Februari 2023
Pendebat USIM Cemerlang di Oman
OMAN, 3 Februari 2023 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengekalkan reputasinya sebagai pasukan pendebat Bahasa Arab terbaik apabila diumumkan sebagai johan lewat petang semalam dalam Kejohanan Debat Arab Asia ke-2 (2nd Asian Arabic Debating Championship) bagi kategori Bukan Penutur Asli yang berlangsung di Oman Convention and Exhibitions Center (OCEC), Muscat yang bermula sejak 29 Januari lalu. Lebih manis lagi Muhammad Afiq Arsyad Awang @ Tarmizi dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dinobatkan sebagai Top 2 Pendebat Terbaik Keseluruhan manakala Maisarah Ahmad Azmi dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dinobatkan Top 5 Pendebat Terbaik Keseluruhan. USIM turut diwakili oleh dua orang lagi pendebat hebat iaitu Haafizah Mohd Rosli dan Nur Rasyiqah Unigkutti, kedua-duanya juga merupakan mahasiswa dari FSU. Menurut Encik Ahmad Norsyafwan Norawavi, Guru Bahasa di Pusat Pengajian Teras Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga jurulatih pasukan debat Bahasa Arab tersebut berkata, "Persiapan kali ini seperti biasa, dengan jadual yang disusun dan pertandingan persahabatan dengan universiti negara arab dan ASEAN secara dalam talian serta kehadiran alumni-alumni pendebat USIM yang turun sama membantu meningkatkan lagi motivasi pendebat-pendebat muda ini untuk bertanding dengan penuh keyakinan," "Saya menghargai sokongan pengurusan Universiti terutamanya Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohd Yusoff, Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dan pendebat yang sanggup memberi komitmen terhadap latihan yang dijalankan walaupun mereka dalam persediaan peperiksaan akhir, semoga kemenangan ini memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk memilih pengucapan awam Bahasa Arab sebagai medium mengasah bakat mereka. Semoga aktiviti debat Bahasa Arab terus disokong [...]
Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi ke USIM
NILAI, 1 Februari 2023 – Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Februari 2023. Delegasi Yang Berhormat Menteri telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi Universiti yang diketuai oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani. Mengiringi Yang Berhormat Menteri adalah Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi; Yang Berbahagia Dato Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Yang Berusaha Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa). Lawatan kerja ini dimulakan dengan lawatan ke reruai pameran di lobi canselori. Sebanyak 21 reruai dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) telah mempamerkan pencapaian dan projek inovasi universiti antaranya Perkhidmatan Klinik Pakar Mata Bergerak (Klip Mobile), Quality CPR for Training (Q-Cat), Klinik Guaman, Learning Space, Salah Chair Using Electronic Sensor dan Global Islamic Games/Halal. Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani telah membentangkan Fokus dan Pencapaian Universiti (Journey and Milestone), Cabaran Utama Universiti, Bidang Tujahan (Niche Area), Sumbangan Kepada Komuniti, Masyarakat dan Negara, serta Inisiatif Berimpak dan Keberhasilan Tinggi. Aspirasi USIM Cemerlang, USIM Disayang yang digagaskan oleh Naib Canselor diterjemahkan dengan maksud kecemerlangan itu bukan sahaja secara individu, bahkan secara holistik di mana warga USIM perlu bergerak sederap dan senada untuk mengangkat dan memartabatkan institusi ilmu Naqli Aqli ini sebagai sebuah universiti yang terbaik dan cemerlang di Malaysia. Empat teras utama ‘USIM Cemerlang, USIM Disayang’ adalah: Visibility@USIM Financial Sustainability@USIM Care@USIM Community@USIM USIM beriltizam dan memegang tekad [...]
Hari Menyantuni OKU 2023, Ajak Mahasiswa Cakna Keperluan Komuniti OKU
NILAI, 25 Januari 2023 - Seramai 380 peserta yang terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor telah menghadiri Program Hari Menyantuni OKU 2023 anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 25 Januari 2023. Program yang signifikan kepada mahasiswa program Pengajian Quran dengan Multimedia dan Pengajian Quran dan Sunnah ini dijalankan dengan beberapa aktiviti dan checkpoint antaranya pameran braille, Spin Sign Win, dan Tahfiz Akhyar. Turut diadakan forum bertajuk Simposium Khidmat Quran & Sunnah Bagi OKU (SIQAH 2023) “Heart to Heart Even Without Sight, There Is Still Vision”. Menurut Afiq Aizuddin, pelajar tahun 4 selaku pengarah program, objektif penganjuran program ini adalah bagi membuka hati dan minda serta mengubah persepsi masyarakat awam terhadap komuniti OKU disamping memberikan kesedaran dalam kalangan mahasiswa untuk lebih cakna terhadap OKU dan cara pembelajaran mereka. “Jelasnya lagi, program ini mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran mahasiswa dari pelbagai fakulti di USIM dan turut dimeriahkan oleh pelajar-pelajar sekolah pendidikan khas di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor”. “Program seperti ini diharapkan dapat melahirkan mahasiswa hoslistik bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik, bahkan mampu menyumbang kepada masyarakat di luar sana terutamanya golongan OKU”, ujarnya. Saudara Aqil Irfan iaitu mantan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Sesi Akademik 2021/2022 berkata, program ini amat baik dan harus dijadikan sebagai acara tahunan di fakulti kerana banyak memberi manfaat kepada mereka terutamanya dalam mengenali golongan OKU. Tahniah kepada semua barisan ahli jawatankuasa yang [...]
Januari 2023
Sijil Kemahiran Sulh – Mediasi gabung kepakaran, pengalaman akademia dan Institusi Keadilan Syariah
SEPANG, 31 Januari 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) semalam meraikan seramai 99 orang peserta Sijil Kemahiran Sulh-Mediasi dalam satu majlis penyampaian sijil tersebut bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA. Majlis Penyampaian Sijil dan Pelancaran Skuad Sulh ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Menurut Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dalam ucapan perasmiannya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi agama komited ke arah perpaduan agama dan keharmonian Malaysia dalam membawa agenda perpaduan negara dengan mengetengahkan anjuran agama Islam mengenai keamanan, hidup bersama dan toleransi dalam masyarakat, serta advokasi nilai sejagat yang merentas perbezaan dan kepelbagaian dalam masyarakat majmuk di Malaysia. “Saya berpandangan bahawa kemahiran Sulh ini juga boleh dikembangkan lagi kepada pemerkasaan keupayaan masjid-masjid, masyarakat kampung dan institusi keluarga Islam dengan menggalakkan ‘satu keluarga satu mediator’. Selain itu, ia boleh dihebahkan sebagai literasi penyelesaian konflik kepada mereka yang lebih muda di sekolah-sekolah dan belia. Saya percaya pelaksanaan pensijilan sulh-mediasi dan Skuad Sulh akan membuka ruang kepada lebih banyak usaha inovatif dan kolaborasi yang luas”. Menurutnya lagi, dengan pelancaran Skuad Sulh ini, kolabrasi bersama institut pengajian tinggi awam(IPTA) dalam mempertingkatkan keupayaan rakyat dengan ilmu dan kemahiran menyelesaikan konflik agar perpaduan dikekalkan akan dilaksanakan. Penglibatan USIM menyambut inisiatif ini, dengan kepakaran dan tenaganya , adalah satu penglibatan yang terpuji yang mendekatkan universiti dengan masyarakat dan industri. Usaha ini [...]
Menteri Dalam Negeri lancar buku “Cyber Crime In Malaysia, kerjasama USIM dan IPSOM
PUTRAJAYA, 27 Januari 2023 - Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Menteri Dalam Negeri melancarkan buku “Cyber Crime In Malaysia: The Pervasive Impact Of The Internet” pada Majlis Amanat Tahun Baru 2023 bertempat di Dewan Auditorium Kompleks D, Putrajaya hari ini. Buku ini merupakan kerjasama antara Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) bersama beberapa pensyarah daripada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Dr Safiyya Ahmad Sabri, pensyarah FKP yang juga penyunting buku berkata, edisi Bahasa melayu telah pun dilancarkan pada Februari 2022. Buku ini merupakan hasil penulisan daripada beberapa penulis dari bidang Jaminan Keselamatan Maklumat, Undang-undang, Komunikasi, dan Ekonomi yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan keselamatan siber. “Cyber Crime In Malaysia: The Pervasive Impact Of The Internet” menceritakan isu terkini pendedahan tentang jenayah siber serta kesedaran mengenai bahaya siber kepada masyarakat.” Ujarnya lagi, antara isu lain yg dibincangkan adalah tentang bahaya penyebaran berita palsu khususnya semasa pandemik covid-19. Selain itu buku ini berkongsi tips bagaimana untuk tidak terjebak dengan gejala scammers." Sementara itu, Dr sofia Hayati Yusuff, seorang lagi penyunting berkata buku ini berkata, buku ini memberikan sumbangan yang sangat besar kepada negara kerana gejala jenayah siber sangat berleluasa dan perlu ditangani segera. “Justeru, bertepatan dengan konsep Madani yang diangkat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu ihsan dan hormat, buku ini sangat relevan dengan konsep tersebut. Buku ini menekankan bahawa semua organisasi perlu hormat akan data peribadi pengguna serta tidak boleh dijual dan dikongsikan sesuka hati. Selain itu buku ini secara asasnya menekankan akan kepentingan berbuat [...]
USIM kongsi kepakaran, tingkat kolaborasi bersama penggiat seni
PUTRAJAYA, 17 Januari 2023 - Dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim dan kerjasama strategik bersama Karyawan Seni, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan satu sesi ramah mesra antara Karyawan Seni USIM bersama Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan penggiat seni tanah air bertempat di Kelab Tasik Putrajaya baru-baru. Pertemuan ringkas penuh bermakna diadakan untuk mendapat pandangan kreatif dan kerjasama dalam program pembangunan seni berbudaya di USIM. Dihadiri oleh Dato’ Nasharudin Elias (Nash), Syed Indera Syed Omar (Siso Kopratasa), Fauzi Marzuki, Muhamad Razin Che Mud dan juga Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzaman. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Adnan Mohamed Yusoff dan Pengarah Pusat Kebudayaan Encik Ismail Ahmed. Prof. Dato’ Ts. Dr.Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, universiti sentiasa menyokong usaha Pusat Kebudayaan dalam mengetengahkan seni berbudaya yang mencakupi elemen integrasi keseimbangan sebagai insan, penerapan nilai-nilai murni dalam berkarya, menepati keperluan patuh syariah yang akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat. Kolaborasi warga universiti bersama penglibatan pihak industri seni wajar dan signifikan sebagai penghubung dalam memperkukuhkan jaringan bersama komuniti dan masyarakat luar. “Sebagai universiti yang berintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli, USIM menghargai bakat penggiat seni tanah air dengan menjadikan mereka ini sebagai rujukan dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Pelbagai program yang berbentuk pemindahan ilmu (knowledge transfer) akan direncanakan agar semua mahasiswa mahupun staf mendapat pengalaman dan perkongsian kepakaran yang mungkin sukar diperolehi di tempat lain”, ujarnya. Beliau menambah lagi, ini selaras dengan falsafah Pusat Kebudayaan USIM itu sendiri iaitu menjulang mesej Islam [...]
MAWAHIB USIM 2022 cungkil bakat mahasiswa, kuasai kemahiran berbahasa
NILAI, 15 Januari 2023 - Fakulti Pengajian Bahasa Utama rangkul Johan pada pertandingan MAWAHIB Piala Naib Canselor 2022 atau dikenali sebagai USIM’s Got Talent bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4. Manakala Naib Johan dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM). Tempat keempat pula disandang oleh Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Pemenang membawa pulang wang tunai dan sijil penyertaan. Menurut Muhammad Al-Fateh Bin Mohd Hatta Pengerusi Nadi Thaqafah berkata, sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan daripada 50 peserta dari pelbagai fakulti. “Program dibawah anjuran Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama ini adalah bertujuan untuk memperkasakan bahasa Arab dan bahasa Inggeris melalui bakat dan kreativiti pelajar disamping untuk mencungkil bakat seni dalam membina keyakinan dan personaliti yang menarik melalui bakat yang mampu memberi inspirasi dan memberi impak positif kepada masyarakat umum. Selain itu, melalui penganjuran program ini, ia dilihat mampu memberi peluang persaingan sihat dalam kalangan mahasiswa untuk mempamerkan bakat seni mereka melalui kemahiran komunikasi dengan menggunakan bahasa Arab dan bahasa Inggeris”. Ujarnya lagi, MAWAHIB kali ini diberi nafas baru iaitu penyertaan terbuka kepada semua fakulti di USIM untuk pencarian bakat-bakat muda yang berkebolehan dan berpotensi untuk mewakili universiti ke peringkat antarabangsa kelak. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Ts. Sharifudin Md Shaarani. Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff dan Dekan FPBU Prof. Madya Dr. Zainur Rijal Abdul Razak. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi [...]
USIM agih Kad Prihatin Siswa kepada 12,867 pelajar!
NILAI, 13 Januarti 2023 - Dianggarkan seramai 12,867 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menerima manfaat Kad Prihatin Siswa yang diagihkan bermula 10 sehingga 17 Januari 2023 ini mengikut fakulti-fakulti yang ditetapkan. Agihan dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa yang sedang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor turut dihadiri oleh Dato’ Adissadikin Ali Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic dan Encik Hirman Awang@Semail Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Kementerian Pendidikan Tinggi yang melihat proses pengagihan ini dilakukan. Naib Canselor USIM, Prof Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM menyokong langkah yang diambil oleh KPT ini bagi tujuan penyelarasan saluran pinjaman kewangan mahupun bantuan yang akan disalurkan secara berpusat menggunakan Kad Prihatin Siswa dengan kerjasama RHB. “Saya melihat Kad Debit-i MySiswa RHB ini menggalakkan mahasiswa menggunakan teknologi tanpa tunai (cashless) di dalam kampus, sekaligus merupakan kad matrik pelajar di mana ia akan dibawa dan digunapakai dalam satu kad sahaja”. Sementara itu, menurut Dato’ Adissadikin Ali Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic yang turun padang melihat operasi agihan ini berkata, kerjasama KPT-RHB dilihat akan memberi manfaat kepada semua pemegang kad dengan menawarkan pelbagai promosi dari semasa ke semasa. Jelas beliau lagi, pihak RHB akan bekerjasama dengan vendor seperti e-wallet boost dan beberapa syarikat lain untuk tujuan ini. Kad Prihatin Siswa (KPS) ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama universiti awam (UA) seluruh negara dengan kerjasama bank RHB yang bertujuan penyelarasan pinjaman mahupun bantuan kewangan serta mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada pengurusan universiti, Perbadanan Tabung [...]
USIM-CAKNE jalin bekerjasama dalam bidang kesihatan mental dan halatuju bekas pesakit kanser kanak-kanak
NILAI, 12 Januari 2023- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (CAKNE) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bertempat di Galeri Canselori USIM hari ini. Tujuan utama memorandum ini adalah bagi bekerjasama untuk menganjurkan acara besar kayuhan amal, CAKNE Gold Ribbon Ride 2023: Jelajah Semenanjung (CGRR23) yang merupakan program ‘signature’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu berkaitan kanser disamping mensasarkan kutipan dana bagi membiayai pelbagai perkhidmatan untuk membantu pesakit kanser kanak kanak dan keluarga. Selain itu, apa yang penting adalah, kerjasama ini turut berfokus kepada kajian dan penerbitan dalam bidang kesihatan mental serta mengenalpasti halatuju bekas pesakit khususnya yang menjadi OKU akibat kanser. Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, USIM dan CAKNE akan mengorak langkah untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain dalam bidang-bidang yang memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak termasuklah dengan meneruskan program Larian Amal, pembangunan komunikasi strategik dan media baharu serta pembangunan portal pembiayaan kos rawatan kanser kanak-kanak. Sementara itu, Tn. Hj. Mohd Shah Awaluddin, Pengarah Eksekutif CAKNE berkata, meskipun rawatan-rawatan berkaitan kanser kanak-kanak telah dilaksanakan di hospital dalam negara untuk tempoh yang agak lama, namun begitu, data-data serta dapatan berkaitan kes yang ada agak sukar dikumpulkan dan dengan adanya kerjasama kajian dan penerbitan ilmiah antara USIM dan CAKNE dapat membantu CAKNE dalam mengenalpasti perancangan dan halatuju pesakit kanser. Beliau turut menambah, kos yang ditanggung oleh keluarga pesakit juga agak tinggi. Oleh kerana itu, dengan adanya portal pembiayaan rawatan yang bakal dibangunkan [...]
USIM anjur Karnival Kerjaya buat Penghuni Penjara
KAJANG, 11 Januari 2023 – Dalam usaha meningkatkan motivasi tentang peluang pekerjaan kepada penghuni-penghuni penjara, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia menganjurkan Karnival Kerjaya yang disertai oleh 50 orang penghuni yang sedang menjalani Rawatan Pemulihan Dadah di Penjara Kajang semalam. Program yang diterajui oleh Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM ini merupakan salah satu latihan lapangan bagi peserta kursus Certified Abuse Treatment Practitioner (CSATP) Kohort Pertama yang disertai oleh 30 Pegawai-Pegawai Penjara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Prof. Madya Dr. Amin Al Haadi Shafie yang juga Pensyarah FKP selaku Ketua Projek CSATP berkata, kursus ini telah dijalankan selama tiga bulan bermula Oktober 2022 sehingga Januari 2023 bagi memberi pendedahan berkaitan kaunseling kerjaya kepada pegawai-pegawai penjara untuk membantu penghuni-penghuni penjara agar mempersiapkan diri dengan persediaan mental dan fizikal dalam dunia pekerjaan selepas dibebaskan kelak. “Kami sasarkan seramai 100 orang peserta yang akan megikuti kursus ini. Kohort kedua akan bermula pada Mac dan April 2023 sehinggalah penyertaan kohort berikutnya. Tenaga pengajar kursus ini terdiri daripada para penyelidik ACREDA, pensyarah daripada program komunikasi, akidah dan dakwah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan”. Pelbagai pengisian dijalankan sepanjang karnival ini antaranya Bengkel Penulisan Resume, Bengkel Instrumen Kerjaya dan Bengkel Pengurusan Diri. Beberapa syarikat dan agensi yang hadir adalah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Auto Global Part Sdn Bhd, Second Life Human Resource dan Juwara Resources & Trading Sdn Bhd. Sementara itu, Dato’ Haji Nordin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral [...]









