Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Januari 2020

Universiti Memperteguh Kompas Moral Masyarakat

Universiti adalah salah-satu komponen dalam kerangka pendidikan yang dari segi hirakinya, masyarakat dan golongan cerdik pandai meletakkan universiti itu berada pada tahap yang tertinggi atau pertama dalam sebuah sistem pendidikan tinggi. Oleh sebab itu, universiti membawa peranan yang besar dalam konteks perkembangan ilmu kerana atas segala kelebihan dan keistimewaan yang ada padanya, universiti berfungsi untuk menjana dan menyebar ilmu khususnya untuk mencari penyelesaian dan menjawab kepada pelbagai permasalahan dan persoalan yang dialami oleh manusia. Sebagai institusi ilmu tertinggi dan mempunyai pemegang taruh yang besar dari pelbagai peringkat, ia membuatkan segala tindak tanduk dan peranannya akan sentiasa diperhatikan dan diperbahaskan dari semasa ke semasa oleh masyarakat. Saban tahun universiti akan melahirkan graduan dalam pelbagai bidang pengajian, tetapi itu belum bermakna tanggungjawab universiti telah selesai apabila seseorang graduan itu menyarung jubah konvokesyen sambil menjulang bangga skrol yang diterima. Kejayaan yang tidak dapat ditulis pada sekeping ijazah ialah kejayaan universiti itu untuk menyemaikan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap graduan sebagai kompas moral mereka untuk menghadapi cabaran hidup dunia sebenar selepas tamat alam kampus kelak. Universiti bukan sahaja memberi ilmu akademik kepada seseorang mahasiswa tetapi pada yang sama mengambil tanggungjawab memberi didikan karekter dan mencanai jiwa insan mereka. Nilai graduan itu tidak hanya dilihat pada tahap ijazah yang diterima tetapi juga pada kekuatan dalaman yang dimililki dan keutuhannya memegang teguh aspek moral, etika, akauntabiliti dan integriti. Dewasa ini amat membimbangkan apabila membaca laporan-laporan di media massa mengenai kes pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa, penipuan dan pelbagai lagi yang [...]

Membangunkan budaya intelektual menerusi Kumpulan Jemaah Profesor

Budaya, dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/) bermaksud memiliki cara berfikir dengan akal budi yang sudah maju. Intelektual pula merujuk kepada golongan terpelajar yang kemampuan yang tinggi untuk berfikir. Maka, budaya intelektual terkait dengan tradisi ilmu dengan akal budi pada aras tinggi. Maka, seharusnya budaya intelektual jemaah profesor sebuah universiti Islam adalah cerminan tradisi ilmu bersendikan Islam, dipasak dengan iman yang dihiasi dengan akhlak Islam. Kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi matlamat, bukan retorik dan tidak bermotifkan material, status, jawatan mahupun pangkat. Sebuah sistem pemikiran bertunjangkan Islam memerlukan kepada penghayatan rukun iman yang enam, berakar umbi kepada beriman kepada Allah, meyakini kewujudan dan keesaan Allah, kehebatan ciptaan Allah dan keagunganNya. Seperti dalam Hadith Jibril diperjelaskan konsep ihsan di mana kita yakin adanya Allah walaupun kita tidak dapat melihatNya malahan kita tidak dapat menyembunyikan apa sekali pun dari pandangan Allah. Iman yang dipasak dengan ihsan akan melahirkan sifat amanah dan integriti kerana Allah bukan kerana kod etika, piagam kualiti atau hukuman semata-mata. Penghayatan beriman kepada malaikat sebagai pencatit amalan, Rasul sebagai pemberi shafaat serta menerima wahyu yang diturunkan, di utuskan kitab Allah sebagai sumber ilmu utama sangat diperlukan dalam pembangunan karakter seorang ilmuan Islam. Pemikiran yang bukan Islam seperti fahaman sekularisme, materialisme, atheisme akan menyebabkan iman turut ditanggalkan termasuk beriman kepada akhirat. Maka, manusia akan merasa bebas untuk melakukan apa sahaja kerana tidak yakin dengan pengadilan yang hakiki di akhirat. Iman menjadi batu asas kepada intelektual dalam Islam yang melibatkan aqal dan qalbu, anggota yang menjalankan [...]

Passion Development Programme kolaborasi ahli akademik dan Pengurusan Universiti

NILAI, 17 Januari 2020 – Passion Development Programme yang diilhamkan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Prof. Dr. Ridza Wahiddin mendapat sambutan amat baik dari kalangan ahli akademiknya. Pada majlis pelancaran yang berlangsung di Galeri USIM, seramai 36 ahli akademik berhimpun bagi mendengar sesi pengenalan program bersama Mentor yang terdiri daripada Pengurusan Universiti. YBhg. Dato' Muhammad Haizuan Rozali , Pendaftar USIM selaku pengarah program mengharapkan program ini akan berterusan dilaksanakan kerana melihat tahun 2020 adalah masa untuk ahli akademik dan Pengurusan Universiti untuk bersinergi bersama. “Pengurusan Universiti mula melihat transisi ini perlu berlaku secara serius untuk memacu universiti ke arah yang lebih gemilang. Saya mengucapkan syabas kepada rakan-rakan yang bersedia terlibat sama dalam menjayakan program ini. Universiti dikaitkan dengan pengukuhan karakter dan seharusnya Universiti mengambil peranan sewajarnya bagi menjuarai agenda ini,” ucapnya. “Ia juga melibatkan tentang bagaimana untuk mengukuhkan kecemerlangan universiti melalui acuan yang dirancang secara bersama pada masa yang sama menghapuskan jurang di antara ahli akademik dan Pengurusan Universiti supaya kemajuan kerjaya berlaku ke arah lebih baik seperti yang diaspirasikan oleh negara,” tambahnya lagi. Menurut Naib Canselor, program ini antaranya bagi meningkatkan motivasi pencapaian yang lebih cemerlang dan yang lebih utama ahli akademik berpeluang menimba pengalaman dan berkongsi ilmu dengan Mentor. "Saya mengharapkan program ini mampu memberi impak yang berkesan kepada tadbir urus universiti dan juga membina world view staf akademik cemerlang selain mencipta kejayaan baharu melalui gandingan ini," ucapnya. Sebanyak enam kumpulan ditempatkan bersama enam Pengurusan Universiti iaitu di bawah kepimpinan Naib Canselor, YBhg Prof. [...]

Program KIP azam lahirkan guru futuristik, pemangkin perpaduan

KUANTAN, 19 Januari 2020 - Program Kemahiran Insaniah Pendidik atau singkatannya KIP yang diadakan khusus untuk mahasiswa Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) (DPPPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mampu memupuk kemahiran jati diri peserta. Program selama 3 hari 2 malam di Campstay Sungai Lembing, Kuantan Pahang ini adalah usaha pihak universiti untuk memberi keyakinan kepada mahasiswa seramai 42 orang melalui aktiviti kembara rimba, keyakinan dalam air dan persembahan malam kebudayaan. Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Prof Madya Dr Nurkhamimi bin Zainuddin berkata program ini adalah satu bentuk saluran yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengembangkan kemahiran serta jati diri mereka apabila tamat pengajian serta boleh diamalkan apabila menjadi pendidik suatu hari nanti. “Saya berharap hubungan ini tidak berakhir di sini dan sebaiknya apabila anda balik dan pergi berkhidmat ke mana-mana sekolah nanti, bawalah semula anak-anak didik itu kembali semula ke USIM untuk berbakti. Itu yang kita mahukan kerana alam universiti ini perlu menerapkan ilmu sebagai pendidik bagi memupuk minat dan motivasi dalam diri mereka supaya mereka ada haluan yang perlu dituju untuk masa hadapan mereka nanti,” katanya ketika merasmikan program tersebut. Program hasil kerjasama USIM dan USIM Tijarah Holdings SDN BHD ini membawa tema guru futuristik yang membawa maksud guru yang mempunyai wawasan jauh ke hadapan serta mempunyai semangat perpaduan sebagai salah satu fungsi guru disekolah iaitu menjadi ejen penyatuan murid tanpa mengira bangsa dan agama. Turut hadir adalah Penyelaras Program DPPPI USIM Kohort 2 Puan Maziahtusima binti Ishak. Beliau berkata ia secara tidak langsung dapat mencungkil bakat para [...]

Sumbangan pelajar USIM kepada masyarakat setempat

Masyarakat dalam konteks Islam ialah gabungan manusia yang diwujudkan atas ikatan syariah rabbani yang bermatlamatkan kehidupan yang sejahtera serta aman damai. Masyarakat Islam juga merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu, masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam, mengamalkan ajaran Islam dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun masyarakat terdiri daripada pelbagai kelompok manusia seumpama lelaki, perempuan, bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, namun perbezaan ini tidak menyekat masyarakat daripada mengenali atau berinteraksi antara satu sama lain. Uniknya, masyarakat dalam konteks Islam bukanlah kerana perbezaan warna, kulit, bangsa, bahasa dan negara, tetapi sejauhmana masyarakat itu tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Kewujudan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang pelbagai bukanlah sesuatu yang asing bagi Islam. Malah, Allah SWT telah menciptakan kepelbagaian manusia yang wujud di muka bumi ini seperti firman-Nya yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berbeza puak (etnik) supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu ialah yang paling bertakwa. (Surah Al-Hujurat: 13) Kemudian, sesebuah institusi pendidikan tinggi yang dibangunkan atas tujuan membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan tidak seharusnya bersifat tertutup dan eksklusif untuk warganya sahaja. Ia tidak boleh menjadi sebuah pulau, dianalogikan sebagai indah dan menarik, tapi terpisah dengan ekosistem masyarakat setempat yang hanya mampu melihat, tapi tidak meraih apa-apa daripada keindahan ‘pulau’ tersebut. Sesebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) berperanan dalam memberikan sumbangan bukan sahaja dalam peringkat institusinya sahaja, bahkan kepada umat sejagat termasuklah komuniti [...]

USIM komited sedia kediaman selesa untuk pelajar, lancar USIM Lodge

NILAI, 16 Januari 2020 – Dalam usaha menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkualiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyiapkan 33 buah unit kediaman yang mampu memuatkan 104 penghuni di Blok C, Kolej Kediaman Acacia Avenue. Majlis Perasmian ini dirasmikan oleh Naib Canselor USIM YBhg. Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, pembangunan perumahan atau penempatan adalah salah satu strategi pendekatan ke arah mencapai matlamat mensejahterakan mahasiswa dan mahasiswi dan masyarakat luar. Ini selaras dengan piagam pelanggan USIM iaitu menyediakan perkhidmatan dan prasarana terbaik berorientasikan konsep integrasi dalam menyokong proses pembelajaran dan pengajaran. "Projek naiktaraf kolej kediaman pelajar ini adalah merupakan cetusan idea En. Hammad Farhi Mohd Saudi, Timbalan Pendaftar Kanan merangkap Pengarah Pusat Komunikasi Strategik dan Pengetua Pelajar luar Kampus USIM". Usaha menaiktaraf kolej kediaman kepada Konsep Premium ini telah diluluskan oleh pihak Pengurusan Universiti dan ianya adalah merupakan salah satu agenda dan usaha untuk menjana pendapatan universiti seterusnya menaikkan imej universiti dari aspek kemudahan yang disediakan kepada para pelajar, khususnya kepada pelajar antarabangsa dan kepada para pelajar tempatan yang berkemampuan. Syabas juga diucapkan kepada Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) yang sama-sama menjayakan agenda universiti ini". Jelas beliau lagi, pengurusan USIM sangat komited dan bersungguh dalam mencari peluang pembinaan kolej kediaman di dalam kampus USIM dengan membuat kunjungan hormat kepada badan-badan dan agensi seperti Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi melihat model pembiayaan kolej kediaman melalui konsep Private-Public Partnership”. Pengarah PRUPEL Encik Salehudin Sukor berkata, buat masa ini, PRUPEL mendapat sokongan penuh dan [...]

Kumpulan Keenam Pelajar Mendaftar masuk ke KGI

NILAI, 13 JAN 2020 - Seramai 90 orang pelajar Kolej GENIUS Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan merupakan kumpulan keenam yang telah mendaftar ke Asas satu bagi sesi kemasukan 2020. Mereka terdiri daripada 42 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan. Manakala bagi kemasukan Tahap 1 ( Tingkatan 4) pula seramai 8 lelaki dan 10 perempuan. Sesi pemdaftaran dan taklimat telah belangsung di Dewan Serbaguna KGI pada 13 Januari 2020. Menurut Pengarah KGI Dr Hayati Ismail, matlamat KGI adalah sebagai pusat rujukan global Pendidikan Pintar Cerdas berteraskan Islam, serta untuk menjadi Pusat pembudayaan pendidikan ilmu Naqli Aqli untuk melahirkan sarjana Muslim unggul dan berkaliber serta cendekiawan Islam yang tersohor. ”Modul kurikulum yang seimbang antara nilai kerohanian dan ilmu kontemporari dapat membantu dalam pembentukan sahsiah serta akademik para pelajar dengan dibimbing oleh para pensyarah yang terlatih”, jelas Dr hayati lagi. Izz  Awwad Mohd Riza, 13, dari Sekolah Kebangsaan Dengkil menyimpan hasrat untuk belajar di KGI atas aspirasi dan dorongan dari kakak dan abang beliau yang juga merupakan pelajar di KGI. Program pecutan fasttrack menarik minat beliau untuk menghabiskan pengajian awal dari kawan-kawannya di sekolah lain. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Doktor Pakar Gigi serta dapat menyambung pengajian ke luar negara. Bagi Ahmad Firdaus pula, berasal dari keluarga sederhana yang menetap di Terengganu tidak memadamkan impian beliau untuk mendaftar pembelajarannya di KGI. Hasrat beliau disampaikan kepada pihak sekolah dan beliau menerima beberapa sumbangan untuk memulakan persekolahannya di KGI. Firdaus bercita-cita untuk membantu keluarganya suatu hari nanti dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi [...]

Ambil Iktibar musibah wabak penyakit yang Allah SWT turunkan – Dr. Nur Mohamad Hadi bin Zahalan

Mutakhir ini, kita dapat melihat bukti kekuasaan Allah SWT dengan tersebarnya koronavirus yang berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di atas muka bumi. Ia terjadi kerana mereka tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan Allah SWT kepada kita. Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ustaz Dr. Nur Mohamad Hadi bin Zahalan, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang membuat perkongsian dari sudut pandangan Islam dan kitab-kitab muktabar untuk kita sebagai umat Islam bermuhasabah di atas kekuasaan Sang Pencipta atas apa yang berlaku. Q1 Pandangan Ustaz terhadap penularan wabak pada masa kini. Baginda Rasulullah SAW telah mengkhabarkan mengenai peristiwa akhir zaman yang mana akan berlaku penyebaran wabak. Sabda baginda Rasulullah SAW: Dari 'Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu: 1. Kematianku 2. Pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis) 3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba 4. Melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah (kerana merasa kurang) 5. Timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu [...]

Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli Asas Kembalikan Kegemilangan Islam

Bersemuka dengan insan yang dinobatkan sebagai 500 muslim paling berpengaruh di dunia sejak 2010 membawa perasaan yang bercampur baur. Teruja, tertanya-tanya bagaimanakah beliau menyampaikan ceramah dan bagaimanakah beliau mengupas persoalan Islam dan Sains yang merupakan tajuk ceramah umum di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini pastinya persoalan yang turut bermain di minda khalayak yang lain. Hanya mengenali figura ini melalui bacaan atas talian, Felo dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Oxford yang merupakan orang Melayu pertama yang dilantik jawatan berkenaan dan telah sedia menerima liputan media yang meluas. Itulah Dato’ Dr Afifi al-Akiti, sarjana Pengajian Islam yang muda dari segi usianya, tetapi “tua” dari segi pengalaman dan ilmunya. Liputan media terhadapnya berkait rapat dengan penerbitan bukunya bertajuk Defending the Transgressed by Censuring the Reckless against the Killing of Civilians terbit pada 2005 selepas pengeboman di kota London. Buku ini diterima masyarakat Barat sebagai maklum balas dari sarjana Islam yang berkredibiliti terhadap pembunuhan orang awam kerana penjelasan yang berkesan terhadap peperangan dan isu-isu berkaitan termasuklah pengebom berani mati. Menariknya tentang Afifi ialah kupasan tentang Islam dan Sains yang dikaitkan langsung dengan falsafah integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM yang dilihat beliau menjadi keunikan USIM yang tiada di negara lain. Keunikan ini terserlah, menurut Afifi lagi, kerana usaha USIM yang menjadikan misi integrasi ilmu sebagai misi utama universiti yang spesifik dan sangat fokus. Integrasi ilmu naqli iaitu ilmu ukhrawi dengan ilmu aqli iaitu ilmu duniawi meletakkan ilmu agama berada di martabat yang tinggi dalam memahami [...]

MPP USIM 2019/2020 Berganding Bahu “Bersama Memacu Aspirasi”

NILAI, 17 Disember 2019- Dengan motto yang dibawa ‘Bersama Memacu Aspirasi’, Majlis Perwakilan Pelajar 2019/2020 bergerak berganding bahu dalam merealisasi tanggungawab dan kepercayaan yang diberikan oleh mahasiswa-mahasiswi USIM bersama empat dasar yang ingin difokuskan iaitu Kebajikan Holistik, Pembangunan Intelektual, Profesional Mahasiswa dan Kesatuan Pelajar. Apa yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua Muhammad Danial Akmal Hamdan mendapat reaksi yang positif dari para mahsiswa USIM. ”Menjadi kewajipan dan tanggungjawab kami sebagai MPP adalah sentiasa cakna berkaitan kebajikan disamping berusaha memperkemas idea dan saluran bantuan kepada mahasiswa USIM agar dapat meringankan beban sekaligus serius dalam hal ehwal kebajikan mereka”. Yang kedua, Pembangunan Intelektual iaitu percambahan idea yang kritis hasil daripada penjanaan ilmu boleh dilakukan melalui diskusi ilmiah, forum, wacana intelek dan sebagainya. Pasukan MPP akan memastikan mahasiswa USIM mampu membentuk idealisme tersendiri yang dibuktikan melalui terkehadapannya mereka dalam melontarkan suara pandangan dan kritikan demi memacu USIM ke persada yang lebih tinggi sekaligus dapat membina negara ini ke arah yang lebih maju ke hadapan melalui dasar pembangunan intelektual hasil dari ruang keterbukaan ini. Muhammad Danial Akmal menambah lagi, dasar ketiga adalah Profesional Mahasiswa, dimana  Profesionalisme merupakan aspek penting dalam melahirkan mahasiswa yang berkualiti. Kepentingan ini perlulah dipasak dalam setiap jiwa mahasiswa agar mereka berupaya memelihara imej profesional dalam diri. Dasar ini akan melahirkan mahasiswa yang membudayakan professionalisme dalam aspek personaliti, etika dalam bekerja serta mempunyai nilai integriti yang tinggi. Tambahan lagi jelasnya, kebolehpasaran mahasiswa perlulah menjadi dasar yang konkrit agar menjadi nilai tambah kepada para graduan USIM. Bertekad untuk menumpukan aspek kebolehpasaran graduan agar [...]

Go to Top