Mei 2020
Bomba Nilai bantu proses nyah kuman sempena Ops Pulang USIM
NILAI, 7 Mei 2020 - Lebih 29 orang pegawai bomba Nilai yang sebahagiannya merupakan jurulatih Kor Siswa Bomba di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terlibat secara langsung dalam membantu proses nyah kuman sempena Ops Pulang USIM. Menurut Encik Bakarya Mohd Salleh,Penolong Kanan Penguasa Bomba, Balai Bomba Nilai berperanan dengan melakukan sanitasi awam di lokasi yang menjadi tumpuan awam selain melakukan sanitasi terhadap bas dan bagasi pelajar semasa proses penghantaran pelajar pulang ke kampung meliputi universiti awam serta swasta sekitar Nilai termasuk Kampus USIM. "Proses melakukan sanitasi awam bermula dengan membuat bancuhan terhadap bahan kimia yang disediakan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Terdapat dua jenis bahan yang digunakan iaitu Sodium Hypoclorite dan Floral Disinfectant,” katanya. Tambahnya, setiap petugas diwajibkan menggunakan Personal Protection Equipment (PPE) yang lengkap semasa proses sanitasi ini dilakukan bagi mengelakkan anggota bomba mengalami komplikasi jika terkena bahan kimia yang digunakan. “Antara cabaran yang dihadapi oleh pasukan kami adalah bekerja dalam keadaan yang tidak selesa semasa memakai PPE, ini kerana badan akan mudah berpeluh dan menyebabkan dehydrasi disamping anggota tetap melaksanakan ibadah puasa seperti biasa. Namun perkara ini tidak menghalang anggota bomba yang tetap bersemangat untuk menjalankan amanah yang telah diberikan,” ujarnya lagi. Tidak ketinggalan saya juga berharap semoga rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan sepenuhnya dengan kepatuhan masyarakat terhadap arahan-arahan semasa yang di keluarkan oleh pihak berkuasa dalam menempuh kehidupan seharian dalam keadaan norma baharu . #kitajagakita #kitamestimenang Disediakan oleh : Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Tokiman Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah Dikemaskini oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, [...]
Akibat COVID-19, kaji semula sasaran KPI dan eprestasi tahun 2020
Semua sektor tempat kerja yang ada dalam negara perlu menilai semula semua sasaran kerja mereka serta menilai semula tahap prestasi yang perlu dipenuhi oleh setiap pekerja mereka untuk seluruh tahun 2020 ini dengan mengambil kira keadaan semasa luar jangka yang sedang dihadapi pada ketika ini. Segala sasaran kerja serta tahap prestasi yang perlu dipenuhi oleh setiap pekerja yang telah dirangka pada tahun yang lalu untuk digunapakai pada tahun ini sama ada disektor awam ataupun disektor swasta tidak lagi boleh dipakai akibat daripada penularan Novel Koronavirus (COVID-19) diserata dunia termasuklah dalam Malaysia. Penularan COVID-19 yang boleh membawa maut ini telah membawa perubahan drastik terhadap kehidupan semua pihak termasuklah kehidupan para pekerja. Banyak aktiviti harian serta kerja yang terpaksa ditangguh dan dibatalkan sepenuhnya bagi membendung penularan virus berkenaan. Kerajaan diserata dunia juga termasuklah dalam Malaysia telah pun melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan virus berbahaya terbabit. Sama ada kita suka ataupun tidak, corak kehidupan kita sekarang sudah berubah sepenuhnya dimana ramai pihak yang tidak dapat melakukan tugasan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. Walaupun ada tempat kerja yang menyarankan kakitangannya untuk bekerja dari rumah dan mengunakan teknologi komunikasi moden, tidak semua tempat kerja yang mampu mengunakan sistem teknologi komunikasi moden dengan sepenuhnya atas faktor-faktor tertentu. Hasil kerja yang dilaksanakan melalui pengunaan teknologi komunikasi moden ini juga tidak dapat saingi dan mencapai tahap keberkesanan dan mutu kualiti hasil kerja seperti pengunaan sistem kerja secara konvensional dengan berada ditempat kerja seperti yang biasa diamalkan oleh para pekerja dalam [...]
Informer on Site, Salur Maklumat Bencana Alam
NILAI - Apabila sesuatu bencana berlaku, maklumat yang diperolehi boleh dihantar kepada telefon dengan menyertai gambar bencana tersebut. Kaedah ini sangat pantas kerana serta merta maklumat bencana itu diperolehi. Itulah Informer On Site iaitu satu rekacipta yang berbentuk aplikasi telefon pintar bertujuan memberi pemberitahuan awal dan pelaporan mengenai bencana seperti banjir, jerebu dan tanah runtuh kepada orang awam. Menurut Ketua Penyelidik projek ini Prof Datin Dr Sapora Sipon, penglibatan komuniti dan orang ramai diperlukan dalam melaporkan sebarang kejadian yang berbentuk bencana dalam bentuk sama ada gambar atau video serta lokasi kejadian. Kaedah ini menyebabkan pelaporan bencana berlaku secara dua hala, pantas dan tepat. Ianya juga mudah dicapai dan menyediakan maklumat yang bermanfaat dalam konteks bencana. Ahli kumpulan lain adalah Dr Anvar Narzullaev,Dr Zulkifly Mohd Zaki,Dr Khatijah Othman dan Dr Azuan Ahmad. Jelas Dr. Sapora lagi, inovasi Informer On Site adalah hasil dari kajian Long Research Grant Scheme (LRGS) yang bertajuk “Flood Management Impact Reduction and Relief: Flood Relief Management, A Psychosocial Dynamic Model for Well Being.” (USIM/LRGS(UUM)/FKP/ULUM/34/50112). Inovasi ini dinaiktaraf apabila mendapat geran inovasi dari USIM yang bertajuk “Informer on Site” Disaster Reporting System and Mobile Application (PPP/GPI/FKP/051014/60218)”. Beberapa artikel jurnal telah dihasilkan berkaitan produk Informer On Site. Antaranya ialah A Prototype Mobile Application for Informing Disaster Complaint – “Informer on Site”, International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM) 10(1):75, 2016. The Impact of "Informer on Site" in Disaster Management, dan International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM) 11(3):195, 2018. Aplikasi ini telah memenangi beberapa pertandingan inovasi antaranya adalah pingat emas di [...]
USIM uruskan penghantaran 115 pelajar pulang ke Zon Selatan
NILAI, 1 Mei 2020– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menguruskan penghantaran pulang 115 pelajar ke 12 destinasi yang berada dalam negeri Zon Selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada malam tadi. Para pelajar tersebut terdiri daripada 51 pelajar orang pelajar USIM dan bakinya iaitu 64 pelajar merupakan penuntut dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Nilai dan Seremban. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, ini juga merupakan penghantaran kumpulan kedua pelajar USIM pulang ke kampung halaman selepas 11 orang pelajarnya yang berada di Kampus USIM Pandan Indah telah dihantar pulang ke Kedah dan Pulang Pinang pada Isnin malam baru-baru ini. Ujarnya lagi, pelajar IPT lain yang turut bersama dalam penghantaran kumpulan kedua pelajar USIM ini antaranya dari Nilai University, INTI International University, East West International College, Kolej Teknologi Alpha, Kolej Antarabangsa Unifield, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan dan Politeknik Port Dickson. “Kesemua para pelajar ini dihantar menggunakan kenderaan USIM yang terdiri dari 7 buah bas, 5 buah kereta dan sebuah van menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang telah ditetapkan iaitu Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar, Pontian, Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Destinasi lain ialah Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson dan Tampin”. “USIM memastikan setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diikuti sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas penghantaran kumpulan pelajar ini. Bagi pelajar misalnya mereka perlu lulus saringan kesihatan oleh Pusat Kesihatan [...]
“Si Bulus pun ‘tumpang’ sekali Ops Pulang Balik Kampung”
NILAI, 2 Mei 2020 – Ops Pulang bagi menghantar pelajar yang terkandas di kampus untuk pulang ke kampung halaman masing-masing telah bermula pada 27 April lalu ke pelbagai destinasi di seluruh negara. Reaksi para pelajar dan keluarga pastinya gembira kerana setelah sekian lama terpisah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka kini dapat bersama. Bagi pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Amira Atiqa Azman,24, beliau tidak pulang keseorangan ke Kluang dari USIM pada Khamis malam baru-baru ini apabila turut di bawa bersama kucing kesayangannya, Momo. “Saya memang telah nekad, jika tidak dibenarkan oleh urus setia Ops Pulang USIM untuk bawa Momo menaiki bas pulang ke kampung, saya akan terus tinggal di rumah sewa bagi menjaganya. Alhamdulillah, atas budi bicara urus setia, saya dibenarkan bawa Momo bersama untuk menaiki bas”. “Saya sudah membelanya lebih lima bulan dan rutin penjagaan kesihatannya memang terjaga seperti pengambilan vaksin mengikut tempoh ditetapkan. Saya hanya tinggal seorang diri di rumah sewa sebab rakan yang lain telah pulang sebelum PKP dikuatkuasakan”. “Saya tak sampai hati untuk tinggalkan Momo di rumah kerana memikirkan tiada siapa yang boleh menjaga makan minum, keselamatan dan kesihatannya. Perasaan kasih, sayang dan risau itu bercampur-baur kerana latihan industri saya kini ditangguhkan. Jadi jika saya balik ke kampung, belum tahu bila akan kembali semula ke Nilai”. “Apabila urus setia USIM hubungi saya pada Khamis pagi minta bersiap untuk dihantar pulang pada malamnya, masa yang ada untuk kemaskan barang sendiri dan Momo memang singkat. Mujur sempat curi masa untuk keluar membeli pet carrier dan keperluan lain [...]
April 2020
Alumni Kor SISPA USIM turun padang bantu barisan hadapan
NILAI, 30 APRIL 2020 – Lebih 20 orang Alumni Kor SISPA Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditempatkan di beberapa kawasan sekitar Negeri Sembilan sejak Fasa 1 arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Penyelaras Kor Siswa/I Pertahanan Awam (Kor SISPA), Leftenan (PA) Mohamad Ghazali bin Abdul Rahim, usaha murni ini dilaksanakan bagi membantu negara menghadapi segala kemungkinan selain memastikan keselamatan awam negara dalam keadaan terkawal. Tambahnya, kesemua mereka ditempatkan antaranya di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Seremban, Pusat Pemantauan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Stesen Kuarantin Akademi Audit Negara (AAN), Stesen Kuarantin Institut Aminuddin Baki (IAB), Stesen Kuarantin Royale Chulan dan Stesen Kuarantin UiTM Rembau. “Alumni Kor SISPA USIM merupakan pegawai pasukan berstatus Leftenan Muda lantikan APM yang terlatih dalam kerja-kerja pengurusan pejabat dan pengurusan operasi bencana. Justeru, kepakaran yang dimiliki oleh mereka amat diperlukan dalam tugasan pentadbiran di stesen kuarantin seperti pengumpulan data bagi setiap individu yang berstatus dalam pemantauan (PUS) atau dalam siasatan (PUI) dan agensi, penyediaan laporan harian, penyediaan minit mesyuarat, penjadualan penugasan anggota dan lain-lain tugasan,” ujarnya. Bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini, Penyelaras Kor SISPA USIM memohon agar kesemua PUS atau PUI yang berada di setiap stesen kuarantin memberi kerjasama yang baik kepada semua petugas. Di akhir pertemuan, beliau turut berpesan agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjaga jarak sosial, kerap mencuci tangan dan pergi ke hospital berdekatan sekiranya mempunyai gejala. Penglibatan Alumni Kor SISPA USIM bermula apabila Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan membuka peluang [...]
FastLab hasilkan lebih banyak modul Lab in a Box
NILAI - Mengembalikan minat dan memupuk sikap cintakan sains, FastLab Fakulti Sains Teknologi memberi tumpuan kepada Pendidikan Science, Technology, Religiosity, Engineering, Artistry and Mathemathics (STREAM) untuk mendidik generasi muda dengan perkara yang mereka gunakan dan wujud dalam kehidupan seharian mereka dengan menghasilkan ‘Lab in a Box’ yang dapat memberi peluang kepada pelajar melakukan eksperimen dan eksplorasi sains dengan mudah dan cepat. Sebelum ini, mereka mencipta Slime Kit dan Perfume DIY, kali ini tampil dengan lima (5) lagi modul iaitu Soap Kit, Quicksand Kit, Shrink Art Kit, dan Molecular Model Kit. Soap Kit mengandungi Soap Base, Larutan Pewarna dan Minyak Pati. Soap base merupakan bahan asas dalam penghasilan sabun yang terdiri daripada gliserol dan asid lemak. Aktiviti ini dapat mengasah kemahiran motor serta memberi rangsangan terhadap pemerhatian pelajar-pelajar iaitu daripada perubahan cecair kepada pepejal atau separa pepejal. Selain daripada proses pembelajaran, Soap Kit dapat mengasah kemahiran kreatif para pelajar dengan bermain pelbagai larutan pewarna dan minyak pati. Manual yang dibekalkan juga turut dilengkapi dengan pengetahuan Sains mengenai ‘Saponification’. Ilmu ini turut diajar dalam topik ‘saponification’ bagi pelajar tingkatan 4 & 5. Selain itu, manual yang disediakan juga dilengkapi dengan ruangan eksplorasi bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan semangat ingin tahu yang merupakan aspek penting dalam pembelajaran Sains. Manakala, Quicksand Kit pula para pelajar dapat belajar mengenai perubahan jirim, iaitu perubahan daripada cecair kepada pepejal atau separa pepejal. Ilmu ini turut diajar kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai Non-Newtonian Fluid, di mana kelikatan sesuatu cecair berubah jika dikenakan daya. Seterusnya, Shrink [...]
PPKP sebar luas peranan, yakinkan calon pelajar mampu bina masa depan di USIM
Selaras dengan permohonan kemasukan ke IPTA yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi dan Setaraf, USIM telah melancarkan kempen #inikanmasadepankita untuk menarik minat bakal pelajar di luar sana untuk memohon ke USIM dan seterusnya menjadikan USIM sebagai pilihan pertama dalam permohonan di UPUOnline. Oleh itu, temubual kali ini ditulis bersempena khusus mengenai pelan dan aktiviti promosi yang dijalankan oleh Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) untuk menarik minat pelajar memilih USIM. Bersama Prof Madya Dr Zinur Rijal Abdul Razak, Pengarah PPKP untuk berkongsi maklumat aktiviti yang dijalankan di PPKP dan hasratnya untuk menyebar luaskan tawaran program menarik yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. S1 Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) kini telah dinaiktaraf sebagai sebuah Pusat pada 2 Januari 2020. Boleh Dr kongsikan fungsi dan peranan secara keseluruhan PPKP? Secara umumnya Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) bertanggungjawab untuk menguruskan promosi dan pengambilan pelajar bagi program akademik yang ditawarkan di USIM dalam semua peringkat pengajian kepada pelajar di dalam negara dan luar negara. Selain itu, PPKP juga menguruskan pendaftaran dan kemasukan pelajar sama ada peringkat tamhidi, pra siswazah dan juga pasca siswazah. Apabila PPKP sudah dinaiktaraf sebagai sebuah Pusat, ia secara tidak langsung telah memberikan satu cabaran baharu kepada PPKP untuk membantu USIM meningkatkan enrolmen pelajar terutama pelajar antarabangsa yang menjadi sasaran utama di PPKP. Secara keseluruhannya, PPKP mempunyai unjuran pengambilan pelajar yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Ini disokong dengan kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh USIM seperti makmal, bilik kuliah, pertambahan [...]
“Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung halaman”
NILAI, 28 April 2020 - Seramai 11 orang pelajar perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Kmapus Pandan Indah selamat tiba di kampung halaman masing-masing di Kedah dan Pulau Pinang pada pagi tadi. Mereka merupakan kumpulan pertama pelajar USIM yang menjadi sebahagian daripada 790 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang menyertai penghantaran sulung pelajar IPT pulang ke tiga buah negeri di utara tanah air pada malam tadi. Nurul Ilham Huda Redzuan, 19, selamat tiba di rumahnya di Bandar Perdana Seksyen 8, Sungai Petani, Kedah setelah dijemput ayahnya sebaik sahaja bas yang membawa para pelajar ini selamat tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kedah pada jam 5.20 pagi. “Sebelum bertolak dari Kampus USIM Pandan Indah, setiap pelajar melalui saringan terakhir yang ketat oleh petugas kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Keadaan kesihatan kami mesti dalam keadaan baik dan segala dokumen perjalanan yang wajib di bawa ada bersama dan lengkap diisi” “Kami diberikan taklimat keselamatan terakhir oleh PDRM sebelum dibenarkan menaiki bas dan bertolak pada jam 11.30 malam tadi. Perasaan amat gembira bila lihat ayah telah sedia menunggu di IPD untuk membawa saya pulang. Terima kasih kepada Kerajaan dan semua pihak yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan kami pulang dengan selamat dan kami sedar ia buka sesuatu yang mudah. Tak sabar dan rindu untuk menikmati masakan emak iaitu masak lemak rebung sebagai juadah berbuka puasa” ujar penuntut Tahun Pertama Perubatan dan Surgeri ini. Bagi penuntut tahun empat perubatan USIM, Sharifah [...]
Patuh PKP, Sudah Sebulan Siswa UA ini ‘berteduh’ di USIM
NILAI, 25 April 2020 – Pengalaman melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kampus pastinya pengalaman tidak ternilai buat para pelajar yang melaluinya. Ia pastinya lebih bermakna buat enam orang pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai menjadi tempat mereka ‘menumpang kasih’ sepanjang PKP ini. Bagi tiga orang pelajar UniSZA, sudah lebih sebulan mereka tinggal di kolej kediaman USIM sehingga kini apabila terkandas separuh jalan untuk pulang ke Sabah. Menurut Muhammad Al Jabbar Abd Muin, 25, penuntut Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, beliau dan dua orang lagi rakannya, Mohamad Ehsansyah, 22, dan Azizana Safwan Arman, 22 yang menuntut dalam bidang pengajian yang sama terkandas di Lapangan Terbang KLIA2 apabila penerbangan ke Sabah dibatalkan. “Apabila Kerajaan umumkan 18 Mac akan bermula PKP, kami dapat membeli tiket penerbangan pulang ke Sabah untuk penerbangan pada 20 Mac. Pada hari kejadian, kami bertolak dari Kuala Terengganu menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebelum terus ke KLIA2. Semasa di KLIA2 baru kami dapat tahu, penerbangan dibatalkan kerana mematuhi PKP” “Waktu itu sudah malam dan kami tiada tempat untuk dituju.Saya menghubungi universiti memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak UniSZA memaklumkan akan berhubung dengan USIM untuk memohon bantuan. Alhamdulillah, pada malam itu kakitangan dari USIM datang menjemput kami di KLIA2 dan menempatkan kami di Kolej Kediaman Acacia USIM”. Kisah yang sama turut dilalui oleh siswa UMP, Chua Wei Ming, 23 yang tidak dapat pulang ke Sibu, Sarawak kerana penerbangan [...]