Januari 2026
USIM Perintis Sistem Syif Komprehensif Pegawai Keselamatan, Utamakan Kebajikan Staf
NILAI – Pelaksanaan Sistem Waktu Bertugas Syif Komprehensif di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh pengurusan keselamatan kampus secara lebih sistematik dan selaras dengan pekeliling perkhidmatan awam serta garis panduan berkaitan waktu bekerja. Penyusunan jadual syif yang lebih tersusun ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan profesionalisme pegawai keselamatan, malah turut membantu mengurangkan keletihan fizikal dan mental anggota bertugas, sekali gus menjadikan USIM sebagai universiti awam perintis yang berpotensi menjadi penanda aras kepada institusi pengajian tinggi lain dalam membangunkan sistem keselamatan kampus yang lebih efisien, mampan dan berorientasikan kebajikan. Pelaksanaan sistem ini dilaksanakan seiring dengan penjenamaan semula Jabatan Keselamatan kepada Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan USIM (DSE), dengan penugasan disusun berdasarkan pematuhan 180 jam bekerja bagi tempoh empat minggu, melibatkan jadual 12 jam bertugas sehari secara dua hari bertugas dan dua hari rehat. Pendekatan ini dirangka bagi memenuhi keperluan operasi keselamatan kampus yang berfungsi sepanjang masa, tanpa mengabaikan aspek kebajikan pegawai. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani berkata, pelaksanaan sistem syif komprehensif ini merupakan langkah strategik universiti dalam memperkukuh pengurusan keselamatan kampus secara lebih tersusun dan profesional. “Pelaksanaan Waktu Bertugas Syif Komprehensif ini merupakan langkah awal USIM dalam memperkukuh pengurusan keselamatan kampus secara professional dan berstruktur. Sebagai barisan hadapan universiti, pegawai keselamatan memainkan peranan penting dalam menjayakan salah satu agenda utama pengurusan universiti dengan menjaga keselamatan seluruh warga kampus, termasuk pelajar dan staf,” kata beliau. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan USIM, Encik Mohd Shahrul Nizam bin Mohamed Shamsuddin berkata, pelaksanaan sistem syif komprehensif [...]
RPN dan RPTM perlu dibaca dan difahami secara Bersama
Tidak dinafikan, perbincangan tentang pendidikan di Malaysia, antaranya tidak lari daripada isu peperiksaan, kebolehpasaran graduan dan kandungan serta kesesuaian silibus. Baru-baru ini, pengumuman dan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) serta Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) memberi signal penting kepada kita bahawa pendidikan di negara ini harus dinilai secara menyeluruh merangkumi pendidikan rendah, menengah hingga ke pengajian tinggi. Walaupun para bijak pandai melihat keperluan ini, namun ada kala kita tergelincir dan dari segi praktisnya, menilai seolah-olah pendidikan di peringkat sekolah dan universiti adalah berbeza dan tidak berkesinambungan. Dengan wujudnya RPN dan RPTM, kita sebenarnya berpeluang melihat kesinambungan ini dengan jelas dan membantu mereka yang memahaminya secara berasingan turut melihat dengan lebih tersusun. RPN membina asas dalam pendidikan, merangkumi literasi, numerasi, pembentukan sahsidah dan identiti sebagai warganegara. Manakala RPTM pula menentukan arah seseorang pelajar di peringkat pengajian yang lebih tinggi. RPN membentuk seorang insan yang tahu membaca dunia secara umum, RPTM membantu insan mentafsir dan seterusnya mengubah dunia dengan pengetahuan dan kemahiran peringkat tinggi yang dimilikinya. Tidak keterlaluan jika universiti, yang berfungsi seperti ini akan melahirkan graduan yang bukan hanya mengisi kekosongan kerja dalam industri tetapi membawa kepada fungsi intelektual dan moral yang lebih luas. Universiti diangkat sebagai pusat ilmu, pemikiran kritikal dan wacana awam yang menjadi rujukan umum yang dihormati dan mempunyai integriti yang tersendiri. Ini tidaklah mengatakan bahawa universiti hari ini tidak berintegriti dan menghasilkan graduan hanya untuk bekerja, namun, kita maklum bahawa isu isu yang sering kali didebatkan tidak lari daripada isu integriti, kurang [...]
FPQS USIM Terap Budaya Inovasi Dan Penyelidik Muda Melalui IQSPM 2.0
NILAI – Membudayakan inovasi dan peranan sebagai penyelidik muda dalam kalangan mahasiswa, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Quran Sunnah Penyelidik Muda 2.0 (IQSPM 2.0) 2026 pada baru-baru ini. Program selama sehari ini berjaya menarik penyertaan 260 orang mahasiswa Tahun 4 daripada program Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dan Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat. Menurut Pengarah Program IQSPM 2.0, Saudara Muhammad Asyraaf Mohd Azlan, pertandingan tersebut bertujuan untuk memupuk kemahiran penyelidikan dan inovasi dalam kalangan mahasiswa, menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif berasaskan wahyu, meningkatkan profil graduan USIM sebagai individu holistik, berdaya saing dan relevan dengan keperluan semasa. “IQSPM 2.0 bukan sahaja menguji kefahaman teori mahasiswa, malah ia menyediakan platform kepada mahasiswa untuk menterjemahkan ilmu dan kefahaman dalam bidang Quran dan Sunnah kepada idea serta penyelesaian inovatif yang relevan dengan isu-isu semasa”. “Ia juga memberi ruang kepada mereka mengaplikasikan ilmu berteraskan wahyu bagi menangani cabaran kontemporari, khususnya yang melibatkan pembangunan sosial dan komuniti,” katanya yang merupakan pelajar Tahun 4 Program Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah. Penganjuran pertandingan ini selari dengan pelaksanaan Model Graduasi Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli (GIINA) di USIM, sekali gus memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan mahasiswa. Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta membentangkan projek inovasi masing-masing di hadapan panel penilai yang terdiri daripada pensyarah FPQS berpengalaman dalam bidang Quran, Sunnah dan penyelidikan. Pembentangan tersebut dinilai berdasarkan aspek inovasi, kebolehlaksanaan serta kesesuaian dengan prinsip-prinsip wahyu. Pengurusan FPQS melihat tahap kreativiti dan kualiti idea yang dipamerkan [...]
- AI dan Masa Depan Pendidikan Negara: Integrasi Ilmu, Etika dan Kemanusiaan Daripada dasar nasional RPTM 2026–2035 kepada amalan integrasi Naqli dan Aqli Gallery
AI dan Masa Depan Pendidikan Negara: Integrasi Ilmu, Etika dan Kemanusiaan Daripada dasar nasional RPTM 2026–2035 kepada amalan integrasi Naqli dan Aqli
AI dan Masa Depan Pendidikan Negara: Integrasi Ilmu, Etika dan Kemanusiaan Daripada dasar nasional RPTM 2026–2035 kepada amalan integrasi Naqli dan Aqli
Peluncuran Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 melalui Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menandakan satu detik penting dalam landskap pendidikan tinggi negara. Peluncuran yang telah berlangsung pada 20 Januari 2026 mencerminkan komitmen serius kepimpinan negara dalam merangka hala tuju pendidikan nasional yang lebih menyeluruh, bersepadu dan berpandangan jauh, khususnya dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi agar kekal relevan, berdaya saing global dan berpaksikan nilai kemanusiaan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI. Wajar diberikan penghargaan kepada kepimpinan negara atas kejayaan meluncurkan pelan strategik jangka panjang ini, disamping pengiktirafan terhadap peranan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta seluruh pasukan kementerian yang telah merangka RPTM melalui proses perundingan yang teliti, inklusif dan berfasa, melibatkan ribuan pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor dan latar belakang. Dengan siapnya dokumen dasar ini, tumpuan kini beralih kepada fasa yang paling mencabar dan menentukan, iaitu pelaksanaan yang berkesan di peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT). Sebagai pelan strategik nasional, RPTM 2026-2035 bukan sekadar kesinambungan dasar terdahulu, tetapi mencerminkan anjakan paradigma pendidikan tinggi Malaysia ke arah universiti generasi keempat yang menekankan nilai kemanusiaan, kemampanan dan impak sosial, di samping kecemerlangan akademik dan penyelidikan. Dalam konteks inilah, agenda pemerkasaan teknologi baharu, digital dan kecerdasan buatan (AI) melalui integrasi ilmu muncul sebagai antara teras transformasi paling signifikan. Antara lapan inisiatif fokus RPTM ialah pemerkasaan penguasaan AI yang memerlukan perhatian mendalam kerana ia bukan sekadar isu teknologi, tetapi persoalan epistemologi, nilai dan arah pendidikan. AI hari ini mempengaruhi cara manusia berfikir, [...]
USIM anjur Seminar Pemerkasaan Wanita, Tingkat Kesedaran Keselamatan Diri dan Pencegahan Jenayah Seksual
NILAI – Persatuan Pandu Puteri Klover Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jawatankuasa Pemerkasaan Wanita USIM telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Wanita: “Pilih Untuk Kuat, Usah Jadi Mangsa” bertempat di Pentas Ruknu Arabi, Aras 1, Perpustakaan USIM. Program berdurasi dua jam itu telah disertai seramai 120 orang pelajar wanita yang terdiri daripada ahli Pandu Puteri Klover USIM serta pelajar wanita USIM. Penganjuran seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan diri, memahami bentuk-bentuk gangguan serta jenayah seksual, di samping memberi pendedahan terhadap langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa. Slot pertama seminar bertajuk “Gangguan Seksual dan Kesan Psikologi” telah disampaikan oleh Puan Siti Nur Ain binti Md. Johari, Pegawai Psikologi dari Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa gangguan seksual merupakan perlakuan tidak diingini yang boleh memberi kesan mendalam terhadap mangsa serta berpotensi menjadi permulaan kepada jenayah yang lebih serius jika tidak ditangani dengan tegas. Beliau turut menegaskan bahawa penguatkuasaan Akta Anti Gangguan Seksual 2022 membuktikan isu berkenaan dipandang serius di peringkat nasional dan memerlukan kesedaran serta kerjasama semua pihak dalam usaha pencegahan. Slot kedua bertajuk “Di Sebalik Trauma: Kesan Psikologi Jenayah Seksual dan Pemulihannya” pula telah disampaikan oleh Puan Nur Farhana Sulaiman, Pegawai Psikologi Kanan, Pusat Hal Ehwal Pelajar USIM. Sesi ini memberi pendedahan mengenai kesan trauma terhadap emosi dan kesihatan mental mangsa, selain menekankan kepentingan sokongan sosial serta intervensi psikologi dalam proses pemulihan. Program ini turut diserikan dengan demonstrasi silat mempertahankan diri oleh Persatuan Silat USIM yang memberi pendedahan asas teknik mempertahankan diri [...]
RPN 2026–2035: Manifestasi Keprihatinan Kerajaan Terhadap Kebajikan dan Masa Depan Mahasiswa
Pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 baru-baru ini merupakan satu berita gembira yang membawa sinar harapan baharu kepada ekosistem pendidikan tinggi negara. Sebagai sebuah institusi yang mementingkan keseimbangan ilmu Naqli dan Aqli, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik perancangan strategik ini yang dilihat sangat dekat dengan denyut nadi mahasiswa, khususnya dalam aspek kebajikan serta akses kepada pendidikan yang inklusif. Salah satu aspek yang paling menyentuh hati dan wajar diberi pujian ialah komitmen kerajaan yang dizahirkan melalui prinsip “Tiada Yang Tertinggal”. Melalui RPN 2026–2035, kuota penerima pendidikan percuma atau bantuan biasiswa melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar daripada keluarga miskin tegar telah ditingkatkan secara signifikan, iaitu daripada 5,800 orang kepada 10,000 orang. Inisiatif ini merupakan satu langkah proaktif dalam meruntuhkan tembok kemiskinan melalui pendidikan, sekali gus membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Lebih membanggakan, kerajaan turut menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Melalui rancangan ini, yuran pengajian bagi 3,000 pelajar OKU di seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti akan dikecualikan sepenuhnya. Di USIM, inisiatif ini dilihat sebagai satu galakan besar kepada mahasiswa OKU untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik tanpa perlu dibebani kebimbangan terhadap kekangan kewangan. Sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelajar, isu penginapan sentiasa menjadi antara keutamaan utama. Justeru, pengumuman mengenai inisiatif “Hostel Pelajar Selesa” amatlah dihargai. Kerajaan komited untuk menangani isu penginapan pelajar dengan menyediakan sebanyak 5,000 unit penginapan tambahan di [...]
USIM sambut baik inisiatif yuran pengajian percuma pelajar OKU
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas keprihatinan dan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memperkasa agenda keterangkuman pendidikan tinggi, khususnya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Inisiatif pemberian yuran pengajian percuma kepada semua pelajar OKU di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik dan Kolej Komuniti disifatkan sebagai satu dasar berimpak tinggi yang mencerminkan prinsip keadilan sosial, kesaksamaan peluang serta pendekatan berteras ihsan, dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada arus pendidikan negara. Menurut Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, inisiatif berkenaan merupakan satu pengiktirafan penting terhadap keupayaan dan potensi pelajar OKU dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan negara. “USIM menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pemberian yuran pengajian percuma ini kerana ia bukan sahaja meringankan beban kewangan pelajar OKU dan keluarga mereka, malah membuka ruang akses yang lebih luas dan adil kepada pendidikan tinggi. Dasar ini membuktikan komitmen Kerajaan Madani yang benar-benar cakna terhadap keperluan golongan OKU,” ujarnya. Beliau turut menegaskan bahawa USIM telah lama komited dalam memperjuangkan agenda pemerkasaan OKU melalui penubuhan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) yang berfungsi sebagai Unit OKU USIM. UMMI beroperasi menggunakan model hibrid sebagai pusat perkhidmatan OKU dan pusat penyelidikan inklusif dalam menguruskan hal ehwal OKU, selaras dengan Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif OKU di institusi pendidikan tinggi yang dilancarkan pada tahun 2019. “Melalui UMMI, USIM berperanan aktif dalam membangunkan ekosistem [...]
Kebajikan Mahasiswa B40 Jadi Teras, USIM Sejajar Hala Tuju RPTM 2026–2035
NILAI – Pengumuman Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, yang digerakkan melalui Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, disifatkan sebagai satu langkah berpijak di bumi nyata dalam menangani cabaran sebenar mahasiswa, khususnya daripada golongan B40. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik hala tuju RPTM yang memberi penekanan jelas terhadap kebajikan pelajar serta kelangsungan akses kepada pendidikan tinggi, termasuk penambahbaikan dasar pembiayaan pendidikan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pendekatan ini dilihat selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, untuk memastikan pendidikan tinggi kekal inklusif, adil dan berperikemanusiaan. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, menyifatkan pendekatan yang diketengahkan menerusi RPTM sebagai satu dasar yang memahami realiti mahasiswa, bukan sekadar retorik perancangan. “Penekanan terhadap kebajikan pelajar B40 serta penambahbaikan pendekatan pembiayaan pendidikan melalui PTPTN adalah langkah penting dalam memastikan pendidikan tinggi tidak menjadi beban kepada pelajar dan keluarga. RPTM melalui RPN ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan mahasiswa sebagai teras pembangunan pendidikan tinggi,” jelas beliau. Beliau turut menegaskan komitmen USIM untuk terus memperkukuh ekosistem kebajikan pelajar melalui pelbagai inisiatif bersasar, termasuk bantuan kewangan, sokongan kebajikan, pembangunan kebolehpasaran graduan serta program intervensi awal kepada pelajar berisiko, selari dengan matlamat RPTM 2026–2035 yang digerakkan melalui RPN 2026–2035. Sementara itu, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM, Nik Faruqi Naim Mohd Fauzi, menyambut baik pengumuman tersebut dan melihatnya sebagai satu perkembangan positif yang mengembalikan keyakinan mahasiswa, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah, terhadap masa depan pendidikan tinggi negara. “MPP USIM berharap agar [...]
USIM perkasa kolej kediaman pelajar sebagai ruang hidup kondusif selari RPN 2026–2035
NILAI – Penyediaan kolej kediaman yang selesa, selamat dan berdaya huni terus menjadi antara keutamaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam memastikan kesejahteraan serta kualiti kehidupan kampus pelajar berada pada tahap terbaik. Keutamaan tersebut dilihat selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 yang menekankan pembangunan ekosistem pembelajaran menyeluruh, termasuk aspek fizikal dan persekitaran sokongan dalam sektor Pendidikan Tinggi. USIM komited melaksanakan pengurusan kolej kediaman pelajar secara sistematik dan berterusan, bukan sekadar menyediakan kemudahan asas, tetapi membentuk persekitaran kehidupan kampus yang menyokong perkembangan akademik, sahsiah dan kesejahteraan emosi pelajar. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, peranan kolej kediaman kini perlu dilihat melangkaui fungsi penginapan semata-mata. “Kolej kediaman merupakan ruang hidup utama pelajar. Persekitaran yang kondusif bukan sahaja mempengaruhi tumpuan akademik, malah menyumbang kepada kesejahteraan mental, emosi dan pembentukan sahsiah,” jelas beliau. Beliau menambah, universiti secara berterusan melaksanakan penambahbaikan kemudahan kolej kediaman melalui penyelenggaraan berjadual, peningkatan fasiliti, pengukuhan kawalan keselamatan serta aspek kebersihan bagi memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara. Pendekatan ini sejajar dengan hala tuju RPN 2026–2035 yang mengiktiraf kepentingan persekitaran pembelajaran kondusif sebagai sebahagian daripada usaha melahirkan graduan berilmu, berdaya tahan dan seimbang dari segi akademik serta kemanusiaan. USIM akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong agenda pendidikan negara dengan memastikan kolej kediaman pelajar kekal sebagai ruang kehidupan kampus yang selamat, selesa dan menyokong pembangunan insan secara holistik.
USIM sambut baik Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik pengumuman Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu pelan hala tuju nasional yang komprehensif dan berpandangan jauh dalam memperkukuh sistem pendidikan negara. Sebagai sebuah universiti awam yang berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli, USIM melihat RPN sebagai selari dengan falsafah pendidikan universiti yang menekankan pembangunan insan secara holistik. Penekanan RPN terhadap pembentukan modal insan berilmu, beretika dan berkeupayaan menghadapi cabaran masa hadapan seiring dengan aspirasi USIM dalam melahirkan graduan yang seimbang dari aspek intelek, emosi dan spiritual. Menurut Naib Canselor USIM, pelaksanaan RPN 2026–2035 membuka ruang penting kepada institusi pendidikan tinggi untuk memainkan peranan lebih strategik dalam pembinaan masa depan negara. “USIM melihat Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 sebagai satu langkah signifikan dalam memperkukuh sistem pendidikan negara yang berteraskan nilai, ilmu dan kesejahteraan insan. Pendekatan holistik yang digariskan dalam RPN adalah selari dengan aspirasi USIM dalam melahirkan graduan berilmu, berakhlak dan berdaya saing,” kata Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. USIM turut menyokong fokus RPN terhadap pengukuhan identiti nasional melalui pemerkasaan Bahasa Melayu, kefahaman sejarah, pendidikan perlembagaan serta nilai kenegaraan. Pendekatan ini penting dalam membentuk jati diri graduan dan kesedaran sivik yang kukuh, selari dengan peranan institusi pendidikan tinggi dalam membangunkan masyarakat berilmu dan bertanggungjawab. Dalam konteks Pendidikan Tinggi, USIM menyambut baik penekanan RPN terhadap kesejahteraan pelajar, akses pendidikan yang lebih inklusif serta sokongan kepada pelajar daripada latar belakang kurang berkemampuan dan Orang Kurang Upaya (OKU). [...]









