Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2020

Jalan Cerita Menarik, ‘Raya Online’ USIM Cecah 50,000 Tontonan

NILAI, 21 Mei 2020 – Berdepan dengan pandemik wabak COVID-19 dan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mematahkan semangat sekumpulan siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menerbitkan iklan Hari Raya USIM 2020 Raya Online’ sempena menyambut 1 Syawal nanti. Dihasilkan dan terbitkan dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik (Stracomm), iklan berkenaan telah mula ditayangkan secara rasmi di saluran YouTube USIMTV dan Facebook USIM pada 15 Mei (Khamis) lalu. Ternyata tradisi USIM yang menerbitkan iklan hari raya saban tahun sejak 2013 dengan mengangkat pelbagai tema dan kisah membuatkan iklan raya terbitan USIM mempunyai kelompok peminat tersendiri yang menantikan tayangannya menjelang Aidilfitri. Dalam masa yang singkat selepas lima hari ditayangkan hingga semalam (Rabu), ‘Raya Online’ telah mencapai 30,000 tontonan di saluran USIMTV dan mendapat lebih 22,000 tontonan serta 400 perkongsian di Facebook USIM. Menurut Farhan Halim, penuntut Sarjana Muda Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM yang bertindak selaku pengarah iklan ‘Raya Online’, keseluruhan konsep jalan cerita dan skrip asal yang telah dirancang terpaksa diubah kesemuanya pada saat akhir apabila Kerajaan menguatkuasakan PKP pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan COVID-19 diseluruh negara. “Krew produksi iklan terdiri daripada sembilan orang pelajar USIM dari pelbagai fakulti dan sebahagian besar daripada kami terkandas di kampung, tidak dapat pulang semula ke kampus untuk meneruskan kerja-kerja penggambaran. Melihat tempoh PKP terus bersambung dan kekangan untuk meneruskan rakaman di lapangan, kami dapat idea hasilkan jalan cerita baharu berdasarkan situasi pelajar universiti yang terkandas di kampus dan berkemungkinan tidak dapat pulang beraya”. ujarnya Bagi penulis skrip dan turut berlakon [...]

Sabar dalam Musibah COVID-19

Wabak Covid-19 yang melanda dunia pada hari ini adalah suatu ujian besar bagi manusia sejagat. Ini kerana, virus COVID-19 ini adalah suatu pandemik yang menakutkan. Beratus ribu kematian dilaporkan akibat daripada serangan wabak ini di serata dunia, bahkan di negara-negara maju yang mempunyai peralatan kesihatan dan saringan yang serba canggih. Ini juga sebagai suatu petanda bahawa wabak ini tidak mengira bangsa, kulit rupa mahupun status ekonomi. Apa yang berlaku di Malaysia juga tidak kurang getirnya. Pelbagai usaha dilakukan terutamanya bagi golongan barisan hadapan yang tidak jemu untuk memastikan wabak ini disaring dan diputuskan rangkaian demi rangkaian. Seperti beberapa negara lain, Malaysia juga menyahut seruan untuk duduk di rumah atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membantu menyekat penularan wabak ini. Secara kesimpulannya, seluruh sistem kehidupan manusia berubah secara mendadak daripada aspek keagamaan, sosial, ekonomi, hubungan dalam dan luar negara, budaya dan lain-lain. Norma kebiasaan hidup harian setiap individu juga terkesan dan terhenti seketika. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mengambil pengajaran dan hikmah daripada musibah COVID-19 ini. Dalam kata lain, setiap yang berlaku dalam kehidupan bagi orang yang beriman, sarat dengan hikmah dan bukanlah sia-sia. Amat merugikan jika seorang Muslim hanya beranggapan bahawa virus COVID-19 ini adalah jangkitan penyakit semata-mata. Bahkan, yang lebih utama ialah Allah memperlihatkan kepada manusia bahawa Dialah yang mempunyai kuasa untuk menghidupkan sesuatu, mencipta, mematikan dan melenyapkan. Manusia pula, yang berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada wabak ini sebenarnya lemah dan tidak berupaya melainkan berusaha dan berterusan memohon doa kepadaNya. Kesabaran dalam doa [...]

Pandemik Covid-19 dan Perancangan Keluarga: Apakah kaitannya?

Pandemik COVID-19 dan Perancangan Keluarga: Apakah kaitannya?   Berikutan musim pandemik coronavirus disease 2019 (COVID-19) dan perintah kawalan pergerakan (PKP), kita lihat terdapat pelbagai berita yang tular di aplikasi atas talian, seperti Facebook mahupun WhatsApp. Adakalanya berita yang diwarwarkan itu tidak diketahui kesahihannya dan ditular sebagai berita palsu. Namun begitu, saya cukup terpanggil dengan satu mesej yang tular yang mengaitkan para isteri dengan PKP. Mesej ini menjangkakan bahawa ramai para isteri yang akan melahirkan anak 9 bulan dari bermulanya PKP, oleh kerana suami dan isteri ‘duduk di rumah’ selama paling kurang 2 bulan. Mesej tersebut mungkin berbaur jenaka ataupun hiburan, tetapi pada hemat saya, ianya tidak boleh dipandang ringan. Timbul persoalan di minda saya. Adakah para suami isteri memandang isu merancang keluarga dengan lebih serius dikala ini? Ataupun ianya masih dipandang enteng? Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalankan kajian pada 2014 dan mendapati hanya 52.2 peratus wanita di Malaysia mengamalkan kaedah merancang. Sebanyak 34 peratus wanita menggunakan kaedah moden manakala 18 peratus menggunakan kaedah semula jadi. Menurut kajian yang lain oleh M. Mansor pada tahun 2015, hanya 53.9% peratus wanita di Selangor menggunakan kaedah merancang. Jumlah ini juga lebih banyak berbanding dengan amalan merancang oleh wanita di kawasan luar bandar. Jabatan Statistik Malaysia menganggarkan pada tahun 2040, jumlah penduduk Malaysia akan meningkat ke 41.5 juta. Kadar peningkatan populasi penduduk yang tidak terkawal akan menjurus kepada isu sosial, seperti wujudnya jurang ekonomi yang besar, serta akses kepada rawatan kesihatan dan peluang belajar yang [...]

Rumah Tertutup Aidilfitri tak Putuskan Silaturrahim

Umat Islam kini sudah memasuki minggu ketiga mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan dan secara norma biasa sebelum ini, pada minggu ini sudah masuk tempoh puncak untuk persiapan menyambut 1 Syawal. Sebelum memasuki 1 Ramadan dahulu, semua mula terfikir dan gelisah bagaimana agaknya menempuh Ramadan dengan norma baharu, misalnya tiada lagi bazar Ramadan sedangkan itulah aktiviti wajib setiap petang untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa. Kita juga membayangkan tiada lagi majlis berbuka puasa beramai-ramai di masjid atau hotel kerana pada waktu ini juga dijadikan kesempatan untuk syarikat korporat dan para dermawan menyampaikan sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan. Malah tidak terbayang juga bagaimana rasanya tiada solat tarawih di masjid dan surau sedangkan dari kecil sudah di didik keluarga inilah ibadah solat sunat yang istimewa kerana hanya boleh ditunaikan ketika bulan Ramadan sahaja. Usai tarwaih dijamu pula dengan jamuan moreh, aktiviti tadarus Al-Quran dan qiamulail. Tetapi kini segala gelohak kerisauan yang dibayangkan itu sudah menemui jawapan, nampaknya semua sudah dapat membiasakan diri dengan Ramadan norma baharu. Bazar Ramadan sudah bertukar menjadi bazar online, pilih menu di telefon pintar dan sebelum Maghrib juadah siap dihantar ke depan pintu rumah. Malah dengan kebanyakan ahli keluarga ada dirumah kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada yang meluangkan masa bersama-sama menyediakan pelbagai juadah berbuka dengan air tangan sendiri dan pada malamnya satu keluarga menunaikan solat sunat tarawih di rumah sahaja. Sesuatu yang pada awalnya dulu difikirkan janggal, tetapi kini semua dapat mengadaptasi suasana baharu ini sepanjang Ramadan. Atas sebab itu penulis [...]

Ramadan yang berbeza, peluang untuk meraih laba

Lazimnya, skrip Ramadan kita setiap tahun hampir sama. Malamnya menunaikan terawih secara berjemaah di masjid. Masjid yang jarang-jarang penuh pada bulan-bulan selain Ramadan, jadi sesak pula dengan kehadiran ramai jemaah. Juadah berbuka puasa pula ke bazar Ramadan. Ada pelbagai menu seperti ayam golek, kuih tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Pada hujung minggu atau jika bercuti, sekeluarga pulang ke kampung untuk mengambil peluang bersahur dan berbuka puasa dengan ibu bapa dan sanak saudara yang tercinta. Namun begitu, pengalaman Ramadan 1441 Hijrah kali ini adalah berbeza. Tiada lagi solat terawih berjemaah dan ibadat iktikaf di masjid. Hanya tuan Imam, bilal dan siak sahaja yang dibenarkan berjemaah mengimarahkan masjid. Tiada lagi bazar Ramadan seperti saban tahun. Jika hendak merasa popia basah, ikan bakar atau jus mangga, sama ada mencuba sendiri di dapur atau membuat pesanan melalui aplikasi grabfood atau foodpanda. Dalam erti kata yang lain, Ramadan yang berbeza ini memberikan cabaran yang berbeza kepada kita semua. Banyak rutin harian pada bulan Ramadan ini perlu diubah dan tidak lagi seperti tahun-tahun sebelumnya. Kesemuanya dengan rutin yang baharu atau new normal. Pendek kata, Ramadan 1441 Hijrah ini sarat dengan pelajaran dan pengajaran buat semua umat Islam. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seantero dunia. Antara pelajaran dan pengajaran utama yang dapat dipetik pada Ramadan kali ini adalah sifat sabar. Sabar dalam Islam adalah sifat yang sangat mulia. Para Rasul seperti Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Muhammad s.a.w. adalah para Rasul ulul azmi kerana keteguhan [...]

Wabak Covid-19: Penyesuaian Kendiri terhadap Norma Baharu

Pandemik Covid-19 yang sedang menular di Malaysia dan dunia menjadi mimpi ngeri kepada semua. Ini kerana, berpandukan statistik terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak Covid-19 telah mencatat lebih 3 juta kes dengan angka kematian 272,859 orang serta melibatkan 215 buah negara yang terjejas dijangkitinya. Di Malaysia wabak Covid-19 telah memberi dampak yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Malah, telah mengubah cara dan gaya hidup manusia termasuklah cara kebanyakan individu bekerja, bersosial, belajar, keluar membeli-belah dan melakukan aktiviti kehidupan yang lain. Ekoran dari wabak yang berlaku ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak dengan mengawal penularan virus. Ironinya, kewujudan norma baharu ini memberi kesan yang buruk terhadap aspek psikologikal sekiranya individu gagal membuat penyesuaian kendiri terhadap perubahan drastik tersebut. Justeru, apakah penyesuaian kendiri yang perlu dilakukan dalam kemelut yang sedang melanda kini? Secara umumnya, setiap benda hidup dimuka bumi ini melalui proses penyesuaian dan adaptasi untuk memenuhi keperluan, mencapai kesejahteraan diri dan keamanan sejagat. Walaupun istilah penyesuaian dan adaptasi ini mempunyai perbezaan, namun seringkali digunakan dalam menggambarkan keadaan yang sama disebabkan wujud pertindihan dalam kedua takrif tersebut. Penyesuaian juga membantu makhluk untuk mencapai keperluan diri dan persekitaran untuk kelangsungan hidup (survival). Oleh itu, dapat difahami bahawa penyesuaian kendiri merujuk kepada proses seseorang beradaptasi dengan diri serta persekitaran dalam kehidupan bagi mencapai keperluan dan matlamat yang diharapkan. Namun demikian, penyesuaian juga boleh membawa kepada gangguan psikologi dan bagaimanakah untuk [...]

Manfaat masa PKP, sertai Sukarelawan Universiti

NILAI, 13 Mei 2020- Ramadan kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Kalau sebelum ini beberapa hari sebelum menjelang bulan ramadan, pastinya ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga tercinta. Namun, gara-gara wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini membataskan pergerakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan sejak 18 Mac lalu. Tahun ini umat Islam sedunia buat pertama kali dalam sejarah moden menjalani ibadat puasa dalam suasana kehidupan norma baharu. Ia bermaksud menjalani amalan atau rutin harian berbeza dari segi pemikiran, tindakan dan perancangan harian bagi mengekang penularan wabak pandemik dari terus merebak. Apa yang dilihat, rakyat kini telah membiasakan diri dengan antaranya menjalankan kerja dari rumah, mengamalkan tahap kebersihan diri yang optimum, melakukan penjarakan sosial, dan pembelajaran secara maya. Bagi Muhammad Shahrul Naim Tokiman staf Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, 28, yang berasal dari Pelabuhan Klang ini pengalaman menyambut ramadan dalam keadaan ‘terkurung’ di rumah tidak bermakna menghabiskan masa dengan ‘tidur-bangun-tidur-bangun’. Pada minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh kerajaan beliau telah menyesuaikan diri dengan mewujudkan stesen kerja dirumah sewanya. “Saya berpendapat keseimbangan antara rumah dan pejabat adalah lebih baik supaya pelaksanaan budaya kerja itu lebih efektif dan produktif. Ini bagi memastikan kita dapat melakukan kerja dengan baik tanpa menyelerakkan ruang tamu serta mengelakkan pencerobohan ruang kerja dengan memaklumkan kepada orang lain bahawa walaupun lokasi pekerjaan berubah, kita tetap memerlukan privasi dan tumpuan kerja”, katanya lagi. Anak sulung dari enam beradik juga merupakan alumni USIM ini turut berkongsi rasa dan sertai universiti [...]

USIM ‘Tutup Buku’ Ops hantar pulang pelajar, misi berjalan lancar

NILAI, 12 Mei 2020 – Misi Ops Hantar Pulang yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selesaipada malam tadi dengan penghantaran kumpulan terakhir pelajar secara serentak ke dua destinasi iaitu iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Johor dari dari Dewan Tuanku Canselor USIM. Seramai 16 pelajar di hantar ke beberapa destinasi di Johor malam tadi menggunakan dua buah bas manakala sebanyak enam buah bas lagi  digunakan bagi membawa 94 pelajar ke KLIA untuk pulang ke Sabah. Semenjak Ops Hantar Pulang di bawah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula pada 27 April lalu, USIM telah menguruskan sebanyak 19 Ops Hantar Pulang yang melibatkan 981 orang pelajarnya yang berada di kolej kediaman dan penginapan luar pulang ke pangkuan ahli keluarga masing-masing. Pecahan pelajar mengikuti zon negeri yang tertinggi dihantar pulang adalah ke Zon Pantai Timur (Pahang, Kelantan, Terengganu) seramai 397 pelajar; diikuti ke Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulang Pinang) seramai 139 pelajar; Zon Tengah 2 (Perak) seramai 104 pelajar; dan Sabah seramai 101 pelajar. Bakinya seramai 90 pelajar dihantar ke Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan); 89 pelajar ke Zon Tengah 1 (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya); dan 61 pelajar ke Sarawak. Dengan kedua-dua kampus USIM di Nilai, Negeri Sembilan dan Pandan Indah, Selangor menjadi antara Pusat Pelepasan (Departure Center) Ops Hantar Pulang KPT, USIM turut memberi bantuan menguruskan penghantaran pulang seramai 298  pelajar Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdekatan dengan kedua-dua kampus ini ke pangkuan keluarga mereka. Kegembiraan dapat menguruskan penghantaran pelajar ini sehingga selesai turut dikongsi oleh Yang [...]

MyFundAction sumbang 200 bekal sahur untuk siswa USIM pulang ke utara

NILAI, 11 Mei 2020– Para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bergerak dari kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam Ops Hantar Pulang pada semalam menerima ole-ole istimewa dari NGO MyFundAction. Mereka semua dibekalkan dengan pek bekal sahur untuk dijadikan juadah bersahur dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing. Menurut wakil myFundAction, Nur Haziqah Seth yang hadir menyerahkan sumbangan ini kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani di Dewan Tuanku Canselor pada Ahad, sebanyak 200 pek bekal sahur disediakan untuk diagihkan kepada pelajar dan urus setia Ops Hantar Pulang yang terlibat. “Bekal sahur yang kita berikan ini mengandungi chicken chop, nasi, air minuman, buah dan kurma yang diharapkan memberi pilihan juadah sahur yang lebih pelbagai kepada mereka” ujarnya. Sementara itu, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan melahirkan penghargaan kepada myFundAction atas sumbangan ini dan menyifatkan NGO ini sentiasa prihatin dengan kebajikan pelajar universiti. “Ini bukanlah sumbangan pertama dari myFundAction untuk pelajar kita, sebelum ini semasa di peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 200 ‘Smile Pack’ dan 10 kotak ‘Rezeki Ummat’ mereka telah sumbangkan untuk diagihkan kepada siswa kita yang terkandas di kolej kediaman dan penginapan luar sekitar kampus”. “USIM sebenarnya turut bekerjasama dengan MyFundAction dalam Program Gap Year apabila lima orang pelajar kita telah diletakkan di bawah NGO ini untuk menjalani latihan dan bimbingan kesukarelawan selama tujuh bulan bersama mereka” tambah Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan. Dalam pada itu, seramai 865 pelajar USIM telah dihantar pulang melalui [...]

748 pelajar USIM telah dihantar melalui Ops Hantar Pulang

NILAI, 10 Mei 2020 – Seramai 748 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah selamat dihantar pulang ke pangkuan ahli keluarga masing-masing melalui program Ops Hantar Pulang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sehingga Jumaat, 8 Mei. Penghantaran pulang pelajar USIM ini telah dibuat secara berperingkat bermula 27 April yang lalu mengikut zon penghantaran yang telah ditetapkan oleh KPT. Dalam menggerakkan misi Ops Pulang ini, Kampus Induk USIM di Nilai, Negeri Sembilan dan kampus cawangan di Pandan Indah menjadi lokasi Pusat Pelepasan (Departure Centre) bagi para pelajar USIM dan pelajar Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdekatan dengan kedua-dua kampus ini. Dari keseluruhan 748 yang balik melalui Ops Hantar Pulang ini, seramai 24 dihantar ke Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulang Pinang); 73 pelajar ke Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan); 90 pelajar ke Zon Tengah 1 (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya); 104 ke Zon Tengah 2 (Perak); 58 pelajar diterbangkan ke Sarawak (Kuching,Bintulu); dan kumpulan terbesar adalah 399 pelajar di hantar ke Zon Timur (Pahang, Kelantan, Terengganu). Tidak hanya menguruskan penghantaran para pelajarnya, USIM turut sama menguruskan proses penghantaran pulang seramai 277 pelajar IPT lain dengan masing-masing bertolak dari kampus USIM di Nilai atau Pandan Indah. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, berperanan selaku Pusat Pelepasan ia memberi tanggungjawab besar kepada USIM untuk memastikan segala Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang ditetapkan oleh KPT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membawa pelajar pulang dipatuhi. “Selain memastikan SOP ketat [...]

Go to Top