Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2022

DYMM Tuanku Canselor rasmikan Bangunan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK) serta lancar Aplikasi Quran Isyarat Pertama Di Malaysia

NILAI, 19 April 2022 – Majlis perasmian bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta pelancaran Aplikasi Quran Isyarat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor USIM bertempat di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Datuk Sri Dr. Noraini Ahmad. Projek pembinaan bangunan FPSK USIM yang terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan ini bermula pada tahun 2017 di atas tanah berkeluasan 62 ekar. Selepas 18 tahun fakulti ini beroperasi di Menara B, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Kuala Lumpur sejak ditubuhkan pada tahun 2005, bangunan baharu fakulti ini telah memulakan operasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2020 yang lalu. Sehingga kini, sebanyak 12 kohort graduan perubatan telah berjaya dikeluarkan dan terus-menerus menaburkan khidmat bakti serta kepakaran mereka kepada masyarakat. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, projek ini diharapkan menjadi ‘pembuka jalan’ kepada pembinaan bangunan Fakulti Pergigian dan Hospital Pengajar USIM bagi melengkapkan pembangunan Kompleks Kesihatan USIM. “Harapan USIM agar projek Hospital Pengajar USIM dan bangunan baharu Fakulti Pergigian dapat direalisasikan untuk memenuhi maslahat masyarakat khususnya di Negeri Sembilan dan ummah“. Jelas beliau lagi. Selain itu, bagi menyantuni serta menyokong hasrat dan pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pendidikan Tinggi yang diterajui oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) telah [...]

Maybank Islamic Berhad Taja RM500,000 Program Latihan Bakery kepada Pelajar Asnaf USIM

NILAI, 15 April 2022 –  Selari dengan gagasan yang dibawa universiti untuk melahirkan prosumer muslim yang berjaya dalam aspek keusahawanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Program Inkubator Bakeri dan Kafe: Genba Bakery & Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf USIM – Maybank Islamic Berhad (MIB). Program yang diterajui di bawah Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) ini telah membangunkan kafe yang pertama di kampus yang dinamakan Genba Bakery, bertempat di Pusat Keusahawanan Pelajar (Student Mall). Perasmian Genba Bakery ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Menurut Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, seramai 80 orang pelajar asnaf di USIM daripada pelbagai fakulti telah mengikuti dan berjaya melengkapkan 5 modul secara teori dan praktikal secara intensif dan mereka kini aktif membuat jualan sempena perayaan Aidilfitri dengan menjual pelbagai jenis kuih raya seperti tart nenas, ferrero rocher cookies dan biscoff butter cookies. “Genba Bakery memulakan operasi pertama dengan menganjurkan latihan bakeri yang dikenali sebagai Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf USIM-MIB: Genba Bakers yang mendapat tajaan dana zakat berjumlah RM500,000 daripada Maybank Islamic Berhad selain turut mendapat kerjasama daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM”, ujarnya. Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama para peserta dan pengurusan MIB, di mana Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – Maybank Islamic Berhad (MIB) dirasmikan oleh Encik Nor Sharizan Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) [...]

Tarawih Erat Silaturrahim Pelajar

Ketibaan bulan Ramadan yang penuh barakah menjadi penantian setiap individu muslim. Kenikmatan beribadah lebih terasa dengan menunaikan solat tarawih yang hanya terdapat dalam bulan Ramadan sahaja. Keterujaan menyambut Ramadan jelas kelihatan di Anggerik Court Apartment, Universiti Sains Islam Malaysia pada 2 April 2022. Jawatankuasa Siswa dan Siswi Kolej Kediaman Anggerik Court Sesi 2021/2022 telah menganjurkan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah bersempena mengimarahkan bulan Ramadan 1443H. Penganjuran Solat Sunat Tarawih berjemaah ini merupakan program utama julung kali di Anggerik Court setelah negara mencapai fasa peralihan endemik daripada wabak Covid-19. Inisiatif ini mendapat sambutan yang baik oleh para penghuni Kolej Kediaman, bahkan turut disokong oleh Pengetua Kolej Kediaman Sutera Indah dan Kolej Kediaman Anggerik Court Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz, pihak Pengurusan Kolej dan Jawatankuasa Mesyuarat Bersama (JMB) Anggerik Court, merangkap badan komuniti yang bertanggungjawab. Sebagai usaha bagi menjayakan program ini, Jawatankuasa memulakan program dengan Solat Isyak berjemaah di Surau al-Ikhwan pada malam pertama bulan yang mulia ini yang dikendalikan oleh dua Imam bertugas, Muhammad Fadli bin Zainal Abidin dan Muhammad Muhaimin bin Harun, kemudian diteruskan dengan Solat Sunat Tarawih. Kejayaan dalam menjayakan program Solat Berjemaah sebegini dapat dilihat sebagai suatu platform bagi mengeratkan silaturrahim antara pihak Pengurusan Kolej, Jawatankuasa Siswa Kolej bersama para penghuni Kolej Kediaman di samping dapat mengasah kepimpinan ahli Jawatankuasa dalam mengendalikan program serta mengetuai aktiviti-aktiviti sama ada bersifat ilmi mahupun dini. Di samping menjayakan program ini sebagai sebuah program komuniti di peringkat Kolej Kediaman, aktiviti solat berjemaah ini mempunyai pelbagai fadhilat dan [...]

Pelajar KKSI Rai Majlis Berbuka Berkonsepkan Makan Dalam Talam

NILAI, 4 April 2022 – Sumbangan 340 pek makanan dan minuman berkonsepkan makan dalam talam oleh Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah USIM YB Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Al-Makrifah kepada 180 orang pelajar di Kolej Kediaman Sutera Indah. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Datuk Dr Zulkifli kepada Jawatankuasa Mahasiswa/wi Kolej Kediaman (JAKSA) yang turut dihadiri oleh Pengetua Kolej iaitu Dr Abdul Rashid Bin Abdul Aziz. Konsep berbuka puasa kali ini adalah berkonsepkan makan dalam talam yang memuatkan 5 orang pelajar. Amalan menyediakan makanan berkonsepkan talam ini membawa kepada keberkatan apabila satu talam makanan yang dihidang, dikongsi lima pelajar yang yang lain untuk mengeratkan silaturrahim dan merapatkan hubungan serta semangat bermuafakat. Pihak Kolej Kediaman Sutera Indah merakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Pengerusi LPU, Pejabat Ahli Dewan Negara dan Surau Makrifah. Amat besarlah ganjarannya kepada para penyumbang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini berdasarkan Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi).     **sumber: KKSI Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan  

USIM bangun Arkib Digital, pelihara lukisan sejarah

NILAI, 29 Mac 2022 - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Geran Penyelidikan Fundamental Bagi Penyelidik Baharu (FRGS-RACER) bertajuk Model Perekodan Arkib Digital Rumah Warisan Bestari untuk Pemuliharaan Mampan, telah membangunkan laman web MICBAH Digital iaitu platform digital untuk mengakses lukisan dan dokumen daripada Kursus Lukisan Terukur serta bagi memastikan hasil kerja pensyarah dan pelajar Senibina FKAB dapat disimpan dengan baik secara digital dan memudahkan akses kepada pihak luar. Menurut LAr. Dr. Noor Hayati Ismail selaku Ketua Penyelidik Geran FRGS-RACER, kaedah penyimpanan lukisan secara konvensional menyulitkan pencarian maklumat, malah penyimpanan dokumentasi dalam bentuk salinan keras ataupun hardcopy sukar untuk disimpan lama kerana ia akan mudah rosak dan musnah. Walhal, koleksi khazanah dan data ini amat berharga kerana ia memerlukan kepakaran dan penelitian yang mendalam untuk menghasilkannya. “Justeru kaedah pendokumentasian secara digital ini adalah satu langkah kehadapan untuk perekodan bahan sejarah dan warisan supaya ia tidak ‘hilang’ bersama keseniannya”. Beliau berkata lagi, MICBAH adalah kata akronim kepada Islamic Urban + Heritage. Nama ini diinspirasi dari perkataan MISBAH di dalam Bahasa arab yang membawa maksud ‘lampu’. Misi kumpulan penyelidik MICBAH ini untuk meneroka, memberi konsultasi, dan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan badan-badan berkaitan dalam membina kesedaran kepada masyarakat mengenai bidang Islamik Urban + Heritage dengan pimpinan petunjuk dan cahaya dari Al-Quran dan Sunnah. “Lukisan terukur yang dilaksanakan ini adalah melalui kerja-kerja amali seperti mengukur, merekod dan mendokumentasikan bangunan warisan dalam bentuk lukisan terukur, animasi, lukisan persembahan, model, photobook dan laporan kajian. Antara lukisan yang telah didokumentasi [...]

Fitnah Pangkat dan Kedudukan

Hari ini kita melihat ramai di antara manusia berebut-rebut untuk menjadi pemimpin dari sekecil-kecil organisasi sehinggalah yang tertinggi. Adalah situasi ini merupakan satu fitnah yang menyelubungi manusia? Tidak dinafikan, zaman ini merupakan zaman fitnah. Salah satu fitnah yang dilihat semakin membarah dalam masyarakat adalah fitnah pangkat dan kedudukan. Fitnah pangkat dan kedudukan termasuk dalam pembahagian fitnah syahwat disebabkan seseorang berkeinginan dengan kekuasaan yang berkait rapat dengan nafsu mereka untuk berkuasa. Demikian juga apabila seseorang yang akan kehilangan kuasa, nafsu keinginan untuk kekal dalam kekuasaan sangat besar. Fitnah pangkat dan kekuasaan merupakan fitnah terdahsyat yang melanda umat Nabi Muhammad SAW. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya aku hanya khuatir (takut) atas umatku ini para pemimpin yang menyesatkan” (Hadis Riwayat al-Tirmizi) Hadis ini datang dalam bentuk pengkhususan (takhsis) yang menjurus kepada fitnah yang akan menyebabkan umat Islam tergelincir ke dalamnya. Isyarat itu juga menunjukkan umat Islam yang paling ramai terfitnah dengan kekuasaan. Fitnah Dajjal merupakan fitnah terbesar yang akan menyelubungi manusia. Namun, adakah terdapat fitnah lain yang perlu manusia berhati-hati dengannya? Fitnah Dajjal akan menyelubungi manusia akhir zaman saat ketibaanya nanti. Namun sebelum ketibaan Dajjal, Baginda amat bimbang kepada keadaan pemimpin yang banyak menyesatkan orang lain.  Perkara ini berdasarkan hadis dari Abu Zar r.a, dia berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya: “Ketika aku Bersama Nabi SAW pada satu hari kerumahnya, aku mendengar baginda berkata: Bukan Dajjal yang lebih aku khuwatirkan terhadap umatku” Sebelum Baginda hendak masuk, aku bertanya: “apakah yang lebih engkau khuwatirkan atas umatmu daripada [...]

Penyakit berangkai – wajib dikesan awal dan permasalahannya di Malaysia disebalik cabaran  Pandemik Covid-19

Covid-19  telah melanda dan menghantui kita sejak awal 2020 di negara kita di Malaysia. Ia telah memberi kesan teruk kepada sistem kesihatan  sehinggakan penyakit berbahaya lain seakan-akan ditolak dan dipandang sepi dek terpaksa menguruskan kes covid yang saban hari saban meningkat di kala itu. Ini disebabkan  keterpaksaan bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengurus pesakit Covid-19 yang  mencecah  sehingga puluhan ribuan kes sehari dan kakitangan kesihatan tidak menang tangan mengendali kes terutama di hospital. Malah,  banyak hospital dijadikan hospital khusus untuk Covid-19 dimana kes lain akan dirujuk ke luar hospital  yang berdekatan. Contohnya , Hospital Sungai Buloh yang diwartakan sejak kemunculan virus bahaya ini melanda negara. Namun syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kes semakin terkawal dan kita  boleh melihat cahaya dihujungnya. Kemunculan varian Omicron walaubagaimanapun telah memberi cabaran baru.Kita masih bertungkus lumus dalam hal menjaga kesihatan disebabkan penyakit berangkai seperti darah tinggi , koleterol, obesiti dan jantung. Kesemua penyakit ini berisiko mengakbitakan penyakit kardiovaskular yang mengancam nyawa. Baru-baru ini Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin,  amat gusar kerana Malaysia dikategorikan negara tidak sihat . Kesedaran mengenai aspek kesihatan yang masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia adalah antara faktor utama terjadinya begitu. Ini berdasarkan statistik yang menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi dalam beberapa masalah kesihatan termasuk penyakit kronik iaitu  diabetis, darah tinggi , koleterol, obesiti dan jantung. Laporan tinjaun morbiditi peringkat kebangsaan  2019 (National Morbidity Survey 2019) melaporkan sebanyak 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai tiga faktor risiko utama yang terdiri daripada darah tinggi, diabetis dan tinggi [...]

Mac 2022

Graduan USIM, Sambut Konsep ‘Prosumer’

NILAI, 30 Mac 2022 - Rata-rata graduan masa kini bijak merebut peluang dan mencuba pengalaman baharu dalam mendepani dunia yang semakin mencabar. Bukan hanya menuntut ilmu di kampus, malah mereka juga berjinak-jinak untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan sekaligus membantu menaikkan taraf kehidupan mereka ketika di peringkat pengajian lagi. Konsep prosumer yang disemarakkan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) disambut baik oleh graduan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang bergraduasi semalam. Bertepatan dengan tema konvokesyen iaitu pandemik Covid-19 pemangkin prosumer Muslim yang berdisiplin, Muhammad Ikmal Mohd Riza, 26, kini mengusahakan perniagaan aksesori telefon sejak semester empat sehingga kini. Hasil disiplin dalam perniagaan yang diusahakan, segala perbelanjaan pengajian sehinggalah kos untuk mendirikan rumahtangga adalah hasil titik peluhnya dari usaha beliau sendiri. Selain membantu keluarganya, anak sulung dari lapan beradik ini turut memberi pekerjaan kepada adik beradiknya, dan mempunyai 4 orang pekerja serta lebih dari 200 orang dropshipper. Beliau aktik menggunakan media sosial sebagai medium mempromosikan perniagaan. Begitu juga, bagi Mohamed Najmuddin Mazlan, 26 yang mengusahakan perniagaan biskut traditional warisan keluarga. Bidang pengajian yang dipilih tidak menghalang minat beliau untuk turut serta membantu keluarga memajukan perniagaan yang kini sedang mendapat sambutan. Najmuddin merancang untuk menyambung pengajian dalam Sarjana Neurologi di samping meneruskan perniagaan yang sedang diusahakan. Naib Canselor Prof. Dato Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berucap pada Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-19 Sidang Tambahan, beliau menyatakan konsep prosumerisme ini amat penting untuk diterapkan dalam diri pelajar dan kakitangan kerana pelbagai cabaran perlu ditempuhi oleh pelajar khususnya apabila ingin mencari pekerjaan kelak seperti cabaran [...]

USIM anjur Program Pendidikan Pengundi: Undi 18

NILAI, 23 Mac 2022 - Universiti Sains Islam Malaysia mengambil inisiatif untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada pelajar berkaitan pindaan Perlembagaan dan tanggung jawab menunaikan hak masing-masing sebagai pengundi melalui penganjuran Program Pendidikan Pengundi: Undi 18 yang diadakan pada 23 Mac 2022 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program tersebut telah dianjurkan selama satu hari dan dijalankan secara hibrid selaras dengan situasi semasa pandemik COVID-19. Program Pendidikan Pengundi: Undi 18 ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar USIM serta turut ditayangkan secara langsung melalui Facebook Live USIM dan telah menarik minat majoriti pelajar yang ingin mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan pilihan raya dan tanggungjawab sebagai pengundi. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar terhadap proses demokrasi dan pelaksanaan pilihan raya di Malaysia. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar USIM agar cakna dengan pindaan Perlembagaan yang berkuatkuasa dan hak sebagai seorang pengundi. Dirasmikan secara virtual oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pengisian program adalah berkisar kepada pendidikan proses pilihan raya oleh pihak Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata, program Pendidikan ini akan memberikan pendedahan khususnya kepada pelajar yang pertama kali menjadi pengundi dan seterusnya menjadi pengundi yang bertanggungjawab dan menjalankan amanah yang diberikan. “Sambutan kepada program ini adalah amat baik dengan kehadiran sejumlah besar peserta secara fizikal dan dalam talian,” ujarnya. “Pandemik COVID-19 ini [...]

2293 Pelajar Sarjana Muda USIM mendaftar fizikal bagi sesi Akademik 2021/2022

NILAI, 19 Mac 2022- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menerima 2293 orang pelajar yang memilih untuk menjalani sesi akademik secara hibrid di kampus bagi program Sarjana Muda Semester II, Sesi Akademik 2021/2022. Pendaftaran ini akan berjalan selama tiga hari bermula semalam sehingga ahad ini bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff yang turut hadir meninjau proses pendaftaran pelajar berkata, beliau mengalu-alukan kedatangan pelajar yang akan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid dan mengharapkan agar pelajar sentiasa menjaga kesihatan dan belajar dengan bersungguh-sungguh, serta mengambil peluang untuk terlibat aktif dalam apa jua program yang dianjurkan oleh universiti walaupun dalam era pandemik yang memberi kelainan dan suasana baru. “Sementara itu, Pelajar baharu Sarjana Muda ambilan Mac iaitu seramai 33 orang yang mula mendaftar secara dalam talian pada 11 Mac 2022 telah mula mendaftar masuk ke kampus pada Rabu lepas. Kaedah Taaruf secara dalam talian adalah dikekalkan bermula 17 Mac 2022 sehingga 19 Mac 2022 menerusi platform Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) USIM berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19 yang melanda negara dan tertakluk kepada arahan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dari semasa ke semasa”, ujarnya lagi. USIM sentiasa memastikan prosedur operasi standard ketika PdP kampus dipatuhi oleh semua pelajar. Pelajar perlu mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi semua lokasi dan penganjuran program atau merekodkan nama dan nombor telefon dan masa kehadiran secara manual sekiranya tiada liputan internet. Manakala, bagi pelajar yang belum atau tidak lengkap vaksin, mereka [...]

Go to Top