Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2023

Bawa Tema ‘Graduan USIM Pemangkin Masyarakat Madani’, Konvokesyen USIM ke-21 rai 3,146 graduan

NILAI - Seramai 3,146 graduan dari 89 program pengajian diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-21 yang dijadualkan berlangsung pada 12 sehingga 15 Disember 2023. Dengan tema “Graduan USIM Pemangkin Masyarakat Madani”, majlis yang penuh bermakna bagi graduan ini diraikan dengan penuh adat isitiadat dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. DYMM Tuanku Canselor berkenan berangkat mencemar duli bagi mengisytiharkan majlis konvokesyen dan seterusnya menganugerahkan ijazah kepada para graduan pada sidang pertama. Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, dari 3,146 graduan tersebut, seramai 110 orang merupakan graduan Doktor Falsafah (PhD), 108 merupakan graduan Sarjana, 340 orang merupakan graduan Diploma Siswazah serta 2,588 lagi merupakan graduan program Sarjana Muda. “Majlis konvokesyen kali ini bakal melakar sejarah tersendiri apabila USIM turut meraikan graduan sulung bagi lima program pengajian Baharu. Mereka adalah graduan Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Perdagangan (Kepujian), Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian dan Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian. “Pada majlis yang sama Tuanku Canselor turut berkenaan mengurniakan Ijazah Kehormat serta gelaran Profesor Emeritus dan Profesor Emerita serta anugerah-anugerah kecemerlangan akademik”. Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) dianugerahkan kepada Tuan Yousef Abdul Latif Jameel, iaitu pengasas Syarikat Abdul Latif Jameel Company, sebuah Syarikat pengedar kenderaan Toyota di Kerajaan Arab Saudi. Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin lagi, [...]

USIM teruskan inisiatif solidariti, anjur solat hajat & qunut nazilah untuk Palestin

NILAI– Serangan bertubi-tubi daripada Zionis Israil terhadap bumi Palestin sejak peristiwa 7 Oktober membuatkan umat Islam di seluruh dunia berhimpun dan menyatakan sokongan untuk membela nasib rakyat Palestin. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga turut sama mengadakan beberapa siri solidariti bagi menyatakan sokongan terhadap pembebasan Negara Palestin. Antara inisiatif solidariti pertama yang dibuat oleh USIM adalah dengan melancarkan Tabung USIM Prihatin Palestin pada 13 Oktober 2023. Pada 6 Disember 2023, USIM meneruskan kempen solidariti dengan menganjurkan program ’USIM Berzikir untuk Palestin’ yang diadakan dengan hasrat untuk menyeru warga USIM dan masyarakat muslim sekitar untuk bersama-sama menyatakan dan mengukuhkan solidariti terhadap Palestin dengan pelbagai pengisian antaranya, solat hajat, bacaan Doa Qunut Nazilah serta Zikir Munajat. Lebih bermakna, semua pelajar dan kakitangan warganegara Palestin yang berada di USIM turut dijemput bagi merasai kebersamaan warga USIM bersama dengan rakyat Palestin selain berkongsi pengalaman, perkembangan terkini di tanah air Palestin dan nasihat yang boleh dikongsikan kepada warga USIM khasnya, dan kepada masyarakat sekitar umumnya. Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, sebagai tanda sokongan dan cakna kepada warga Palestin, satu pertemuan antara Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) USIM dengan warga Palestin USIM telah diadakan pada 23 November 2023. Pengurusan USIM juga bersetuju agar pelajar Palestin di USIM yang terkesan dengan peperangan ini diberikan kadar yuran pengajian tempatan, penangguhan khas pengajian bagi pelajar siswazah selain kutipan berjumlah RM33,210.47 yang dikumpul melalui Kempen #USIMPrihatin Palestin yang telah dilancarkan pada bulan Oktober 2023 yang lepas diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di atas [...]

USIM Catat 91.83 Peratus Pelajar Keluar Mengundi Dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2023/2024

NILAI – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2023/2024 semalam berlangsung dengan lancar dan aman dan menyaksikan 91.83 peratus pelajar turun mengundi berbanding 83.73 peratus pada tahun lepas. Keputusan ini merupakan antara yang tertinggi dicatatkan oleh Universiti Awam. Sebanyak sembilan  kerusi umum dan 18 kerusi fakulti menjadi rebutan calon-calon yang bertanding. Proses pemilihan calon diadakan pada 5 Disember 2023 secara dalam talian melalui laman web pilihmpp.usim.edu.my dengan 19 calon menawarkan diri bertanding di Kerusi Umum dan 31 calon bertanding di kerusi fakulti. Kerusi Tertinggi pencalonan adalah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) iaitu dengan saingan lima penjuru. Manakala Kerusi Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) menyaksikan pencalonan empat penjuru. Sementara itu, bagi kerusi Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB), Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) pula dengan saingan tiga penjuru. Bagi kerusi Fakulti Pergigian (FPg) tiada pertandingan kerana calon-calon menang tanpa bertanding. Sementara itu, Nazurah Farzana Zulkifflee, 20, yang berasal dari Sabah merupakan mahasiswa tahun dua FPg yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 7,530 undian berbanding 7,474 undian yang dimenangi oleh saudara Ibni Umar Abdul Aziz Iswady Fazly dari FPQS. Nazurah Farzana dalam kenyataannya berkata, beliau tidak menyangka akan memenangi undian tertinggi, dan hanya mendapat tahu ketika menyaksikan pengumuman secara dalam talian menerusi platform facebook USIMTV. "Terima kasih kepada semua mahasiswa yang telah turun mengundi dan menjalankan tanggungjawab anda, saya akan pikul tanggungjawab dan amanah ini [...]

Makanan Jalanan: Kesedaran Tentang Amalan Pengendalian Makanan yang Baik

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat popular dengan makanan jalanan ataupun lebih kenali sebagai “street food”. Rakyat Malaysia gemar membeli makanan jalanan kerana harganya yang lebih murah serta lokasi gerai yang strategik tanpa perlu memasuki premis makanan. Antara makanan jalanan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia adalah pasar malam atau pasar minggu. Ini kerana pasar ini sering dipenuhi dengan pelbagai juadah makanan yang menyelerakan serta menarik perhatian pembeli. Namun, apa yang dibimbangkan adalah aspek kebersihan makanan jalanan. Ini kerana makanan jalanan amat terdedah dengan persekitaran yang kurang bersih seperti asap kenderaan atau bau perparitan yang kurang menyenangkan. Adakalanya penyediaan makanan daripada penjual juga kurang memuaskan. Penjual menyediakan makanan dengan tangan yang tidak memakai sarung tangan dan penutup kepala, mencampuradukkan beberapa jenis bahan mentah, serta menggunakan peralatan memasak berulang kali tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Justeru, untuk memastikan penyediaan makanan adalah baik dan bersih, pengendali makanan perlu cakna terhadap garis panduan amalan pengendalian makanan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Biasanya, untuk menjalankan perniagaan makanan jalanan, mereka perlu mendapatkan lesen daripada Majlis Daerah dan juga memenuhi syarat KKM. Ini termasuk mengambil suntikan tifoid, memastikan kuku sentiasa pendek, memakai penutup kepala, serta tidak memakai sebarang perhiasan seperti cincin, jam tangan atau rantai tangan. Penggunaan peralatan memasak berasaskan kayu juga tidak dibenarkan bagi mengendalikan makanan kerana sifat bahan ini yang menyerap lembapan sekaligus membenarkan pembiakan bakteria dengan mudah. Adalah menjadi tanggungjawab seorang pengendali makanan untuk memenuhi syarat semasa memohon lesen makanan jalanan serta menambah ilmu pengetahuan [...]

November 2023

Beri Peluang Belia B40 dan Masyarakat Orang Asli Jadi Tenaga Mahir, Tingkat Kemahiran Dalam Sektor Pelancongan di Negeri Sembilan

REMBAU - Dalam usaha untuk melahirkan usahawan dan komuniti profesional dari kalangan golongan belia B40 dan Orang Asli dalam industri pelancongan, Universiti Sains islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Latihan Modul I-Skilled Keusahawanan Pelancongan Digital Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti (Community Based Tourism) Bagi Golongan Belia B40 Dan Orang Asli Negeri Sembilan bermula 25 hingga 26 November 2023 bertempat di UiTM Rembau. Program turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Pusat Keusahawanan Universiti. Dianggarkan seramai 50 peserta yang terdiri daripada kalangan belia B40 dan Masyarakat orang asli sekitar Negeri Sembilan telah diberi pendedahan secara teori dan praktis serta dilatih untuk menguruskan perniagaan dengan kemahiran keusahawanan pelancongan digital yang diberikan. Di samping itu, program ini sebagai salah satu cara untuk membentuk keperibadian diri sebagai usahawan pelancongan komuniti yang beretika dan berintegriti tinggi, selain menaik taraf kehidupan keluarga dan generasinya. Penganjuran program itu juga memberi ruang kepada peserta untuk memiliki sijil kompetensi sebagai usahawan dan pekerja yang telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas mengenai kerjaya di dalam industri inap desa dan pelancongan berasaskan komuniti. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.B. Dato' Zaifulbahri bin Idris (EXCO & DUN Chembong). Turut hadir sama adalah Professor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yamin Yasin, Rektor UiTM Kampus Rembau dan Ketua Kampung/Tok Batin ke majlis ini. Program ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada peserta, masyarakat setempat, dan [...]

The Black Widow dinobat sebagai Juara Keseluruhan SUFA 2023!

NILAI- The Black Widow Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah berjaya memenangi gelaran Juara Keseluruhan SUFA 2023, mencatat kemenangan terbesar sejak capaian cemerlang pada tahun 2009 yang lalu. Kemuncak kejohanan berakhir malam tadi di Kompleks Sukan Tuanku Najihah dengan menyaksikan FBeast gabungan (Fakulti Sains dan Teknologi & Fakulti Kejuteraan Alam Bina) rangkul Naib Johan, manakala Tempat Ketiga jatuh kepada pasukan The Eagle Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM). SUFA 2023 menyaksikan kejutan apabila The Black Widow dan FBeast terpaksa ditentukan dengan pungutan pingat terbanyak apabila kedua-dua pasukan berkongsi 112 mata yang sama hingga acara olahraga berpasukan yang terakhir semalam. Juara bertahan tahun lalu 2022 FEM The Eagle terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga  walaupun telah berjaya mengikat kedudukan teratas sehingga saingan fasa kedua. Penyampaian hadiah dan perasmian penutup dirasmikan oleh Prof Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Misi Jelajah Kesukarelawanan Kuala Pilah 2023 Terap Bina Jati Diri Islam

KUALA PILAH - Selaras dengan pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, SekreFEM Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri daripada 40 mahasiswa dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Gachong, Kuala Pilah telah menganjurkan Program Misi Jelajah Kesukarelawanan Kuala Pilah 2023 pada 11 November 2023 baru-baru ini. Bertempat di Masjid Kampung Gachong, Kuala Pilah seramai lebih 20 kanak-kanak dari kariah kampung telah mengambil peluang untuk menyertai program membentuk jati diri anak muda Islam. Misi Jelajah Kesukarelawanan Kuala Pilah 2023 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato’ Adnan Hj Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah. Selain itu, lima pensyarah dari Universitas Negeri Surabaya (UNESA) dan Universitas Muhammadiyah (UNISMUH) Makassar turut serta dalam misi jelajah tahun ini. Sementara itu, saudari Najah Binti Khairudin, mahasiswa tahun akhir Program Pentadbiran Korporat selaku Timbalan Pengarah program berkata, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan antaranya gotong-royong, Smart Solat yang diselaraskan dengan keperluan komuniti, dan perkongsian adat perpatih. Jelasnya lagi, program ini mampu memberi impak positif kepada komuniti setempat dan sukarelawan khususnya. Dengan adanya program sebegini, USIM dapat melahirkan mahasiswa yang holistik dalam segenap aspek terutamanya dalam berbakti kepada masyarakat melalui kemahiran insaniah yang diperoleh daripada aktiviti kesukarelawanan “Melalui aktiviti gotong-royong, mahasiswa dapat memupuk nilai-nilai keprihatinan dan kebersamaan terhadap komuniti di luar kampus. Selain itu, kami turut mengajar dan mendidik kanak-kanak ini mengenai asas solat yang betul dalam membentuk jati diri Muslim dalam kalangan generasi muda. Tok Paduka Menti, Kamaruzaman Hussin juga turut berkongsi pengetahuan mengenai adat perpatih supaya dapat memastikan warisan [...]

Lebih 2,000 atlet kembali berentap di Pentas SUFA 2023!

NILAI- Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUFA) merupakan acara tahunan yang dinantikan setiap tahun bagi meraikan komitmen seluruh warga siswa dan siswi fakulti sebagai satu pasukan. Berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Najihah, majlis perasmian kejohanan SUFA 2023 telah dirasmikan oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Kejohanan kali ini turut mendapat sokongan dan tajaan daripada syarikat Yakult dan Extrajoss. Bertemakan “Kebersamaan” One Team, One Dream,  SUFA 2023 bermula dari 3 hingga 22 November 2023 dengan lebih 28 acara dan kategori dipertandingkan antaranya seperti badminton, bola baling, bola keranjang, bola jaring, bola sepak, bola tampar, catur, e-sport, futsal, frisbee, lawn bowls, memanah, olahraga, petanque, ping pong, ragbi sentuh, sepak takraw dan tenis. Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, kejohanan ini merupakan platform untuk perkembangan dan pembangunan sukan pelajar USIM untuk menyertai peringkat sukan yang lebih tinggi seperti Kejohanan MASUM, SUKIPT dan kejohanan lain di peringkat KPT. “Dengan adanya kejohanan seperti ini, ia dapat membina budaya hidup sihat dan cergas yang memberi impak positif kepada pelajar dalam tempoh jangka masa panjang disamping memupuk budaya “USIM Cergas dan Cerdas” yang membawa matlamat  semangat kerja berpasukan serta integrasi antara kita sebagai warga USIM yang bergerak sebagai satu pasukan”. Ujarnya lagi, beliau berharap agar kejohanan ini dapat menonjolkan imej USIM sebagai Universiti Awam yang aktif dalam kegiatan berasaskan sukan dan rekreasi disamping komitmen Pusat Sukan yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti pengurusan kaunter sukan yang diuruskan oleh pelajar, skim kecemerlangan atlet, sokongan peruntukan pembangunan aktiviti sukan di fakulti telah  menggalakkan [...]

Buku Kompilasi Fatwa-Fatwa Perubatan Di Malaysia Dilancar, Jadi Rujukan Akademik Dan Umum

SEPANG – Menghimpunkan fatwa-fatwa dalam bidang tertentu untuk dijadikan sebuah buku bukanlah mudah, namun dengan terzahirnya sebuah buku kompilasi fatwa yang komprehensif serta dapat membantu pemahaman dan rujukan umum sewajarnya dipuji dan diberi penghargaan. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Pusat Penerbit baru-baru ini telah melancarkan buku kompilasi bertajuk Fatwa-Fatwa Perubatan Di Malaysia hasil susunan Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Muhamad Rafiqi Hehsan. Buku yang diterbitkan melalui Dana Penerbitan Inisiatif Belanjawan 2023 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu mengumpulkan semua fatwa berkenaan perubatan yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti setiap negeri. Dengan terhasilnya buku ini, manfaat yang sangat besar dapat dikongsikan kepada pelajar, pensyarah, pengamal perubatan dan juga ahli agama serta masyarakat bagi mendapatkan fatwa-fatwa perubatan dalam satu bahan rujukan yang komprehensif. Dana penerbitan yang diterima oleh Pusat Penerbit ini merupakan insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mempergiat aktiviti perbukuan dan terjemahan serta menjadikannya sebagai bahan bacaan yang disukai ramai. Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari dalam ucapan pelancaran buku tersebut berkata, DBP amat menggalakkan penghasilan buku-buku akademik dalam Bahasa Melayu, terutamanya bagi penulis dalam bidang Syariah, Perubatan dan Undang-undang untuk turut sama menyumbang dalam penerbitan buku-buku akademik di dalam bahasa Melayu tidak mengira sama ada melalui penerbit agensi masing-masing atau melalui hantaran terus manuskrip kepada DBP. Ini selaras matlamat utama kerajaan untuk memperkasakan industri buku negara serta mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan. Pada majlis tersebut, sebanyak enam institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah [...]

Alumni dan pelajar USIM ungguli rancangan realiti Muazin terbitan Suhan

NILAI - Alumni dan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggungguli rancangan realiti Islamik Malaysia apabila merangkul gelaran juara dan tempat ketiga bagi program realiti Muazin (kategori Bilal) 2023 terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd baru-baru ini. Zainur Irsyadi Zainal, 28 merupakan alumni Program Sains Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina yang bergraduasi tahun 2017. Penglibatan beliau dalam bidang seni suara bermula dengan didikan daripada ibunya yang merupakan seorang guru agama dan pertama kali melaungkan azan pada usia tujuh tahun di Masjid Qariah, Kampung Kuala Jempol, Negeri Sembilan. Pelbagai pencapaian dan pengalaman yang telah beliau perolehi sepanjang penglibatannya di bidang ini antaranya Naib Johan Tilawah Al-Quran Negeri Sembilan 2020, mewakili Malaysia ke Musabaqah Azan Antarabangsa di Riyadh 2022, Muazin Subuh RTM1 dan RTM2 serta Qari Tadarus Ramadan RTM1. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000.00, tiga pakej umrah beserta trofi. Sementara itu, meraih kedudukan ketiga dalam rancangan yang sama adalah ikon yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah iaitu Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin yang merupakan pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.00 beserta trofi. Rancangan realiti yang berjaya mengangkat keindahan seni azan tidak lain adalah untuk meraikan kesenian dan kepentingan azan yang juga panggilan kepada umat Islam untuk mengerjakan solat dan para peserta dinilai berdasarkan kualiti suara, ketepatan nada, ekspresi, emosi dan keseluruhan persembahan.

Go to Top