Mei 2023
USIM anjur Jamuan Pasca Raya Aidilfitri, Hargai Staf Bertugas Satu Syawal
NILAI, 30 Mei 2023 - Sudah menjadi kebiasaan bagi sesebuah organisasi untuk meraikan dan mengeratkan silaturahim antara majikan, staf dan pemegang taruh bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang merupakan perayaan utama di negara ini. Walaupun Syawal telah berlalu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui oleh Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) dengan kerjasama persatuan kakitangan, fakulti dan pelbagai jabatan tidak ketinggalan menganjurkan Majlis Jamuan Pasca Raya Aidilfitri untuk warganya bersama komuniti setempat dan rakan-rakan strategik universiti. Lebih bermakna, majlis yang diadakan Bertempat di Dewan Tuanku Canselor dengan kehadiran 1500 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor USIM yang berkenaan mencemar duli ke majlis jamuan. Lebih 30 gerai dari pelbagai fakulti dan jabatan terlibat dalam menyajikan pelbagai menu makanan tradisional dan minuman dan antara menu yang tarikan utama semestinya sate, ayam dan kambing golek disamping pelbagai menu lain. Majlis turut memberi penghargaan dan meraikan 45 orang kakitangan yang bertugas pada 1 dan 2 Syawal dengan penyampaian sumbangan khas disampaikan oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Turut diadakan penyerahan zakat perniagaan Koperasi Kakitangan USIM Berhad bagi tahun kewangan berakhir pada Disember 2021 dan 2022 kepada universiti dengan jumlah sebanyak RM10,000. Hadir memeriahkan majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti YB Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, [...]
USIM Tuan Rumah Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Sembilan
NILAI 27 Mei 2023 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) komited dalam usaha mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dengan menganjurkan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 26 sehingga 27 Mei 2023. Dengan tema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” karnival yang berlangsung selama dua hari ini dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang, Minggu Sains Negara mensasarkan kehadiran pengunjung seramai 2,000 orang yang terdiri dari pelbagai pemegang taruh seperti pelajar sekolah, belia kolej dan institusi pengajian tinggi, para guru, pemain industri serta orang awam di daerah Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya. YB Chang Lih Kang dalam ucapannya berkata bahawa, pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) tidak terhad kepada pendidikan secara formal di dalam kelas atau bilik darjah sahaja. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang disediakan akan menggunapakai kaedah hands-on dan secara langsung daripada pengamal serta pakar STI. Melalui kaedah ini, pembelajaran berteraskan STI ini dapat disampaikan secara interaktif khususnya berkaitan pengaplikasian teknologi dalam kehidupan seharian. Objektif utama penganjuran karnival ini adalah bagi merealisasikan manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam membudayakan STI dalam kalangan masyarakat setempat. Ia juga memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan untuk mengetengahkan teknologi dan inovasi masing-masing untuk menarik minat khususnya golongan belia dalam bidang teknologi. Pelbagai aktiviti dan program yang disediakan untuk para pengunjung antaranya adalah pameran reruai, STEM Workshop, Mini [...]
Tauliah Agama Wajar Diperkasa dengan Strategi
Semasa penulis memohon untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di sebuah negeri di semenanjung, penulis sudah pun bergelar pensyarah di salah sebuah Universiti. Tujuan utama penulis memohon tauliah mengajar adalah untuk mengajar Al-Quran khususnya kepada lebih ramai masyarakat setempat. Selain itu, penulis sangat memaklumi bahawa setiap negeri menetapkan bahawa mana-mana asatizah yang ingin menyampaikan ilmu kepada orang awam mesti memperolehi tauliah yang sah dari Jabatan Agama atau Majlis Agama Negeri. Sesiapa pun yang sudah memiliki ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah yang diiktiraf oleh senat universiti perlu akur akan peraturan menyampaikan kuliah agama. Ya, terfikir juga akan penat lelah menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar dan universiti tempatan seolah tidak dipandang. Tiket besar untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat awam di Malaysia ialah tauliah. Tiada tauliah, tiada guna kepakaran dan sijil-sijil. Isu tauliah tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ia melibatkan maruah asatizah dan badan berautoriti yang memberi tauliah apatah lagi melibatkan jawatankuasa yang mewakili pentadbiran agama negeri seperti mufti. Kategori tauliah agama di kebanyakan negeri adalah hampir sama iaitu tauliah mengajar al-Quran, tauliah mengajar Fardu Ain, tauliah berceramah dan tauliah khas seperti motivasi, pengurusan jenazah, haji dan umrah. Walau bagaimanapun ada ketikanya ceramah agama tetap dibenarkan bagi individu yang tidak mempunyai tauliah dengan syarat-syarat tertentu seperti permohonan awal satu atau dua minggu dari tarikh program. Dapat dilihat bahawa sebenarnya tidak sesukar mana untuk memperolehi tauliah ini kerana penulis yakin bahawa jawatankuasa tauliah lebih memahami kaedah al-‘Uruf wal ‘Adah lebih-lebih lagi barisan masyaikh kibar dalam [...]
Pelajar USIM Rangkul Johan Sayembara Deklamasi Sajak Keluarga Perpaduan Terbuka IPT
PERAK, 13 Mei 2023 – Penyertaan pertama kali mewakili pertandingan universiti membawa tuah buat Muhammad Zamratur Rahman Yussri, pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila dinobatkan sebagai johan pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Keluarga Perpaduan Terbuka IPT anjuran Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tempat ketiga turut dimenangi oleh Nurhidayatul Akmal Khairunnisa Amir Hamzah, yang juga pelajar USIM dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU). Mereka berdua adalah dari Kumpulan Puisi Kelab Penerbitan Kreatif Pusat Kebudayaan. Muhammad Zamratur Rahman Yussri, pelajar tahun dua program Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi yang berasal dari Kuala Lumpur itu melahirkan rasa syukur dan gembira untuk berkongsi kemenangan ini bersama ibu bapanya. ”Persiapan memang tidak cukup dan agak tergesa-gesa sehinggakan waktu yang sempat saya peruntukan untuk latihan hanya lebih kurang seminggu bersama rakan seperjuangan Nur Hidayatul Akmal, yang turut mendapat tempat ke-3 dalam sayembara tersebut. Saya amat terhutang budi kepada tenaga pengajar dari Pusat Kebudayaan USIM yang sanggup datang dari jauh hanya semata-mata untuk melatih kami berdua yang baru merangkak dalam dunia puisi” ujarnya. “Ketika di sekolah menengah, saya sangat aktif menyertai pertandingan berkaitan seni suara seperti pantun, sajak, pidato,dan dai siber. Justeru, saya nasihatkan kepada setiap mahasiswa agar pasakkan dalam diri bahawa apa sahaja aktiviti persatuan atau pertandingan yang kita ceburi tidak mengganggu prestasi pembelajaran. Selain itu, sentiasa betulkan niat dan percaya bahawa usaha boleh ditiru, tetapi rezeki Allah yang beri.” “Semoga usaha dalam membina diri kalian agar menjadi insan yang lebih baik dan menambah nilai [...]
Program Kebolehpasaran Graduan Penjana KPT-CAP, Bina rumah contoh untuk asnaf
NILAI, 15 Mei 2023 – 200 peserta termasuk 38 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) graduan tahun 2018 dan 2022 serta pelajar dari beberapa Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta orang awam telah menjalani Program Kebolehpasaran Graduan Penjana KPT-Career Advancement Programme (KPT-CAP) menerusi projek pembinaan sebuah rumah contoh asnaf bagi tujuan untuk memperkenalkan rumah teknologi hijau yang boleh di jadikan ilham kepada pusat-pusat zakat Majlis Agama Islam di seluruh Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff bertempat di Mizan Park, USIM. Program yang dijalankan selama dua minggu dimulakan dengan program secara dalam talian menerusi modul RPG Group dan CIDB IBS 3 Malaysia selama empat hari, dan peserta seterusnya menjalani program secara amali melibatkan gerak kerja memasang rumah tersebut. “USIM amat berterima kasih kepada RPG Group kerana berterusan menjalin hubungan baik dengan FKAB dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Kesudian pihak RPG Education & Training Centre menyumbangkan hasil binaan yang bernilai RM60,000.00 ini akan dimajukan sebaiknya bagi membantu meningkatkan fasiliti di kampus USIM,” ucap Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff. Sementara itu, Encik Azuhan Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif RPG Group berkata, konsep hijau yang diketengahkan merujuk kepada dinding rumah menggunakan panel IBS di mana teknologi ini hampir 80 peratus dapat menjimatkan pasir, simen dan mengurangkan lebihan barangan binaan di tapak bina. Impaknya, alam sekitar dapat dilindungi dari pembaziran di tapak binaan. Ujarnya lagi, sebahagian dari sistem [...]
USIM jalin kerjasama Universiti Ternama Di UK, Majukan Pendidikan Stem menerusi Teknologi Robotik
CARDIFF, 14 Mei 2023 - Dalam usaha memberi inspirasi untuk mempromosikan pendidikan inklusif dan memperkasakan orang kurang upaya (OKU), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, menerusi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Eureka Robotics Centre Cardiff Metropolitan University (CMU), UK. Kerjasama ini memberi tumpuan kepada memanfaatkan teknologi robotik dan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) untuk meningkatkan peluang pembelajaran terutamanya bagi orang kurang upaya. Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), menyatakan jalinan kerjasama ini dimeterai sebagai usaha menyahut seruan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai pengantarabangsaan pusat pengajian pendidikan tinggi tanahair serta hab pembangunan bakat. “Perjanjian kerjasama antara USIM dan CMU menandakan satu peristiwa penting dalam usaha memartabat pendidikan inklusif. Kedua-dua institusi bergabung tenaga, menerusi kerjasama latihan dan penyelidikan, serta pertukaran kepakaran antara kedua-dua institusi, dalam penggunaan teknologi robotik dan pendidikan STEM bagi memperkasakan individu kurang upaya dan menyediakan mereka akses yang sama kepada pendidikan berkualiti,” jelas beliau selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian di CMU, UK. Turut hadir, Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani mengulas, sebagai institusi pendidikan tinggi awam yang berteraskan Sains Islam, USIM sentiasa mencari ruang bagi memupuk minat masyarakat dalam sains dan teknologi, terutamanya di kalangan orang kurang upaya dan kurang berkemampuan. “USIM yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan, sentiasa prihatin dengan masyarakat sekitar, terutamanya golongan OKU dan kurang berkemampuan, yang memiliki akses terhad terhadap teknologi terkini. Perkongsian dengan CMU ini merupakan langkah penting ke [...]
Dua Produk Inovasi USIM terima Pengiktirafan Khas ITEX 2023
NILAI, 15 Mei 2023 – Dua daripada empat produk inovasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dipertandingkan di Pameran Reka Cipta, Inovasi & Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2023 baru-baru ini menerima pengiktirafan khas, iaitu Anugerah Inovasi terbaik bagi kategori Institusi Pendidikan dan Universiti melalui inovasi ICE BOX (Indoor, Comfort, Environment) dan Anugerah Inovasi Terbaik melalui produk inovasi ‘BioCast’ daripada Patent office of the cooperation council for the Arab States of the Gulf. Kedua-dua inovasi tersebut turut menerima anugerah pingat emas. Profesor Dato' Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM yang hadir ke majlis penyerahan anugerah itu berkata, beliau mengharapkan agar para penyelidik terus bersemangat menghasilkan inovasi-inovasi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan menaikkan nama universiti khususnya dan negara amnya. Menurut Profesor Madya Ar. Dr. Elina Mohd Husini, selaku Ketua penyelidik Produk inovasi ICE Box, ICE Box ialah sistem yang berfungsi untuk menyejukkan ruang ke tahap keselesaan penghuni hasil daripada perubahan haba termostat dari cecair ke ais yang direka bentuk secara modular. Sistem yang dijana dari sumber solar atau grid mengurangkan pengeluaran karbon juga sebagai Bateri untuk penyimpanan tenaga termal untuk penukaran fungsi penyejukkan pada waktu malam dan penukaran haba ke sistem air panas pada siang hari untuk sesebuah penempatan. “Menariknya, sistem ini telah dijalankan melalui tiga fasa iaitu dalam saiz yang berskala besar dengan kerjasama industri, seterusnya ditambahbaik rekabentuk dan sistem yang dikhaskan penggunaannya untuk sebuah rumah dan peringkat penyesuaian rupa produk bagi kegunaan pada ruang awam. Sistem ini telah diuji pada iklim yang berbeza; [...]
USIM – UOG perkukuh kerjasama dalam bidang Kewangan Islam
LONDON, 11 Mei 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah mempertingkat kepakaran serta memperkukuhkan kerjasama dengan University of Gloucestershire (UOG) dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam. Menurut Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, kerjasama yang diterajui oleh Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) ini adalah susulan penyertaan program United Kingdom Higher Education Collaboration Enrichment Programme (MY-UK HECEP) 2022 yang berlangsung di London pada bulan September tahun lalu. “Dalam kerjasama ini, pihak UOG menawarkan mobiliti kepada Pensyarah FEM untuk mengajar kursus dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di UOG sama ada secara dalam talian dan fizikal, disamping kerjasama lain meliputi bidang penyelidikan , penerbitan serta pertukaran kakitangan dan pelajar”, ujarnya lagi. Pertemuan rasmi delegasi USIM dan UOG turut dihadiri YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
TH pilih USIM sebagai lokasi Kursus Perdana Haji 1444H/2023M
NILAI, 2 Mei 2023 - Seramai 1000 orang Jemaah dari seluruh Negeri Sembilan telah menghadiri Kursus Perdana Haji (KPH) bagi musim haji 1444H/2023M peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung selama dua hari bermula 29- 30 April 2023 di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Turut hadir Yang Berhormat Dato' Muhammad Nahar Mohd Sidek, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Tuan Haji Nurrianuwar Sgamsuddin, Pengurus Besar Pengurusan Haji, Lembaga Tabung Haji, Tuan Haji Khairoddin Ahmad, Pengarah Wilayah Selatan, Lembaga Tabung Haji dan Tuan Haji Muhammad Zaki Haji Baijuri, Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan serta Lembaga Tabung Haji Negeri Sembilan kerana telah memilih USIM sebagai lokasi penganjuran KPH untuk tahun 2023. “Tidak lupa kepada Pusat Islam, Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF), Pusat Kesihatan Universiti, & SCIROSH USIM yang turut bertungkus lumus bagi memastikan kursus selama 2 hari ini berjalan dengan lancar. Penganjuran KPH ini amat bermakna buat kami warga USIM khususnya dalam mempertingkatkan keterlihatan (visibility) USIM dikalangan masyarakat Negeri Sembilan”, ujar beliau lagi. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Pensyarah USIM terima Anugerah ‘Order Of The Rising Sun, Gold And Silver Rays’ Kerajaan Jepun
NILAI, 2 Mei 2023 - Dekan Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Dr. Zoraida Mustafa dianugerahkan Dekorasi Imperial 'Order Of The Rising Sun, Gold and Silver Rays' bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang pendidikan dengan mempromosikan pendidikan bahasa Jepun di Malaysia dan persefahaman bersama antara Jepun dan Malaysia. Dr. Zoraida telah terlibat dalam pelbagai aktiviti untuk mempromosikan pendidikan bahasa Jepun serta persefahaman antara Malaysia dan Jepun dan telah mengajar bahasa Jepun di Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya sejak 1996. Selepas berpindah ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), beliau memulakan unit bahasa Jepun dan berkhidmat sebagai Ketua Pusat Bahasa dan Kebudayaan Jepun. Dr Zoraida juga merupakan pengasas dan Persatuan Pengajar Bahasa Jepun Malaysia (MAJLIS) yang pertama dan aktif mempromosikan rangkaian dalam kalangan pengamal bahasa dan budaya Jepun. Beliau ketika dihubungi melahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak terutamanya kerajaan Jepun dan USIM yang telah memberi peluang dan sokongan untuk terus berkarya membina jaringan kerjasama Malaysia Jepun khususnya dalam bidang pendidikan bahasa dan budaya Jepun. Kerajaan Jepun baru-baru ini telah mengumumkan penerima Dekorasi Imperial Nasional Asing oleh Maharaja Jepun untuk Anugerah Musim Bunga 2023 bagi menghargai sumbangan cemerlang mereka kepada hubungan Jepun-Malaysia. Turut menerima pengiktirafan adalah Dato’ Wan Latiff Wan Musa, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang dianugerahkan 'The Order of the Rising Sun, Gold Rays with Neck Ribbon' Prepared by: Nor Fadzlina Azahari Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan









