Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Ogos 2023

USIM Tandatangani MoU dengan Pengeluar Komponen Elektrik Multinasional

NILAI, 4 Ogos 2023– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat multinasional yang berpengalaman 34 tahun dalam pembuatan komponen elektrik dan maklumat hibur (infotainment) automatif. USIM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani manakala ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan, Yuko Inoue. Menyedari pentingnya kolaborasi industri dan akademia dan simbiosisnya, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM dan ALPS menekankan kepentingan untuk bekerjasama kearah melahirkan masyarakat serta pemimpin masa hadapan melalui perancangan dan pelaksanaan pelbagai program bersama. Dipilih sebagai universiti awam pertama di Malaysia untuk bekerjasama dengan Syarikat besar seperti ALPS, sebagai permulaan kedua-dua organisasi ini bersetuju untuk menyediakan saluran pembelajaran dan latihan berstruktur kepada pelajar yang terpilih mengikuti latihan industri di Syarikat tersebut sebagai pendedahan industri untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pekerjaan. Turut hadir ke majlis ini adalah Ho Kok Chung dan Horishi Kodaira, Pengarah Eksekutif ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd, Mohammad ‘Azman Mansor Pengurus Besar ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) USIM Prof. Madya Ir. Dr. Khairi Abdul Rahim serta staf pengurusan ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd dan USIM.   Disediakan oleh: Nor Fadzlina Azahari Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

Julai 2023

Felo CEO@Faculty USIM Jayakan Program Wake Up Tioman!

PAHANG, 22 Julai 2023 - Program CEO@Faculty (CFP) adalah merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama serta meningkatkan kolaborasi antara industri dan akademia melalui perkongsian ilmu dan kepakaran yang boleh dimanfaatkan secara bersama. Melalui penglibatan tiga orang staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terpilih sebagai felo program CFP ini, iaitu Pn. Sharifah Nur Hafizah Tuan Sembak dari Jabatan Bendahari yang ditempatkan di Tabung Haji, Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang ditempatkan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Dr. Mohd Hairulhisyam Ngatiman, Pensyarah FPSK (Tabung Haji), telah terlibat dalam menjayakan satu projek yang dinamakan ‘Wake Up Tioman!’ iaitu sebuah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berkumpulan. Projek CSR berkumpulan ini merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi program CFP yang diadakan di Kg Tekek, Pulau Tioman pada 20 – 22 Julai 2023. Program Wake Up Tioman! bertujuan menyumbang kepakaran dan teknologi yang terdapat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk dimanfaatkan bersama masyarakat bagi menangani kesan perubahan iklim di Pulau Tioman melalui inovasi sosial.   Di bawah program ini, terdapat tiga projek yang dijalankan iaitu pembinaan tapak terumbu karang daripada botol kaca terbuang (Coral Restoration), pendidikan Sustainable Development Goals (SDG) kepada pelajar sekolah (Climate Change Warrior) dan pemindahan teknologi pembuatan baja kompos daripada sisa makanan (Waste Management). Ketiga-tiga projek ini memberi fokus kepada penerapan beberapa elemen inovasi sosial dengan minda keusahawanan iaitu meningkatkan daya saing penduduk tempatan dengan mewujudkan ekosistem terumbu karang yang [...]

1,111 pelajar baharu program Tamhidi mendaftar di USIM

NILAI, 25 Julai 2023- Seramai 1,111 orang pelajar baharu program Tamhidi Sesi Akademik 2023/2024 mendaftar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mulai hari ini 25 Julai 2023. Pelajar baharu Program Tamhidi ini telah mendaftar secara dalam talian bermula        23 hingga 24 Julai 2023. Sebanyak empat program yang ditawarkan iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi dan Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Taaruf berkata, pelajar-pelajar ini akan menjalani Program Taaruf secara hibrid melalui platform Global Open Access Learning System (GOALS) mulai 25 hingga 29 Julai 2023. Program Taaruf secara fizikal pula akan bermula pada 27 hingga 28 Julai 2023. Pelajar juga diberikan kebebasan untuk menyusun waktu dalam memastikan semua modul dapat diselesaikan pada waktunya. Beliau turut berkata pelajar-pelajar ini telah membuat pilihan yang tepat apabila menjadikan USIM sebagai destinasi untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. USIM amat komited untuk melahirkan ilmuan Islam yang holistik dan seimbang dari segi rohani dan jasmani dengan menekankan perspektif pendidikan yang menyeluruh ke arah pengaturan ilmu Naqli dan Aqli selaras dengan falsafah, misi dan visi USIM. “Hal ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkasakan mahasiswa bagi melahirkan mahasiswa yang mampu berdikari dan mendokong pembangunan Malaysia Madani. Hasrat ini juga bertepatan dengan hasrat USIM dalam memastikan graduan yang dilahirkan adalah graduan berpesonaliti unggul yang merangkumi profesionalisme, proaktif, berdaya saing dan mempunyai adab seorang [...]

USIM, UniSZA sign MoU to collaborate in the field of Islamic Studies

NILAI, July 20th, 2023 - In an effort towards realizing the Mission of the Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2025, which aims to become a Global Reference University based on the integration of Naqli and Aqli Knowledge, USIM is now striving to mobilize and activate cooperation with various parties inside and outside the country. The focus is particularly on training, research, and expertise sharing. A Memorandum of Understanding Signing Ceremony between USIM and Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) was held at the USIM Chancellery Gallery to formalize the cooperation between these two higher education institutions. USIM was represented by Vice Chancellor Professor. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani and Deputy Vice Chancellor (Academic and International) Professor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, while UniSZA was represented by its Vice Chancellor, Professor Dato' Dr. Fadzli Adam, and Professor Dr. Zuhairah Abdul Ghaddas, Deputy Vice Chancellor (Academic and International) of UniSZA. Professor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, in his speech, said that the cooperation between USIM and UniSZA through a Memorandum of Understanding has been established since 2017. "Thus, with the signing of this Memorandum of Understanding, it is hoped that both Universities will take steps to contribute and support each other in areas of beneficial cooperation, especially in research and community service, joint organization of international seminars/conferences, joint ventures in academic expertise and the development of Islamic Studies as well as scientific activities," he added.   Prepared by: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia [...]

Pelajar Cemerlang Orang Asli terima tawaran ke Program Tamhidi USIM

NILAI, 18 Julai 2023 - Pelajar Cemerlang Orang Asli, Nurul Atiqah Ithnani Idrus, 18, mencipta sejarah menjadi pelajar pertama orang asli yang ditawarkan kemasukan ke Program Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Sesi Akademik 2022/2023. Lebih membanggakan anak kedua dari tiga beradik ini telah memilih Program Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains bagi tempoh setahun pengajian, yang seterusnya akan ditempatkan Program Sarjana Muda di USIM. Nurul Atiqah dari suku kaum Semai ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Pahang yang memperoleh keputusan SPM 10A. Beliau juga merupakan pelajar terbaik SPM Orang Asli Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2022. “Saya berasa sangat bergembira kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat asasi, dan berharap agar cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi akan tercapai”. Ujar Atiqah, untuk mencapai sesuatu kejayaan kita tidak boleh berada dalam tekanan. Persediaan awal adalah sangat penting, dan akan memastikan setiap hari mengulangkaji subjek seperti membaca, dan sering bertanya dengan orang yang lebih mahir untuk menguasai subjek yang lemah. Dalam pada itu, Ibu beliau Norhayati Abu Zaki, seorang suri rumah tangga turut menzahirkan rasa kesyukuran dan berbangga dengan kejayaan atiqah. Berkongsi tips, selain mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya, Norhayati sering berpesan supaya menghormati orang tua, belajar bersungguh-sungguh, dan memegang kata-kata bahawa hendak berjaya itu bukanlah senang, sesuatu kejayaan itu kena bermula dari bawah, dan sesuatu yang kita tidak tahu mestilah belajar. “Saya berharap agar mereka lebih berjaya dan dapat membantu orang yang lebih susah kerana kita pernah susah”, ujarnya lagi. Nurul Atikah juga turut layak menerima bantuan [...]

Sejahterakan Diri dengan Terapi Alam

Sejahtera dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-14 didefinisikan sebagai suatu keadaan yang aman dan makmur, senang dan tenteram, serta terpelihara. Kini, kesejahteraan menjadi perkara penting untuk dicapai dalam kehidupan. Namun, kehidupan seharian yang semakin sibuk dan penuh dengan tekanan menjadi cabaran hebat bagi setiap individu untuk mencapai kesejahteraan holistik. Faktor- faktor seperti kesesakan lalulintas, kesibukan bekerja, rutin harian yang padat dan bebanan masalah menjadi hambatan bagi mencapai kesejahteraan. Tekanan hidup yang kian mendesak juga tidak mustahil mendorong kepada pelbagai gangguan kesihatan seperti kemurungan dan depresi. Kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2020 menunjukkan penyakit mental berada di tangga kedua tertinggi yang membawa kepada masalah kehilangan upaya individu. Di Malaysia sendiri, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati angka rakyat Malaysia yang dikesan mengalami masalah mental adalah seramai 3juta daripada 26 juta. Malah lebih mengejutkan lagi, daripada jumlah tersebut seramai 20 hingga 30 individu didapati membunuh diri saban tahun berikutan kegagalan menangani masalah penyakit mental. Membicarakan isu kesihatan mental sememangnya seakan satu perkara tabu dalam negara kita. Namun, ia tidak bermakna isu ini perlu diabaikan walhal terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan sama ada secara langsung atau tidak langsung sebagai usaha untuk mengurangkan masalah ini selain meningkatkan kesejahteraan hidup. Antaranya melalui pendekatan terapi alam. Berdasarkan Rekod Negara Paling Bahagia di Dunia 2023, Malaysia berada pada tangga ke-79 daripada 146 negara yang disenaraikan. Malaysia mencatatkan skor sebanyak 5.384 pada tahun 2020 dan kekal mencatat skor yang sama pada tahun 2021. Finland merupakan negara paling [...]

USIM buat pertama kali tersenarai dalam QS World University Rankings

NILAI, 3 Julai 2023 – Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhannya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tersenarai dalam kedudukan 1201-1400 di QS World University Rankings 2024. Naib Canselor Prof. Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, penarafan QS World University Rankings ini membuktikan keberadaan USIM dalam kedudukan universiti terbaik dunia yang mengangkat dan memartabatkan institusi ilmu Naqli dan Aqli dalam konteks membangunkan keilmuan, kesarjanaan dan kemahiran dalam bidang halal, kewangan dan perbankan Islam serta dakwah OKU adalah setanding dengan universiti terkemuka lain di pentas antarabangsa. "Tahun ini QS World University Rankings mengukur prestasi 2,963 institusi pendidikan berdasarkan lima indikator utama iaitu Penemuan Penyelidikan (reputasi akademik dan citasi per fakulti), Hasil dan Kebolehpasaran (reputasi majikan, dan kebolehpasaran graduan) Pengalaman Pembelajaran (nisbah pelajar dan kakitangan akademik), Jaringan Global (nisbah staf akademik antarabangsa, jaringan penyelidikan antarabangsa, pelajar antarabangsa) dan Kemampanan Penarafan QS”. Ujarnya lagi, pencapaian sulung yang membanggakan ini tentunya atas semangat berpasukan dan kerjasama sesama warga kepada pemegang taruh bagi mencapai aspirasi dan hala tuju universiti untuk bergerak sederap dan senada bagi memperkasakan keterlihatan USIM dalam mensasarkan USIM sebagai universiti rujukan global pada tahun 2025. Pada tahun 2020, USIM telah disenaraikan dalam kedudukan 501-550 bagi QS Asia University Rankings. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

USIM agih daging korban, santuni masyarakat Kemboja

BANTEAY MEANCHEY, 29 Jun 2023 -  Sebanyak sembilan ekor lembu dan empat ekor kambing disumbangkan oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Yayasan Al-Abqari, Surau Makrifah dan RHB Bank melalui Program Kembara Adha ke Bumi Kemboja bagi menjalankan ibadah korban untuk masyarakat Islam di kampung Tekh Thla. Kira-kira 600 penduduk kampung bersama 34 mahasiswa, dua orang pegawai pengiring PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta empat orang wakil dari Yayasan Al-Abqari bergotong-royong menyediakan juadah bagi memeriahkan sambutan Aidiladha di Kemboja. Timbalan Komandan PALAPES USIM Encik Rozaimi Kamarudin yang mengiringi pasukan ini berkata, kerja-kerja penyembelihan lembu dan kambing korban dimulakan seusai solat sunat Aidiladha di Masjid kampung Tuek Thla. “Biarpun di Malaysia ibadah korban dilakukan di merata tempat, namun pengalaman  menyambut hari raya korban di negara luar seperti Kemboja memberi keseronokan yang sukar diungkap dengan kata-kata”. Jelasnya lagi, kehidupan penduduk di sini ibarat “kais pagi makan pagi,kais petang makan petang” kerana majoritinya bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung. Kehidupan mereka sangat daif dan adakalanya mereka hanya mampu menjamah nasi sekali sehari. “Paling menyentuh hati apabila melihat anak-anak di sini membesar tanpa mendapat pendidikan yang sempurna ditambah lagi dengan persekitaran kawasan kampung yang tidak mempunyai kelengkapan infrastruktur yang sempurna. Di samping itu, anak-anak ini juga perlu melalui kawasan jalan tidak berturap yang mengambil masa hampir satu jam untuk ke sekolah demi mendapatkan pendidikan yang boleh mengubah nasib mereka”. Kedatangan warga USIM ke bumi Kemboja disambut meriah oleh Isteri Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Lok Jumteav Moa Malai, [...]

Hampir 3,000 Hadir Program Temu Anwar @ Negeri Sembilan di USIM

NILAI, 24 Jun 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi lokasi Program Temu Anwar @ Negeri Sembilan yang berlangsung pada 24 Jun lalu dengan kehadiran kira-kira 3,000 orang pelajar universiti, politeknik dan sekolah menengah di sekitar negeri ini. Temu Anwar ialah program dialog anak muda yang diadakan secara bersiri sejak 2009, khusus untuk orang ramai mendekati dan mengenali lebih dekat pemimpin utama negara itu. Dalam program tersebut, beberapa isu utama sosial dan ekonomi telah dikupas oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam program yang berlangsung kira-kira dua jam tersebut, perdana Menteri turut meluangkan masa dengan menjawab pelbagai soalan yang diutarakan oleh hadirin merangkumi aspek akademik pengajian tinggi, sosio dan ekonomi antaranya termasuklah untuk meneliti cadangan pembinaan hospital pengajar dan kolej kediaman pelajar di USIM yang akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang memandangkan ianya merupakan keperluan mendesak di USIM. Seluruh warga USIM turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memilih USIM sebagai lokasi Program Temu Anwar @ Negeri Sembilan yang pastinya memberikan impak serta perspektif yang berbeza terutama bagi golongan mahasiswa.   Disediakan oleh: Nor Fadzlina Azahari Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

Jun 2023

Karnival Explorestream 2023 Tingkat Daya Saing Pelajar Berkaitan Sains, Teknologi

SEREMBAN, 14 Jun 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya (STAJA) Seremban, dan Pejabat Pendidikan Daerah Seremban telah menganjurkan Karnival ExploreSTREAM USIM-STAJA 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya. Program yang menggabungkan elemen SULAM dan STREAM iaitu Sains, Teknologi, Agama/Keagamaan, Kejuruteraan, Kesenian, dan Matematik ini menyaksikan seramai 658 pelajar USIM bersama 1250 murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said dan sekolah-sekolah jemputan lain sekitar Negeri Sembilan. Sebanyak 11 kursus kurikulum dengan 51 modul dilaksanakan di bawah program-program pengajian di USIM merangkumi Fakulti Sains Teknologi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Shariah Undang-Undang, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah serta Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah. Menurut Prof. Madya Dr. Siti Salhah Othman Pengarah, Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran, USIM berharap falsafah university dalam  mengintergrasikan ilmu Naqli dan Aqli ini bukan sahaja berlaku di USIM, malah kepada semua masyarakat. Ini kerana agama dan sains saling berkait dalam usaha melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan sepadu, mampu memimpin masyarakat majmuk. Dalam pada itu, Encik Aziruddin Abdul Azizi guru besar STAJA berkata, selain belajar mengenai teori buku, murid-murid dapat belajar sesuatu yang baru dengan melakukan aktiviti secara langsung berkaitan STREAM. “Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wakil dan pelajar USIM atas kerjasama yang erat dan baik dengan pihak STAJA dan berharap program seperti ini dapat diteruskan ke peringkat negeri”, ujarnya lagi. Manakala, Muhammad Faris Akmal [...]

Go to Top