Ogos 2023
Program MyCEKAP beri Pendedahan Isu Kesihatan Mental
NILAI, 15 Ogos 2023- Bertemakan “Mencetus Transformasi dalam Masyarakat bagi Membendung Stigma dan Diskriminasi”, Program MyCEKAP Masyarakat iaitu Latihan Kesihatan Mental yang disertai seramai 100 orang peserta dari pelbagai latar belakang telah terlibat secara fizikal dan secara dalam talian untuk mendapatkan pendedahan mengenai isu kesihatan dan penyakit mental dalam komuniti telah berjaya diadakan di Dewan Kuliah Utama, USIM baru-baru ini. Disamping itu, program ini juga dapat memberi kesedaran mengenai stigma dan diskriminasi yang berkaitan dengan kesihatan mental serta cara-cara menangani isu tersebut. Pengarah Ummi Maktum, Dr. Haji Norakyairee Mohd. Raus dalam ucapan perasmiannya berkata, program ini dianjurkan dengan harapan dapat memberi impak dengan membuka mata masyarakat bahawa diskriminasi dan stigma terhadap para pesakit mental dan OKU mental berkurang, dan pesakit tidak lagi malu untuk mencari dan mendapatkan rawatan. Sementara itu, salah seorang peserta program, Qurratu Aisha, 22, berkata, program kolaboratif ini memberi impak yang sangat besar buat mahasiswa di mana peserta didedahkan dengan jenis-jenis masalah kesihatan mental, cara mengatasinya dan juga cara membantu orang sekeliling disamping sesi perkongsian oleh pakar-pakar yang mempunyai pengalaman selama belasan tahun di dalam lapangan tersebut. “Secara keseluruhannya, program ini menyuburkan lagi rasa cakna terhadap diri sendiri dan orang sekeliling sekaligus memperkasa nilai nilai manusiawi di dalam diri mahasiswa itu sendiri. Hal ini bertepatan dengan seruan pihak kerajaan, untuk melahirkan masyarakat yang memenuhi elemen madani dan sekaligus mempunyai nilai insani yang tinggi”, ujarnya lagi. Program dibahagikan kepada tiga sesi utama dengan topik-topik yang cukup signifikan. Sesi yang pertama berfokus kepada diskusi bertajuk “Beza antara kesihatan mental [...]
I-iECONS 2023 Medan Pembentangan Isu Ekonomi Islam
ARAB SAUDI, 14 Ogos 2023 – “The 10th International Islamic Economic System Conference (I-iECONS 2023)” di bawah anjuran Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya persidangan ini diadakan secara hibrid. Sesi pembentangan secara dalam talian dilaksanakan pada 7 Ogos 2023 manakala sesi fizikal pula dilaksanakan pada 14 Ogos 2023 bertempat di Millennium Makkah Al-Naseem Hotel, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi baru-baru ini. Seramai 150 peserta dari lebih 40 institusi pendidikan tinggi dengan melibatkan 128 pembentangan kertas kerja dibawah tujuh tema berkaitan ekonomi Islam telah dijalankan dengan jayanya. Menurut Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin selaku Pengarah program berkata, penyertaan kali ini turut menarik penglibatan dari 14 buah negara termasuklah dari Malaysia iaitu dari Algeria, Arab Saudi, Austalia, Brunei, Filipina, Indonesia, Palestin, Tunisia, Turkiye, UAE dan United Kingdom. “Sebanyak dua ucaptama berkaitan ekonomi Islam telah disampaikan pada I-iECONS 2023. Ucaptama pertama adalah bertajuk “Halal Industry Ecosystem and its Impact on Innovative Islamic Finance” yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM. Manakala, ucaptama kedua pula bertajuk “Sustainable Development through Innovative Economic Transformation” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Amir Shaharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Syariah, SME Bank Berhad”. Ujarnya lagi, satu sesi forum turut diadakan dengan kerjasama daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan membahaskan berkenaan “Maqasid al-Shariah and Responsible Investment Index (MSRI)”. “Indek MSRI merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan oleh pihak PNB menerusi penyelidikan Kerusi Profesor Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) bersama pihak FEM USIM dalam menilai pelaburan yang [...]
Genba Bakery USIM terima bimbangan Keusahawanan Bersama Khairul Aming
NILAI, 13 Ogos 2023 – Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terlibat dalam menjalankan operasi inkubator bakeri dan kafe, Genba Bakery USIM bertuah apabila menerima bimbingan keusahawanan daripada pempengaruh masakan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming bertempat di Genba Bakery USIM, Nilai Impian baru-baru ini. Kerjasama dalam perniagaan bakeri (from zero) yang telah berjalan pada awal bulan Ogos ini melibatkan penentuan hala tuju kerjasama dan sumbangsaran idea tentang rangka kerja perniagaan bakeri yang bakal dijalankan dengan bantuan daripada Khairul Aming sendiri. Melalui bimbingan keusahawanan ini juga, personaliti internet tersebut akan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan bermula daripada fasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), persediaan dan memulakan perniagaan, kaedah pengeposan barangan serta strategi pemasaran secara dalam talian yang akan memberi manfaat kepada 80 orang peserta inkubator yang terdiri daripada pelajar asnaf. Khairul Aming berkata, pemilihan Genba Bakery USIM untuk tujuan bimbingan ini adalah signifikan berikutan inisiatif Genba Bakery USIM sendiri yang mahu membantu mahasiswa dalam kalangan B40 untuk mengenali dunia keusahawanan serta mencari pendapatan sampingan di universiti. Selain itu, menurut beliau, peluang yang ada ini memerlukan pendedahan kepada mass market. Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang yang sama beliau terpanggil untuk bersama dalam usaha ini. Genba Bakery sebelum ini mendapat tajaan dana zakat berjumlah RM500,000 daripada Maybank Islamic Berhad selain turut mendapat kerjasama daripada Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Sehingga kini terdapat dua cawangan Genba Bakery USIM yang telah memulakan operasi dengan sebuah bakeri berada di dalam Kampus Nilai USIM yang telah dirasmikan oleh [...]
Pelancaran Kempen #SayangUSIM Kukuh Rasa Kecintaan Kepada Institusi
NILAI, 4 Ogos 2023 - Kempen #SayangUSIM yang dilancarkan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Naib Canselor baru baru ini merupakan satu inisiatif bagi mengukuhkan rasa kecintaan kepada institusi. Naib Canselor Prof. Ts. Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, kempen yang dijenamakan semula dari kempen #iLoveUSIM ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif daripada warga universiti serta memupuk semangat kekitaan dan kebanggaan sebagai warga USIM. Ini, sekaligus dapat memotivasi pelajar, staf dan alumni USIM untuk menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan dan kecemerlangan universiti. Ujarnya lagi, ini juga selaras dengan slogan “USIM Cemerlang, USIM Disayang” di mana setiap warga USIM diharap dapat menyayangi USIM dan menganggap USIM sebagai hak milik bersama dan berusaha memberi komitmen yang terbaik, selaras dengan penerapan lima teras profesional yang digariskan iaitu Profesional, Efisyen, Alamiyyah, Amanah dan Muafakat. Selain pelancaran kempen tersebut, USIM turut melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat USIM 2023 bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos akan datang. Bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, pelbagai aktiviti menarik bakal dijalankan antaranya, Pertandingan Fotografi Kemerdekaan, Pertandingan Menulis Puisi Kemerdekaan, Pertandingan TikTok Merdeka USIM, Pertandingan Poster Kemerdekaan, Buskin Merdeka, Perbarisan dan Perarakan Merdeka Peringkat Negeri Sembilan, Bual Bicara Kemerdekaan, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kemerdekaan, Khutbah Jumaat Edisi Bulan Kebangsaan, dan Kejohanan Sepak Penalti Merdeka. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
USIM Realisasi Hasrat Punya Klinik Pergigian Bergerak
NILAI, 4 Ogos 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merealisasikan hasrat untuk mempunyai klinik pergigian bergeraknya sendiri apabila menerima kenderaan tersebut dalam satu majlis ringkas penyerahan kunci yang diadakan bertempat di Dewan Kuliah 2 USIM baru-baru ini. USIM sebelum ini menerima peruntukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah pelaksanaan Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) sebanyak RM2.1 juta untuk projek Klinik Pergigian Bergerak Fakulti Pergigian USIM. Naib Canselor Prof Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, projek Klinik Pergigian Bergerak ini dapat merealisasikan impian Fakulti Pergigian di USIM untuk terus menabur bakti kepada masyarakat melalui program outreach dengan cepat dan meluas. Melalui program ini, rawatan pergigian dapat di bawa terus ke lokasi yang diperlukan tanpa pesakit perlu hadir ke pusat rawatan pergigian yang sedia ada sama ada di fakulti mahu pun Pusat Pakar Pergigian USIM. Ujarnya lagi, bas yang diubahsuai sebagai klinik pergigian bergerak ini dilengkapi dua unit kerusi pergigian dan peralatan pergigian bagi menyediakan perkhidmatan pergigian secara outreach dengan rekabentuk kenderaan yang turut dilengkapi dengan ciri-ciri mesra OKU dan Warga Emas. Melalui Bas Klinik Pergigian Bergerak ini juga, penglibatan pelajar pergigian USIM dalam projek outreach akan dapat terus diperkasakan dan memperkenalkan mereka kepada usaha-usaha khidmat masyarakat yang lebih meluas bagi membantu kesejahteraan ummah. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
USIM Tandatangani MoU dengan Pengeluar Komponen Elektrik Multinasional
NILAI, 4 Ogos 2023– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat multinasional yang berpengalaman 34 tahun dalam pembuatan komponen elektrik dan maklumat hibur (infotainment) automatif. USIM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani manakala ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan, Yuko Inoue. Menyedari pentingnya kolaborasi industri dan akademia dan simbiosisnya, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM dan ALPS menekankan kepentingan untuk bekerjasama kearah melahirkan masyarakat serta pemimpin masa hadapan melalui perancangan dan pelaksanaan pelbagai program bersama. Dipilih sebagai universiti awam pertama di Malaysia untuk bekerjasama dengan Syarikat besar seperti ALPS, sebagai permulaan kedua-dua organisasi ini bersetuju untuk menyediakan saluran pembelajaran dan latihan berstruktur kepada pelajar yang terpilih mengikuti latihan industri di Syarikat tersebut sebagai pendedahan industri untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pekerjaan. Turut hadir ke majlis ini adalah Ho Kok Chung dan Horishi Kodaira, Pengarah Eksekutif ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd, Mohammad ‘Azman Mansor Pengurus Besar ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) USIM Prof. Madya Ir. Dr. Khairi Abdul Rahim serta staf pengurusan ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd dan USIM. Disediakan oleh: Nor Fadzlina Azahari Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Julai 2023
Felo CEO@Faculty USIM Jayakan Program Wake Up Tioman!
PAHANG, 22 Julai 2023 - Program CEO@Faculty (CFP) adalah merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama serta meningkatkan kolaborasi antara industri dan akademia melalui perkongsian ilmu dan kepakaran yang boleh dimanfaatkan secara bersama. Melalui penglibatan tiga orang staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terpilih sebagai felo program CFP ini, iaitu Pn. Sharifah Nur Hafizah Tuan Sembak dari Jabatan Bendahari yang ditempatkan di Tabung Haji, Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang ditempatkan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Dr. Mohd Hairulhisyam Ngatiman, Pensyarah FPSK (Tabung Haji), telah terlibat dalam menjayakan satu projek yang dinamakan ‘Wake Up Tioman!’ iaitu sebuah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berkumpulan. Projek CSR berkumpulan ini merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi program CFP yang diadakan di Kg Tekek, Pulau Tioman pada 20 – 22 Julai 2023. Program Wake Up Tioman! bertujuan menyumbang kepakaran dan teknologi yang terdapat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk dimanfaatkan bersama masyarakat bagi menangani kesan perubahan iklim di Pulau Tioman melalui inovasi sosial. Di bawah program ini, terdapat tiga projek yang dijalankan iaitu pembinaan tapak terumbu karang daripada botol kaca terbuang (Coral Restoration), pendidikan Sustainable Development Goals (SDG) kepada pelajar sekolah (Climate Change Warrior) dan pemindahan teknologi pembuatan baja kompos daripada sisa makanan (Waste Management). Ketiga-tiga projek ini memberi fokus kepada penerapan beberapa elemen inovasi sosial dengan minda keusahawanan iaitu meningkatkan daya saing penduduk tempatan dengan mewujudkan ekosistem terumbu karang yang [...]
1,111 pelajar baharu program Tamhidi mendaftar di USIM
NILAI, 25 Julai 2023- Seramai 1,111 orang pelajar baharu program Tamhidi Sesi Akademik 2023/2024 mendaftar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mulai hari ini 25 Julai 2023. Pelajar baharu Program Tamhidi ini telah mendaftar secara dalam talian bermula 23 hingga 24 Julai 2023. Sebanyak empat program yang ditawarkan iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi dan Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Taaruf berkata, pelajar-pelajar ini akan menjalani Program Taaruf secara hibrid melalui platform Global Open Access Learning System (GOALS) mulai 25 hingga 29 Julai 2023. Program Taaruf secara fizikal pula akan bermula pada 27 hingga 28 Julai 2023. Pelajar juga diberikan kebebasan untuk menyusun waktu dalam memastikan semua modul dapat diselesaikan pada waktunya. Beliau turut berkata pelajar-pelajar ini telah membuat pilihan yang tepat apabila menjadikan USIM sebagai destinasi untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. USIM amat komited untuk melahirkan ilmuan Islam yang holistik dan seimbang dari segi rohani dan jasmani dengan menekankan perspektif pendidikan yang menyeluruh ke arah pengaturan ilmu Naqli dan Aqli selaras dengan falsafah, misi dan visi USIM. “Hal ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkasakan mahasiswa bagi melahirkan mahasiswa yang mampu berdikari dan mendokong pembangunan Malaysia Madani. Hasrat ini juga bertepatan dengan hasrat USIM dalam memastikan graduan yang dilahirkan adalah graduan berpesonaliti unggul yang merangkumi profesionalisme, proaktif, berdaya saing dan mempunyai adab seorang [...]
USIM, UniSZA sign MoU to collaborate in the field of Islamic Studies
NILAI, July 20th, 2023 - In an effort towards realizing the Mission of the Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2025, which aims to become a Global Reference University based on the integration of Naqli and Aqli Knowledge, USIM is now striving to mobilize and activate cooperation with various parties inside and outside the country. The focus is particularly on training, research, and expertise sharing. A Memorandum of Understanding Signing Ceremony between USIM and Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) was held at the USIM Chancellery Gallery to formalize the cooperation between these two higher education institutions. USIM was represented by Vice Chancellor Professor. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani and Deputy Vice Chancellor (Academic and International) Professor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, while UniSZA was represented by its Vice Chancellor, Professor Dato' Dr. Fadzli Adam, and Professor Dr. Zuhairah Abdul Ghaddas, Deputy Vice Chancellor (Academic and International) of UniSZA. Professor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, in his speech, said that the cooperation between USIM and UniSZA through a Memorandum of Understanding has been established since 2017. "Thus, with the signing of this Memorandum of Understanding, it is hoped that both Universities will take steps to contribute and support each other in areas of beneficial cooperation, especially in research and community service, joint organization of international seminars/conferences, joint ventures in academic expertise and the development of Islamic Studies as well as scientific activities," he added. Prepared by: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia [...]
Pelajar Cemerlang Orang Asli terima tawaran ke Program Tamhidi USIM
NILAI, 18 Julai 2023 - Pelajar Cemerlang Orang Asli, Nurul Atiqah Ithnani Idrus, 18, mencipta sejarah menjadi pelajar pertama orang asli yang ditawarkan kemasukan ke Program Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Sesi Akademik 2022/2023. Lebih membanggakan anak kedua dari tiga beradik ini telah memilih Program Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains bagi tempoh setahun pengajian, yang seterusnya akan ditempatkan Program Sarjana Muda di USIM. Nurul Atiqah dari suku kaum Semai ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Pahang yang memperoleh keputusan SPM 10A. Beliau juga merupakan pelajar terbaik SPM Orang Asli Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2022. “Saya berasa sangat bergembira kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat asasi, dan berharap agar cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi akan tercapai”. Ujar Atiqah, untuk mencapai sesuatu kejayaan kita tidak boleh berada dalam tekanan. Persediaan awal adalah sangat penting, dan akan memastikan setiap hari mengulangkaji subjek seperti membaca, dan sering bertanya dengan orang yang lebih mahir untuk menguasai subjek yang lemah. Dalam pada itu, Ibu beliau Norhayati Abu Zaki, seorang suri rumah tangga turut menzahirkan rasa kesyukuran dan berbangga dengan kejayaan atiqah. Berkongsi tips, selain mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya, Norhayati sering berpesan supaya menghormati orang tua, belajar bersungguh-sungguh, dan memegang kata-kata bahawa hendak berjaya itu bukanlah senang, sesuatu kejayaan itu kena bermula dari bawah, dan sesuatu yang kita tidak tahu mestilah belajar. “Saya berharap agar mereka lebih berjaya dan dapat membantu orang yang lebih susah kerana kita pernah susah”, ujarnya lagi. Nurul Atikah juga turut layak menerima bantuan [...]









