Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2023

Lebih 3,000 orang berhimpun di USIM, tanda solidariti bersama Palestin

NILAI - Kira-kira lebih 3,000 warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berhimpun di Kompleks Islam Tuanku Mukriz USIM sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin bersempena penganjuran Forum Palestin: 'Masa Untuk Kebangkitan' yang barisi oleh panel selebriti Heliza Helmi bersama adiknya Hazwani Helmi yang juga dikenali sebagai The Helmis, serta Ketua Aktivitis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, iaitu Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby baru-baru ini. Program anjuran Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM) dengan kerjasama USIM ‘Alamiyyah dan Pusat Islam ini mendapat sambutan dan sokongan hebat dengan kehadiran mahasiswa serta masyarakat sekitar untuk mendapat kesedaran dan semangat menyebarkan tindak tanduk kekejaman zinonist di negara palestin. Heliza menyeru agar semua anak muda khususnya mahasiswa yang berada di kompleks pada malam ini untuk menggunakan media sosial masing-masing untuk sama-sama menyebarkan fakta tentang isu Palestin dengan sahih serta perbanyakkan doa untuk kemenangan dan kesejahteraan umat Islam di Palestin. Dr. Fauziah Hasan Pengarah USIM ‘Alamiyyah yang turut hadir hadir pada malam itu berkata, USIM mempunyai 24 Alumni dari Palestin, 178 pelajar aktif dan 3 pensyarah yang berasal daripada Palestin. Justeru, dalam usaha membantu alumni, pelajar dan staf, serta ahli keluarga masing-masing yang terkesan teruk akibat serangan rejim Israel ke atas wilayah Gaza, USIM melancarkan Kempen Prihatin Palestin melalui Tabung Prihatin USIM yang diuruskan oleh Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Ujarnya lagi, melalui tabung ini, warga USIM dan orang ramai berpeluang untuk menyumbang bagi tujuan menampung keperluan mendesak seperti bantuan perubatan, peralatan hospital, tempat perlindungan dan makanan untuk membantu rakyat Palestin dari kalangan alumni, pelajar dan [...]

IKLAN JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN MELALUI eIRIS 2023-3

JAWATAN KOSONG PENTADBIRANUNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan kekosongan jawatan yang berikut: Bil.JawatanGredTarafPenempatanRingkasan Tugas1.Pegawai TadbirN41KontrakKampus Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab terhadap pengurusan dan perancangan pentadbiran jabatan dan pengurusan bajet kewangan jabatan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.Pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan terimaan dan agihan dana/sumbangan wakaf, zakat, infaq, endowmen adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan).Pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan akreditasi sementara dan akreditasi penuh sesuatu program pengajian mengikut standard Agensi Kelayakan Malaysia adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan).2.Penolong Pegawai Teknologi MaklumatFA29KontrakKampus Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab membantu Pegawai Teknologi Maklumat dalam membangunkan sistem pengaturcaraan untuk modul/proses sistem yang diperlukan, menguji sistem dan program yang dibangunkan, membantu pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem, memberi latihan kepada pengguna sistem, membantu penyediaan dokumentasi sistem yang dibangunkan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.Pengetahuan dan pengalaman membangunkan sistem menggunakan platform Laravel dan pangkalan data MSSQL/mySQL adalah suatu kelebihan.3.Penolong Pegawai KeselamatanKP29KontrakKampus Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan tentang keselamatan perlindungan, sasaran penting dan kawasan tempat larangan untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan fizikal, dokumen, peribadi, keselamatan perlindungan ICT serta melindungi aset dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan, mengendalikan latihan dan kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan, menjalankan siasatan terhadap pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.4.Penolong Pegawai TadbirN29KontrakKampus Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab membantu Pegawai Tadbir dalam pengurusan dan pentadbiran jabatan dan pengurusan bajet kewangan jabatan [...]

USIM Santuni Pulau Kulapuan, Kongsi Kepakaran dengan Masyarakat

SEMPORNA, 8 September 2023 - Seramai 15 orang mahasiswa Program Akidah dan Agama, Program Dakwah dan Pengurusan Islam, serta Program Komunikasi dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjayakan Program Pembangunan Komuniti Madani bersama masyarakat Pulau Kulapuan Semporna, Sabah baru baru ini. Program ini melibatkan kajian lapangan untuk membangunkan taraf sosial penduduk kampung di Pulau Kulapuan. Selain itu, aktiviti kesihatan dan rawatan gigi secara percuma turut dijalankan dengan kerjasama Fakulti Pergigian USIM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengarah program Nur Aimi Farhana Nasrudin berkata, secara umumnya program ini bertujuan untuk menyumbang kepakaran membangunkan masyarakat serta meningkatkan pelbagai kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa serta berbakti kepada masyarakat terpinggir melalui pelbagai kegiatan aktiviti kemasyarakatan. “Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkhidmatan rawatan pergigian, tazkirah dan kuliah, forum dan motivasi pendidikan, aktiviti gotong-royong, serta sukaneka”. “Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk membina kemahiran insaniah, sifat keperihatinan, kepimpinan dan pengurusan dalam suasana masyarakat yang berbilang kaum”, ujarnya lagi. Sementara itu, salah seorang peserta saudari Nur Tasyamin Khalish,23, mahasiswa tahun tiga Program Komunikasi menzahirkan rasa teruja kerana dapat menyertai program kemasyarakatan ini yang memberi pengalaman baharu kepada beliau untuk berkongsi ilmu dan mendalami budaya masyarakat di Pulau Kulapuan. “Di samping itu, program ini dapat membuka mata mahasiswa bahawa penglibatan dalam aktiviti sukarelawanan untuk berbakti kepada masyarakat sekitar adalah amat digalakkan serta memberi kesedaran kepada mereka untuk sentiasa cakna dengan kesusahan masyarakat yang kurang bernasib baik di luar sana”. Beliau berharap agar masyarakat di [...]

USIM santuni Murid Sekolah Agama Pendidikan Khas

JOHOR BAHRU, 7 September 2023- Seramai 19 mahasiswa program Pengajian Qiraat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Khidmat Quran dan Sunnah bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sekolah Agama Pendidikan Khas (SAPK) (Pendengaran) Johor Bahru baru baru ini. Pelbagai pengisian yang dijalankan sepanjang program Khidmat Quran dan Sunnah Bersama OKU ini antaranya pembelajaran Al-Quran seperti kaedah Tahfiz Akhyar,Terapi wudhu’, permainan explorace dan banyak lagi. Selain itu, murid juga berpeluang mendapatkan khidmat bantuan daripada mahasiswa USIM untuk memahami kefahaman serta memperbetulkan ibadah-ibadah yang terdapat di dalam silibus pembelajaran yang juga menjadi rutin harian mereka. Lebih menarik lagi, program Khidmat ini juga sekaligus telah mewujudkan jalinan pintar di antara pihak sekolah dengan USIM. Selain perkongsian ilmu daripada mahasisiwa USIM kepada murid-murid di SAPK Johor, pihak sekolah juga mendedahkan kepada para mahasiswa tentang rutin pembelajaran khas murid-murid di sekolah tersebut. Menurut Dr. Shah Rizul Izyan Zulkiply, pensyarah bagi subjek Aplikasi Kod Isyarat dalam Pengajaran Quran yang turut mengiringi para peserta bagi menjayakan program ini berkata, matlamat utama program adalah untuk membuka mata dan minda mahasiswa serta pihak berwajib untuk kita sama-sama menyantuni golongan istimewa ini. “Dengan adanya program sebegini, mereka akan rasa lebih dihargai dan dapat merasakan bahawa kehadiran mereka disedari oleh masyarakat sekeliling”. Sementara itu, salah seorang peserta  saudari Norafiqah Tajudin berkata, program ini telah memberi banyak input dan pengalaman serta pendedahan baru untuk merasai sendiri cabaran-cabaran dalam usaha menyampaikan maklumat kepada murid-murid berkeperluan khas pendengaran. “Tanpa kaedah yang sesuai, seseorang itu belum tentu [...]

Dua Mahasiswa USIM Terpilih Sebagai Felo Perdana 2023

NILAI, 6 September 2023 - Dua mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terpilih sebagai felo perdana di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Mereka adalah saudara Muhammad Isyraq Husaini Muliadi dan saudari Nur Rasyiqah Unigkutti, masing-masing merupakan mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU). Muhammad Isyraq Husaini Muliadi merupakan anak kelahiran Negeri Johor dan dibesarkan di Negeri Selangor. Beliau baru sahaja menamatkan Latihan industri di Firma Guaman Razie Razak & Associates dan akan bergraduasi pada tahun ini. Anak kedua daripada empat beradik ini merupakan wakil USIM dan Malaysia bagi Program Mobiliti Pelajar Serantau 2023 ke Brunei Darussalam. Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat USIM 1445H/2023M (Kategori Mahasiswa). “Harapan saya adalah untuk mewujudkan ekosistem gerakan belia yang progresif sebagai pemegang taruh utama untuk mengangkat keluhuran nilai-nilai murni dalam Masyarakat, kerana belia adalah duta negara yang menjadi barisan hadapan untuk mengikat perpaduan dan menghidupkan kebersamaan di Malaysia”, ujarnya. Sementara itu, Rasyiqah yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan Pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab 2023 anjuran Qatar Debate Foundation. Anak bongsu daripada enam beradik ini bergiat aktif dalam dunia perdebatan Bahasa Arab (Bukan Penutur Jati) di peringkat Nasional dan Antarabangsa. Harapan Rasyiqah agar belia menggunakan ruang dan platform sebegini untuk menyampaikan suara dan membawa idea serta cadangan kepada kerajaan agar dapat membentuk Malaysia yang lebih baik. “Masa depan negara berada di tangan kita dan seharusnya kita memanfaatkan dan menyambut baik usaha kerajaan dan usahlah kita menjadi seperti tin kosong yang [...]

USIM sertai CAECW 2023 di China, Teroka Peluang Kerjasama Pendidikan

CHINA, September 4th 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya menyertai China-ASEAN Education and Cooperation Week (CAECW) and the “Belt & Road Nations” Presidents Forum and Education Exhibition yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 30 Ogos 2023 bertempat di Guiyang, China yang diwakili oleh Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Program yang bertemakan Pembangunan Pendidikan Integratif dan Inovatif itu mengumpulkan para pemimpin Universiti dari seluruh dunia seperti Malaysia, Filipina, Thailand, Brunei, Australia, Singapura dan pelbagai negara lagi. Menurut Profesor Dr. Mohd Radhi, penyertaan kali ini memberi peluang kepada USIM untuk meneroka peluang kerjasama terutama dengan universiti dan sekolah di China menerusi pengambilan pelajar antarabangsa, kolaborasi dalam aspek pendidikan, penyelidikan, program pertukaran pelajar dan pelbagai kerjasama lain. Selain itu juga, program berskala besar ini turut memberi peluang kepada universiti yang menyertai untuk membuka reruai pendidikan dengan memberi maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan di institusi masing-masing. Lebih daripada 14 buah sekolah dan universiti telah dijemput untuk menyertai forum dan pameran pendidikan ini. “Dengan menyertai program sebegini juga ianya memberi peluang untuk USIM mempelajari bagaimana untuk meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan di USIM sekaligus meletakkan USIM sebagai Universiti rujukan di peringkat global pada 2025 nanti,” katanya lagi. Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN anjuran Kementerian Luar Negeri Hal Ehwal, Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China dan Rakyat Kerajaan Wilayah Guizhou, telah menjadi platform penting bagi kerjasama pendidikan China-ASEAN dan pertukaran budaya. CAECW 2023 komited untuk mempromosikan pertukaran dan kerjasama antarabangsa antara China dan negara-negara lain bagi merealisasikan [...]

Ogos 2023

Sambutan Hari Pentadbir USIM 2023, pentadbir perlu serlah kepakaran bidang

NILAI, 29 Ogos 2023 – Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2023 telah diadakan bersempena dengan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia pada 20 Ogos 2023 yang lalu. Sebagai sebuah persatuan yang bernaung di bawah Majlis Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas USIM (PRAGMATIS) komited untuk menjadikan sambutan ini sebagai satu usaha menghargai warga pentadbir di USIM. Majlis yang diadakan di Galeri Canselori USIM ini telah disempurnakan oleh Pendaftar USIM, Dato’ Hj. Muhammad Haizuan Rozali dan turut dimeriahkan dengan pameran inovasi serta pencapaian pentadbir dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) antaranya, Jabatan Pendaftar, Jabatan Undang-Undang, Jabatan Perpustakaan, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Pusat Alumni dan Kerjaya, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Bendahari. Dato’ Haizuan dalam pidato khasnya yang penuh inspirasi bertajuk “Peranan Pentadbir Dalam Landskap Pengurusan Ilmu” turut menyeru para pentadbir untuk tidak mengehadkan penglibatan mereka dalam ruang lingkup sedia ada demi meningkatkan kompetensi dalam mencapai kecemerlangan kerjaya. “Dalam situasi ekonomi semasa yang mencabar ini juga, pentadbir adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh mencipta pendapatan dengan hasil yang menguntungkan (monetary profit) melalui pembangunan narasi berdasarkan bidang kepakaran masing-masing, mengambil kira aspek pengurusan ilmu (knowledge management)”. Ujar beliau lagi. Di penghujung majlis, Anugerah Gemilang PRAGMATIS turut dilancarkan bagi memberi informasi awal kepada ahli berkenaan Anugerah Gemilang MASTI yang bakal diadakan pada bulan Ogos 2024 di Bandung, Indonesia. Sebagai pelengkap majlis sambutan ini, pelbagai program menarik telah dan bakal dijalankan, antaranya Riadah Badminton PRAGMATIS, Durian Rahmah PRAGMATIS, Program CSR Kunjungan ke Rumah Anak Yatim, [...]

Risk Management Best Practice Sharing Seminar: Strengthening the Role of Risk Management Centers in Universities

PUTRAJAYA, 30 August 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) organized the Public University Risk Management Best Practice Sharing Seminar for the first time, attracting 140 participants from 20 public and private universities, including directors and risk management officers. The event took place recently at the Everly Hotel in Putrajaya. Among the participating universities were Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Baitulmal Kuala Lumpur Professional College, and the Malaysian Productivity Corporation (MPC). Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, the Vice-Chancellor of USIM, emphasized the vital role of risk management in university management. He noted that understanding risk reduction, probability reduction, risk transfer, and risk avoidance is crucial for university planning, policies, and strategies. "Risk management plays a significant role in aiding university management and organizations in making informed decisions, especially in strategic planning, project management, and operational efficiency," he said. Meanwhile, Mohd Asri Husain, Director of USIM's Center for Shariah Compliance, Integrity, Risk Management, and Occupational Safety and Health (SCIROSH), stated that one of the main objectives of this seminar is to identify challenges in risk management at universities and develop solutions to strengthen the role of the Risk Management Center. The seminar, which took place from 28 to 29 August 2023, was inaugurated by Professor Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Chairman of the Public Universities Vice-Chancellors and Rectors Committee (JKNC/R), who [...]

Program MyCEKAP beri Pendedahan Isu Kesihatan Mental

NILAI, 15 Ogos 2023- Bertemakan “Mencetus Transformasi dalam Masyarakat bagi Membendung Stigma dan Diskriminasi”, Program MyCEKAP Masyarakat iaitu Latihan Kesihatan Mental yang disertai seramai 100 orang peserta dari pelbagai latar belakang telah terlibat secara fizikal dan secara dalam talian untuk mendapatkan pendedahan mengenai isu kesihatan dan penyakit mental dalam komuniti telah berjaya diadakan di Dewan Kuliah Utama, USIM baru-baru ini. Disamping itu, program ini juga dapat memberi kesedaran mengenai stigma dan diskriminasi yang berkaitan dengan kesihatan mental serta cara-cara menangani isu tersebut. Pengarah Ummi Maktum, Dr. Haji Norakyairee Mohd. Raus dalam ucapan perasmiannya berkata, program ini dianjurkan dengan harapan dapat memberi impak dengan membuka mata masyarakat bahawa diskriminasi dan stigma terhadap para pesakit mental dan OKU mental berkurang, dan pesakit tidak lagi malu untuk mencari dan mendapatkan rawatan. Sementara itu, salah seorang peserta program, Qurratu Aisha, 22, berkata, program kolaboratif ini memberi impak yang sangat besar buat mahasiswa di mana peserta didedahkan dengan jenis-jenis masalah kesihatan mental, cara mengatasinya dan juga cara membantu orang sekeliling disamping sesi perkongsian oleh pakar-pakar yang mempunyai pengalaman selama belasan tahun di dalam lapangan tersebut. “Secara keseluruhannya, program ini menyuburkan lagi rasa cakna terhadap diri sendiri dan orang sekeliling sekaligus memperkasa nilai nilai manusiawi di dalam diri mahasiswa itu sendiri. Hal ini bertepatan dengan seruan pihak kerajaan, untuk melahirkan masyarakat yang memenuhi elemen madani dan sekaligus mempunyai nilai insani yang tinggi”, ujarnya lagi. Program dibahagikan kepada tiga sesi utama dengan topik-topik yang cukup signifikan. Sesi yang pertama berfokus kepada diskusi bertajuk “Beza antara kesihatan mental [...]

I-iECONS 2023 Medan Pembentangan Isu Ekonomi Islam

ARAB SAUDI, 14 Ogos 2023 – “The 10th International Islamic Economic System Conference (I-iECONS 2023)” di bawah anjuran Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya persidangan ini diadakan secara hibrid. Sesi pembentangan secara dalam talian dilaksanakan pada 7 Ogos 2023 manakala sesi fizikal pula dilaksanakan pada 14 Ogos 2023 bertempat di Millennium Makkah Al-Naseem Hotel, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi baru-baru ini. Seramai 150 peserta dari lebih 40 institusi pendidikan tinggi dengan melibatkan 128 pembentangan kertas kerja dibawah tujuh tema berkaitan ekonomi Islam telah dijalankan dengan jayanya. Menurut Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin selaku Pengarah program berkata, penyertaan kali ini turut menarik penglibatan dari 14 buah negara termasuklah dari Malaysia iaitu dari Algeria, Arab Saudi, Austalia, Brunei, Filipina, Indonesia, Palestin, Tunisia, Turkiye, UAE dan United Kingdom. “Sebanyak dua ucaptama berkaitan ekonomi Islam telah disampaikan pada I-iECONS 2023. Ucaptama pertama adalah bertajuk “Halal Industry Ecosystem and its Impact on Innovative Islamic Finance” yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM. Manakala, ucaptama kedua pula bertajuk “Sustainable Development through Innovative Economic Transformation” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Amir Shaharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Syariah, SME Bank Berhad”. Ujarnya lagi, satu sesi forum turut diadakan dengan kerjasama daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan membahaskan berkenaan “Maqasid al-Shariah and Responsible Investment Index (MSRI)”. “Indek MSRI merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan oleh pihak PNB menerusi penyelidikan Kerusi Profesor Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) bersama pihak FEM USIM dalam menilai pelaburan yang [...]

Go to Top