Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2023

Bank Islam Malaysia Berhad santuni mahasiswa USIM melalui Program Musaadah4student

NILAI, 10 April 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima sumbangan berjumlah RM30,000.00 daripada Bank Islam Malaysia Berhad melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM bersempena Program Musaadah4Student anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru-baru ini di Galeri HEP,USIM. Penyerahan replika cek telah disampaikan oleh Encik Mohd Nazri bin Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan, Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad kepada Encik Md. Ishah Rahman, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) mewakili Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ USIM berkata, sumbangan ini akan disalurkan kepada sasaran pelajar iaitu seramai 6,500 orang penerima manfaat yang menetap di kolej – kolej kediaman USIM khususnya.” Sementara itu, Encik Mohd Nazri bin Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan, Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, turut menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menyantuni para pelajar melalui pemberian sumbangan dalam bentuk barangan asas makanan kering. Turut hadir sama ke majlis ini adalah Encik Faiz Ibrahim, Pengurus Rangkuman Kewangan, Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Ashraf, Pengurus Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Nilai, Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ, dan Dr. Syahnaz Sulaiman, Timbalan Pengarah. sumber: PWZ Dikemaskini oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan  

Perkasa Aktivis Digital Tingkatkan Kesejahteraan Sosial

Naratif MADANI mengejar matlamat Malaysia sebagai sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati dan menyemai sikap ihsan di antara satu sama lain. Ia juga menerapkan laungan bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam menyumbang kepada kesejahteraan negara dan bangsa baik secara fizikal mahupun aktiviti yang dilakukan di dalam talian. Jika kita lihat laporan yang diterbitkan oleh bahagian penyelidikan Statista pada tahun 2022, 91.7 peratus rakyat Malaysia adalah pengguna aktif media sosial iaitu dengan anggaran 29.9 juta dari 32.7 juta rakyat Malaysia. Justeru, penggunaan media digital termasuklah media sosial perlu dimanfaatkan sebaiknya begitu juga bentuk aktivisme dalam talian. Profesor Graham Meikle di bahagian Komunikasi dan Media Digital, University of Westminister London mentakrifkan aktivisme dalam talian sebagai aktiviti melalui penggunaan media termasuklah teknologi dan komunikasi elektronik. Aktivis dalam talian boleh menggunakan Internet dan gajet sebagai wadah untuk menyebarkan maklumat dan mengajak pengguna untuk melakukan tindakan memandangkan keupayaannya untuk menjangkau khalayak ramai merentasi sempadan dengan serta-merta. Justeru, pelbagai aktiviti dalam talian yang positif dapat menyumbang kepada pemerkasaan aktivis digital seperti mendokong aktiviti kemanusian, pengumpulan dana bagi yang memerlukan ketika berlakunya bencana alam,  serta menyebarkan kesedaran tentang sesuatu perkara atau isu. Jika disingkap, ianya amat berkait dengan agenda membangun Malaysia Madani yang menumpukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyelesaikan masalah dalam memenuhi keperluan masyarakat termasuklah mengenalpasti potensi aktivisme yang baik dan memperkasakan masyarakat agar proaktif, berdaya cipta dan kreatif. Tingkatkan Peranan Aktivis dan Pengguna Platform Digital Walaupun aktivisme dalam talian banyak dibincangkan dengan isu seperti ‘hacktivism’ yang merujuk kepada [...]

USIM terima lawatan atase pendidikan Kedutaan Libya

NILAI, 5 April 2023  - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kunjungan hormat daripada Atase Pendidikan kedutaan Libya ke Malaysia yang diketuai oleh Dr. Aiman El-Mahmoodi baru-baru ini. Kehadiran wakil kedutaan tersebut telah disambut oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff serta barisan ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti.   Dalam pertemuan tersebut beberapa perancangan kerjasama dalam bidang akademik dan masa depan jaringan akademik bagi calon pelajar dari negara timur tengah tersebut telah dibincangkan. Antaranya termasuklah peluang penawaran biasiswa pendidikan untuk warga Libya menyambung pengajian di peringkat tinggi di Malaysia, peluang penawaran latihan/kursus jangka pendek serta beberapa aktiviti akademik lain seperti program pertukaran pelajar di antara kedua-dua negara. Tertarik dengan pencapaian USIM yang aktif dalam aktiviti penyelidikan menerusi kegiatan penyelidikan Ibnu Ummi Maktum Research Centre (UMMI), iaitu pusat penyelidikan golongan kelainan upaya (OKU) berteraskan pendekatan ilmu Naqli dan Aqli, pihak Kedutaan Libya turut memberikan reaksi positif terutamanya dalam usaha untuk menempatkan calon pelajar yang berstatus OKU untuk menyambung pengajian di USIM. Kerjasama ini sekiranya direalisasikan dengan baik, berupaya untuk menyemarakkan semula kehadiran pelajar antarabangsa terutama dari Libya ke USIM dan hubungan dua hala antara institusi pendidikan berkaitan. Hal ini selaras dengan usaha kedua-dua buah negara dalam merancakkan semula aktiviti pengantarabangsaan dalam bidang akademik yang terhalang selama hampir dua tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19. Mengikut rekod, USIM mempunyai lebih 300 orang alumni dari Libya sehingga kini. Hadir sama [...]

USIM pertingkat sinergi hasilkan Produk Seni patuh syariah

NILAI, 1 April 2023 – Bertepatan dengan saranan USIM untuk menyantuni komuniti luar agar lebih akrab dengan warga universiti, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan lagi kesinambungan sinergi di kalangan penggiat seni, barisan alumni seni budaya serta mahasiswa melalui perlantikan Penasihat Produk Seni, Karyawan Seni, Ikon Seni USIM dan Pemimpin Kelab Seni Budaya yang berlangsung pada Majlis Iftar baru-baru ini.  Pelantikan ini sejajar dengan pengukuhan elemen Seni Berbudaya selain meningkatkan jaringan warga USIM bersama pihak industri. Tirai acara dimulakan dengan pembentangan mengenai pencapaian Pusat Kebudayaan USIM bagi tahun 2022 oleh Pengarah Pusat Kebudayaan, Ismail Ahmed sebagai pengenalan ringkas kepada tetamu kehormat YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan, Ahli Dewan Negara dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Dalam ucapan akhir pembentangan, Ismail berkata, ”majlis pelantikan ini merupakan usaha  bersama dengan para penggiat seni serta barisan alumni USIM untuk berkongsi pengalaman, idea buah fikir sekaligus menjadi ejen penerus dan penggerak kepada nilai Seni Berbudaya yang dibawa oleh Pusat Kebudayaan USIM”. Menerusi ucapan Naib Canselor USIM, beliau berkata  “Pelantikan penasihat produk seni USIM dan enam karyawan seni yang berpengalaman memainkan peranan besar dalam memberi bimbingan profesional dan kepakaran kreatif selain sebagai satu anjakan visibility kepada USIM dalam hal-hal seni budaya”.  Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani menerusi ucapan alu-aluan beliau. Beliau turut menambah, penggabungan karyawan seni,  ini amat bersesuaian dengan aspek kepatuhan syariah yang menjadi keutamaan dan melonjakkan USIM sebagai peneraju dalam kesenian Islam.   [...]

Mac 2023

USIM-UMS Meterai MoU Perkasa Program Pengajian Islam

NILAI, 22 Mac 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meluaskan jaringan strategik bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memfokuskan kepada pemerkasaan program pengajian Islam. Bertempat di Pusat Islam UMS, USIM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Pendaftar USIM, Dato’ Mohammad Haizuan Rozali, manakala UMS diwakili Profesor Dato' Dr Kasim Hj Mansor, Naib Canselor UMS serta Pendaftar UMS, Encik Luqman Ridha Anwar.   Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, kerjasama antara USIM-UMS ini bertepatan dibawah payung "USIM Cemerlang, USIM Disayang". Keterlihatan USIM bukan sahaja menyebarkan ilmu bahkan memberi manfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi menerusi hubungan ‘Friends of Borneo’ yang diterajui oleh Dato' Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM. “Selain memfokuskan kepada pemerkasaan program pengajian Islam serta penyelidikan, kerjasama lain yang akan turut diadakan adalah seperti kerjasama program akademik, penyelidikan bersama, pertukaran bahan penerbitan, maklumat dan penyelidikan, latihan industri pelajar dan pertukaran kakitangan”. Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Dato' Dr Kasim Hj Mansor berkata, UMS mengharapkan agar kerjasama ini terus berkembang dalam pelbagai aspek khususnya bagi program pertukaran pelajar dalam bidang pengajian Islam untuk tempoh selama satu semester. Beliau turut mengalu-alukan kerjasama yang dilihat berimpak dan bermanfaat buat kedua-dua universiti. Hadir sama ke majlis MoU Pengurusan adalah Profesor Dr Mohd Dahlan Hj A.Malek, Dekan Fakulti Pengajian Islam UMS serta delegasi kerja USIM.   Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

USIM lancar V-ID Card, ganti ID kad fizikal

NILAI, 20 Mac 2023 - Dalam usaha menyokong digital transformasi di dalam pendidikan tinggi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Virtual ID (V-ID) Card USIM menerusi platform USIM Mobile 2.0. Naib Canselor Prof Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaari berkata dalam Majlis amanat beliau yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor baru-baru ini, idea pelaksanaan V-ID Card ini tercetus pada penghujung tahun 2022 dengan kerjasama dari kumpulan teknikal Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Pusat Komunikasi Strategik, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Pendaftar.   “Universiti sentiasa menyokong perkembangan era permodenan dan teknologi terkini. Dengan kewujudan V-ID Card ini ia bertindak sebagai alternatif pengenalan diri secara fizikal kerana ia memudahkan capaian di ‘hujung jari’ menggunakan telefon pintar tidak kira masa dan tempat”, ujarnya. Menurut Prof Dato Ts. Dr. Sharifudin lagi, aplikasi USIM Mobile edisi 1.0 yang telah dibangunkan pada Ogos 2019 adalah untuk keperluan capaian terutamanya pelajar sarjana muda untuk semakan keputusan peperiksaan dan lejer pelajar.  Kemudian, penggunaan secara optimum adalah ketika pandemic COVID-19 pada bulan Mac 2020 untuk tujuan pengrekodan kehadiran staf semasa bertugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR). “Dengan pelaksanaan USIM Mobile ini, penerapan konsep ‘Bring Your On Device’ (BYOD) kepada staf telah dikuatkuasakan serta merta di mana semua warga USIM perlu menggunakan telefon pintar masing-masing untuk akses ke dalam aplikasi USIM Mobile dan tiada lagi Kiosk Mesin myAKRAB disediakan”. Kini, USIM telah menaik taraf fungsi aplikasi kepada versi USIM Mobile 2.0 dan pihak pengurusan universiti mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) yang telah mengambil tindakan [...]

USIM Tandatangani MoU Dan LoI bersama 12 Rakan Strategik Halal

BANGI, 14 Mac 2023 - Keterlibatan pemain industri halal dan pihak berkuasa agama sebagai rakan strategik Halal USIM adalah signifikan bagi pelaksanaan program Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dengan Kepujian (SMSIH) yang merupakan program pertama dalam Mod Industri 3u1i (3 tahun pengajian di universiti dan setahun latihan praktikal/ amali di industri) ditawarkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pertama di Malaysia bagi program pengajian halal.  Bagi memperkukuh hubungan strategik ini, USIM mengadakan Majlis Penghargaan dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Pernyataan hasrat (LoI) bersama dengan 12 rakan strategik Industri Halal bertempat di Hotel Tenera pada 13 Mac 2023 semalam. Majlis yang julung kalinya diadakan ini menjadi petunjuk penting kepada masa depan pembangunan bakat halal Malaysia yang berkualiti, kompeten, berdaya saing dan berdaya tahan sebagai profesional dan pakar rujuk. Kerjasama ini diterajui oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang, dimana pelajar bakal ditempatkan untuk tempoh selama setahun di industri bagi meningkatkan ketersediaan pelajar untuk memasuki industri dengan pendedahan ilmu dan kemahiran pengurusan operasi industri dan pensijilan Halal Malaysia melibatkan 13 rakan strategik iaitu Gerbang Alaf Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd, TH Hotel & Residence Sdn. Bhd, Serunai Commerce Sdn Bhd, Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd, Sushi King Sdn. Bhd, Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd, Texas Chicken (Malaysia) Sdn. Bhd, Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Agama Islam Selangor. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) [...]

Sukarelawan USIM Hulur Khidmat dan Sumbangan kepada Mangsa Banjir di Johor

SEGAMAT, 9 Mac 2023 - USIM telah menggerakkan sekumpulan sukarelawan dengan kekuatan sejumlah 35 orang pelajar dan 7 orang staf bagi membantu mangsa banjir di daerah Segamat, Johor yang bermula semalam. Penyelarasan bantuan dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) dan USIM tidak ketinggalan bersama Universiti Awam yang lain untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Misi bantuan kali ini adalah bagi tujuan pembersihan lokasi dan menyampaikan sumbangan ‘Bakul Rahmah’ yang mengandungi bekalan asas harian kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara terpilih. Menurut Ketua Pasukan Misi Bantuan Banjir Encik Mohd Fazhiruddin Kamaruddin, melalui kerjasama dari Jabatan Pendaftar yang diketuai oleh Dato' Muhammad Haizuan Rozali serta Pusat Wakaf dan Zakat USIM, sejumlah 200 Bakul Rahmah dan 100 Bakul Bantuan Persekolahan yang bernilai RM23,000 telah disumbangkan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan. Sementara itu, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) turut melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pelajar USIM yang menjadi sukarelawan walaupun ketika dalam tempoh cuti semester. Pelajar-pelajar ini sanggup bangun dan bersiap seawal jam 4.30 pagi untuk sama-sama menggembleng tenaga memberikan bantuan kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan. ”USIM sentiasa peka dengan keperluan semasa, dan cakna terhadap masyarakat terutamanya apabila melibatkan kawasan yang ditimpa bencana serta sentiasa berusaha untuk membantu dalam apa jua keadaan. Semoga lebih ramai pelajar memiliki semangat waja dan berempati dari kalangan warga USIM”, ujarnya lagi. sumber: PHEP Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) [...]

Memperkasa Kaedah Rawatan dan Pemulihan Dadah Berasaskan Islam

BANGI, 7 Mac 2023 - Usaha bagi memperkasakan amalan Terapi Psikospisiritual dalam perawatan penyalahgunaan dadah melalui penganjuran Simposium Amalan Terbaik Perawatan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) Islam 2023 berjaya menghimpunkan seramai 150 peserta dari pelbagai latar belakang. Majlis Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir Institut Latihan Islam Malaysia Bangi hari ini. Simposium Amalan Terbaik PPDP ini merupakan satu platform menghimpunkan pengamal-pengamal Pusat Pemulihan Dadah berteraskan Psiko-Spiritual Islam, pengamal-pengamal kaunseling, pemimpin NGO-NGO, ahli-ahli akademik dan wakil-wakil daripada agensi kerajaan yang secara langsung dan tidak langsung  terbabit dalam rawatan dan pemulihan penyalahgunaan bahan dan dadah di Malaysia. Objektif utama Simposium Amalan Terbaik PPDP adalah untuk memperkasa kaedah rawatan dan pemulihan berasaskan Islam yang sedang diamalkan di pusat-pusat khidmat nasihat dan rawatan penyalahgunaan dadah seluruh Malaysia. Dalam ucapan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, integrasi ilmu Naqli dan Aqli amat diperlukan dalam usaha membimbing, merawat dan memulihkan penyalahguna, pesakit dadah kerana ia dilihat dapat membantu transformasi diri dalam memahami tujuan kehidupan di dunia, peranan dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. “Pendekatan dalam rawatan dan pemulihan dadah perlu berasaskan pendekatan saintifik yang ditunjangi oleh ajaran agama Islam agar ia lebih strategik dan komprehensif dan melibatkan  semua lapisan masyarakat, dan agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seterusnya mencari kaedah rawatan yang terbaik atau best practices.”, ujarnya lagi. Sementara itu, Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Ts. [...]

USIM tingkat kerjasama Transformasi Pendigitalan bersama TM One

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) jalin kerjasama strategik dengan TM Technology Services Sdn Bhd (TM One) di satu majlis meterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha untuk meningkatkan transformasi pendigitalan serta pemerkasaan agenda ICT di USIM. USIM diwakili oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Sharifudin Md Shaarani, manakala TM One diwakili oleh Puan Shazurawati Abdul Karim Naib Presiden Eksekutif TM One. Melalui kerjasama ini, tiga teras akan dibangunkan iaitu penciptaan ekosistem inovasi, pembangunan bakat serta perkongsian pandangan mengenai pendidikan tinggi serta trend perniagaan. Naib Canselor Prof Dato Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, betapa pentingnya teknologi ICT ketika tempoh pandemik Covid-19 yang lepas, System Development and Engineering Centre (SDEC) USIM berperanan bagi memastikan warga USIM terutamanya di kalangan pelajar tidak tertinggal di dalam dunia penuh gangguan (disruptive). “USIM telah melancarkan ‘Smart University Blueprint’ (Al-Jamiah Al-Mubarakah) dan Pelan Strategik ICT (ISP) RMK-12 pada 28 Mei 2021 yang memfokuskan kepada inisiatif-inisiatif digital selari dengan usaha MyDIGITAL di peringkat Kebangsaan”. Ujarnya lagi, terdapat 5 kluster dengan 13 inisiatif yang telah digerakkan sejak 2018 lagi dan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Inisiatif ini juga bertepatan dengan saranan YB Menteri Pendidikan Tinggi melalui Perutusan Tahun Baharu 2023 agar setiap universiti memperkasakan agenda pendigitalan. “Kita sedar peranan industri seperti Telekom Malaysia Berhad dalam membantu universiti mewujudkan ekosistem digital di universiti sangat penting. Untuk terus maju dalam dunia digital tanpa sempadan ini, USIM perlu menjalinkan kerjasama strategik bersama rakan industri agar teknologi imersif seperti Pengkomputeran Awan (Cloud), Data Raya (Big Data), Internet [...]

Go to Top