Jun 2023
49 Pegawai Bomba Bantuan Siswa USIM Berjaya Ditauliah
NILAI, 26 Jun 2023 - Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2023 meraikan seramai 49 orang Pegawai Bomba Bantuan Siswa yang ditauliahkan dengan melibatkan 27 orang dari kohort kelima dan 22 orang dari kohort keenam siswa dan siswi USIM yang telah menamatkan latihan serta program kokurikulum berkredit . Turut diadakan pemakaian pangkat Kehormat oleh Yang Amat Setia Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dianugerahkan kepada Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor USIM sebagai Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat). Yang Amat Setia Dato’ Ts. Nor Hisham Mohammad dalam ucapannya berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia giat dalam usaha menjayakan inisiatif ‘Total Fire Safety Management’, dengan membangun dan melaksanakan modul pembelajaran dan aktiviti kokurikulum keselamatan kebakaran di pelbagai peringkat institusi pendidikan, samada untuk peringkat sekolah mahupun untuk peringkat yang lebih tinggi, termasuklah di IPT. “Pembangunan rangka pembelajaran dan program kokurikulum ini adalah setara dengan sistem dan piawaian antarabangsa yang dipupuk dan digunapakai oleh tenaga pengajar fire safety educators di negara maju, agar tahap perlindungan kebakaran serta aspek pengurusan kecemasan dapat diuruskan dengan lebih sistematik”. Sementara itu, Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, majlis pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa USIM 2023 ini julung-julung kalinya diadakan selepas pasca COVID dan yang istimewanya pentauliahan ini mengimbau sejarah kali pertama majlis seperti ini yang dilangsungkan di Dataran Canselori ini pada 24 September 2018. Jelasnya lagi, majlis ini merupakan satu penghargaan khas daripada universiti [...]
39 Jurulatih Pemulihan Dadah Ditauliah
NILAI, 22 Jun 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sentiasa menyokong penuh aktiviti kerjasama dengan pelbagai pihak terutama bagi program yang dapat memberikan impak kepada komuniti. Terkini, seramai 39 orang jurulatih telah dianugerahkan sijil sebagai jurulatih pemulihan yang bertauliah pada Majlis Graduasi Jurulatih Pemulihan Bertauliah Certified Recovery Coach (CRC) 2.0 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Bertepatan dengan aspirasi USIM Cemerlang, USIM Disayang, program latihan jurulatih pemulihan bertauliah ini direka untuk individu dalam kalangan masyarakat sama ada bekas pengguna atau bukan, yang ingin membina pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemulihan ketagihan bahan terlarang seperti dadah. Jurulatih yang ditauliahkan ini akan membantu menangani isu serta masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat sebagai salah satu usaha untuk mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun dan harmoni. Naib Canselor Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, program yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan kerjasama Malaysian Substance Abuse Council (MASAC) ini bermula dengan program Jurulatih Pemulihan Bertauliah siri pertama pada tahun 2021, yang telah melahirkan 39 jurulatih terlatih dan terbukti memberikan impak positif dalam meningkatkan tahap kompetensi serta tahap survival mereka dalam komuniti untuk membantu rakan pemulihan lain. “Saya berharap agar program ini dapat ditindikkan dengan pembangunan penyelidikan (research development) yang dapat diterjemahkan dalam bentuk penerbitan artikel atau buku penyelidikan yang dapat memberi pulangan semula kepada penyelidik dan USIM secara umumnya. Ini bertepatan dengan inisiatif kerajaan di bawah Teras 3, Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2021-2025 iaitu peningkatan penglibatan rakan strategik dan komuniti dalam rawatan dan [...]
USIM Muncul Johan Keseluruhan National Dental Students Scientific Conference 2023
KUALA LUMPUR, 17 Jun 2023 – Kumpulan Pelajar Fakulti Pergigian (FPg), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul johan keseluruhan apabila berjaya membawa pulang 11 pingat dalam “15th National Dental Students Scientific Conference 2023” yang diadakan di Institut Pengurusan & Perkhidmatan Penyelidikan (IPPP), Universiti Malaya. USIM selaku johan menang empat pingat emas dalam acara Research Roadmap, Table Talk, The Diagnosis Dash dan Fusion Test, selain empat pingat perak dalam acara DENTech 2023 3D Design Your Dental Clinic, DENTech 2023 Dental Education Video, Capture the Moment dan Quiz Master Competition. Selain itu, turut dimenangi adalah tiga pingat gangsa dalam acara Wildlilfe Wires, DENTech 2023 Dental Education Video dan Digital Dental Derby. Naib Johan dimenangi oleh tuan rumah Universiti Malaya (UM) dan tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM). 15th NDSSC 2023 mempertandingkan 14 acara yang melibatkan 13 institusi iaitu USIM, Universiti Malaya (UM), UiTM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), MAHSA University, SEGi University, Lincoln University College, AIMST University, International Medical University, Penang International Dental College dan Malaysia Manipal University College. Seramai 16 pensyarah dan 46 pelajar Fakulti Pergigian USIM menyertai program ini. Menurut Uzair Roslan, pelajar tahun 3, Fakulti Pergigian USIM selaku wakil kumpulan berkata, “Aktiviti luar kelas seperti sukan, ko-akademik dan khidmat masyarakat ini boleh membezakan antara satu pelajar dengan pelajar yang lain. Oleh itu, jika hendak cemerlang dan jadikan diri lebih terkehadapan, setiap pelajar perlu bergiat aktif di dalam dan di luar kelas selain keperluan motivasi yang tinggi, sokongan mental dan [...]
Alumni USIM Rangkul Naib Johan dan Tempat Ketiga Majlis Tilawah Al-Quran & Hafazan Kebangsaan 2023 (MTHQK)
PULAU PINANG, 16 Jun 2023 – Alumni kelahiran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menjadi tumpuan apabila Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dinobatkan sebagai naib johan dan Mohamad Husaini Mahmur memenangi tempat ketiga bagi kategori tilawah al-Quran sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al Quran Kebangsaan 2023 (MTHQK). MTHQK kali ke-65 menyaksikan penglibatan seluruh negeri dalam pertandingan tahun ini menjadikan jumlah peserta Tilawah adalah seramai 29 orang; iaitu 14 orang Qari dan 14orang Qariah dan seorang Johan Menunggu Qari. Aiman Ridhwan anak jati negeri Perak merupakan salah seorang peserta Johan Menunggu MTHQK tahun ini. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Sunnah USIM ini menanam cita-cita sejak kecil untuk menjadi pensyarah dan mahir dalam bidang al-Quran. Mengulas lanjut tentang keputusan MTHQK, Aiman menyifatkan bahawa kesemua peserta menampilkan persembahan terbaik dan dipelopori oleh generasi muda. Dalam pada itu, Mohamad Husaini Mahmur yang juga alumni USIM memanjat kesyukuran di atas kejayaan yang diperolehinya dan menyifatkan bahawa pesaingan sengit antara peserta dan tahap penguasaan bacaan dalam kalangan peserta semakin baik. Husaini mendapat tempat ketiga buat kali pertamanya pada tahun 2020. Beliau kini merupakan guru al-Quran tetap berazam untuk tampil sebagai johan tilawah peringkat kebangsaan pada suatu masa nanti. Johan qari disandang oleh peserta yang mewakili negeri Kelantan, Muhamad Qayyim Nizar Sarimi. Seramai 32 orang hakim terlibat dalam pertandingan ini, iaitu 17 orang untuk menilai bacaan para peserta Tilawah manakala 15 orang hakim menilai para huffaz. Negeri Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) yang telah berlangsung selama [...]
MoU USIM-Hayrat Foundation Kembangkan Sebaran Dakwah Risalah An-Nur
TURKIYE, 17 Jun 2023 - Cadangan menubuhkan sebuah pusat penyelidikan dan Latihan (Unit Penyelidikan dan Latihan Az-Zahra’) serta mengembangkan penyebaran dakwah Risalah an-Nur di USIM dan dalam kalangan masyarakat sekitar menjadi antara inti pati kandungan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Hayrat Foundation, Turkiye. Pada majlis ringkas menandatangani MoU yang berlangsung di Ibu Pejabat Hayrat Foundation yang terletak di Zeytinburnu, Turkiye itu, USIM telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff, manakala Hayrat Foundation diwakili oleh Said Yavuz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Naib Presiden Hayrat Foundation, Turkiye. Selain penubuhan Unit Penyelidikan dan Latihan Az-Zahra’ dan pengembangan aktiviti sebaran dakwah Risalah An-Nur, MoU tersebut turut melibatkan cadangan penawaran program-program dan kelas Risalah an-Nur secara percuma mengikut permintaan, konsultasi kepada staf dan pelajar USIM yang ingin melakukan program mobiliti ke Turki, selain menjadi medium pemudah cara di antara pelajar USIM yang ingin menjalankan semester pendek di Turki dan bagi pelajar Turki yang ingin menyambung pengajian di USIM selain kerjasama dalam kajian penyelidikan atau penerbitan di antara Hayrat Malaysia dan USIM. Sebagai rekod, Hayrat Foundation Turkiye turut mempunyai cawangannya di Malaysia (Hayrat Malaysia) yang telah ditubuhkan sejak September 2012 yang didedikasikan untuk aktiviti bantuan kemanusiaan, perpaduan, budaya, pendidikan dan kesihatan di dalam dan di luar negara. Disediakan oleh: Nor Fadzlina Azahari Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
USIM lancar nombor plat khas ‘UN’
NILAI, 12 Jun 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan siri nombor pendaftaran UN yang dibuka untuk bidaan mulai esok 13 Jun 2023 sehingga 25 Jun hadapan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Tuan Hanif Yusabra Yusof, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan. Bersempena USIM menyambut ulang tahun yang ke-23 pada bulan ini, pelancaran nombor plat khas ini merupakan kenangan manis buat USIM dan warganya. Naib Canselor Prof Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, pemilikan nombor pendaftaran khas siri USIM “UN” menjadi satu nilai atau simbolik kepada warganya termasuklah para alumni. Dalam konteks ini, beliau menyatakan bahawa terjemahan rasa dekat (sense belonging) dan nilai kepunyaan yang tinggi terhadap USIM ini amat tinggi. “Saya menyeru kepada seluruh warga USIM, para alumni, kakitangan, pelajar, dan orang awam agar merebut peluang ini sebagai tanda sokongan kepada USIM. Hasil yang terkumpul daripada sumbangan dan kutipan nombor pendaftaran khas siri USIM “UN” ini akan dapat dimanfaatkan dalam banyak perkara termasuklah bagi tujuan pemberian biasiswa, mobiliti pelajar, penambahbaikan kualiti penyelidikan dan pembangunan Universiti”, ujarnya lagi. Sementara itu, USIM melalui anak syarikat USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Syarikat Aquatwo yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pemasaran, penjualan/bidaan, pengurusan kewangan, lantikan ejen pemasaran, promosi dan sistem jualan /bidaan nombor plat khas ini. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman web www.unplat.com.my bagi mengikuti perkembangan dan bagi melakukan pembidaan nombor pendaftaran UN ini. Turut hadir dalam majlis pelancaran siri nombor pendaftaran khas ini adalah DSP Mat Ghani Lateh, Timbalan [...]
USIM santuni Murid Sekolah Agama Pendidikan Khas
JOHOR BAHRU, 11 Jun 2023- Seramai 19 mahasiswa program Pengajian Qiraat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Khidmat Quran dan Sunnah bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sekolah Agama Pendidikan Khas (SAPK) (Pendengaran) Johor Bahru baru baru ini. Pelbagai pengisian yang dijalankan sepanjang program Khidmat Quran dan Sunnah Bersama OKU ini antaranya pembelajaran Al-Quran seperti kaedah Tahfiz Akhyar,Terapi wudhu’, permainan explorace dan banyak lagi. Selain itu, murid juga berpeluang mendapatkan khidmat bantuan daripada mahasiswa USIM untuk memahami kefahaman serta memperbetulkan ibadah-ibadah yang terdapat di dalam silibus pembelajaran yang juga menjadi rutin harian mereka. Lebih menarik lagi, program Khidmat ini juga sekaligus telah mewujudkan jalinan pintar di antara pihak sekolah dengan USIM. Selain perkongsian ilmu daripada mahasisiwa USIM kepada murid-murid di SAPK Johor, pihak sekolah juga mendedahkan kepada para mahasiswa tentang rutin pembelajaran khas murid-murid di sekolah tersebut. Menurut Dr. Shah Rizul Izyan Zulkiply, pensyarah bagi subjek Aplikasi Kod Isyarat dalam Pengajaran Quran yang turut mengiringi para peserta bagi menjayakan program ini berkata, matlamat utama program adalah untuk membuka mata dan minda mahasiswa serta pihak berwajib untuk kita sama-sama menyantuni golongan istimewa ini. “Dengan adanya program sebegini, mereka akan rasa lebih dihargai dan dapat merasakan bahawa kehadiran mereka disedari oleh masyarakat sekeliling”. Sementara itu, salah seorang peserta saudari Norafiqah Tajudin berkata, program ini telah memberi banyak input dan pengalaman serta pendedahan baru untuk merasai sendiri cabaran-cabaran dalam usaha menyampaikan maklumat kepada murid-murid berkeperluan khas pendengaran. “Tanpa kaedah yang sesuai, seseorang itu belum [...]
Pelajar Kolej Genius Insan USIM Peroleh Keputusan Cemerlang SPM 2022
NILAI, 9 Jun 2023 – Seramai 62 murid Kolej Genius Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 baru-baru ini. Keterujaan jelas kelihatan apabila masing-masing memperolehi keputusan yang cemerlang dengan seorang pelajar memperoleh 11A+, 13 orang murid memperoleh keputusan 11A, manakala 13 orang lagi memperoleh keputusan 10A. Ahmad Shauqi Afif Adnan Kameng dari Kolej Genius Insan USIM yang merupakan anak kedua dari enam beradik yang berasal dari Banting, Selangor menjadi antara pelajar yang dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang SPM 2022 yang peroleh 11A+. Mengimbas semula amalan yang dilakukakan sebelum peperiksaan SPM berlangsung, Ahmad Shauqi Afif menyertai kelas tambahan dari pusat tuisyen luar secara dalam talian berikutan penularan pandemik COVID-19, juga sebagai langkah yang selamat untuk mengikuti silibus pembelajaran. Beliau turut mempersiapkan nota kecil sejak dari tingkatan 4 untuk subjek sains seperti Biologi, Fizik, dan Kimia. Baginya dengan menulis dapat menguatkan daya ingatan dan mengukuhkan isi pembelajaran subjek serta memulai dengan menggunakan buku latihan sebagai pengukuhan asas. Setelah dapat menguasai suatu topik, beliau akan mula menyelesaikan permasalahan/silibus yang rumit dan mencabar agar dapat membina pemahaman yang lebih terperinci. Menjelang peperiksaan SPM pula, beliau akan mengulangkaji semula nota lama dan mula membina jadual belajar yang lebih tersusun dan fleksibel, yang mana tidak menganggu waktu rehat atau waktu riadahnya. “Saya bantu dan ajar rakan-rakan yang lain bagi subjek yang saya sudah mahir, lagi banyak saya ajar, lagi banyak saya faham dan saya masih meneruskan latihan kendiri secara konsisten serta doa dan tawakal” ujarnya. Aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan [...]
Tawar Program Pesisir antara Inti Pati Kerjasama dengan Universiti Hadhramout, Yemen
NILAI, 8 Jun 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Hadhramout, Yaman. USIM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala Universiti Hadhramout diwakili oleh Presiden, Profesor Dr. Mohammed Saeed Khanbash. MoU ini adalah hasil daripada hasil lawatan USIM yang diketuai oleh Naib Canselor ke Kedutaan Yaman pada 10 April tahun ini. Melalui Kerjasama ini, USIM dan Universiti Hadhramout bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya penerbitan dan geran penyelidikan bersama, program mobiliti pelajar dan pertukaran staf, pelaksanaan kursus bersama secara dalam talian, penyeliaan bersama untuk program Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), penawaran program Sarjana atau PhD luar pesisir serta penganjuran bersama persidangan, seminar dan simposium. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, “Melalui MoU ini, kita dapat mempromosikan USIM dan berkongsi kepakaran untuk menarik lebih ramai pelajar dari Yaman belajar di USIM. Setakat ini, USIM mempunyai dua orang pelajar sarjana muda dari Yaman dan 24 pelajar di peringkat Pasca Siswazah”. “Kerjasama ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi impak positif dalam pembangunan sains, pembangunan modal insan dan perkongsian kepakaran dalam Dunia Islam.” Ujar beliau lagi. Disediakan oleh: Nor Fadzlina Azahari Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
USIM terbit produk seni berbudaya, kongsi manfaat kepada masyarakat
KUALA LUMPUR, 3 Jun 2023– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kebudayaan sekali lagi mengangkat produk seni budaya sebagai ejen mendidik masyarakat dengan menerbitkan tiga buah produk iaitu buku bertajuk ‘Foto Jurnal: Kolo Pilah Di Sini Hati Den Terpaut’, buku kit Mahir Khat dan Jawi dan album ‘USIM Taranum 5 Juara. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti YB Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ketika ini. Penghasilan produk ini merupakan hasil kerja kreatif mahasiswa, alumni dan warga USIM yang bertujuan untuk mengangkat seni budaya Islam dan meluaskan capaian jaringan produk seni yang memenuhi kepatuhan syariah untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata “penghasilan produk Seni Berbudaya merupakan sumbangan USIM kepada masyarakat untuk memperlihatkan bahawa seni budaya Islam mampu diterjemahkan melalui hasil karya yang memberi manfaat kepada masyarakat. Ini juga bertepatan dengan saranan bagi mengukuhkan keterlihatan USIM di mata masyarakat di luar sana". "Pada tahun ini, Pusat Kebudayaan USIM sekali lagi menjalinkan usahasama penerbitan bersama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) menerusi penerbitan buku ‘Foto Jurnal: Kolo Pilah Di Sini Hati Den Terpaut’", ujarnya lagi. Secara ringkasnya, Buku ‘Foto Jurnal: Kolo Pilah di Sini Hati Den Terpaut’ merakamkan keindahan dan kekayaan khazanah Kuala Pilah melalui koleksi foto sebagai fokus utama yang dijalinkan dengan naratif teks yang menyentuh emosi. Mengandungi 16 tajuk dan [...]









