syarikat simulasi dengan latar belakang industri tertentu. Melakukan transaksi perniagaan sebenar dalam tempoh tiga bulan. Menggunakan dokumen sebenar dalam penyediaan rekod kewangan. Membuat perkiraan perakaunan menggunakan sistem inventori berkala. Menyediakan laporan kewangan [...]
Daging Kultur: Cabaran, Peluang dan Masa Depan dalam Industri Halal
Daging kultur atau dalam istilah lainnya daging hasilan makmal merujuk kepada daging yang dihasilkan di luar dari badan haiwan yang asal di dalam persekitaran yang terkawal. Secara amnya daging yang dihasilkan ini adalah sama dari segi rupa, rasa dan kandungan nutrisi seperti daging yang asal walaupun ianya dihasilkan di dalam makmal. Dalam konteks Malaysia dan global, daging kultur dikatakan mampu menjadi alternatif dan solusi kepada isu seperti kelestarian sumber makanan dan alam sekitar kerana proses penghasilannya yang efisyen tanpa memerlukan ruang yang besar seperti kaedah penternakan haiwan tradisional serta bersih daripada penghasilan buangan atau sisa haiwan. Ini secara langsung dapat mengurangkan jejak karbon yang menjadi salah satu punca peningkat gas rumah hijau. Penghasilan daging kultur pada skala industri menggunakan bioreaktor pula mampu menghasilkan hampir setengah tan daging sekaligus memenuhi permintaan pengguna. Sebagai sebuah negara majoriti Muslim, aspek halal adalah sangat penting serta perlu diperhalusi dalam perkembangan daging kultur. Sebagai contoh, daging kultur boleh dihasilkan daripada sel haiwan yang tidak disembelih. Perkara ini boleh menjadi penyebab daging kultur itu menjadi tidak halal. Walaubagaimanapun, isu kehalalan daging kultur masih menjadi kajian dan terbuka kepada perdebatan serta perbincangan antara ulamak dan saintis. Cabaran dalam penentuan status halal daging kultur bergantung kepada beberapa faktor antaranya dari sudut medium pertumbuhannya. Sebagai contoh penggunaan serum yang merupakan salah satu komponen emparan darah. Ianya diperlukan dalam pertumbuhan daging kultur dan penggunaannya mempengaruhi status kehalalan daging kultur. Dari sudut lain, industri daging kultur sedang meneroka alternatif baharu bagi menggantikan serum dalam media pertumbuhannya [...]
USIM Lancar Iqra’ Centre for Ummah, Pusat Kecemerlangan Quran untuk Masyarakat Sempena Amanat Naib Canselor 2025
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan langkah 2025 dengan pelancaran Iqra’ Centre for Ummah, sebuah pusat kecemerlangan al-Quran yang bakal menjadi rujukan utama dalam bidang tajwid, tarannum, tahfiz, tafsir, tadabbur, qira’at serta mushaf. Pelancaran pusat ini dibuat secara rasmi dalam Amanat Naib Canselor 2025 yang berlangsung pada 24 Januari 2025 baru-baru ini. Penubuhan Iqra’ Centre for Ummah berakar umbi daripada kejayaan para pelajar USIM, khususnya dari program Pengajian Qiraat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), yang cemerlang dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri dan Kebangsaan 2024. Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada idea penubuhan pusat kecemerlangan yang menawarkan kepakaran pelbagai dalam khidmat al-Quran untuk ummah. Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, “Pusat ini bukan sekadar untuk warga universiti, tetapi juga terbuka kepada masyarakat umum yang ingin mendalami ilmu al-Quran”. Dengan visi menjadi pusat kecemerlangan al-Quran yang ulung di peringkat nasional dan antarabangsa, Iqra’ Centre for Ummah bakal berfungsi sebagai platform utama dalam mengembangkan kajian, latihan serta program yang berkaitan dengan al-Quran. Pelancaran ini seiring dengan empat sasaran utama USIM bagi tahun 2025, iaitu memperkasa kecemerlangan akademik dan kebolehpasaran graduan, memperkukuh penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi, memperhebat pengantarabangsaan universiti, serta mempertingkat kesinambungan kewangan dan keberdayasaingan institusi. Keempat-empat sasaran ini menjadi pemacu utama dalam memastikan USIM terus relevan dan berdaya saing sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang unggul. Naib Canselor dalam amanatnya turut menyeru warga USIM agar menghayati nilai kecintaan dalam pekerjaan bagi meningkatkan daya kerja dan produktiviti. “Tidak kira apa jua jawatan, [...]
Januari 2025
Santuni Warga Emas, Mengeratkan Hubungan antara Pelajar dan Warga Emas
NILAI – Program Santun Budi anjuran Kelab Media dan Komunikasi Strategik (Stracomm Clique) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 38 peserta. Program ini bertujuan mempereratkan hubungan antara pelajar dan warga emas serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menghargai golongan ini dalam masyarakat. Bertempat di Nur Hasanah Care Centre, Beranang, Selangor, program ini melibatkan 20 penghuni lelaki warga emas di pusat penjagaan tersebut pada 18 Januari 2025 baru-baru ini. Aktiviti utama termasuk gotong-royong membersihkan kawasan surau dan bilik fisioterapi serta memperindah ruang-ruang tersebut. Selain itu, para pelajar turut berinteraksi mesra dengan penghuni melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Nurun Nafeesah Roslan,22, dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan merangkap Pengarah program berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah brisk walk, permainan “Tiru Gaya, Teka Siapa,” dan sesi perkongsian cerita dalam program “Halaqah Ukhuwah: Tell Me Your Story”. “Aktiviti-aktiviti ini bertujuan menghilangkan kebosanan dan membawa kegembiraan kepada warga emas. Senyuman dan gelak tawa mereka turut menyentuh hati para pelajar, yang merasai kehangatan kasih sayang yang terjalin sepanjang program ini”, ujarnya. Ujarnya lagi, program ini juga memberi impak mendalam kepada pelajar, yang berpeluang mendengar pengalaman hidup warga emas. Kisah suka dan duka yang dikongsi memberikan pengajaran berharga, khususnya tentang menghargai hubungan dengan mereka yang lebih tua. Salah seorang daripada penghuni turut berkongsi pesan bermakna kepada peserta, “Selagi ada ibu bapa, hargailah mereka. Walau apa pun kerja kita, jangan lupa menjenguk mereka.” Pesanan ini mengingatkan peserta akan pentingnya menjaga hubungan dan berhati-hati dengan setiap tutur kata agar tidak melukai perasaan orang tua. Para penghuni di pusat penjagaan turut [...]
Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) 2023/2024 USIM: Semarak Kecemerlangan Holistik
NILAI– Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) 2023/2024 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berlangsung penuh gilang-gemilang untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan atas pencapaian kecemerlangan mahasiswa dalam akademik dan pelbagai bidang aktiviti kemahasiswaan bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah pada 16 Januari 2025 baru-baru ini. Penganjuran tahun ini menampilkan 17 kategori anugerah yang dinilai berdasarkan kriteria sejajar dengan pemilihan Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan (ATS) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Istimewanya, para penerima anugerah ini secara automatiknya akan mewakili USIM di peringkat kebangsaan melalui Anugerah Tokoh Siswa (ATS) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi. Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, dalam ucapan aluannya berkata, majlis ini mencerminkan komitmen universiti dalam melahirkan graduan seimbang, holistik dan berkeusahawanan berdasarkan Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA). Beliau turut memaklumkan sebanyak 17 kategori anugerah dipertandingkan tahun ini, dengan 99 pencalonan diterima, meningkat berbanding 83 permohonan pada tahun sebelumnya. Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah USIM, YBhg. Datuk Haji Md Yahaya Basimin, dalam ucapannya menyeru para mahasiswa untuk terus mengadaptasi diri dengan cabaran global serta menekankan kepentingan integrasi ilmu, kemahiran praktikal, dan kepimpinan unggul. Beliau juga memuji usaha USIM dalam menyediakan pelbagai platform bagi mengembangkan potensi mahasiswa, selaras dengan agenda pemerkasaan mahasiswa yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Beliau turut menyeru penerima anugerah agar tidak mudah berpuas hati, tetapi terus berusaha memperbaiki diri dan mencari peluang untuk memberi impak positif kepada masyarakat. Selaras dengan hala tuju pendidikan tinggi negara, Datuk Yahaya juga mengingatkan bahawa mahasiswa perlu menjadi agen perubahan yang [...]
USIM perkukuh peranan mahasiswa melalui Wacana Ilmiah bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
NILAI - USIM melalui Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) menganjurkan Wacana Minda Madani bertajuk Mahasiswa & Budaya Integrasi Ilmu yang disampaikan YB Senator Dr Zulkifli Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan Kuliah Fakulti 1.2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan pada 15 Januari 2025. Turut hadir sama Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Encik Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta 200 orang pelajar dari pelbagai program pengajian. Program yang bertemakan Mahasiswa & Budaya Integrasi Ilmu merupakan satu bentuk pengisian ilmu yang dianjurkan bertujuan memberikan pendedahan pada mahasiswa dalam konteks Malaysia Madani. Wacana ini memfokuskan perbincangan ilmiah tentang kepentingan dan cabaran dakwah dan penerapan nilai-nilai murni yang menjadi teras jati diri mahasiswa sebagai bakal pemimpin negara. YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menekankan pentingnya integrasi ilmu dalam membentuk mahasiswa sebagai pemimpin masa depan. Beliau mengetengahkan konsep MADANI, yang bermaksud membangunkan tanah air berteraskan keseimbangan antara daya cipta, nilai hormat, keyakinan, dan ihsan. MADANI berfungsi sebagai asas kepada masyarakat yang adil, inklusif, dan sejahtera. Dr. Zulkifli turut membincangkan pentingnya tajdid, islah, dan nahdah sebagai langkah memperbaharui tamadun melalui pemerkasaan ilmu, budaya, dan nilai Islam. Mahasiswa diseru untuk berperanan sebagai ejen perubahan dengan menanamkan pemikiran dan pandangan dunia yang betul. Di samping itu, universiti [...]
USIM dan SE-MOF Jayakan Inovasi Sosial: Halia Fertigasi dan Ready-To-Eat (RTE) Jadi Tarikan
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar kejayaan dengan menganjurkan Majlis Perasmian Penutup Program Perusahaan Sosial Kementerian Kewangan (SE-MOF) pada 7 Januari 2025, bertempat di Galeri Canselori USIM. Program ini, sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2022, bertujuan memperkasakan keusahawanan sosial dalam kalangan komuniti setempat. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dato’ Indera Ab Rahman Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan. Turut hadir sama Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Prof Dato' Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi dan Prof. Madya Dr. Asmaddy Haris Pengarah USIM PACE. Dalam ucapannya, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan (MOF) kerana memilih USIM sebagai rakan strategik dalam inisiatif ini. “Keusahawanan sosial adalah elemen penting dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi negara. Projek fertigasi halia dan dapur triangulasi Ghost Kitchen yang dilaksanakan membuktikan manfaat besar kepada peserta dan komuniti setempat,” katanya. Beliau turut menegaskan tanggungjawab universiti dalam menyokong perusahaan sosial sebagai usaha memberikan impak langsung kepada masyarakat sekitar. "USIM, walaupun bukan universiti berasaskan pertanian, berjaya menghasilkan produk inovasi seperti halia fertigasi dan makanan Ready-to-Eat (RTE), sekali gus membuktikan peranan institusi pendidikan tinggi sebagai pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi," tambah beliau. Kerjasama erat antara USIM PACE dan pelajar Program Teknologi Pemakanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), turut mencipta kejayaan besar. Melalui pertandingan inovasi, pelbagai produk berasaskan halia telah dihasilkan dengan potensi pengkomersialan melalui dapur Ghost Kitchen. Dua entiti perniagaan juga lahir daripada program ini, iaitu Maeda Global Resources yang memfokuskan kepada industri makanan (F&B) dan Pertubuhan Lestari [...]









