Ogos 2022
“Tanaffas” bantu mudahkan pesakit asma
NILAI - Penting bagi seseorang pesakit yang menghidap penyakit asma untuk sentiasa memastikan bekalan ubatan dan peralatan alat sedut sentiasa dalam keadaan yang baik. Kumpulan penyelidik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergerak proaktif dengan mencipta produk yang dinamakan Tanaffas iaitu alat bantu untuk memudahkan penghantaran ubatan (spacer) menggunakan Metered Dose Inhaler (MDI). Alat ini boleh dikecilkan untuk tujuan penyimpanan yang sering digunakan bagi pesakit yang mempunyai masalah peparu seperti asma. Menurut Dr. Nur Zaireena Zainal dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM selaku ketua penyelidik berkata, beliau mendapat idea ini apabila anaknya yang menghidap asma mengalami kesukaran untuk membawa spacer ketika keluar rumah mahupun travel kerana saiznya yang agak besar serta tidak mempunyai bekas untuk memastikan ianya tidak tercemar. “Dengan terciptanya produk ini, ia membolehkan pesakit menggunakan tanaffas sebagai bantuan penggunaan ubat MDI dengan efikasi, mudah dibawa ke mana-mana dengan penyimpanan yang lebih baik selain ia juga tahan lasak serta mudah dicuci”, jelasnya lagi. Menurut Dr. Zaireena lagi, terdapat banyak cabaran apabila memulakan produk inovasi terutamanya untuk bersaing dengan produk yang sedia ada. Antaranya adalah menyelesaikan ‘problem statement’ yang benar-benar signifikan dan memberi impak, menyempurnakan ‘product design and functionality’, peningkatan dari segi kos serta kepakaran. Walau bagaimanapun, untuk mencapai matlamat inovasi bukan dalam masa yang pendek atau singkat, ia memerlukan komitmen yang berterusan serta semangat motivasi yang tinggi yang merupakan cabaran yang terbesar. “Justeru, kami amat berharap produk inovasi ini dapat diterima baik oleh masyarakat dan memberi manfaat kepada pengguna memandangkan produk ini menerima respon yang amat [...]
Q-CaT Kit Tingkat Kesedaran dan Kemahiran Orang Awam Lakukan CPR
NILAI- Berikutan kurangnya kesedaran dan kemahiran dalam melakukan bantuan kecemasan pemulihan kardiopulmonari pernafasan atau dikenali sebagai CPR dalam kalangan masyarakat dan peningkatan kes kematian mengejut di luar kawasan hospital, sekumpulan penyelidik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta produk inovasi Q-CaT kit yang dapat membantu orang awam melakukan latihan CPR dengan berkesan dan secara tidak langsung membantu mengurangkan kadar kematian berikutan kegagalan mangsa diberikan rawatan CPR dengan segera. Q-Cat kit merupakan sebuah manikin orang dewasa (bahagian dada) yang dilengkapi dengan skrin, maklum balas audio-visual, aplikasi mobil dan juga laman web. Produk ini memberikan pengalaman yang baru kepada semua individu untuk mengetahui bagaimana melakukan CPR dengan cara yang lebih praktikal, berkesan dan menarik. Prof. Madya Dr. Mohd Azmani Sahar selaku Ketua Penyelidik berkata, idea ini tercetus apabila pasukan yang terlibat menjalankan Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme- KTP) yang melibatkan latihan kecemasan dan CPR dikalangan pengusaha-pengusaha Taska Negeri Sembilan. Program ini memberi idea betapa pentingnya alat bantu mengajar CPR khusus untuk orang awam. Alat bantu mengajar untuk orang awam pada masa kini adalah terhad dan kurang efektif, manakala produk sedia ada pula mahal dan lebih bertumpu untuk individu-individu yang terlatih dalam bidang kesihatan. “Justeru, pada tahun 2019 melalui Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), produk ini berjaya dihasilkan dengan keunikannya tersendiri, dimana ia didatangkan dengan inovasi ‘sensor’ untuk mengenal pasti kedudukan tangan yang tepat serta aplikasi yang dapat membantu bacaan CPR yang lengkap dan mudah”, ujarnya. Beliau menambah lagi, cabaran [...]
USIM terima 770 Pelajar Baharu Program Tamhidi Sesi Akademik 2022/2023
NILAI, 12 Ogos 2022 – Seramai 770 orang pelajar baharu Program Tamhidi Sesi Akademik 2022/2023 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendaftar secara fizikal mulai 9 Ogos 2022 diikuti program minggu taaruf yang tamat pada hari ini. Sebanyak empat (4) Program Tamhidi yang ditawarkan di USIM iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi dan Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains. Pelajar baharu Program Tamhidi akan menjalani Taaruf secara hidrid bermula 9 hingga 13 Ogos 2022. Antara pengisian Taaruf Tamhidi pada kali ini adalah Lonjakan Kuantum, Lafaz Ikrar dan Jejak Kampus Lestari. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Taaruf berkata, USIM amat berbesar hati menerima kehadiran pelajar baharu Program Tamhidi di USIM kerana kemasukan kali ini adalah pertama kalinya berlaku secara fizikal setelah dua (2) tahun negara berada dalam pandemik COVID-19“. USIM menghargai dan mengalu-alukan kehadiran para pelajar dalam usaha mencari dan menuntut ilmu untuk manfaat diri, agama dan bangsa.” katanya. USIM juga berbesar hati menerima kehadiran seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran, Muhammad Ameir Ghaziuddin Marhalim dari Hulu Langat Selangor yang mengambil program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang. Beliau sangat teruja dan bersyukur kerana terpilih untuk menyambung pengajian matrikulasi di USIM. Anak bongsu daripada dua beradik ini sangat meminati subjek Syariah ketika berada di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor dan bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai syariah suatu hari nanti. “Saya seronok dengan suasana di kampus USIM lebih-lebih lagi saya telah menetap di sini 5 tahun [...]
Azka Corner@USIM sebagai ruang bacaan mengenai zakat
NILAI, 4 Ogos 2022- Akademi Zakat (AZKA), Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah memberi sumbangan untuk menaiktaraf beberapa ruang yang dinamakan sebagai AZKA Corner dan menyumbangkan buku-buku penerbitan AZKA dan PPZ serta penerbit tersohor yang lain bagi pengisian AZKA Corner sebagai bahan bacaan untuk para pelajar dan orang awam. AZKA Corner yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Ts Dr Sharifudin Md Shaarani ini diwujudkan sebagai platform bagi menyebarluaskan maklumat dan pengetahuan terkini mengenai zakat dan pengurusannya yang secara keseluruhannya dapat mendidik dan memberi lebih kesedaran kepada para pelajar dan masyarakat umum tentang keperluan menunaikan tanggungjawab membayar zakat. Seusai perasmian, majlis diteruskan dengan penganjuran Program Webinar AZKA antara Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM. Turut hadir Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, dan Prof Madya Dr. Zurina Keifli, Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
162 Staf USIM di rai pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2021
NILAI, 4 Ogos 2022 - Sesebuah universiti yang gah berdiri sudah pastinya mempunyai ‘tulang belakang’ yang menggerakkannya. Bagi menghargai jasa kakitangan yang telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2021 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor. Seramai 137 staf dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta 25 staf kategori Anugerah Khas yang disampaikan oleh YB Senator Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Naib Canselor, Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani. Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata kecemerlangan sesebuah universiti itu bukan sahaja bergantung kepada kecanggihan infrastruktur mahu pun kuantiti pelajarnya, tetapi kecemerlangan sesebuah universiti bergantung kepada budaya kerja yang ditunjukkan. Jelasnya lagi, budaya kerja kelas pertama merupakan faktor utama kecemerlangan universiti tambahan USIM sebagai sebuah universiti Islam yang berhasrat menuju ke Kampus Barakah seharusnya menjadi contoh kepada universiti lain. Penghayatan warga serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga USIM juga amat penting bagi menggerakkan agenda USIM. “Sehubungan itu, bagi merealisasikan agenda “USIM Cemerlang, USIM Disayang”, saya menyeru agar warga USIM terus komited dan memikul tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya kerana apa yang USIM gerakkan kini merupakan agenda memperkasakan ummah dari sudut penguasaan dan penerokaan ilmu serta pembentukan akhlak yang mulia”, tambah beliau. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
USIM Buka Peluang Kemasukan ke Program Sarjana Muda Melalui Mod B40
NILAI, 3 Ogos 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuka laluan untuk kemasukan khas ke USIM melalui Mod B40 (kategori pendapatan isi rumah di bawah RM 4850) bagi memberi peluang kepada para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Setaraf untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di USIM. Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar, Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin berkata, bagi kemasukan melalui Mod B40 ini, USIM menawarkan sebanyak 29 program pengajian dari tujuh buah fakulti. ”29 buah program pengajian itu termasuklah enam program dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), tiga program dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), lima program dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), tujuh program dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) manakala dua program lagi adalah dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)”, ujarnya. Menurut beliau lagi, ini merupakan inisiatif USIM untuk memastikan pelajar yang layak dan memenuhi syarat tetap mendapat tempat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Peluang kemasukan ini juga memberi peluang kepada para pelajar di luar sana yang tidak mengisi permohonan ke UPUOnline atau tidak berjaya mendapat tawaran di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan boleh memohon untuk masuk ke USIM melalui Mod B40 ini. Walau bagaimanapun, pelajar yang ingin memohon masih perlu untuk mematuhi syarat am dan juga syarat khas kemasukan ke program pengajian yang ditawarkan di USIM, tambahnya lagi. Kesemua permohonan adalah secara dalam talian iaitu melalui portal https://eug.usim.edu.my dengan memuat naik segala dokumen yang diperlukan. Untuk [...]
Minecraft Kampus Barakah Challenge 2022, uji kreativiti bangun e-Gamifikasi
NILAI, 4 Ogos 2022 - Dalam usaha memperkasakan inovasi e-pembelajaran, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergerak proaktif dengan menganjurkan Minecraft Kampus Barakah Challenge 2022 (MKBC’22) dengan penyertaan 12 pasukan dari pelbagai fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj). Sebanyak 3 pasukan telah berentap di peringkat akhir dengan menyaksikan Pasukan Cyber Squad dari Fakulti Sains dan Teknologi telah dinobatkan sebagai Juara dengan membawa pulang wang tunai RM 1500 berserta sijil penghargaan. Manakala Naib Johan dirangkul oleh pasukan Al-Hijaz dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Utama dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Fuji Pro dari Fakulti Pergigian. Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM 1000 dan RM 500 berserta sijil penghargaan. MKBC’22 adalah pertandingan yang menguji daya kreativiti serta inovasi dalam PdP berasaskan e-Gamifikasi di mana para peserta perlu bersaing untuk mempamerkan keunggulan mereka membangunkan World di platform Minecraft Education Edition dengan menerapkan elemen Maqasid Shariah mengikut niche fakulti atau PTj masing-masing. Para peserta diberi masa selama empat bulan bermula Mei 2022 sehingga Ogos 2022 untuk proses membangunkan Minecraft ini. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim berkata, pelaksanaan MKBC’22 adalah bertepatan dengan objektif pemerkasaan inovasi e- Pembelajaran selain melestarikan teknologi terkini menerusi penggunaan aplikasi mesra pengguna serta memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran semasa. “Usaha ini sekaligus dapat mencetuskan impak positif dalam pembangunan kandungan e-Gamifikasi disamping menyemarakkan perkembangan inovasi dan pembudayaan pengkayaan e-Pembelajaran dalam kalangan staf akademik khasnya dan pelajar amnya”, ujar semasa merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program yang julung [...]
Inkubator Kobun Pokan USIM, Bursa Malaysia Taja Set Hidroponik Kepada 50 Keluarga PPR Intan Baiduri
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2022 - Bertepatan dengan slogan ‘University for Society-U4S” yang digagaskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) menyahut saranan dengan menganjurkan Program Inkubator Kobun Pokan di Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong Utara Kuala Lumpur. Sejumlah 50 set lengkap hidroponik kobun pokan yang ditaja oleh Bursa Malaysia disumbangkan kepada 50 buah keluarga PPR Intan Baiduri. Prof Dato’ Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor, Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) berkata, program Inkubator Kobun Pokan adalah suatu inisiatif para penyelidik di USIM yang telah berjaya menghasilkan set hidroponik kobun pokan yang unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri dan menarik. Set ini telah mendapat status hak cipta (copyright) dan sedang diusahakan untuk mendapat pendaftaran “patent”. Set Kobun Pokan telah dihasilkan di dalam beberapa rekabentuk dan saiz serta telah dilaksanakan di beberapa institusi dan perumahan komuniti di Negeri Sembilan. “Produk yang unik ini bukan sahaja tidak memerlukan ruang yang besar, malah kos penyelenggaraannya juga adalah rendah. Sekiranya ia dijaga dan diusahakan dengan baik, maka para penerima dan keluarga dapat menikmati sayuran yang segar, selamat dan semestinya membekalkan nutrisi bagi kesihatan tubuh badan. Ini seterusnya penting bagi mengurangkan kos langsung perbelanjaan dapur, disamping dapat melahirkan generasi yang sihat dan semestinya menjadi aset penting kepada negara”, tambah beliau lagi. Misi dan usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat adalah antara halatuju utama pengurusan, pendidikan dan penyeldikan di USIM. Dalam usaha merakyatkan universiti melalui model “Quadruple Helix Engagement” memperlihatkan, kelestarian hubungan antara universiti, kerajaan, industri [...]
Julai 2022
USIM Tawarkan 1326 Tempat Kepada Pelajar Lepasan SPM ke Tamhidi
NILAI, 22 Julai 2022– Semakan keputusan calon yang berjaya ditawarkan ke Tamhidi USIM yang dikeluarkan bermula hari ini menunjukkan USIM menawarkan sebanyak 1326 tempat bagi Semester 1 Sesi Akademik 2022/2023. Penawaran sebanyak 1326 tempat itu merujuk kepada empat buah program Tamhidi iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (380 orang), Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi (365 orang), Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (310 orang) dan Tamhidi Perubatan Pergigian dan Sains (280 orang). Menurut Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Prof Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin berkata penawaran sebanyak 1326 tempat itu telah mengambil kira kelayakan dan merit pelajar yang berjaya memenuhi semua syarat. Seramai 1324 tempat ditawarkan adalah melalui saluran UPUOnline manakala 2 tempat lagi adalah melalui saluran kemasukan khas iaitu 1 kepada pelajar tempatan dan 1 bagi pelajar antarabangsa. ”Daripada data yang ditunjukkan, program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang merupakan program yang paling mendapat sambutan. Ini mungkin berdasarkan minat dan kecenderungan pelajar untuk lebih mendalami bidang Syariah dan Undang-Undang,” katanya. “Program Tamhidi di USIM merupakan program persediaan selama setahun sebelum para pelajar melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Silibus kursus yang kompetetif ditawarkan pada dua semester amat membantu para pelajar untuk mempersiapkan diri ke peringkat Sarjana Muda,” katanya lagi. Pelajar baharu perlu membuat pendaftaran diri/Universiti secara dalam talian pada 4 hingga 7 Ogos 2022 manakala pendaftaran secara fizikal adalah pada 9 hingga 10 Ogos 2022, katanya lagi. Walau bagaimanapun, para pelajar yang ditawarkan adalah dinasihatkan untuk membuat pengesahan setuju terima sebelum 31 Julai 2022 jam 5.00 petang di portal e-tasjil (https://etasjil.usim.edu.my). Bagi [...]
Gugusan A Juara Keseluruhan Sukan Antara Jabatan
NILAI, 22 Julai 2022- Gugusan A( Abu Bakar As-Siddiq) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Sukan Antara Jabatan yang berlangsung 18 hingga 22 Julai 2022 baru-baru ini. Sebanyak 25 emas, 7 perak dan 7 pingat gangsa berjaya di raih oleh para atlit dari kalangan staf pentadbiran dan akademik yang bertanding dalam 18 acara sukan mengikut kategori Lelaki, Wanita secara berkumpulan mahupun individu. Ketua Kontinjen Gugusan A, Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi berkata walaupun tempoh persediaan dalam mengharungi cabaran bagi setiap acara sukan yg dipertandingkan dalam masa yang singkat, tetapi semua atlit berjaya memberikan komitmen yang tinggi dan kesungguhan yang jitu untuk meraih pingat dalam setiap acara yang dipertandingkan. “Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang sertai acara sukan ini, menang dan kalah adalah adat resam pertandingan. Saya berharap kepada pemenang acara sukan yang akan mewakili USIM ke pertandingan SUKUM September ini akan memberi persembahan yang terbaik dan mencipta lebih banyak lagi kemenangan”, ujarnya. Sebanyak empat kumpulan/gugusan yang terdiri daripada gabungan Pusat Tanggungjawab (PTj) telah bertanding pada acara Sukan Antara Jabatan 2022. Naib Johan dimenangi oleh Gugusan D (Ali Bin Abi Talib), tempat ketiga dimenangi oleh Gugusan B (Umar Al-Khattab), manakala tempat keempat dimenangi oleh Gugusan C (Uthman Bin Affan). Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof. Dr Adnan Mohamed Yusoff. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan