Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Oktober 2023

USIM Lancar Buku Al-Rasm Al-Ishari Sebagai Asas Penguasaan Tilawah Quran Bagi Komuniti OKU Pekak

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Buku al-Rasm al-Ishari yang merupakan sumbangan kepada komuniti OKU Pekak bertujuan untuk meningkatkan kecekapan asas mereka dalam menggunakan kaedah Tilawah dengan bantuan Aplikasi Quran Isyarat. Kewujudan Aplikasi Quran Isyarat pertama dunia ini telah sempurna dilancarkan pada tahun 2022 dan telah mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records. Aplikasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Tilawah dan Terjemahan dan ia boleh diakses secara percuma melalui platform Android dan IOS. Sementara itu, Prof. Madya Dr Haji Norakyairee Mohd Raus Pengarah, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM berkata, buku ini antara hasil kajian geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) di bawah dana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Ia bertujuan meneroka font isyarat Kod Tangan Quran bagi membantu komuniti OKU Pekak membaca Quran berasaskan kekuatan visual dan potensi pembelajaran mereka. Tambahnya lagi, kaedah Tilawah yang unik dengan menggunakan isyarat Kod Tangan Quran dan Transliterasi Makhraj ini boleh diakses oleh OKU Pekak di seluruh dunia. Sementara itu, inovasi inklusif yang melibatkan Terjemahan dengan sokongan video Juru Bahasa Isyarat Malaysia (JBIM) dan teks terjemahan yang mesra kepada OKU Pekak disampaikan dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang hanya dapat difahami oleh komuniti OKU Pekak di Malaysia sahaja. Menurut pandangan Jumhur Fuqaha', penggunaan isyarat dianggap sah dan boleh menggantikan lafaz bersuara dalam menentukan hukum-hukum tertentu. Dengan merujuk kepada pengiktirafan ini, keistimewaan Tilawah untuk komuniti OKU Pekak dapat didefinisikan sebagai cara membaca Quran tanpa menggunakan suara, dengan melakukan isyarat untuk setiap huruf-huruf Quran (Rasm Uthmani) berdasarkan Kod Tangan Quran yang mewakili [...]

USIM bersama Jamia Markazu jalin kerjasama perkasa micro-credential

NILAI- Dalam usaha memperkasa produk micro-credential, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah proaktif, menjalin kerjasama strategik dengan Jamia Markazu Saqafathi Sunniya (Markaz), India melalui menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang dijalankan secara dalam talian baru-baru ini. Melalui perjanjian ini, kedua belah pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam mempromosikan produk micro-credential di platform masing-masing. USIM mengetengahkan Kursus Membina Kamus Poket Peribadi Bahasa Arab yang mempunyai ciri-ciri yang dinamik dan mampu untuk menjadi rujukan global, melalui akses yang disediakan di platform Markaz iaitu https://meemacademia.com/ Manakala, kursus yang ditawarkan oleh Markaz iaitu Easy Tajweed yang kini boleh diakses melalui platform USIMMOOC iaitu https://mooc.usim.edu.my. Kedua-dua kursus yang terlibat ini diberikan promosi khas dengan potongan harga istimewa sehingga akhir tempoh promosi pada 31 Disember 2023. Micro-credential (MCr) ialah pensijilan digital pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang dinilai dalam bidang tertentu, yang boleh menjadi komponen program bertauliah atau kursus mandiri (standalone) yang menyokong pembangunan individu profesional, teknikal, akademik dan peribadi. Ia juga trend terkini dalam pendidikan tinggi sebagai respons kepada keperluan untuk menyediakan tenaga kerja yang mahir untuk masa depan bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan khusus dalam bidang tertentu. MCr kebiasaannya ditawarkan dalam talian dan semakin popular sebagai cara yang fleksibel dan mudah untuk meningkatkan pembangunan profesional seseorang. Diharapkan agar kerjasama ini dapat diperkembangkan lagi pada masa hadapan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak selain dapat melestarikan perluasan ilmu merentasi jarak dan masa serta menyegarkan dunia akademia dengan kursus-kursus pembelajaran sepanjang hayat yang pelbagai untuk kemenjadian masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas.   sumber: CTEL  

Kertas Dasar Audit Syariah USIM bantu perkukuh kedudukan malaysia dalam meneraju kewangan islam

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), sekali lagi telah menerima pengiktirafan daripada Malaysian Institute of Accountants (MIA) apabila sebuah kertas dasar bertajuk “White Paper on Shariah Audit” telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Datuk Bazlan Osman, Presiden MIA semasa Audit Committee Conference 2023 yang diadakan di The Vertical, Bangsar South, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kertas dasar ini merupakan hasil daripada kajian oleh pasukan penyelidik daripada FEM yang diketuai oleh Prof. Dr. Zurina Shafii dan dianggotai oleh Prof. Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, Dr. Supiah Salleh dan Dr. Nurazalia Zakaria. Tujuan penghasilan kertas dasar ini adalah untuk menyatakan kepentingan untuk mempunyai proses pematuhan Syariah terhadap perkhidmatan dan produk kewangan Islam, khususnya melalui pelaksanaan struktur tadbir urus Syariah dan amalan audit Syariah yang mencukupi. Tambahan pula, kertas dasar ini juga bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan peraturan dan amalan semasa yang pelbagai, serta isu dan cadangan dasar berkaitan audit Syariah di institusi berasaskan Syariah di Malaysia. Bagi penghasilan kertas dasar ini, kerjasama penyelidikan berkenaan audit Syariah di antara pasukan penyelidik FEM USIM dan MIA telah bermula pada tahun 2020. Di bawah skim geran padanan, kajian ini telah menjalankan peyelidikan untuk mengenal pasti amalan semasa audit Syariah di institusi berasaskan Syariah di Malaysia. Ini termasuklah sektor kewangan Islam, sektor pasaran modal Islam, sektor koperasi Islam, institusi berasaskan Syariah sektor awam dan entiti amanah awam. Di dalam mendapatkan maklum balas daripada institusi berasaskan Syariah yang terlibat, sebanyak 124 pemegang taruh daripada institusi berasaskan Syariah telah [...]

2400 Pelajar Mendaftar Sebagai Mahasiswa USIM pada Sesi Akademik 2023/2024

NILAI -  Kira-kira 2,400 orang pelajar baharu bagi pengambilan Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendaftar secara fizikal bermula 3 Oktober 2023 sehingga 7 Oktober 2023 ini. Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dato’ Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, daripada jumlah itu, 1,557 terdiri daripada pelajar wanita dan 843 orang pelajar lelaki.. “Seramai 2,400 pelajar mendaftar secara fizikal dan ia berjalan lancar hari ini. Kesemua pelajar mula melengkapkan pendaftaran universiti secara dalam talian bermula 25 September lalu diikuti pendaftaran kolej kediaman mulai 3 hingga 4 Oktober 2023. “Mereka akan menjalani program taaruf di USIM bermula 5 Oktober hingga 7 Oktober 2023 ini bertempat di Dewan Tuanku Canselor”, katanya ketika ditemui pada program Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai hari ini. Menurut beliau, pada pendaftaran kali ini, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) menerima pelajar paling ramai iaitu melibatkan 408 orang pelajar di FPQS diikuti Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) melibatkan seramai 400 pelajar baharu. “Saya mengucapkan selamat datang kepada anak-anak baharu ke USIM, semoga pengalaman yang akan diperolehi dan ditempuhi selama empat tahun sekurangnya di USIM ini akan membantu anak-anak ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan tetapi membina sahsiah, jati diri dan intelektual yang akan menjadi harapan bangsa dan negara”, ujarnya.  

Tidak Mahu Bebankan Keluarga, Mustaqim ‘Terbang’ Sendiri Mendaftar di USIM

NILAI - Tidak mahu membebankan ibu dan ayah, Mustaqim Juri,22, buat pertama kalinya ‘terbang’ sendirian dari Kota Samarahan Sarawak untuk menghadirkan diri mendaftar sebagai pelajar baharu program Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi (Kepujian), Universiti Sains Islam (USIM) hari ini. “Saya sampai di lapangan terbang KLIA2 pada jam 9.30 malam dan ‘bermalam’ di sana. Selepas subuh saya persiapkan diri dan mengambil ‘grab’ untuk terus ke USIM. Inilah kali pertama saya berjauhan dengan ahli keluarga demi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi”. “Jaga diri sebaiknya, dan buat yang terbaik di USIM”, itulah nasihat dan pesanan yang dititipkan oleh ayahnya Juri Andey dan ibunya Bana Sen kepada beliau ketika menghantarnya ke lapangan terbang. Anak ketiga dari lima beradik ini bercita-cita untuk menjadi seorang guru agama dan berharap dengan pendidikan ini kehidupan beliau akan lebih maju dan cemerlang dari sebelum ini.

Harapan Tunggal Bantu Tingkat Taraf Kehidupan Keluarga

NILAI - Harapan Elly Sentia Hamdin, 20 dari Matu, Sarawak adalah bercita-cita ingin kembali menabur bakti kepada masyarakat dengan menjadi seorang guru agama di negeri kelahiran beliau setelah menamatkan pengajian beliau kelak. Anak ketiga daripada empat beradik yang ditawarkan mengikuti program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini berkata, kekurangan guru Pendidikan Islam di daerah kelahiran beliau membuatkan beliau menanam cita-cita untuk menjadi seorang guru Pendidikan Islam agar dapat kembali berbakti kepada masyarakat. Berasal dari keluarga nelayan, beliau yang merupakan satu-satunya harapan keluarga yang menyambung pengajian di peringkat yang tinggi berikutan kekangan kehidupan melahirkan rasa syukur dengan penempatan pengajian ini yang juga merupakan pilihan pertama beliau dan berharap dapat meningkatkan kehidupan keluarganya pada masa akan datang sejurus menamatkan pengajian.

Anak Yatim Piatu antara yang Mendaftar di USIM Bagi Sesi Akademik 2023/2024

NILAI - “Jadilah anak yang soleh, teruskan perjuangan demi menempuh kehidupan untuk terus berjaya” antara nasihat dan pegangan yang sentiasa diingati dan menguatkan iltizam Muhammad Arif Akhmal Abdul Aziz untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Muhammad Arif merupakan anak tunggal yang kini menetap di Temerloh Pahang kehilangan ibu dan bapanya akibat COVID-19 kira-kira dua tahun lalu telah ditawarkan dan mendaftar bagi program Pentabiran Muamalat di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Sesi Akademik 2023/2024. Meskipun berasa sedih kerana kedua-dua ibu dan bapa tidak dapat bersama di hari pertama bergelar mahasiswa universiti, beliau tetap teruja dan komited untuk memenuhi cita-citanya sebagai seorang juruaudit yang berjaya suatu hari dan akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang bagi mencapai Impian tersebut. Beliau antara 2,457 orang pelajar yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di USIM untuk sesi akademik 2023/2024 dan mula mengikuti Sesi Taaruf secara fizikal dan dalam talian mulai 3 Oktober hingga 8 Oktober 2023 ini.  

September 2023

Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Baharu

NILAI - Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani bin N. Hassan Thani dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2023 hingga 30 September 2026. Pelantikan beliau oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin adalah bagi menggantikan Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengakhiri tempoh lantikannya pada 30 September 2023. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B.) (Hons) dari University of Buckingham (1984), Ijazah Sarjana Undang-undang (LL.M) dari Queen Mary College, University of London dan Barrister at Law, Lincoln's Inn pada tahun 1985 dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Undang-undang dari School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London (1993). Selain itu, beliau juga merupakan Sarjana Pelawat Fulbright di Harvard Law School, University of Harvard, USA dari 1996 hingga 1997 dan Chevening Fellow di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford dari 2004 hingga 2005. Dalam bidang akademia, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1987 sehingga 1996 sebelum meneruskan kerjaya dalam bidang guaman sebagai peguam antarabangsa di Baker & Mc Kenzie (firma guaman antarabangsa), Singapura (Jun 1997-Mei 1998) dan yang terkini sebagai pengerusi/konsultan di firma guaman terbesar di Malaysia, Zaid Ibrahim & Co. (in association with KPMG Law) (Jun 1998-kini). Menggunakan pengalaman sebagai pengamal undang-undang, beliau juga terlibat dalam penulisan pelbagai siri artikel dan buku khususnya dalam bidang perundangan selain turut diberikan kepercayaan dan tanggungjawab memegang pelbagai keahlian Lembaga Pengarah di pelbagai buah Syarikat. Dari segi [...]

Lebih 3,000 orang berhimpun di USIM, tanda solidariti bersama Palestin

NILAI - Kira-kira lebih 3,000 warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berhimpun di Kompleks Islam Tuanku Mukriz USIM sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin bersempena penganjuran Forum Palestin: 'Masa Untuk Kebangkitan' yang barisi oleh panel selebriti Heliza Helmi bersama adiknya Hazwani Helmi yang juga dikenali sebagai The Helmis, serta Ketua Aktivitis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, iaitu Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby baru-baru ini. Program anjuran Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM) dengan kerjasama USIM ‘Alamiyyah dan Pusat Islam ini mendapat sambutan dan sokongan hebat dengan kehadiran mahasiswa serta masyarakat sekitar untuk mendapat kesedaran dan semangat menyebarkan tindak tanduk kekejaman zinonist di negara palestin. Heliza menyeru agar semua anak muda khususnya mahasiswa yang berada di kompleks pada malam ini untuk menggunakan media sosial masing-masing untuk sama-sama menyebarkan fakta tentang isu Palestin dengan sahih serta perbanyakkan doa untuk kemenangan dan kesejahteraan umat Islam di Palestin. Dr. Fauziah Hasan Pengarah USIM ‘Alamiyyah yang turut hadir hadir pada malam itu berkata, USIM mempunyai 24 Alumni dari Palestin, 178 pelajar aktif dan 3 pensyarah yang berasal daripada Palestin. Justeru, dalam usaha membantu alumni, pelajar dan staf, serta ahli keluarga masing-masing yang terkesan teruk akibat serangan rejim Israel ke atas wilayah Gaza, USIM melancarkan Kempen Prihatin Palestin melalui Tabung Prihatin USIM yang diuruskan oleh Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Ujarnya lagi, melalui tabung ini, warga USIM dan orang ramai berpeluang untuk menyumbang bagi tujuan menampung keperluan mendesak seperti bantuan perubatan, peralatan hospital, tempat perlindungan dan makanan untuk membantu rakyat Palestin dari kalangan alumni, pelajar dan [...]

IKLAN JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN MELALUI eIRIS 2023-3

JAWATAN KOSONG PENTADBIRANUNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan kekosongan jawatan yang berikut: Bil.JawatanGredTarafPenempatanRingkasan Tugas1.Pegawai TadbirN41KontrakKampus Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab terhadap pengurusan dan perancangan pentadbiran jabatan dan pengurusan bajet kewangan jabatan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.Pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan terimaan dan agihan dana/sumbangan wakaf, zakat, infaq, endowmen adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan).Pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan akreditasi sementara dan akreditasi penuh sesuatu program pengajian mengikut standard Agensi Kelayakan Malaysia adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan).2.Penolong Pegawai Teknologi MaklumatFA29KontrakKampus Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab membantu Pegawai Teknologi Maklumat dalam membangunkan sistem pengaturcaraan untuk modul/proses sistem yang diperlukan, menguji sistem dan program yang dibangunkan, membantu pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem, memberi latihan kepada pengguna sistem, membantu penyediaan dokumentasi sistem yang dibangunkan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.Pengetahuan dan pengalaman membangunkan sistem menggunakan platform Laravel dan pangkalan data MSSQL/mySQL adalah suatu kelebihan.3.Penolong Pegawai KeselamatanKP29KontrakKampus Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan tentang keselamatan perlindungan, sasaran penting dan kawasan tempat larangan untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan fizikal, dokumen, peribadi, keselamatan perlindungan ICT serta melindungi aset dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan, mengendalikan latihan dan kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan, menjalankan siasatan terhadap pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.4.Penolong Pegawai TadbirN29KontrakKampus Nilai, Negeri SembilanBertanggungjawab membantu Pegawai Tadbir dalam pengurusan dan pentadbiran jabatan dan pengurusan bajet kewangan jabatan [...]

Go to Top