Januari 2024
Mahasiswa Holistik Pemangkin Masyarakat Madani
Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat Malaysia Madani sebagai dasar pentadbiran, kini menginjak ke tahun keduanya. Melalui kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan ia mencorak masa hadapan negara dengan segala potensi yang ada untuk menjadi lebih makmur dan lebih maju. Enam teras tersebut memberi penekanan kepada kualiti hidup seimbang berdasarkan keunikan citra Malaysia, berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan, kesejahteraan ekonomi dan sosial, kelestarian alam, pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta, pengukuhan budi bahasa dari kekayaan tradisi dengan merayakan kemajmukan serta meraikan perbezaan pandangan, penyuburan harapan terhadap perubahan ke arah kebaikan, dan belas ihsan terhadap nasib semua pihak. Tuntasnya, dalam usaha memacu kemajuan negara, penghayatan terhadap adat budaya, penguasaan ilmu dan teknologi, penyuburan kreativiti dan inovasi, pengukuhan akhlak dan nilai serta pemerkasaan sikap inklusif dan proaktif dalam kalangan masyarakat sangat penting untuk diusahakan. Dalam konteks pembangunan negara, golongan muda merupakan kelompok yang perlu diberi perhatian kerana merekalah yang akan terkesan secara langsung dengan implementasi sesebuah agenda dan merekalah yang bakal memikul tanggungjawab merealisasikan sebahagian besar operasinya, sebelum mengambil alih tampuk kepemimpinan. Almarhum Dr. Yusuf al-Qaradawi pernah menegaskan bahawa jika anda ingin menjangka kedudukan sebuah bangsa di masa akan datang, maka lihatlah keadaan anak-anak mudanya. Jika anda dapati anak-anak mudanya hanyut dalam arus keseronokan tanpa berfikir tentang baik buruk, maka ketahuilah bahawa tiada masa depan bagi bangsa itu. Sebaliknya jika anda dapati anak mudanya komited dengan wawasan nusa dan berusaha keras membina potensi diri bagi mencapai matlamat, [...]
AKSIS 22/23 Iktiraf Bakat dan Pencapaian Pelajar Cemerlang USIM
NILAI –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa 2022/2023 (AKSIS 22/23) bertempat di Dewan Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM pada 23 Januari 2024 baru-baru ini. Penganjuran program kali ke-12 ini merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar setelah program ini ditangguhkan selama tiga (3) tahun akibat daripada penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020. Penganjuran kali ini menyaksikan 19 anugerah dipertandingkan berdasarkan kriteria yang dijajarkan kepada kriteria pemilihan Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan (ATS) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Penerima anugerah pada penganjuran kali ini akan secara automatik dicalonkan mewakili USIM ke pemilihan Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, dalam ucapan perasmiannya memaklumkan bahawa, penganjuran majlis seperti ini amatlah baik kerana selain memberi pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kemahasiswaan, ia turut berperanan menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing. “Pelajar seperti inilah yang selayaknya dijadikan contoh kerana mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut menggunakan peluang semasa berada di menara gading untuk meningkatkan kemahiran insaniah melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti kemahasiswaan. Hal ini amat bertepatan dengan hasrat YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam landasan ke-3 di dalam Amanat Tahun Baharu 2024 beliau iaitu kemenjadian Mahasiswa dan pelajar” ujarnya lagi. Anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh AKSIS telah dimenangi oleh Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin, Mantan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi Akademik 2022/2023 USIM. Anak kelahiran Terengganu ini merupakan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan Islam dengan [...]
Syarahan Malaysia Harmani perkasa penghayatan bagi perkukuh keharmonian Negara
NILAI- Penganjuran Program Syarahan Malaysia Harmoni Siri 1 2024 merupakan satu permulaan kepada usaha untuk memacu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang bersifat inklusif dan relevan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Syarahan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhar Menteri di Pejabat Perdana Mentri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan Senat USIM memfokuskan kepada pembinaan masyarakat yang patriotik dan demokratik melalui penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta pengukuhan ekosistem perpaduan dan keharmonian. Syarahan siri pertama ini dihadiri oleh 120 peserta dari pelbagai latar belakang, merupakan medan percambahan ilmu di kalangan tokoh dan ahli akademik serta masyarakat awam tentang peri penting kehidupan yang harmoni walaupun dalam masyarakat yang berbilang kaum, tradisi dan agama. Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Dekan FSU berkata, penganjuran program ini adalah antara inisiatif FSU untuk memperkasa pengetahuan berkaitan perundangan dan Syariah dalam elemen kesejahteraan selari dengan agenda membangun Malaysia MADANI. “Selaras dengan enam nilai teras MADANI yang dicerakinkan sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) turut memainkan peranan untuk menjadi pemangkin kepada pembinaan sebuah negara yang harmoni dalam konteks perundangan dan syariah”. Beliau menambah, MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur. Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D [...]
Peranan Mahasiswa dalam Pembangunan Komuniti: ‘USIM Turun Bendang’ di Kedah
KEDAH - Mahasiswa merupakan tunggak utama dalam dunia pendidikan, bukan hanya menjadi agen perubahan, tetapi juga pemimpin masa depan dalam membentuk dan menyuarakan pandangan yang bijak untuk mengatasi isu-isu dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergiat aktif dengan menganjurkan Program "USIM Turun Bendang" antara mahasiswa bersama Komuniti Kampung Telok, Jitra Kedah yang berlangsung pada 19 hingga 21 Januari 2024 baru-baru ini. Program yang diurus setiakan oleh Institut Sains Islam (ISI) USIM bersama 30 orang mahasiswa yang terdiri dari jurusan perubatan Tahun 3 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah (FPQS), merupakan satu inisiatif yang melibatkan pelbagai aktiviti untuk memperkasa dan menarik penyertaan komuniti setempat seperti aktiviti saringan kesihatan, pameran, lawatan pesakit uzur, dan sukan rakyat. Encik Ahmad Yussof Zainal Abidin, pegawai pengiring program berkata, program ini merupakan kolaborasi antara USIM dan Agensi-Agensi Kerajaan di Negeri Kedah, termasuk Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU), Polis Diraja Malaysia Negeri Kedah, Jabatan Perangkaan Negeri Kedah, Pejabat Agama Negeri Kedah, Syarikat Pelancongan Andalusia, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Lembaga Zakat Kedah, dan beberapa pihak-pihak lain yang terlibat. “Program ini diharapkan dapat menguatkan hubungan antara mahasiswa dan komuniti setempat. Malah, ia bukan sekadar pengurusan bersama bersama komuniti, tinggal bersama keluarga angkat, dan gotong-royong, tetapi mahasiswa digalakkan untuk bijak memanfaatkan peluang yang diberikan, termasuk melalui sesi luahan bersama dengan tokoh-tokoh masyarakat yang memiliki pengalaman menangani masalah yang kerap dihadapi oleh masyarakat. Luahan dan perkongsian ini dianggap sebagai saluran penting untuk mendapatkan pandangan [...]
Peranan Kelab dan Persatuan pengaruhi Pembentukan Peribadi Pelajar: AKSIS Iktiraf Kreativiti Pelajar
NILAI - Memikul tanggungjawab sebagai pemimpin kelab atau persatuan dalam organisasi di kampus adalah antara latihan dalam pembentukan peribadi pelajar. Pada peringkat ini, pelajar akan mempunyai kecenderungan untuk menyumbang idea, mempraktikkan kemahiran pengucapan awam, mempunyai daya fikir kreatif dan kritis serta berupaya menyelasaikan masalah. Kebanyakan tindakan dan perilaku yang diperoleh melalui pergaulan, percampuran dengan pelajar lain, staf, komuniti dan perhubungan melalui jaringan yang dibina bersama pihak industri akan memberi nilai tambah terhadap kematangan mereka. Secara tidak langsung, hal ini akan memberi kesan kepada kaedah memimpin dalam mengaplikasi kaedah yang boleh diguna pakai mengikut kesesuaian dalam pengurusan program. Kejayaan sesebuah program atau aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan memerlukan sebuah pengorbanan dengan nekad yang utuh agar ia berjaya dan semua ahli serta jawatankuasa terlibat gembira merasai kejayaan dalam bentuk kerja berpasukan. Perwatakan sebagai pemimpin akan terbina melalui pengalaman yang dilalui mengikut peringkat umur kehidupan dari kecil sehingga dewasa. Keterlihatan watak dan perwatakan antara pemimpin dan pengikut juga boleh dilihat melalui aktiviti berpersatuan. Bagi mengimbangi perwatakan pelajar dan keperluan mereka sebagai bekalan apabila berada dalam komuniti masyarakat dan industri, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM (AKSIS). Dalam usaha mengimbangi keperluan secara holistik dan mengukuhkan kebitaraan bidang pelajar USIM, AKSIS dianjurkan untuk mengiktiraf sumbangan dan bakat pelajar melalui penganjuran aktiviti yang memberi impak yang dijalankan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, penganjuran aktiviti yang melibatkan komuniti dan memberi manfaat bersama turut diiktiraf untuk dipertandingkan kerana program seumpama ini berpotensi menghasilkan jaringan USIM bersama pihak [...]
USIM) menandatangani MoA bersama UCSF, bangunkan program Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian di UCSF
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama University College Sabah Foundation (UCSF) dalam satu majlis yang diadakan di University College Sabah Foundation (UCSF). Melalui Memorandum Perjanjian ini, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM (FKAB) selaku peneraju akan memfokuskan kepada perkhidmatan konsultansi bagi membangunkan program Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian di UCSF. Inisiatif ini menjadikan UCSF sebagai Institusi Pendidikan Tinggi yang antara yang terawal di Borneo yang akan menawarkan program Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian.Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, Memorandum Perjanjian ini adalah rentetan daripada pelbagai siri perbincangan antara USIM dengan UCSF Letter of Intent (LOI) telah ditandatangani pada 27 Oktober 2023. MoA ini akan termetrai bagi tempoh perjanjian (5) tahun berkuatkuasa bermula Januari 2024. “USIM akan diketuai oleh Prof Madya Dr Nurul Syala Abdul Latip, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa selaku Ketua Konsultan dan bersama konsultan lain yang dilantik di kalangan pensyarah di Jabatan Senibina, FKAB”. Ujarnya lagi, dengan termeterainya jalinan ikatan ini, diharapkan agar hubungan dan kerjasama di antara dua institusi ini dapat memberikan manfaat bersama dalam menjadikan kerjasama ini sebagai teras kemajuan ummah sekaligus memperkasakan inisiatif Friends of Borneo di bawah payung “USIM Cemerlang, USIM Disayang”. Melalui MoA ini serta kemudahan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak, pihak USIM dan UCSF akan dapat menghasilkan satu kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada institusi masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr Rafique Idris selaku Naib Canselor UCSF yang sudi bekerjasama dengan USIM. Detik bersejarah ini turut disaksikan oleh YB [...]
Program Komuniti Masyarakat Teen Cyber Hasanat Didik Keselamatan Siber
SEPANG - Seramai 20 mahasiswa Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), diiringi Ketua Projek iaitu Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay dan bersama dua lagi ahli projek iaitu Prof. Madya Dr. Farida Hazwani dan Prof. Madya Dr. Najwa Hayaati bergiat aktif bagi bersama komuniti masyarakat setempat dalam menjayakan Program Teen Cyber Hasanat dengan tema “Jangan Sampai Kantoi, Dik”. Program ini turut mendapat kerjasama erat dari Persatuan Penduduk Taman Dahlia (PPTD) Sepang di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bernilai RM5000 di bawah penyeliaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah diadakan di Surau Al-Islah baru-baru ini. Program Teen Cyber Hasanat ini merupakan aktiviti komuniti masyarakat yang berterusan diadakan bertujuan memberi kesedaran keselamatan siber kepada golongan remaja yang lebih cenderung terdedah kepada teknologi maklumat dan perkara negatif sekiranya teknologi ini tidak dikendalikan dengan dengan cermat. Hasanat merupakan istilah dari Bahasa Arab yang bermaksud amalan baik yang sesuai diamalkan dalam dunia siber bagi mencegah sebarang risiko penipuan secara dalam talian. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti kuiz dalam talian, ceramah ringkas, explorace keselamatan siber, papan permainan Secure Cybercitizenship (SET) yang memperkenalkan elemen didik hibur (edutainment) dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada pemenang. Menurut Penasihat program, Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay, “Projek Cyber Hasanat dengan pendekatan papan permainan SET dalam keselamatan siber turut mendapat perhatian juri-juri antarabangsa apabila telah memenangi tempat pertama bagi Anugerah OIC-CERT (Computer Emergency Response Team) Global Cybersecurity di Abu Dhabi, UAE pada 12 Oktober 2023 yang lalu. Ia memfokuskan tiga elemen [...]
Forum Pemerkasaan Wanita Buka Minda Peranan Wanita Dalam Kerjasama Antarabangsa
NILAI - Pemerkasaan wanita terus menjadi agenda nasional yang penting terutamanya dalam menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara. Selaras dengan usaha menyokong agenda pemerkasaan wanita di peringkat kebangsaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Jawatankuasa Pemerkasaan Wanita USIM telah menganjurkan sebuah forum bertajuk ‘Peranan Wanita dalam Kerjasama Antarabangsa’ bertempat di Auditorium, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM, semalam. Forum yang membawa tema kewanitaan ini dibarisi oleh panelis yang tidak asing lagi di Malaysia, iaitu Profesor Dato’ Seri Dr. Zaleha Kamaruddin, Ahli Majlis Penasihat Wanita, Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) yang juga merupakan Mantan Rektor Wanita Pertama Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Puan Hajah Rohani Datuk Haji Mohd. Shahir, Pengerusi, Khadijah International Waqf (L) Foundation dan Profesor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, Profesor di FPSK USIM yang juga merupakan Pengerusi the International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ). Pelbagai topik serta perkongsian ilmu berkaitan peranan wanita dikupas dalam forum yang berlangsung hampir dua jam itu merangkumi tanggungjawab dan peranan wanita sebagai individu sama ada di dalam kehidupan peribadi, kerjaya profesional mahupun rumahtangga. Menurut Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan, merangkap Ketua Jawatankuasa Pemerkasaan Wanita USIM berkata, “Jawatankuasa Pemerkasaan Wanita USIM telah diwujudkan dengan hasrat untuk menjadi sebuah platform yang merangka dasar, membentuk perancangan dan menjalankan aktiviti serta kolaborasi yang berkaitan dengan usaha pembangunan diri, kemahiran serta visibiliti wanita di USIM serta wanita lain dalam masyarakat.” “Pelaksanaan forum ini adalah untuk memberikan gambaran dan panduan yang luas berkenaan [...]
Program Scam Alert: Risk and Right kongsi risiko isu penipuan dalam talian
NILAI: Seramai 40 orang pelajar dan kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari pelbagai latar belakang menghadiri program Scam Alert: Risk and Right yang dijalankan oleh Out Campus Secretariat Student (OCSS) dengan kerjasama Perumahan Pelajar (PRUPEL) dan Kelab Penyayang USIM yang berlangsung di Dewan Kolej Permata Insan pada 10 Januari 2024. Program ini bagi memberi pendedahan tentang isu penipuan dalam talian. Dr Haji Sulaiman Ismail, Pengetua Luar Kampus dan Pengurusan Pelajar Luar Kampus berkata, tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran warga USIM terutama pelajar tentang aktiviti penipuan yang melibatkan kewangan. “Program ini sangat penting bagi menyedarkan para pelajar dan kakitangan USIM tentang isu penipuan dalam talian,’’ katanya. Program ini menampilkan ASP Rahmat Fitri Abdullah, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang pernah terlibat secara langsung dengan penyiasatan jenayah komersial dan telah banyak menyelesaikan kes-kes jenayah berat mahupun ringan sepanjang kerjaya beliau sebagai anggota polis. Menurut ASP Rahmat Fitri, penipuan dalam talian ini semakin berleluasa seiring dengan kemajuan teknologi zaman sekarang. “Pelbagai jenis penipuan dalam talian bukan sahaja membabitkan keewangan, ada juga yang menyamar, penipuan dalam pelaburan, jual beli tipu tawaran pekerjaan dan banyak lagi,’’ ujarnya. Tambahnya lagi, penipuan yang sering berlaku ialah pekerjaan dalam talian yang menjanjikan pulangan wang yang besar selepas melaburkan sejumlah wang. Kes ini sering berlaku terhadap pelajar yang tidak berfikiran panjang dan menginginkan wang yang besar dalam masa yang singkat tanpa memikirkan sumber dan kesahihan pelaburan tersebut. Menerusi sesi soal jawab dalam program ini, salah satu pelajar bertanya tentang cara [...]
Bicara Dakwah Madani SIRI (II): Membentuk Citra Dakwah dalam Nahdah Ummah untuk Pemimpin Masa Depan
NILAI: Seramai 300 orang peserta dari pelbagai latar belakang terlibat dalam Program Bicara Dakwah Madani SIRI (II): Citra Dakwah Dalam Nahdah Ummah yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP) USIM dalam usaha untuk mempersiapkan mahasiswa sebagai pemimpin masa depan negara. Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dalam ucapannya berkata, program ini juga merupakan persediaan mahasiswa sebelum menjadi pemimpin masa depan yang mempunyai pemikiran positif, kreatif lagi kritis dalam membina keintelektualan dalam kerangka dakwah di Malaysia. “Program berbentuk diskusi seperti ini wajar diteruskan dari semasa ke semasa untuk membuka minda dan fikiran anak muda kerana mereka adalah sebagai generasi pelapis yang terpaksa hidup dalam keadaan dunia yang mencabar pada hari ini,” ujar Prof. Dr. Mohd Yahya dalam ucapannya. Prof. Dr. Mohd Yahya mencadangkan supaya setiap siri diterbitkan dalam e-book untuk membuka peluang kepada mahasiswa untuk mencedok ilmu daripada siri-siri sebelum ini. Di samping itu, program ini juga menampilkan tokoh-tokoh ilmuan yang berbeza dengan membawa tajuk hebat dalam konteks dakwah madani untuk mahasiswa. Perkongsian penting yang disampaikan ialah kriteria imam masjid di era Sultan Suleiman yang hebat untuk dijadikan panduan kepada mahasiswa. Dato’ Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia OIC dan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam ucapannya berkata, banyak isu-isu seperti perang gaza telah membuka mata bukan sahaja mahasiswa tetapi seluruh negara tentang pasca-penjajahan. “Anak-anak muda akan berhadapan dengan realiti dunia islam bakal lumpuh [...]









