Januari 2024
Semarak Siswa Madani: Mahasiswa USIM jayakan Program Jaulah Sukarelawan di Daerah Rembau bersama Komuniti Luar Bandar
REMBAU – Seramai 40 orang pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), diiringi penasihat program iaitu Prof. Madya Dr Sakinah Ali Pitchay bergerak aktif bagi menjayakan program Jaulah Sukarelawan USIM (Semarak Siswa Madani): Daerah Rembau. Program anjuran Sekretariat pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dengan kerjasama MyFundAction diadakan di Balai Raya Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembilan bersama anak-anak Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim & Miskin (PEYAKIN) Negeri Sembilan. Program ini mendapat sumbangan dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang bertujuan memberi peluang kepada warga USIM mengeratkan ikatan silaturrahim dengan komuniti khususnya masyarakat luar bandar. Pemindahan ilmu yang bermanfaat telah dikongsikan oleh mahasiswa dan penceramah jemputan berkaitan dengan ilmu Sains, Teknologi dan Agama. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan bersama komuniti kampung seperti “Explorace”. Bagi kanak-kanak, pengisian kuiz sirah oleh mahasiswa USIM dan aktiviti menanam pokok secara hidroponik yang diketuai oleh Encik Azral dan Encik Wali dari Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Menurut Pengarah program, Ismail Bin Dasrul, mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, aktivti-aktiviti seperti ini seharusnya diadakan dengan lebih kerap bagi merapatkan jurang antara mahasiswa universiti dengan komuniti luar bandar. “Dengan peralihan arus teknologi semasa, masyarakat di negara kita, luar bandar khususnya, perlu mengadaptasi dengan perkara-perkara yang berkait dengan Sains dan Teknologi bagi mengelakkan diri mereka senang diperdaya dan meningkatkan minat dalam bidang yang semakin kurang dimonopoli di peringkat universiti”, ujarnya lagi. Program dimulakan dengan persembahan nasyid dari kanak-kanak sebagai tanda solidariti bersama negara Palestin yang sedang bergolak dan majlis penutup diakhiri dengan penyerahan barangan keperluan persekolahan dan sumbangan hamper [...]
Cybercraft Defender Juara Minecraft Kampus Barakah Challenge 2023 (MKBC’23)
NILAI - Dalam usaha untuk mencapai impak positif dalam pembangunan kandungan e-gamifikasi serta menggalakkan inovasi dan peningkatan e-pembelajaran di kalangan warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sebanyak 19 kumpulan dari pelbagai fakulti dan Pusat Tangungjawab telah menyertai Pertandingan Minecraft Kampus Barakah Challenge 2023 (MKBC’23) dengan bertemakan USIM Cemerlang, USIM Disayang. Pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) ini menyaksikan kumpulan Cybercraft Defender dari Fakulti Sains dan Teknologi merangkul Johan dengan membawa pulang wang tunai rm1500 berserta sijil. Manakala Naib Johan dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Kumpulan Linguacraft dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan Kumpulan Murid Falsafah dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Naib Johan membawa pulang RM1000 dan Tempat Ketiga membawa pulang RM500 berserta sijil penyertaan. Naib Canselor Prof. Ts Dato’ Dr. Sharifuddin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, inisiatif e-Gamifikasi USIM ini diharapkan turut mampu menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar setiap IPT dapat mentransformasi Pengajaran dan Pembelajaran melalui kaedah Game-Based Learning yang sangat sesuai dengan jiwa generasi muda pada masa kini. “Pendekatan menggunakan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat akan menjadikan proses PdP lebih menarik, interaktif serta mengasyikkan (engaging). Ia selaras dengan hasrat KPT agar pendekatan kepada pendidikan fleksibel ditingkatkan melalui inovasi atau gamifikasi”, ujarnya lagi.. Melalui tema yang dibawa, di antara kriteria yang dituntut daripada para peserta dalam pertandingan ini adalah nilai integriti yang menjadi salah satu tunjang kepada Nilai-Nilai Teras USIM serta pemangkin kepada kecemerlangan USIM di peringkat global, serta para peserta juga [...]
Naib Canselor dilantik Sebagai Ketua Pegawai Keselamatan Universiti (Kehormat)
NILAI - Jabatan Keselamatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sentiasa komited dalam mendepani pelbagai cabaran dalam menjamin keamanan dan keselamatan kampus. Seiring dengan falsafah dan misi yang dibawa, jabatan keselamatan mengambil inisiatif dengan menganugerahkan pangkat Ketua Pegawai dan Timbalan Pegawai Keselamatan Universiti (Kehormat) kepada Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Pendaftar Dato’ Muhammad Haizuan Rozali yang julung-julung kali dilaksanakan di Universiti Awam. Ini bertujuan untuk mewujudkan sistem atau pemerintahan Rejimental selaras dengan Pasukan Badan Uniform Jabatan Keselamatan Universiti. Majlis perbarisan tabik hormat diadakan sejurus pemakaian pangkat dijalankan di perkarangan Jabatan Keselamatan. Turut diadakan Majlis Pelancaran Penubuhan Civil Defence Auxiliary – Emergency Response Team (CDA ERT) Jabatan Keselamatan USIM yang telah diluluskan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam pada 12 Disember 2023 baru-baru ini. Penubuhan CDA ERT ini merupakan yang kedua di Negeri Sembilan. Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Keselamatan atas kejayaan 25 orang anggotanya yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Pengurusan Sekuriti secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi meningkatkan tahap pendidikan yang lebih tinggi agar dapat memberi impak positif kepada perkembangan profesional mereka dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti pengurusan sekuriti . “Harapan saya untuk melihat Jabatan Keselamatan lebih maju dan terus mengorak langkah cemerlang pada masa akan datang, dan dapat mengekalkan serta meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi bagi mendepani cabaran masa akan datang”, ujarnya lagi. Turut hadir sama ke majlis tersebut adalah Timbalan [...]
Disember 2023
USIM lancar Buku Garis Panduan Persembahan Seni Berbudaya, Tidak Sekat Kreativiti untuk Berkarya
NILAI – Menghayati keindahan seni mestilah mengikut syariat Islam. Oleh itu, kepentingan untuk membudayakan atau mengamalkan seni yang indah dan bermanfaat perlu ditekankan dalam aspek kehidupan masyarakat. Dalam usaha untuk membudayakan keindahan seni selari dengan Islam, USIM kini melancarkan sebuah Buku Garis Panduan Persembahan Seni Berbudaya USIM sebagai rujukan khususnya kepada individu dan organisasi yang menumpukan penganjuran program seni budaya. Program ini mengambil tempat Panggung Budaya Pusat Kebudayaan USIM. Pelancaran buku garis panduan ini dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam). Penerbitan buku ini bertujuan memberi informasi tepat kepada penganjur, badan-badan pelajar, warga USIM khususnya dan pihak yang berkepentingan amnya dalam melaksanakan program persembahan seni budaya dan penerbitan seni. Naib Canselor Prof Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, penghasilan garis panduan ini amat signifikan untuk mensasarkan komuniti, organisasi atau pihak yang bersesuaian sebagai jaringan USIM menjalankan hubungan atau kerjasama pada masa akan datang. Langkah proaktif ini sejajar dengan pelaksanaan program berimpak tinggi dan pada masa yang sama meningkatkan visibility USIM kepada masyarakat terutama dalam bidang seni budaya. “Tahun 2023 pastinya banyak meninggalkan kenangan manis untuk dikenang. Saya turut berasa berbangga dengan Pusat Kebudayaan USIM, apabila dinobatkan sebagai Pusat Kebudayaan terbaik Universiti Awam oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) selama 8 tahun berturut-turut dan USIM antara universiti yang aktif dijemput menjayakan program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi. Melalui program berimpak tinggi dan penerokaan inovasi-inovasi baharu yang telah dicipta ini, saya kira kerjasama akrab ini boleh dipanjangkan lagi bersama JAKIM [...]
USIM sumbang Buku Versi Braille, Martabatkan Budaya Membaca dalam Kalangan Komuniti OKU Penglihatan
NILAI - Dalam usaha untuk memartabatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat daripada pelbagai lapisan komuniti termasuklah komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan, bersempena sambutan Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember saban tahun, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui oleh Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah mengadakan Majlis Penyerahan Buku Kompas 114 Versi Braille dan Pelancaran Buku Matan Al- Syatibiy Versi Braille untuk memberi manfaat kepada golongan ini supaya tidak keciciran dalam apa jua bidang terutamanya bidang ilmiah. Buku Kompas 114 ini adalah sebuah buku separa ilmiah yang bertujuan menjadi pembimbing buat pembaca al-Quran dalam kembara penghayatan dan tadabbur Kalamullah yang agung. Buku ini diserahkan kepada 10 wakil terpilih antaranya Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM), PIBG Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, al-Fitrah Foundation, KL Braille dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Profesor. Dr. Adnan Mohamed Yusoff Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dalam ucapannya berharap agar program sebegini dijalankan secara lebih meluas dan penerbitan buku sebegini lebih banyak diterbitkan bagi memastikan budaya ilmu terus berkembang luas sejajar dengan usaha menjadikan USIM sebagai Pusat Rujukan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli di peringkat serantau dan global. “Saya juga mengharapkan agar keakraban yang terjalin sepanjang program ini dapat menjadi medan perbincangan dan perkongsian ilmu serta idea dalam usaha untuk menambahbaik prestasi dan kebolehan para mahasiswa dan mahasiswi pada masa akan datang”, ujarnya lagi. Sementara itu, Dr. Mohd Nur Adzam Rasdi penyelaras projek berkata, usaha mentranskripsi buku ini telah dimulakan sejak akhir [...]
Sexual Wellbeing Seminar 2023 (SWS23): Membangunkan Kesedaran, Menjana Pengetahuan terhadap kesejahteraan seksualiti
NILAI- Bertemakan “Cakna Kesejahteraan Seksual Anda”, Sexual Wellbeing Seminar 2023 (SWS23) berjaya mencapai objektif yang memberangsangkan apabila seramai 117 peserta yang terdiri daripada ahli akademik, staf professional, pelajar dan orang awam dari pelbagai latar belakang menyertai seminar yang berlangsung di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 21 Disember 2023 baru baru ini. Program ini turut mendapat kerjasama daripada badan-badan NGO seperti Islah Movement dan Malaysian Wellbeing Association, (MA’WA). Panel penceramah yang pakar lagi terkemuka dalam bidang kesihatan seksual telah dijemput antaranya ialah Dr Ismail Tambi (Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif) dengan tajuk “Cakna Pengurusan Ketagihan Seksual dan Kesejahteraan Diri”, serta Profesor Madya Dr Roslee Ahmad, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan Encik Norhisham Mahat dan Dr Abdul Rashid Abdul Aziz selaku moderator dengan tajuk forum “Kesejahteraan Seksualiti, Gangguan Seksual dan Intervensi Menangani”. Ia merupakan seminar yang julung kali dianjurkan oleh Jawatankuasa Keceriaan Fakulti, Sukan dan Rekreasi (JKFSR), FKP yang membincangkan isu-isu berkaitan seksualiti dan kesihatan seksual yang sering kali berlaku dalam persekitaran kita, selain memberi pendedahan kepada para peserta terhadap kesejahteraan dan kesihatan seksual yang merangkumi perlakuan gangguan seksual di persekitaran kelas, tempat kerja, dan tempat awam serta masalah ketagihan seksual. Dr. Abdul Rashid bin Abdul Aziz, Pensyarah Kanan FKP selaku Pengarah program berkata, seminar ini bukan sahaja memberi ruang untuk perkongsian ilmu, malah ia turut membina kesedaran dan memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai kepentingan kesejahteraan seksual dalam masyarakat kita. “Para peserta juga didedahkan dengan tindakan yang boleh diambil oleh mereka sekiranya mengalami gangguan [...]
Starfest Bangkit Hargai Runut Bunyi Asal Filem Melayu
NILAI – bertemakan ‘dari wayang ke pentas seni’, Kelab Pengurusan dan Persembahan Seni (KPPS) Pusat Kebudayaan USIM muncul dengan buah tangan istimewa kepada warga kampus. Lagu tema asal (OST) daripada filem Polis Evo, Magika, Ombak Rindu dan beberapa filem popular tempatan menjadi nadi inspirasi dalam persembahan anjuran KPPS dengan kerjasama Pusat Kebudayaan USIM. Mempersembahkan Starfest buat pertama kalinya program ini berjaya menghimpunkan 120 peserta terdiri daripada kumpulan cak lempong, dikir barat, koir, muzik moden, nasyid, tarian, vocal ensemble, taranum dan beberapa lagi kumpulan kesenian lain yang terlibat. Starfest yang diadakan bertujuan mendekati warga kampus untuk memperkenalkan KPPS khususnya kepada pelajar di samping mengembangkan bakat dan kemahiran mereka dalam persembahan Seni Berbudaya. Menurut Pengerusi KPPS, Saudara Amir Hamizan Abd Razak, pemilihan tema tersebut dibuat kerana generasi muda seharusnya menghargai dan membantu industri untuk mengangkat karya Melayu melalui lagu tema asal (OST) daripada filem tempatan dan jika dilihat lirik yang disampaikan mempunyai nilai budaya dan mesej yang baik kepada masyarakat. Saudara Amir juga menambah bahawa program ini merupakan perintis untuk KPPS lebih proaktif menganjurkan program atau aktiviti yang lebih menyeluruh dan mampu disertai oleh mahasiswa dengan lebih ramai lagi. Starfest disambut meriah dengan kehadiran 400 penonton terdiri daripada pelajar dan staf USIM. Persembahan setiap kumpulan memberi kesan mendalam dan lebih bermakna apabila dinilai oleh komposer tersohor tanah air yang juga Karyawan Seni USIM iaitu Fauzi Marzuki dan Pengarah Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Istana Budaya , Yazid Zakaria. Kedua-dua panel yang dilantik turut memberi komentar secara menyeluruh berkaitan mesej yang disampaikan melalui jalan [...]
USIM Naib Johan Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Institusi PengajianTinggi (IPT) 2023
SHAH ALAM - Pasukan Debat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mencipta kejayaan di pentas debat universiti apabila muncul Naib Johan dalam Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Institusi PengajianTinggi (IPT) 2023 yang berlangsung pada 18 Disember 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Perasmian Penutupan Debat Diraja telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Barisan pendebat USIM dibarisi oleh Muhamad Afiq Arsyad Bin Awang@Tarmizi, mahasiswa Tahun 4 Fakulti Ekonomi Dan Muamalat sebagai Ketua Kumpulan, Haafizah Binti Mohd Rosli, Tahun 4 Dari Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Maisarah Binti Ahmad Azmi, Tahun 3 dari Fakulti Syariah Dan Undang-Undang dan Muhammad Shabil Irfan Bin Mohamad Sabri, Tahun 3 dari Fakulti Ekonomi Dan Muamalat. Bertindak sebagai Kerajaan bertemu pasukan Universiti Malaya sebagai Pembangkang membahaskan usul bertajuk "sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, dewan ini akan membina naratif sejarah palsu demi keharmonian sosial". Muhamad Afiq Arsyad Bin Awang@Tarmizi dalam ucapannya berkata persiapan pasukan sebelum pertandingan agak mencabar kerana latihan yang dijalankan kebanyakkannya adalah pada waktu malam. “Masanya agak singkat untuk kami membuat latihan seperti mencari dan memahami fakta, memperbaiki Bahasa Arab dan sparring debat, namun komitmen dari seluruh keluarga debat tidak pernah menjadikan latihan itu memenatkan tetapi penuh dengan manfaat dan ilmu”, ujarnya. Beliau menambah lagi, ini merupakan hadiah terbaik buat diri saya dan juga Kelab Debat Arab Al Muthla USIM. Hasil bantuan dan nasihat serta didikan oleh jurulatih Ustaz Syafwan dan senior yang tak jemu menurunkan ilmu kepada [...]
USIM Honors Education Attachés and Partners, Recognizing International Collaboration
CYBERJAYA - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) celebrated the collaboration between USIM and Education Attachés from various embassy offices and High Commissioners in Malaysia by bringing them together in an evening reception held at Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya provided an opportunity for fruitful discussions on educational initiatives, cultural exchanges, and collaborative projects. According to the Vice-Chancellor of USIM, YBhg Prof Dato’ Ts Dr. Sharifudin Md Shaarani, he stated that this event is a traditional occasion for USIM in an effort to appreciate the cooperation and collaboration that has been established between USIM and foreign countries. "The Education Attaché representing the embassy and High Commissioner actually serves as an intermediary between USIM and their respective countries, enabling USIM to enhance its potential and expertise through collaborative efforts in research, visiting professor programs, mobility initiatives such as student exchanges, industrial training, summer camps, and other academic and non-academic activities," he said. "In addition, the Infaq Mobility Program Fund was also officially inaugurated in an effort to raise funds that will support USIM students in providing opportunities for them to go abroad for outbound mobility programs such as international industrial training, student exchange programs, attending symposiums, international seminars, and so forth. The event was also attended by the newly appointed Chairman of the University Board of Directors (LPU), Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, who observed that this meeting could serve as a platform for USIM to explore new collaborations with all the esteemed guests by highlighting USIM's [...]
Pembuangan Bayi dan akibatnya
Dalam kalangan masyarakat muslim Malaysia, pembuangan bayi adalah salah satu gejala sosial yang sedang dibincangkan secara terbuka. Apabila perlakuan buang bayi meningkat dari 2010 hingga 2012, ia mula menjadi isu besar. Pembuangan bayi ini berlaku disebabkan tekanan hidup daripada kalangan mereka yang lemah pegangan agama. Bayi yang dibuang ini dikenali sebagai anak pungut apabila didapati masih hidup. Dilihat dari sudut tanggungjawab, istilah "anak pungut" lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan anak yang dijumpai. Berbeza dengan anak angkat, penyerahan dan penerimaan berlaku antara kasih sayang ibu bapa dan penjaga.Anak pungut bermaksud kanak-kanak yang dibuang di jalanan atau di tempat lain dan tidak diakui oleh sesiapa sebagai anaknya. Mengambil anak pungut adalah disyariatkan berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 2:وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰBermaksud “Dan hendaklah kamu bersikap tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa”.Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 32:وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَآ أَحْيَا ٱلنَّاسَ جَمِيعًۭاBermaksud “Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.”Begitu juga hadith daripada Sahl bin Sa’ad RA riwayat al-Bukhari yang bermaksud “Aku dan penjaga anak yatim bersama-sama di dalam syurga seperti ini. Baginda bersabda sedemikian sambil mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya sebagai tanda mereka berdua sangat hampir kedudukannya.”Jika seseorang menemui kanak-kanak di jalanan yang tidak diketahui siapa yang menjaganya, mereka harus mengambilnya, menjaga dan mendidiknya. Hukumnya adalah fardhu kifayah. Jika dia tidak diendahkan oleh sesiapa pun dan masih terbiar di situ, maka semua penduduk yang mengetahuinya di negeri, daerah atau kampung berkenaan, [...]









