Mac 2023
USIM dan Nestle teroka penghasilan makanan berasaskan tumbuhan
PETALING JAYA, 6 Mac 2023 - Delegasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Sharifudin Md Shaarani mengadakan kunjungan balas ke pejabat Nestle Malaysia di Petaling Jaya disambut oleh Dato' Adnan Pawanteh, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle Malaysia baru-baru ini. Turut hadir bersama, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi USIM, Dr. Norlida Basir, Dr. Nur Zazarina Ramly Ketua Program serta empat orang pensyarah Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi. Satu sesi perkongsian khas oleh pihak Nestle berkaitan pengurusan Halal, nutrisi pemakanan dan pengenalan Harvest Gourmet iaitu produk makanan berasaskan tumbuhan yang telah dilancarkan pada tahun 2021. Lebih menarik lagi, delegasi USIM juga diberi peluang untuk merasa nugget dan daging burger berasaskan tumbuhan seperti kacang soya daripada produk Harvest Gourmet. Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, kerjasama USIM bersama pihak industri amat bertepatan dalam memperkasakan keterlihatan (visibility) USIM di bawah payung "USIM Cemerlang, USIM Disayang". Pihak universiti mengalu-alukan kolaborasi dalam usaha untuk menyemarakkan pemindahan ilmu antara kedua belah pihak. Ujarnya lagi, sebelum ini USIM dan Nestle telah bekerjasama melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang dimeterai pada 22 Ogos 2022 dalam memberikan pendidikan Halal ke sekolah-sekolah atau dikenali sebagai Program Halal@School with Nestle. “USIM juga merancang untuk mengadakan Karnival Mega Fatwa dan Halal yang akan diterajui di bawah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH pada bulan Julai 2023 dengan pelbagai pengisian menarik antaranya penawaran kursus Halal Eksekutif dan Mega Halal School dengan kerjasama Nestle”. USIM berharap kerjasama ini akan terus diperkembangkan bukan sahaja [...]
Februari 2023
USIM tawar Menu Rahmah di kampus
NILAI, 28 Februari 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut inisiatif kerajaan bagi mengurangkan kos hidup seharian dengan menawarkan Menu Rahmah yang berharga RM5 di Kafeteria Kolej Kediaman Satu bermula 17 Februari 2023. Naib Canselor Prof Dato Dr Sharifudin Md Shaarani yang turut hadir melakukan tinjauan di lokasi berkata, pihak universiti sentiasa cakna dan mengambil berat tentang keperluan para pelajar khususnya bagi memastikan pembelajaran dan aktiviti mereka tidak terganggu disebabkan masalah kewangan. “USIM menawarkan menu rahmah yang berharga RM5 kepada para pelajar termasuk warganya dengan pilihan dua jenis menu berlauk. Kafeteria akan mempelbagaikan menu tersebut mengikut empat pilihan yang diaturkan oleh pengusaha Kafeteria ini. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pusat Perumahan Pelajar kerana bersama-sama memastikan program ini berjalan lancar”. “Pada masa yag sama, kita masih meneruskan Menu Bajet yang dikenali sebagai Menu Barakah di kafe yang sama yang berharga RM3.50 sejak tahun lepas lagi. Menu Barakah ini dikhaskan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan atau yang ingin melakukan penjimatan boleh mendapatkan menu ini tanpa segan silu kerana menu yang ditawarkan sangat berpatutan dengan menu yang seimbang”, ujarnya lagi. Sementara itu, saudari Ilmi Munirah mahasiswa Tahun Dua Fizik Gunaan turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan universiti kerana membantu meringankan beban pelajar dengan menjalankan program menu rahmah ini di USIM. “Program menu rahmah ini turut mendapat sambutan daripada para pelajar yang tinggal di kediaman luar kampus. Ini sekaligus, dapat menjimatkan perbelanjaan mereka yang tinggal menyewa”, ujarnya. Turut hadir Encik Mohd Salehudin Sukor Pengarah Pusat Perumahan Pelajar untuk melihat sambutan program [...]
Manfaatkan Media Sosial tangani Islamofobia
Bulan lepas jiwa umat Islam digegarkan dengan tindakan seorang ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar kitab suci al-Quran sebanyak dua kali di Stockhlom. Tindakan ini dilakukan kerana Turkiye membantah penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).Bagi umat Islam, Paludan ini bukanlah individu yang ‘asing’ dengan kontroversi. Sejak 2017, dia telah mula mendapat perhatian kerana tindakan anti-Islamnya yang dimuat turun dalam media sosial dengan tujuan meningkatkan sokongan terhadapnya dalam pilihan raya. Tidak hairan, pada 2020 dia berdepan dengan hukuman penjara kerana didapati bersalah atas 14 pertuduhan berkaitan perkauman dan fitnah.Tindakannya kali ini pastinya mengundang lebih banyak kemarahan dan kekecewaan bukan hanya dalam kalangan umat Islam tetapi dari seluruh dunia. Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson sendiri mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini. Di Malaysia, perhimpunan aman dilakukan di Kedutaan Sweden di Malaysia dan nota bantahan dihantar, kempen boikot produk Sweden disaran serta 1 juta naskhah Quran diedar seluruh Malaysia sebagai tindak balas kepada penghinaan ini.Kejadian seperti inilah natijah daripada apa yang kita ketahui sebagai Islamofobia. Menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Islamophobia merujuk kepada ketakutan, perjudis dan kebencian kepada muslim. Hakikatnya, ketakutan terhadap Islam dan Muslim bukanlah perkara baharu sungguhpun menjadi perdebatan dan perbualan di Barat hanya pada tahun 1990-an. Apatah lagi, setelah kejadian 9/11, begitu banyak prejudis dialami oleh golongan minoriti Islam di Barat yang menunjukkan Islamofobia semakin menular. Maka tidak hairan dan dalam masa yang sama diraikan oleh umat Islam sebagai satu bentuk kemenangan, pada 15 Mac tahun lepas, OIC dan United Nations (UN) mengangkat [...]
USIM terima pengiktirafan dari Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM)
KUALA LUMPUR, 27 Februari 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat pengiktirafan Outstanding Industry Collaboration Award (IOIC) daripada Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM) atas kerjasama erat dalam bidang kewangan Islam. Anugerah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersempena 4th IBFIM Certification Conferment Ceremony di Dewan Tun Abdul Razak, Bank Rakyat Convention Centre Kuala Lumpur pada 25 Februari 2023 baru-baru ini. Ia sebagai simbolik kerjasama antara USIM yang diterajui oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan IBFIM, yang telah menandatangani Memorandum Perjanjian dalam bidang kewangan Islam pada tahun 2020 di mana kerjasama ini memfokuskan kepada penawaran program Certified Profesional Shariah Auditor (CPSA). Menurut Prof Dato Dr Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor USIM, program CPSA ini merupakan kajian berkenaan audit shariah yang dilaksanakan oleh sebuah pasukan kajian di bawah Kluster Accounting, Auditing and Governance in Islamic Institutions (AAGII) yang di selia dibawah Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM sejak tahun 2009 lagi. “Melihatkan kepada potensi bidang audit shariah, AAG11 yang diketuai oleh Prof Dato Dr Mustafa Mohd Hanefah telah mengorak langkah dengan memperkenalkan silibus pengajian audit shariah bagi program-program prasiswazah di bawah FEM bermula 2010. Ini disusuli oleh penerbitan buku ilmiah pertama berkenaan audit shariah terbitan USIM yang diberi nama Governance & Shariah Audit in Islamic Financial Institutions pada tahun 2012”. Prof Dato Dr Sharifudin Md Shaarani menambah lagi, atas kerjasama yang terjalin ini, pihak USIM berbesar hati menganugerahkan Anugerah Khas Rakan Industri bersempena Majlis Konvokesyen Ke-20 USIM pada Disember 2022 kepada IBFIM. Beliau berharap agar kolaborasi kedua [...]
Mahasiswa USIM latih kanak-kanak sukan futsal
NILAI, 22 Februari 2023 - Dalam usaha untuk mendekati komuniti sekitar, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Program Klinik Futsal untuk memberi pendedahan mengenai sukan futsal kepada kanak-kanak bawah 12 tahun yang terdiri daripada anak-anak penduduk di sekitar perumahan Taman Desa Anggerik, Desa Jati, Desa Kasia dan Desa Acacia Nilai serta Bandar Sri Putra Bangi. Seramai 33 peserta telah menyertai program Klinik Awalan Futsal ini yang berlangsung di Pusat Sukan Tunku Najihah USIM baru-baru ini. Menurut Saudara Mohammad Izzuddin Loh, mahasiswa tahun dua program Sarjana Muda Bahasa Arab dengan komunikasi merangkap pengarah program berkata, ini merupakan projek akhir kokurikulum semester di mana mahasiswa memilih untuk mendekati kanak-kanak sekitar kampus. “Antara objektif utama program ini adalah untuk mengubah mentaliti peserta agar mereka tahu membezakan antara sukan Bola sepak dan Futsal. Ternyata modul-modul yang telah disusun dan diterapkan oleh juru latih iaitu Encik Azrien Jamian seperti 'Ball Mastery' dan pendekatan '5 Teknik Asas Futsal' sedikit sebanyak membuka minda anak-anak ini, seterusnya mngimplementasikan ilmu yang telah dipelajari untuk di bawa ke peringkat sekolah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti. “Klinik Awalan Futsal yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan daripada apa yang kami sasarkan. Alhamdulillah program ini berjalan lancar walaupun pada mulanya cuaca agak sedikit hujan, namun kanak-kanak ini terus bersemangat dan akhirnya klinik ini dilaksanakan dengan jayanya. Kami mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir dan menyokong program ini ”, ujarnya lagi. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat [...]
Tamhidi USIM ‘Sapu’ 19 Pingat dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Asasi
NILAI, 18 Februari 2023 - Mempertaruhkan 19 inovasi dalam Pertandingan Inovasi Inter Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2023 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini, Pusat Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang tiga pingat emas, sembilan pingat perak dan tujuh pingat gangsa dalam pertandingan tersebut. Pusat Tamhidi USIM menghantar sembilan penyertaan inovasi yang dihasilkan para pelajarnya melalui bimbingan pensyarah dan guru sebagai mentor dalam dua kategori iaitu Sains dan Teknologi dan Sains Sosial. Manakala baki 10 penyertaan merupakan inovasi daripada kakitangan akademik dan pentadbiran. Pingat emas yang dirangkul Pusat Tamhidi masing-masing disumbangkan melalui inovasi dalam kategori Pelajar, Ahli Akademik dan Pentadiran melalui produk Smart Aromatic Nebulizer (SANe); Physics for Prosumers : The Case of Matrix Optics for Optical Systems dan Tamhidi Timetable System (TTeasy). Selain membawa pulang pingat, inovasi TTeasy juga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Pembentangan Terbaik Keseluruhan (Maya). Dekan Pusat Tamhidi, Profesor Madya ChM Dr. Juliana Jumal melahirkan rasa bangga atas kesungguhan dan komitmen yang tinggi oleh pensyarah, guru, staf pentadbiran dan pelajar Tamhidi untuk persiapan ke PIITRAM kali ini. “PIITRAM merupakan pertandingan tahunan di bawah Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam di mana ia melibatkan penyertaan daripada semua pusat asasi universiti awam dan matrikulasi di Malaysia”. “Kita dimaklumkan seramai 1959 peserta menyertai PIITRAM kali ini dengan 200 penyertaan secara fizikal dan 154 secara maya. Selepas dua tahun dilangsungkan secara maya kerana pandemik COVID-19, pada tahun ini dilaksanakan secara hibrid (bersemuka dan dalam talian) dengan Pusat Asasi Sains Pertanian UPM menjadi tuan rumah. Dengan jumlah [...]
Menginsankan Pendidikan: Keutamaan Kepada Kebajikan Guru
Setelah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia pada 9 Disember 2022, tidak sampai 100 hari pertama YB Puan Fadhlina Sidek dan pengurusan Kementerian telah berjaya meredakan sedikit kegusaran warga pendidikan dengan mengumumkan tujuh langkah ke arah kesejahteraan guru dalam satu kenyataan media yang diumumkan pada 17 Februari 2023. Bermula sesi persekolahan 2023/2024, para pendidik boleh menarik nafas lega apabila tuas yang tidak memberi impak secara langsung terhadap murid seperti mengisi data kehadiran sebelum jam 10.00 pagi atau menyediakan perhiasan untuk sambutan tertentu telah ditangani secara berhemah. Ternyata seorang pengamal undang-undang telah mengambil langkah yang tepat untuk mendengar input daripada warga pendidik serta membincangkan dan memperhaluskan suara hati guru bersama pengurusan Kementerian. Mengotakan janji untuk melaksanakan tujuh teras Kementerian melalui motto - murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera, ternyata Kementerian Pendidikan lebih bersedia untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan sejahtera yang dapat memberi sumbangan untuk negara. Jika diteliti ketujuh-tujuh langkah yang diumumkan dalam Teras 5 yang memfokuskan kepada kebajikan guru, boleh dikatakan bahawa kesemuanya, jika dapat dilaksanakan dengan berkesan, akan memberi lebih masa untuk guru memberikan tumpuan kepada perkara asas, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Anjakan 4: Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Kementerian akan “memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013”. Kenyataan ini tidak bermakna yang Kementerian mengambil masa 10 tahun untuk merealisasikan Anjakan 4 dilaksanakan. Contoh yang jelas boleh dilihat untuk Langkah [...]
Pelajar Asnaf Tamhidi Terima ‘Duit Poket’ dari Yayasan Prihatin Nasional
NILAI, 16 Februari 2023 - Seramai 19 orang pelajar Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari kategori asnaf menerima bantuan tunai dana kewangan melalui Program Bantuan Awal Pendidikan ke Menara Gading di bawah inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN). Penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Encik Muhd Fareez Abu, Pengarah Pendidikan Yayasan Prihatin Nasional dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Lounge Canselori USIM. Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan. Yayasan ini juga turut menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa dalam melaksanakan program-program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelusuk tanahair. Turut hadir meraikan para penerima dalam majlis tersebut ialah Prof Madya Dr Mahazan Abdul Mutalib, Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Komunikasi Korporat); Prof Madya Dr Juliana Jumal, Dekan Pusat Tamhidi serta kakitangan Pusat Tamhidi dan PRIHATIN. Encik Muhd Fareez Abu, Pengarah Pendidikan Yayasan Prihatin Nasional dalam ucapannya berkata, tekanan kos sara hidup yang dihadapi pada ketika ini sudah pastinya turut dirasai oleh para pelajar kerana kehidupan di kampus turut menuntut kepada keperluan kewangan yang besar. Justeru, bantuan kewangan dari PRIHATIN sememangnya mensasarkan kepada pelajar yang datangnya dari keluarga yang kurang berkemampuan. Jelasnya lagi, jalinan hubungan yang telah dirintis antara USIM dan Yayasan Prihatin Nasional khususnya dalam program promosi pendidikan sebelum ini boleh dikembangkan lagi. "Tidak hanya berbentuk promosi dan bantuan bantuan kewangan, [...]
Alumni USIM Sertai SAR Gempa Bumi Turkiye
TURKIYE, 17 Februari 2023 - Muhammad Syukri Mohamad Misenan, alumni Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang kini sedang melanjutkan pelajaran Doktor Falsafah (PhD) di Turkiye telah telibat secara langsung dalam misi Search and Rescue (SAR) mangsa gempa bumi di sana baru-baru ini. Beliau yang telah menetap di Istanbul selama 3 tahun 6 bulan bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Kimia di Yıldız Teknik Üniversitesi terkejut apabila mendapat panggilan dari Kedutaan Besar Malaysia di Turkiye untuk menjadi penterjemah bahasa di antara doktor dan warga tempatan di Hospital Medan Malaysia (HMM) yang dibangunkan oleh Angkatan Tentera Malaysia di Çelikhan. Menurut Syukri, perjalanan ke sana amat mencabar disebabkan jalan yang masih ditutup akibat salji tebal dan licin. Beliau terpaksa menaiki helikopter bersama Angkatan Tentera Udara Turkiye dari Lapangan Terbang Adıyaman untuk sampai ke Çelikhan. “Setibanya di sana, suhu di kawasan HMM sangat ekstrem iaitu sekitar -4 darjah celcius pada waktu tengah hari kerana ia dikelilingi gunung bersalji. Bekerja bersama dengan angkatan tentera Malaysia dalam cuaca yang ekstrem merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya.”, ujarnya lagi. Pengalaman ini bukanlah pertama kali bagi Syukri, kerana sejak di USIM lagi beliau tidak asing dengan misi kemanusiaan apabila terlibat dalam tiga misi Global International Student Outreach (GISO) USIM antaranya GISO ke Vietnam bersama Kor Suksis USIM pada tahun 2012, GISO ke Kemboja bersama Fakult Sains dan Teknologi (FST) pada tahun 2014 dan GISO ke Lubnan bersama Alumni FST USIM) pada tahun 2017. Disediakan oleh: Amirul Afif Misran Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras [...]
Program Pendigitalan Kampus Rancakkan Penggunaan Aplikasi Tanpa Tunai
Nilai, 15 Februari 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini merasmikan penutupan program Pendigitalan Kampus Siri 1 (Kampus Tanpa Tunai) yang bermula sejak 1 Oktober 2022 sehingga 31 Disember 2022 yang dilaksanakan secara kerjasama dengan Payments Network Sdn. Bhd., sebuah Institusi Pembayaran Nasional yang mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia disamping perkhidmatan e-pembayaran seperti MyDebit, DuitNow QR, FPX, JomPay, Direct Debit dan pelbagai platform e-pembayaran lain. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, ”Program kampus tanpa tunai ini merupakan galakan kepada pemegang taruh yang terlibat dengan universiti untuk mendaftar penerimaan Tanpa Tunai di bank masing-masing dan merupakan salah satu inisiatif utama dalam Rangka Tindakan Universiti Pintar (Smart University Blueprint) USIM untuk tempoh 2018 sehingga 2025. Selaras dengan pelaksanaan blueprint tersebut, 5 kluster utama telah diwujudkan bagi merancakkan smart activity dalam kampus dan inisiatif kampus tanpa tunai ini merupakan projek dibawah kluster smart infrastructure yang mensasarkan penggunaan tanpa tunai secara keseluruhan dalam universiti”. ”Melalui inisiatif ini juga, satu jawatankuasa telah diwujudkan bagi menyelaras, memantau serta memperkasakan kemudahan dan kesedaran tanpa tunai di kampus dan beberapa projek awal juga telah berjalan antaranya e-wallet, e-perolehan dan JomInfaq USIM”, ujarnya. Sebagai mekanisme pelaksanaan program tanpa tunai yang diadakan bersama Paynet ini, USIM sebagai peserta program perlu mewujudkan sekurang-kurangnya satu kaedah penerimaan tanpa tunai dan membuat dasar bagi mewajibkan kesemua peniaga/vendor untuk mempunyai “cashless point” di premis perniagaan dan memantau aktiviti transaksi bagi memastikan penggunaan “cashless” digunakan secara meluas. Data transaksi e-pembayaran di seluruh kampus [...]









