Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2021

Pilih bahagia elak sengsara

Pandemik COVID-19 yang menyerang Malaysia dan seluruh dunia dilihat seperti tiada kesudahannya walaupun kini, solusi vaksinasi menjadi polemik utama yang mendapat reaksi pelbagai pihak. Di beberapa negeri yang mempunyai kes sebaran wabak yang tinggi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dijalankan. Malah kawalan pergerakan ini bukanlah perkara baru dan asing bagi rakyat Malaysia kerana telahpun melaluinya dalam siri serangan pandemik COVID-19 pada tahun lepas. Oleh yang demikian, seharusnya setiap individu sudah arif dan bijak dalam memilih strategi daya tindak dalam berhadapan cabaran era pandemik ini. Persoalannya, mampukah masyarakat mendepani kemelut kawalan pergerakan sekali lagi dengan mental yang sihat dan sejahtera?. Sejauh mana persiapan individu untuk kekal gembira dan positif sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini? Hakikatnya, ledakan kes jangkitan dari virus pembunuh yang telah meragut jutaan nyawa memberi impak kepada semua. Angkara wabak ini juga, ramai yang masih bergelut dengan kebimbangan, kelesuan, kegelisahan, kemurungan dan berdepan dengan pelbagai ketidakpastian. Bahkan senario ini dikhuatiri bakal menyumbang kepada pertambahan kes berkaitan aspek kesihatan mental. Hal ini kerana, wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada sistem ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara yang implikasinya menjejaskan kesihatan mental dan kesejahteraan swadiri masyarakat. Berikutan pertambahan kes jangkitan COVID-19 yang mendadak pada awal tahun 2021 ini, kerajaan telah mengambil tindakan pantas mengekang penularan wabak ini melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 24 Januari 2021 yang lepas. PKP ini dilaksanakan kembali demi menjaga penularan virus yang berada pada aras yang membimbangkan sejak gelombang ketiga membadai pada bulan september 2020. Bahkan [...]

USIM Tawar Dua Program Akademik Baharu Peringkat Sarjana Muda Bermula Sesi Akademik 2021/2022

NILAI, 9 Mac 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menawarkan dua program akademik baharu peringkat Sarjana Muda yang akan memulakan pengambilan pelajar sulungnya pada Oktober ini bagi Sesi Akademik 2021/2022 yang mana masing-masing ditawarkan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan Fakulti Sains dan Teknologi. Menurut Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, hasrat untuk menawarkan dua program baharu ini adalah untuk memberi peluang pendidikan dalam bidang pengurusan pelancongan Islam dan juga industri   kesihatan. “Di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM menawarkan program Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian) yang memfokuskan antaranya untuk melahirkan modal insan berkebolehan sebagai pengamal industri pelancongan yang berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeusahawanan dan mampu berkomunikasi dengan baik serta mengamalkan etika kerja Islam,” katanya. Manakala, di Fakulti Sains dan Teknologi pula, ambilan pertama untuk program Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan memberi peluang kepada pelajar menceburi bidang teknologi kesihatan dengan menawarkan peluang pekerjaan sebagai Eksekutif Perubatan Halal, Pakar Peralatan Kesihatan dan Perubatan, Konsultan, Auditor dan Pengurus Peralatan Perubatan. Kedua-dua program ini ditawarkan dengan kerjasama pihak industri di mana, program Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan ditawarkan dalam mod kerja kursus dan juga 3U1i yang memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman belajar secara praktikal dengan bimbingan pengamal industri. Bagi program Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan yang mana berkonsepkan 2u1i iaitu 2 tahun pengajian di USIM dan 1 tahun di industri kesihatan  seperti industri pembuatan peralatan hospital, perubatan dan bahan teknologi perubatan, hospital dan pusat-pusat rawatan pesakit luar seperti pusat rehab dan dialisis. Untuk rekod [...]

Guru dan Ibu Bapa Wira Pendidikan Era Covid-19

Pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pengoperasian sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas pengisytiharan darurat oleh kerajaan bukanlah satu knee-jerk reaction atau reaksi semerta kepada situasi semasa, tetapi adalah hasil daripada perancangan rapi mengambil kira pelbagai kemungkinan yang berlaku.  Dalam keadaan dunia berhadapan dengan suasana tidak menentu disebabkan penangan pandemik COVID-19,  sudah pasti KPM telah menyediakan pelbagai pelan pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan pelbagai situasi yang mungkin berlaku, dengan mempertimbangkan risiko serta langkah mitigasi terlebih dahulu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pemimpin negara telah menyebut tentang VUCA, atau suasana kemeruapan (volatility), ketidakpastian (uncertainty), kerumitan (complexity) dan kekaburan (ambiguity) yang bakal ditempuhi pada masa hadapan.  Mantan Menteri Pendidikan Tinggi dalam Amanat Tahun Baharu 2018 telah mengingatkan warga pendidikan tinggi agar menyediakan pelajar dengan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu untuk mereka bersedia berhadapan dengan cabaran masa akan datang.  Pada tahun 2019 mantan Menteri Pendidikan Malaysia juga mengulangi tentang VUCA dengan menyeru kepada semua guru agar berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dengan jelas dan nyata mengaspirasikan anak-anak warganegara untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara satu hari nanti. Tidak ada siapa pun menjangkakan bahawa ketidak tentuan ini akan menjadi realiti yang begitu pahit pada tahun 2020.   COVID-19 berjaya melumpuhkan ekonomi negara, mengganggu perjalanan kehidupan seharian dan mengubah dunia pendidikan dengan begitu ketara.  Pembelajaran bersemuka antara guru dan murid yang telah menjadi amalan sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi telah diubah kepada penggunaan medium yang bergantung sepenuhnya kepada capaian [...]

Persiapan Persekolahan Dalam Norma Baharu: Peranan Ibu Bapa

Detik “Jom Kembali Ke Sekolah” semakin kian dirasa. Pastinya anak-anak begitu teruja seperti tahun-tahun sebelumnya untuk kembali ke sekolah dengan menggayakan baju dan beg baharu. Namun begitu sesi persekolahan yang bakal bermula tanggal 20 Januari 2021 nanti pastinya tidak sama dengan tahun sebelumnya. Dalam kemeriahan jualan murah uniform dan perkakasan sekolah ibu bapa perlu sentiasa memastikan SOP ketika membeli belah tetap dijaga memandangkan keadaan COVID-19 yang masih lagi belum reda ini. Kita akan terus berdoa supaya virus ini akan meninggalkan bumi Allah ini secepat mungkin, namun jika masih berlarutan, persekolahan dalam norma baharu perlu dijalankan. Murid-murid akan terus mengikuti SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mencegah lebih baik dari merawat, sesi persekolahan nanti ibu bapa perlu menambah di dalam senarai keperluan anak-anak mereka, penutup separuh muka dan juga cecair pembasmi kuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak terus terjaga. Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan emosi anak-anak sentiasa dalam keadaan bersemangat dan bersedia dalam menjalani sesi persekolahan dalam norma baharu, terutama bagi ibu bapa yang anak mereka baharu sahaja masuk ke tahun 1 persekolahan. Pastinya perkara ini akan menjadi lebih mencabar jika ibu bapa tidak bersedia dengan ransangan emosi yang kuat. Ibu bapa perlu meletakkan keyakinan kepada pihak sekolah apabila menghantar anak mereka ke sekolah nanti. Melihat dari lensa perbincangan isu yang sama, memandangkan sesi persekolahan akan bermula secara berperingkat, ibu bapa perlu memastikan kelengkapan pembelajaran secara atas talian untuk anak-anak mereka yang berada di tingkatan 2 dan 3 mencukupi. [...]

Persiapkan Fizikal dan Mental Kanak-Kanak untuk kembali ke Sekolah

Tinggal berbaki kurang daripada seminggu lagi sekolah akan dibuka semula setelah pembelajaran dijalankan secara atas talian atau PdPR selama hampir setahun. Pengumuman pembukaan semula sekolah telah memberi seribu satu reaksi dalam kalangan ibu bapa, guru-guru dan kanak-kanak khususnya. Sesetengah ibu bapa menarik nafas lega setelah semput menguruskan keperluan anak-anak sepanjang PdPR, begitu juga guru-guru yang telah berhempas pulas memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan pendidikan anak-anak pelajar adalah berkesan. Namun, dalam kelegaan terpalit juga perasaan gusar terhadap keselamatan diri dan anak-anak memandangkan jumlah jangkitan semasa Covid-19 adalah masih tinggi. Begitu juga dengan kanak-kanak, perasaan teruja kerana dapat bersua kembali dengan rakan-rakan yang setelah beberapa bulan hanya mampu bertemu di sebalik skrin. Keterujaan bagaikan di awal kemasukan persekolahan memandangkan ibu bapa mula membuat persiapan menyediakan baju sekolah dan juga peralatan sekolah. Pun begitu, tidak dapat dinafikan pandemik coronavirus telah menyebabkan gangguan besar dalam kehidupan seharian dan kanak-kanak merasakan perubahan ini dengan mendalam. Pembukaan semula sekolah dialu-alukan bagi kebanyakan kanak-kanak, namun sebagaimana orang dewasa terdapat juga dalam kalangan kanak-kanak yang merasa cemas dan takut terutamanya bagi kanak-kanak yang sering didedahkan dengan perkembangan semasa Covid-19 dan juga bagi kanak-kanak yang mempunyai pengalaman jangkitan wabak dalam kalangan ahli keluarga terdekat. Umum mengetahui kesan pandemik terhadap kanak-kanak sangat ketara terutamanya bagi kesihatan mental. Gaya hidup semasa pandemik adalah bertentangan dengan fitrah semula jadi kanak-kanak yang suka bermain, menyiasat, mencuba dan seumpamanya. Perlaksanaan PKP bagi membendung penularan wabak telah mengehadkan dan menghalang aktiviti-aktiviti tersebut.  Malahan, kesan pandemik juga telah menggugat perkembangan [...]

PPKP rai Calon Peperiksaan SPM, STAM dan STPM sekitar Nilai, Salak Tinggi

NILAI, 4 Mac 2021 – Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan pelajar yang menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dengan mengedarkan 500 set alat tulis. Menurut Pengarah di PPKP, Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin berkata, inisiatif pemberian set alat tulis kepada para pelajar merupakan sedikit buah tangan dari USIM sebagai tanda ingatan kami kepada mereka. “Walaupun nilainya tidak besar, namun cukup menjadi ingatan dari kami kepada pelajar-pelajar ini untuk terus bersemangat menjawab peperiksaan dengan baik dan bersungguh-sungguh,” katanya. “Kita tahu bahawa para pelajar yang menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini mengalami sedikit kerisauan dan agak tertekan dengan pandemik Covid-19 yang melanda sehingga mempengaruhi sedikit sebanyak tumpuan mereka dalam pembelajaran,” katanya. Mereka sebenarnya perlu menyesuaikan diri untuk menghadapi sesi pembelajaran secara maya melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana kaedah pembelajaran secara maya adalah berbeza secara total dan di sinilah guru, ibu bapa dan masyarakat sekitar memainkan peranan dalam memberi sokongan. Sebanyak 500 set alat tulis dan brosur kemasukan diedarkan kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Sekolah Menengah Agama Nilai, Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka (Kelas Aliran Agama). Dalam sesi pertemuan bersama Pengetua dan Kaunselor sekolah, rata-rata mereka mengharapkan agar USIM akan terus mengadakan pelbagai aktiviti kepada para pelajar di sekolah mereka agar sinergi dan hubungan ukhuwah antara pihak sekolah dan USIM terus utuh dan berpanjangan. Kami di [...]

USIM Dan UPNM Lancar Buku Kepemimpinan Komuniti

NILAI, 3 Mac 2021 – Dalam suasana Perintah Kawalan Bersyarat ini tidak menghalang  kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam satu majlis yang diadakan secara dalam talian iaitu Majlis Pelancaran Buku bertajuk Kepemimpinan Komuniti terbitan USIM dibawah Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP) dan UPNM. Majlis ini merupakan strategi dalam menyebarluaskan maklumat buku kepemimpinan yang mempunyai elemen dakwah dan pertahanan untuk kegunaan komuniti setempat, selain mengukuhkan kerjasama strategik antara kedua belah pihak. Mengimbau kembali Memorandum Perjanjian yang ditandatangani antara USIM dan UPNM pada tahun 2018, keduanya mencapai kesepakatan untuk mengkhusus kepada kerjasama penerbitan buku dan pembentangan kertas kerja dalam seminar tahunan anjuran bersama. Buku Kepemimpinan Komuniti ini merupakan hasil penulisan kedua selepas penerbitan buku Kepemimpinan Era Moden yang diterbitkan pada tahun 2019. Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata, ini merupakan sesuatu yang cukup positif dalam usaha kedua-dua Universiti dalam memaknakan erti kepemimpinan dalam pelbagai tema dan aspek yang seterusnya dapat diraih oleh pembaca buku-buku ini, yang tentunya bukan sahaja ahli akademik, bahkan dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan. Beliau berkata lagi, melalui buku Kepemimpinan Komuniti ini, pelbagai isu berkaitan kepemimpinan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan termasuk kepemimpinan melalui teladan telah dibahas dan digarap dengan baik oleh para penulis. Diharapkan dengan penghasilan buku ini yang merupakan himpunan artikel daripada kertas kerja terpilih dari USIM dan UPNM dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai pemimpin yang mampu menjadi qudwah hasanah buat umat manusia dalam era kemodenan ini. Manakala menurut Dekan Fakulti Kepimpinan [...]

USIM Lancar Grup USIM Art Prosumer (GUAP), kongsi kepakaran seni kepada komuniti  

NILAI, 1 Mac 2021 - Usaha melahirkan pelajar yang mempunyai DNA USIM merangkumi tiga ciri utama iaitu mempunyai keseimbangan dari segi pembelajaran dan aktiviti luar bilik kuliah, bersifat holistik iaitu mempunyai ciri sebagai mahasiswa yang mempraktiskan ilmu, pengalaman yang diperolehi di kampus dan pengetahuan yang didapati berdasarkan pemerhatian, pembelajaran secara formal dan tidak formal. Seterusnya berkeupayaan untuk melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan dan berkebolehan tampil sebagai usahawan yang menumpu kepada bidang kemahiran atau bidang baharu yang diterokai. Seiring dengan peningkatan kos sara hidup dan peredaran ekonomi kini, lazimnya seseorang cenderung melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Hal yang medesak ini mendorong kalangan anak muda kini berfikir untuk lebih kreatif mencipta sesuatu yang baharu dan berfikiran kritis dalam menangani sesuatu perkara. Seni budaya salah satu bidang pilihan anak muda untuk menjadikan kerjaya utama dan tidak kurang juga sebagai kerjaya kedua untuk menambah pendapatan mereka. Melihat kepada seni sebagai salah satu aspek yang berpotensi mendidik insan, Pusat Kebudayaan USIM mengambil inisiatif ini dengan menubuhkan Grup USIM Art Prosumer (GUAP) yang berfungsi sebagai kumpulan alumni yang mempunyai bakat dan berkerjaya dalam bidang seni yang akan bertindak sebagai penggerak dan menjalankan aktiviti prosumer di kalangan masyarakat. Prosumer merujuk kepada gabungan perkataan producer bermaksud pengeluar dan consumer adalah pengguna. Prosumer ini dilihat sebagai seseorang yang mengeluarkan produk, menggunakan produk tersebut untuk kegunaan harian dan menjana pendapatan kewangan melalui penjualan produk tersebut. Dalam konteks GUAP, seni sebagai fokus utama mereka dalam menjalankan aktiviti bersifat mencipta, menghasilkan karya kreatif, inovasi terhadap khidmat profesional seni bagi tujuan menjana pendapatan. [...]

Februari 2021

Naib Canselor lancar Laman Prosumer ’Rock Melon’ Jabatan Keselamatan USIM

NILAI, 25 Februari 2021 - Prosumerisme merupakan konsep yang mampu menjamin kelestarian sumber dan mengurangkan kebergantungan sesuatu entiti terhadap sumber luar. Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius saranan Naib Canselor dalam amanat 2021 beliau, Jabatan Keselamatan menerajui dengan mewujudkan Laman Prosumer yang dilancarkan  oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM bertempat di Jabatan Keselamatan USIM. Encik Rozaimi Kamaruddin selaku penyelaras projek ini berkata, bermula Disember 2020 sehingga Februari 2021 tanaman ’rock melon’ ini telah berjaya membuahkan hasil selepas 75 hari ianya ditanam. Tuaian pertama adalah sebanyak 400 biji ’rock melon’ telah berjaya dikongsikan kepada staf USIM. ”Jabatan Keselamatan berusaha untuk memperluaskan tanaman ini dengan keluasan yang lebih luas dengan sasaran 10,000 poliber menejelang akhir tahun 2021”, ujar Encik Rozaimi. Manakala Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan bilangan inkubator keusahawanan berasaskan prosumerisme dalam kalangan staf dan pelajar. Kerjasama bersama agensi luar dan pihak NGO akan dibuat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka agar tanaman ini dapat diperluaskan dan dinikmati oleh komuniti di luar sana.   Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan  

USIM terima 84 Pelajar Baharu bagi Pengambilan ke Semester II sesi Akademik 2020/2021

NILAI, 23 Februari 2021 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima seramai 84 pelajar baharu bagi pengambilan ke Semester II Sesi Akademik 2020/2021 yang dijadualkan akan mendaftar pengajian secara dalam talian bermula 15 dan 16 Mac 2021. Menurut Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin, pengambilan ke Semester II adalah alternatif bagi pelajar-pelajar menyambung pengajian ke USIM tanpa menunggu pengambilan melalui saluran UPU yang diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi ambilan perdana pada bulan Oktober nanti. Beliau menambah “Untuk pengambilan Semester II Sesi Akademik 2020/2021 ini, USIM dijangka menerima 56 orang pelajar tempatan dan 28 orang pelajar antarabangsa dari beberapa negara seperti Australia, Arab Saudi, Bangladesh, Brunei, Indonesia, Palestine, Thailand dan Singapura”. Semua pelajar baharu Semester II Sesi Akademik 2020/2021 yang berkeperluan khas akan mendaftar masuk di Kolej Kediaman 1 pada 18 Mac 2021 tertakluk kepada SOP yang ketat dan diwajibkan menjalani proses isolasi. Kemudian mereka akan mengikuti Minggu Taaruf secara dalam talian yang diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar selama lapan hari bermula 19 Mac hingga 28 Mac 2021. Sesi pengajaran & pembelajaran bagi semester ini akan dijalankan secara hibrid sebagai menyokong usaha Kerajaan memerangi COVID-19. Bagi pemohon ambilan Mac, mereka boleh menyemak keputusan permohonan di https://etasjil.usim.edu.my pada 23 Februari 2021 bermula jam 12 tengah hari. “Melihatkan kepada trend penawaran kali ini, USIM berharap agar proses promosi dan jumlah permohonan ke USIM dari kalangan pelajar antarabangsa tidak terjejas sungguhpun pandemik Covid-19 masih belum reda. Pihak USIM optimis dalam mengawal mutu dan kualiti [...]

Go to Top