Februari 2026
USIM–IKIM Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Integrasi Ilmu dan Kefahaman Islam
NILAI — Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik bagi memartabatkan kefahaman Islam yang menyeluruh, berteraskan ilmu, hikmah dan kebijaksanaan dalam satu majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Galeri Canselori pada 4 Februari 2026. USIM diwakili oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala IKIM diwakili oleh Prof Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil Ketua Pengarah IKIM. Dalam ucapannya, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin menegaskan bahawa pemeteraian MoU ini bukan sekadar satu dokumen rasmi, sebaliknya merupakan manifestasi kesepakatan hasrat dan komitmen bersama antara dua institusi yang berkongsi aspirasi besar dalam memperkasa kefahaman Islam secara holistik. Menurut beliau, USIM yang menjunjung integrasi ilmu Naqli dan Aqli, serta IKIM sebagai institusi berwibawa dalam penyelidikan, penerbitan dan penyebaran kefahaman Islam kepada masyarakat, mempunyai titik temu yang signifikan dalam misi keilmuan dan kemasyarakatan. “USIM melihat kerjasama strategik ini sebagai peluang penting untuk memperkaya ekosistem akademik dan penyelidikan universiti, di samping menyumbang secara lebih bermakna kepada pembangunan pemikiran, keharmonian sosial dan kesejahteraan masyarakat. Sinergi kepakaran dan sumber antara USIM dan IKIM diyakini mampu melahirkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi demi manfaat bersama dan ummah secara keseluruhan”, ujarnya lagi. Melalui MoU ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh kerjasama merangkumi pelbagai bidang strategik, antaranya penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah dan bahan media, penganjuran seminar, bengkel, persidangan serta forum ilmiah, selain pertukaran kepakaran, pembangunan kursus dan modul latihan. Kerjasama ini turut membuka ruang kepada penggunaan platform media IKIM sebagai wahana penyebaran ilmu [...]
USIM–IKIM Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Integrasi Ilmu dan Kefahaman Islam
NILAI — Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik bagi memartabatkan kefahaman Islam yang menyeluruh, berteraskan ilmu, hikmah dan kebijaksanaan dalam satu majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Galeri Canselori pada 4 Februari 2026. USIM diwakili oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala IKIM diwakili oleh Prof Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil Ketua Pengarah IKIM. Dalam ucapannya, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin menegaskan bahawa pemeteraian MoU ini bukan sekadar satu dokumen rasmi, sebaliknya merupakan manifestasi kesepakatan hasrat dan komitmen bersama antara dua institusi yang berkongsi aspirasi besar dalam memperkasa kefahaman Islam secara holistik. Menurut beliau, USIM yang menjunjung integrasi ilmu Naqli dan Aqli, serta IKIM sebagai institusi berwibawa dalam penyelidikan, penerbitan dan penyebaran kefahaman Islam kepada masyarakat, mempunyai titik temu yang signifikan dalam misi keilmuan dan kemasyarakatan. “USIM melihat kerjasama strategik ini sebagai peluang penting untuk memperkaya ekosistem akademik dan penyelidikan universiti, di samping menyumbang secara lebih bermakna kepada pembangunan pemikiran, keharmonian sosial dan kesejahteraan masyarakat. Sinergi kepakaran dan sumber antara USIM dan IKIM diyakini mampu melahirkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi demi manfaat bersama dan ummah secara keseluruhan”, ujarnya lagi. Melalui MoU ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh kerjasama merangkumi pelbagai bidang strategik, antaranya penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah dan bahan media, penganjuran seminar, bengkel, persidangan serta forum ilmiah, selain pertukaran kepakaran, pembangunan kursus dan modul latihan. Kerjasama ini turut membuka ruang kepada penggunaan platform media IKIM sebagai wahana penyebaran ilmu [...]
Pelancaran Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia Perkukuh Usaha Penyebaran Ilmu dan Advokasi Kemanusiaan
BANGI — Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia pada 29 Januari 2026 bertempat di Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Datin Nor Azzah Momin. Jemputan kepada beliau mencerminkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap peranan serta komitmen Perpustakaan USIM sebagai rakan strategik yang telah menjalin kerjasama erat bersama CGM dalam pembangunan sistem perpustakaan organisasi itu. Kerjasama tersebut merangkumi aspek pengurusan koleksi, pembangunan sistem maklumat, serta penerapan amalan terbaik perpustakaan akademik. Menurut Datin Nor Azzah Momin, projek Pengurusan dan Pembangunan Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia telah bermula sejak Oktober 2024 dan melibatkan beberapa skop utama, antaranya Latihan Pengurusan Perpustakaan, Pemasangan Sistem Bersepadu Perpustakaan, Latihan Modul Penyelenggaraan Sistem Perpustakaan, serta Perkhidmatan Pengkatalogan Bahan Perpustakaan. “Inisiatif ini bertujuan memastikan sistem pengurusan perpustakaan yang dibangunkan adalah lebih tersusun, sistematik dan selaras dengan amalan terbaik pengurusan perpustakaan”, ujarnya lagi. Sokongan berterusan daripada Perpustakaan USIM dilihat sebagai pemangkin penting dalam memperkukuh usaha CGM memartabatkan penyebaran ilmu, di samping menyokong agenda advokasi kemanusiaan yang diperjuangkan oleh persatuan tersebut. Majlis pelancaran ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada pengembangan peranan perpustakaan sebagai medium pendidikan, peningkatan kesedaran sosial serta penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Oleh: Siti Zahirah Zamri
Pelancaran Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia Perkukuh Usaha Penyebaran Ilmu dan Advokasi Kemanusiaan
BANGI — Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia pada 29 Januari 2026 bertempat di Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Datin Nor Azzah Momin. Jemputan kepada beliau mencerminkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap peranan serta komitmen Perpustakaan USIM sebagai rakan strategik yang telah menjalin kerjasama erat bersama CGM dalam pembangunan sistem perpustakaan organisasi itu. Kerjasama tersebut merangkumi aspek pengurusan koleksi, pembangunan sistem maklumat, serta penerapan amalan terbaik perpustakaan akademik. Menurut Datin Nor Azzah Momin, projek Pengurusan dan Pembangunan Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia telah bermula sejak Oktober 2024 dan melibatkan beberapa skop utama, antaranya Latihan Pengurusan Perpustakaan, Pemasangan Sistem Bersepadu Perpustakaan, Latihan Modul Penyelenggaraan Sistem Perpustakaan, serta Perkhidmatan Pengkatalogan Bahan Perpustakaan. “Inisiatif ini bertujuan memastikan sistem pengurusan perpustakaan yang dibangunkan adalah lebih tersusun, sistematik dan selaras dengan amalan terbaik pengurusan perpustakaan”, ujarnya lagi. Sokongan berterusan daripada Perpustakaan USIM dilihat sebagai pemangkin penting dalam memperkukuh usaha CGM memartabatkan penyebaran ilmu, di samping menyokong agenda advokasi kemanusiaan yang diperjuangkan oleh persatuan tersebut. Majlis pelancaran ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada pengembangan peranan perpustakaan sebagai medium pendidikan, peningkatan kesedaran sosial serta penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat.
RPTM 2026–2035: Pemerkasaan Teknologi, Integrasi Ilmu, dan Kelestarian Nilai
Sistem pendidikan tinggi Malaysia kini sedang melangkah ke satu fasa transformasi yang amat signifikan melalui pelancaran Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. Dokumen strategik ini, yang diluncurkan sebagai pengganti kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi), bukan sekadar sebuah pelan operasi rutin, malah ia merupakan manifestasi tindak balas negara terhadap gangguan global atau ‘global disruption’ yang dicetuskan oleh kemajuan pesat kecerdasan buatan (Artifical Intelligence) dan ekonomi digital. Ia turut bertindak sebagai rangka tindakan yang mencerminkan kelangsungan negara dalam mendepani gelombang teknologi yang kian pantas dan tidak berkompromi. RPTM memberi fokus yang lebih khusus kepada ekosistem institusi pengajian tinggi (IPT) merangkumi aspek akses, kualiti, kebolehpasaran graduan serta kesiapsiagaan teknologi masa hadapan. Dalam kerangka ini, RPTM 2026–2035 meletakkan asas bagi pembentukan universiti ‘generasi keempat’ yang tidak hanya memfokuskan kepada kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan komuniti semata-mata, tetapi juga kepada pembentukan insan yang seimbang melalui nilai kemanusiaan. Di USIM, tumpuan pembinaan nilai-nilai insan ini dilihat penting melalui integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Sekaligus, membawa kita meneroka dimensi kritikal RPTM dengan penekanan khusus kepada pemerkasaan teknologi digital serta implikasi sosial daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kerangka Strategik RPTM 2026–2035: Menelusuri Gelombang Transformasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 dirangka berdasarkan keperluan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berdaya tahan (resilient), adaptif, dan berdaya saing di peringkat global. Pengalaman menguruskan dan menghadapi pendidikan semasa pandemik COVID-19 telah membuktikan bahawa transformasi digital bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan mendesak yang memerlukan strategi transformatif untuk memperkukuh sistem sedia ada. Pelaksanaan [...]
Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam dilantik Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) Baharu USIM
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini mengumumkan pelantikan Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Mohamad Isa, Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik) USIM,48, sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 3 Februari 2026 hingga 2 Februari 2028 menggantikan Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor yang telah tamat tempoh perkhidmatannya. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, berkata pelantikan Prof. Ikmar Nizam oleh Menteri Pendidikan Tinggi diyakini mampu memperkukuh agenda penyelidikan, inovasi dan pemindahan ilmu universiti, selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara serta hala tuju strategik USIM. “USIM yakin pengalaman luas Prof. Ikmar dalam penyelidikan berimpak tinggi, inovasi hijau dan tadbir urus akademik akan memperkasa ekosistem penyelidikan universiti, khususnya dalam mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Anak kelahiran Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada pasangan Hjh. Rosini Ismail dan Allahyarham Hj. Mohamad Isa Hj. Talib ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle Brickfields (1), Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur sehingga Tingkatan 3. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, Pahang selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau diterima masuk ke Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (PASUM), yang mengukuhkan asas saintifik dan analitikal beliau. Beliau seterusnya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan pengkhususan Komputasi dan Elektronik di Universiti Malaya pada tahun 2002, sebelum melanjutkan [...]
USIM Terus Dipilih Komuniti Muslim Jepun, 11 Pelajar Bakal Berkhidmat Sebagai Imam Tarawih di Osaka
NILAI – Kepercayaan komuniti Muslim di Jepun terhadap Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus terserlah apabila seramai 11 orang pelajarnya dipilih untuk berkhidmat sebagai imam solat Tarawih sepanjang Ramadan di Osaka, Jepun bermula 16 Februari hingga 25 Mac 2026 menerusi Program Imam Tarawih Pelajar USIM di Osaka, satu inisiatif Kumpulan Penyelidik Iqra’ Centre di bawah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM. Program berkenaan merupakan inisiatif akademik dan dakwah yang digerakkan oleh Iqra’ Centre, FPQS, bagi menyediakan pelajar USIM yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai imam dalam konteks masyarakat minoriti Muslim. Pelaksanaan program tahun ini turut melibatkan seorang imam jemputan dari Brunei Darussalam yang akan berkhidmat bersama para pelajar USIM sepanjang tempoh penugasan. Naib Canselor USIM Prof Dato' Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, penglibatan pelajar universiti berkenaan dalam program ini mencerminkan keyakinan pihak luar terhadap kualiti pelajar serta pendekatan pendidikan Islam yang diterapkan di USIM. “Saya melihat peluang ini sebagai satu ruang terbaik untuk pelajar USIM mempraktikkan ilmu yang dipelajari, di samping membawa imej institusi yang menekankan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam pengajian. Pengalaman berkhidmat sebagai imam di peringkat antarabangsa ini bukan sahaja menguji keupayaan ilmu dan kemahiran pelajar, malah membentuk keperibadian serta kefahaman mereka dalam konteks masyarakat yang lebih luas,” tambah beliau. Sementara itu, Pengarah Kumpulan Penyelidik Iqra’ Centre, FPQS Dr Norazman Alias menjelaskan bahawa kesemua pelajar terlibat telah melalui proses pemilihan yang rapi sebelum dipilih untuk menyertai program tersebut. “Program ini merupakan inisiatif yang memberi penekanan kepada pemilihan calon berasaskan keupayaan bacaan al-Quran, kefahaman agama serta kesediaan [...]
Kepimpinan Beretika Dalam Pendidikan Tinggi Malaysia: Sumbangan Persatuan Beruniform Universiti Awam Selari RPTM 2026–2035
Peluncuran Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 telah meletakkan pembangunan modal insan holistik, berintegriti dan berteraskan nilai sebagai teras transformasi pendidikan tinggi negara. Dalam konteks pelaksanaan, penyertaan persatuan badan beruniform di universiti awam muncul sebagai antara wahana strategik yang signifikan dalam membentuk kepimpinan beretika dalam kalangan mahasiswa. Melalui modul latihan berstruktur yang menekankan disiplin, amanah, khidmat masyarakat, kepatuhan kepada peraturan serta kepimpinan berpasukan, persatuan beruniform khususnya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berperanan menterjemahkan aspirasi RPTM daripada dokumen dasar kepada amalan pembentukan karakter di peringkat akar umbi melibatkan mahasiswa di kampus. Lebih daripada aktiviti kokurikulum, badan beruniform menjadi ekosistem pembelajaran berasaskan nilai yang melahirkan pemimpin muda berjati diri, berdaya tahan dan berorientasikan khidmat selari dengan hasrat RPTM untuk melahirkan graduan bukan sahaja kompeten dari sudut ilmu dan kemahiran, tetapi juga kukuh dari segi etika, tanggungjawab sosial dan kepimpinan. Dalam usaha ini, pengurusan tertinggi universiti dan kumpulan pelaksana amat komited memainkan peranan strategik dalam membangunkan modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi malah berintegriti dan berakhlak mulia. Selari dengan aspirasi pembangunan pendidikan negara yang menekankan pemerkasaan nilai dan etika, institusi pengajian tinggi berdepan tanggungjawab yang semakin besar dalam membentuk kepimpinan beretika dalam kalangan mahasiswa. Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi digital, cabaran berkaitan integriti akademik, penggunaan teknologi secara tidak beretika dan kemerosotan nilai murni menuntut pendekatan pendidikan yang lebih holistik dan berfokus kepada pembentukan sahsiah. Elemen dan amalan kepimpinan beretika menjadi kayu ukur untuk memastikan keupayaan individu memimpin berasaskan prinsip moral, kejujuran, integriti [...]
Jaminan Tempat di IPTA untuk Pelajar Cemerlang: Langkah Bijak Menghargai Kecemerlangan dan Membina Kepercayaan
Kerajaan Malaysia mengumumkan satu inisiatif strategik dengan menjamin tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Berita mengenai inisiatif strategik ini sememangnya benar dan merupakan sebahagian daripada pelancaran Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia pada Januari 2026. Jaminan tempat ini diberikan kepada semua warganegara yang yang memperoleh CGPA 4.0 daripada laluan STPM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma. Langkah ini disambut baik sebagai pengiktirafan terhadap usaha gigih, dedikasi, dan pencapaian akademik tertinggi oleh para pelajar. Ia bukan sahaja bersifat pentadbiran, tetapi turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap sistem pendidikan negara. Sebelum ini, ramai pelajar cemerlang berdepan dengan ketidakpastian meskipun memperoleh keputusan terbaik. Ketidaktentuan untuk mendapat tempat di universiti menjadi sumber kekecewaan dan menggambarkan kelemahan dalam sistem. Dengan pengumuman baharu ini, pelajar yang menunjukkan kecemerlangan mutlak kini mendapat jaminan yang memberi mesej jelas bahawa usaha gigih akan dihargai tanpa mengira latar belakang. Dalam perspektif Islam, kecemerlangan adalah satu amanah. Pelajar yang memperoleh CGPA 4.0 telah membuktikan kemampuan memikul tanggungjawab ini melalui komitmen terhadap ilmu dan disiplin diri. Maka, adalah wajar kerajaan memberikan jaminan tempat sebagai penghargaan terhadap nilai amanah dan dedikasi tersebut. Dari sudut pembangunan modal insan, jaminan ini merupakan pelaburan jangka panjang yang amat penting. Pelajar cemerlang merupakan aset negara yang bakal menjadi pemimpin, inovator dan penggerak dasar. Memberikan mereka akses ke universiti memastikan bahawa potensi terbaik negara tidak tersia. Mereka akan dapat berkembang dalam persekitaran akademik yang kondusif serta berpeluang untuk berinteraksi dengan komuniti intelektual yang dinamik. Universiti Sains [...]
Januari 2026
Tambahan 5,000 Penginapan Pelajar Melalui GLIC: Membina Ekosistem Kampus yang Inklusif dan Berkelanjutan
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan inisiatif penting untuk menyediakan 5,000 tempat penginapan pelajar tambahan melalui kerjasama dengan Government-Linked Investment Companies (GLIC). Inisiatif penyediaan 5,000 tempat penginapan tambahan ini merupakan antara intipati utama dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 Januari 2026. Usaha ini merupakan langkah strategik dalam menangani cabaran sebenar yang dihadapi pelajar hari ini, bukan sahaja dari aspek kewangan, tetapi juga dari segi kesejahteraan harian dan kesihatan mental mereka. Di seluruh kampus IPT, masalah kekurangan penginapan berkualiti dan berpatutan menjadi isu berterusan, terutamanya bagi pelajar B40, luar bandar, dan antarabangsa. Kos sewa di kawasan sekitar universiti yang semakin meningkat memaksa ramai pelajar tinggal jauh dari kampus atau dalam keadaan kurang selesa. Ini secara langsung menjejaskan pembelajaran mereka, kesihatan mental, dan prestasi akademik. Langkah ini bermatlamat untuk mewujudkan ekosistem pendidikan yang lebih inklusif dan prihatin melalui beberapa strategi berikut: Kerjasama Strategik: Inisiatif ini dilaksanakan melalui kolaborasi antara universiti awam dan Government-Linked Investment Companies (GLIC) bagi memastikan kualiti fasiliti yang lebih baik secara tersusun. Kawal Selia Yuran: Kadar sewaan akan dikawal supaya kekal berpatutan dan tidak membebankan mahasiswa, sekali gus menangani isu kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar. Kesejahteraan Mahasiswa: Fokus utama adalah untuk menyediakan persekitaran Hostel Pelajar Selesa yang kondusif bagi menyokong keselamatan dan kesihatan mental pelajar sepanjang tempoh pengajian. Inisiatif ini selari dengan prinsip "maslahah" (kepentingan umum) dalam Islam. Dalam sejarah Rasulullah SAW, keutamaan diberikan kepada kesejahteraan umat termasuk penyediaan tempat tinggal kepada para Muhajirin. Prinsip [...]









